Wednesday, December 23, 2020

Isu muslimah kahwin dengan upacara agama lain

 

BEBERAPA pihak bertanya saya mengenai hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:

(1) Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah – tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. 

Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan-Muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221 (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita Musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang Mukminah lebih baik daripada wanita Musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang Musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang Mukmin lebih baik daripada orang Musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada syurga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”.

(2) Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama.

(3) Perbuatan sujud kepada selain Allah adalah haram dengan sepakat para ulamak. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan: 

Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam erti kata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. 

Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad S.A.W. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada Baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah.

(4) Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain Allah itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar:

“Ketahuilah bahawa menghukum seseorang Muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam Hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan Sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”.

Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas mengenai sujud kepada selain Allah, kata beliau:

“Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana Rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan Allah dan menetapkan bersama-Nya tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar kegelinciran.” 

(al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm).

(5) Apapun, perbuatan sujud kepada selain Allah boleh mendekati kekufuran, sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah. Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara pasti, dalam  apa keadaan sekalipun. Ini sama ada mengadap ke arah kiblat atau selainnya. Begitu juga sama ada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada Allah atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur ataupun mendekati kekufuran.” 

(al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69. Beirut: Dar al-Fikr).

(6) Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka, namun mereka belum berjaya.

(7) Jika masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis. Hal ini juga tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia berlaku di luar negara.

(8) Saya berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu andaian yang tidak tepat.

(9) Kesedaran dan dakwah mengenai perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah Muslim. Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum.

(10) Isu ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati. Menghukum kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan, melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.

SAHIBUS SAMAHAH DATO’ ARIF PERKASA PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
Mufti Negeri Perlis – HARAKAHDAILY 22/12/2020

IHtv
IHtv
10 subscribers




7 comments:

Anonymous said...

Tu dia dalil tuan mofti..sorry la naa. Walaun pas sila hadam.

Ketahuilah bahawa menghukum seseorang Muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam Hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan Sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”.

Anonymous said...

Anon 4:27 setuju….patutnya gesaan dan peringatan yg sama di beritahu sama presiden parti bulan yg dok mengkafirkan umno dulu ke dah terlupa? smp sekrg anggap dia saja yg betul org lain semua salah.....dalil pusing punya pusing nak menangkan parti dia
hari ni dalil yg sama lain maksud bila jadi kera jaan dalail yg sama jadi maksud lain plak….kan tu TUNGGANG AGAMA

Anonymous said...

RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

1. Parlimen Malaysia telah mencatatkan sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang pada 9 Ogos 2017 & akan terpahat di dalam memori yang mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah diperbahaskan selama beberapa jam di parlimen.

2. Di pihak PAS, seramai 13 orang ahli parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberikan peranan yang sepenuhnya di dalam membahaskan RUU 164 ini. Mereka adalah ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah melaksanakan amanah mereka dengan baik, namun parlimen telah membuat keputusannya. Apa yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah Swt di akhirat kelak.

3. Tidak timbul soal PAS hanya bersikap pilih kasih & hanya menjadi 'penyokong' kerajaan UMNO - BN. Ianya sudah jelas bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam & negara ini, sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ianya bertentangan dengan Islam & rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. PAS mempunyai prinsip & prinsip mereka amat mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat yang tertinggi di dalam perjuangan PAS.

4. Di dalam usul tersebut, PAS menentang apa yg telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS tetap berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, di dalam keadaan pihak pembangkang lain yang tidak bersatu & tidak bersepakat di dalam menyatakan pendirian mereka. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan ahli parlimen BN utk meranapkan hak-hak umat Islam di negara ini.

sambung

Anonymous said...

sambungan

5. Apa yang lebih menyedihkan, daripada sejumlah 141 ahli parlimen yang beragama Islam, sama ada dari pihak kerajaan UMNO - BN mahupun pembangkang, tidak ada satu pun suara daripada mereka untuk membangkang akan usul ini. Dan apa yang menjadi tanda tanya ialah apabila ahli parlimen yang beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang untuk Islam, tidak turut sama mengambil bahagian untuk membantah usul ini. Speaker parlimen dengan mudah telah menolak bantahan dari MP PAS yang berjumlah seramai 13 orang tersebut tanpa perlu mengundi kerana mereka tidak mempunyai cukup 'korum' untuk membuat belah bahagi.

6. PAS mempunyai sebab-sebab dan alasan yang kukuh untuk menentangnya & bukannya bangkit menentang secara semberono atau menentang untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas & kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan yang sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 & juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

7. Apa yang dibimbangkan ialah RUU 164 dapat membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Di antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini ialah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang beragama Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain dari itu, RUU 164 ini juga memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan untuk keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa perlu dikenakan apa-apa tindakan undang-undang

8. Di antara lain, hak-hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak harus diberikan hak-hak penjagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk agama Islam hendaklah diberikan hak-hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti ianya adalah suatu kekalahan besar terhadap kepentingan Islam & kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak-hak umat Islam akan terlucut, ditarik, ditukarkan dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa yang ingin murtad & ingin menukar agama serta mengikis hak-hak terutamanya di dalam hak-hak penjagaan anak-anak.

10. Semoga tragedi di parlimen pada 9 Ogos 2017 ini dapat membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO - BN tidak boleh diharapkan untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah maruah umat Islam akan terus tergadai & terabai. Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukanlah pembela Islam yang sejati, sebaliknya hanya untuk menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika di dalam keadaan yang tersepit & terdesak, Islam dijulang & ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan seandainya mereka dapat memerintah kelak, apa yang akan berlaku kepada nasib umat Islam di negara ini

PAS Malaysia
(10 Ogos 2017)

PS : Kalau RUU164 diluluskan dulu perkara kahwin mungkar boleh dibendung.
Walaun ni sebijik macam org tua pojaan depa jugak asyik salahkan orang lain

puiiii..!!

Unknown said...

Ceh setakat baca tulisan ringkas mufti 2-3 perenggan dah nak buat kesimpulan takde berlakunya orang islam boleh menjadi kapir. Hang tak pi solat Jumaat ke? Tak pernah dengar ke apa ayat yang pak khatib dok ulang baca... Wahai orang-orang beriman bertaqwalah pada Allah dan jangan kamu mati melainkan dalam islam.. Hadam sikit ayat ni.

Lagi aku nak tanya pernah ke dengar tghh cakap si anu kapir si anu kapir... Cubalah paham sikit beza antara individu dengan jemaah/persatuan/parti

Aku berpuluh tahun dalam pas tak pernah lagi aku dengar pemimpin pas kata si polan bin si polan kapir. Yang jenis mulut jahat suka lebel orang maha firaun, al juburi, pondan siam semua dah blah masuk jemaah lain

Anonymous said...

7.59. Ko duk dlm pas pun bkn ada fungsi. Apa lebai ckp ko walak je mcm hamba firaun.
Skrg Hudud sm ruu355 apa citer?

Unknown said...

He. He. Mana kau tahu aku ada fungsi atau tidak?

Ruu355?... Aku rasa kalau PAS sibuk nak bentang semula ruu355 dlm dewan rakyat, pasti kau dan parti parti pujaan kau menyalak marah tuduh lebai bodo tak tahu mana yg aula/utama zaman pendamik covid ni

Kau tanya dalam dalam kat hati kau tu, sebenarnya kau suka tak ruu355 yg nak kukuhkan lagi mahkamah dan syariat islam kat Malaysia ni. Atau sebenarnya kau tak suka... Kalau kau suka Alhamdulillah, tapi kalau mmg sebenarnya kau tak suka, dan cuma suka perlekeh... Aku doakan Allah beri taufik dan hidayah pada kau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails