Tuesday, December 29, 2020

Ikan Mati JPP/JAS Siasat: Zaman PH dulu ada prihatin rakyat begini ke?

 

Kakitangan JAS mengambil sampel air Sungai Tumboh, Kampung Gajah bagi

Ribuan ikan mati di Sungai Tumboh, mungkin punca bekas lombong tercemar

KAMPUNG GAJAH: Jabatan Perikanan Perak tidak menolak kejadian ribuan bangkai ikan ditemui di permukaan Sungai Tumboh di sini, berpunca air tercemar dari bekas lombong.

Pengarahnya, Zaki Mokri, berkata bagaimanapun punca sebenar belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah membuat siasatan di lokasi kejadian, semalam.

"Sungai Tumboh menerima aliran air dari bekas lombong di sekitar Seri Iskandar dan mungkin (kejadian ikan mati) berpunca air tercemar dari bekas lombong itu.

JAS mengambil sampel air dan ikan untuk dianalisis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zaki berkata, penduduk setempat dinasihatkan menangguhkan sementara aktiviti perikanan di Sungai Tumboh hingga punca sebenar dikenal pasti.

Sementara itu, Pengarah JAS negeri, Rosli Zul, berkata siasatan awal mendapati tiga potensi boleh dikaitkan dengan kejadian, iaitu dua aktiviti kilang kelapa sawit dan satu di bekas lombong.

Menurutnya, pasukan penyiasat menemui bangkai ikan bermula di bekas lombong yang juga kawasan paling hulu.

"Sampel air dan tanah yang ada kesan lapisan cecair seperti minyak diambil untuk analisa kimia, selain sampel bangkai ikan bagi mengetahui punca kematian.

"Siasatan turut dilakukan terhadap dua kilang kelapa sawit di jajaran Sungai Tumboh," katanya.

Semalam media melaporkan, JAS negeri menyiasat punca kematian ikan di Sungai Tumboh yang turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook rasmi beliau.

Penduduk dikenali sebagai Ahmad berkata, sungai itu tumpuan pemancing kerana banyak ikan seperti lohu, baung dan patin, namun sejak tiga hari berkurangan dipercayai ada kaitan kejadian terbabit.

"Saya harap ia tidak berulang kerana sungai ini menjadi lubuk rezeki penduduk dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan tegas jika disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimIkan Mati JPP/JAS Siasat: Zaman PH perintah 22 dulu ada prihatin rakyat begini ke?   

IHtv
IHtv
11 subscribers

8 comments:

Anonymous said...

Dah tabiat nak mampus agaknya ibnu hasyim. Perkara tu berlaku semalam. Yg meroyan salahkan PH pasal apa??

Anonymous said...

Zaman Pakatan Hancing zaman bercakap kosong, zaman turunnya COVID-19. Zaman sekarang zaman buat kerja!

Bagus pendedahan Ibnu Hasyim ni, semoga diberkati!

Anonymous said...

Ko dgn ibnu hasyim sama je sewel

Anonymous said...

Baru2 ini, dikhabarkan di bawah kerajaan tebuk atap yang ditunjangi oleh parti melayu dan parti lebai tanpa Dap, kerajaan telah benarkan cabutan sebanyak 22 kali, sama seperti era kerajaan Bn dahulu.

Mana perginya lebai? Habis bisu kesemuanya dek dedak tebuk atap? Atau sudah ada fatwa baru ada 'judi syarie"? Nampak tak bagaimana ugama dijual demi kuasa.

Anonymous said...

Pertahan hak org asal :
Aku tau ko penyembah najib. Bape najib bayar ko?
Bg link sini. Aku pun nak join jgk. Sblm najib msk jel ni, aku pun nk samun duit dia.

Anonymous said...

Semak la. Bape percent masyuk tiap kali post komen??

Anonymous said...

Hampeh punya ibnu hashim...kaki bodek PAS dan PN....CErita mengarut inipun nak beritahu...Kerja bodoh piang

Anonymous said...

Zaman ph spesel draw 8 kali.
Zaman pas jadi menteri spesel draw 24 kali.

Take beer !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails