Friday, December 11, 2020

Kedah Perlu Tegas, Tuntut Hak Sendiri.. Ibnu Hasyim Sokong..

 

Pulau Pinang perlu bayar air Kedah

PAS Kedah memberi sokongan penuh atas gesaan YAB Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor supaya Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP membayar kepada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM50 juta setahun ke atas setiap penggunaan sumber air sebanyak 1,100 juta liter padu (MLD) sehari berbanding penggunaan Negeri Kedah hanya sebanyak 800,000 liter padu sehari.

Difahamkan tuntutan ini telah dibuat sejak tahun 2010 namun keangkuhan pimpinan Negeri Pulau Pinang untuk mempertimbangkan perkara ini adalah amat mengecewakan. Malah pula surat tuntutan rasmi yang dihantar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah tidak dilayan.

PAS Kedah mempersoalkan dari sudut moral apakah ‘halal’ bagi pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat manfaat sedangkan Negeri Kedah melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) saban tahun terpaksa membuat bayaran kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah sebagai rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaan dan penggunaan sumber air mentah tersebut.

Usaha Kerajaan Negeri Kedah dan usaha keras Menteri Besar di dalam memelihara kelestarian dalam penerokaan mineral berskala besar ini (REE) ‘Rare Earth Elements‘ di Ulu Muda, Sik dan Baling telah menolak tomahan yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah memberi jaminan bahawa operasi ini tidak akan mengganggu ekosistem yang sedia ada.

Sehubungan itu PAS KEDAH mencadangkan agar Pulau Pinang dan DAP khususnya berusahalah mencari sumber air yang baru untuk mendapat manfaat secara percuma. Anggaplah sumber yang sedia ada adalah kurniaan Allah untuk rakyat Negeri Kedah.

 “اسلام  ممڤركوكوه  ڤرڤادوان” 






USTAZ AHMAD YAHAYA 
Pesuruhjaya PAS Kedah 
25 Rabiul Akhir 1442H | 11 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 11/12/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kedah perlu tegas, tuntut hak sendiri.. Jangan biarkan puak-puak sombong itu, kokoknya berderai-derai ekor bergelumang najis!

Hibur Hibur Sikit

4 comments:

Anonymous said...

ada longkang lalu depan rumah ana, sebelum tu ia lalu di rumah jiran ana (berlainan pandangan politik), semenjak dua menjak ni, jiran ana hantar bill 5000 setahun pada ana, sebab ana guna longkang depan rumah ana untuk alurkan air hujan, dengan alasan dia berhabis beribu sebulan untuk mencuci longkang depan rumah dia, depan rumah ana dia tak cuci pun. Lagi satu longkang itu bukan dia yang buat, masa dia buat rumah memang langkang dah ada situ pun. Adakah patut ana bayar? BEGONG BETUL JIRAN ANA, DAH LAH CAKAP IKUT SEDAP MULUT SAHAJA>

Anonymous said...

Sungai Mekong tu, mula dari Tibet, bawak ke China, jadi sempadan China-Myanmar, Myanmar-Laos, Thailand-Laos, masuk ke Laos, kemudian ke Kemboja, sampailah ke Vietnam.

Ada pernah dengar Tibet mintak duit sebab bekalkan air sungai kat mana-mana negara tu?

Air sungai ni kita sebut sebagai ‘semula jadi’. Maksudnya kau tak perlu keluarkan belanja pun memang dia dah ada mengalir dari zaman ke zaman, dengan syarat kau jagalah kawasan tadahan air tu iaitu hutan.

Tapi disebabkan ada Menteri Besar paling bebal dalam sejarah peradaban negara, boleh pulak dia gertak nak sekat air sungai tu dari masuk ke negeri lain sebab tak nak bayar caj bekalan air mentah. Dia ingat sungai bila disekat boleh berhenti macam tu je ke?

Habis tu nak alirkan ke mana? Rumah nenek dia? Nak ubah masuk ke sungai lain? Kau nak bagi penduduk tepi sungai tu mampos tiba² air sungai naik mendadak?

Nak ubah aliran sungai ke tempat lain semata-mata tak nak air sungai tu lalu kat Penang punya pasal, agaknya dia nak ‘bina’ sungai baru la. Biar padan muka tak ada sungai yang lalu negeri tu.

Anonymous said...

Turkey membina empangan2 untuk menjana elektrik dan tujuan pertanian menyebabkan sungai2 utama di Iraq Euphrates menjadi kering, Ethophia juga membina empangan2 besar untuk tujuan penjanaan elektrik yang akan menyebabkan sungai Nil kekurangan air dan Mesir akan terjejas.

Kedua2 Turkey dan Ethiopia mempunyai hak mereka masing2.

Kepada MB Kedah polisi2 anda berada dilandasan yang BETUL dan teruskan segala aktiviti2 untuk faedah rakyat!

Anonymous said...

Rakyat memohon jasa baik Menteri Alam Sekitar agar dapat dengan kadar segera MENGHERET mana2 pihak yang telah menyebabkan sungai2 MENJADI HITAM PEKAT disebabkan TAIK BABI!

Pencemar2 ALAM SEKITAR ini perlu segera diadili dimahkamah dan dipenjarakan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails