Berkecai sudah semua ‘harapan’
SEORANG mantan Timbalan Menteri Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah menyebut bahawa, setelah mendapat kuasa, beliau dapati ‘power is so delicious, and absolute power is absolutely delicious, sebab itu bila orang dah kehilangan power, ia ibarat orang yang kehilangan benda yang melazatkan.’
Ungkapan ini mungkin mahu ditujukan kepada pemimpin yang kehilangan kuasa setelah PH memerintah yang didakwa sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kembali kuasa tetapi setelah PH pula hilang kuasa nampaknya pemimpin-pemimpin PH lebih dahsyat dalam usaha untuk kembali berkuasa.
Sehubungan dengan isu di Perak, ada yang meratib betapa parti-parti mereka sanggup bekerjasama dengan Umno bukan kerana kuasa yang akan mereka perolehi, malah sesetengahnya menyebut mereka tidak mahukan apa-apa jawatan, tetapi kononnya kerana kepentingan rakyat.
Ada pula yang sebelumnya cukup lantang bercakap mengenai kebobrokan Umno tetapi sudah pandai bersuara mengenai keperluan untuk berfikir dalam kerangka lebih besar dan politik berjiwa besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang dari sudut bilangannya adalah kukuh dan stabil.
Malah ada yang sampai sanggup memuja-muji Umno kerana dikatakan mengambil pendirian yang berani dengan sanggup menghulurkan kerjasama dengan PH sekali gus menyesuaikan diri dengan arus politik semasa di Malaysia yang menolak politik perkauman dan ekstremis agama.
Begitu juga ada yang mula mengimpikan betapa kerjasama antara partinya dengan Umno akan mematikan persepsi negatif rakyat terhadap partinya bahawa partinya anti-Melayu dan anti-Islam dengan pengikutnya pula sampai mahu pemimpin ini memastikan ‘Umno is under our feet’.
Malangnya, segala cakap-cakap mengenai penjajaran politik baharu di Perak ini sudah berakhir malam tadi setelah Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan bahawa ‘Kerajaan PN Perak yang melibatkan ADUN-ADUN Umno, PAS dan BERSATU perlu terus dipertahankan’.
Kesiannya mereka yang berharap, menawar dan memuji ini: Mana mahu letak muka sekarang?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/12/2020
- H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
- H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
- H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
- H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
- H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
- H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
- H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
- H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
- H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
- H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
No comments:
Post a Comment