KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan seperti dilaporkan media.
“Hasrat mengindahkan itu bagi memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Disember 1993 yang juga telah melakar sejarah hitam buat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Zuraida memberitahu kawasan di Highland Towers perlu diberi nafas baharu kerana sebelum ini mengundang rasa kurang senang penduduk setempat kerana masalah sosial yang didakwa berlaku di kawasan itu.
Justeru katanya kawasan dengan bangunan terbiar selama 27 tahun itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah serta dalam masa sama dapat menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan Highland Towers.
Media sebelum ini melaporkan KPKT merancang bina tugu peringatan di tapak Kondominium Highland Towers.
Tragedi Highland Towers pada tahun pada 11 Disember 1993 menggemparkan negara apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan meragut 48 nyawa. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa faedahnya membina tugu peringatan atau tapak bersejarah bagi mengingati Tragedi Highland Towers berbanding keperluan-keperluan untuk rakyat miskin yang begitu mendesak masa kini?
Belajarlah berfikir cara Islam, bagaimana mengingati sesuatu peristwa penting mengikut ajaran Islam? Bagaimana mengingati perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW dalam Islam? Bukan dengan membina patung berhala seperti kaum-kaun musyrik?
Menyintai perjuangan Rasulullah bukan dengan membina patungnya? Berfikir waraslah gaya orang Islam.. Wallahu 'akalam.
3 comments:
Tak nak komen pasal adun perak tk gi ngadap sultan ke? Huhu.. Kne puak ko.. Derhaka Senyap.. Cuba kne kt puak lain.. Smpi demo tin milo.. Hahahah
Apa nilai sejarah yang ada pada bangunan runtuh tersebut?
Tapi kalau nak indahkan kawasan tu ok la kot, ianya lebih baik dari menjadi tempat TAIK DADAH MAT PIT berkhayal!
Bagus tulisan2 dan pandangan yang disiarkan Ibnu Hasyim, dizaman puak2 liberal sangat berluasluasa sekarang susah nak mencari penulis2 berpengalaman yang cintanya kepada Islam bergitu mendalam sekali.
Bakat menulis anda adalah suatu anugerah! Demi syiar Islam teruskan menulis Ibnu Hasyim!
Post a Comment