Thursday, December 17, 2020

Lulus Undang-undang baru, matikan nafsu seks perogol.

 

Gambar fail menunjukkan orang ramai berdemonstrasi di Pakistan berikutan kes seorang wanita dirogol di hadapan anak-anaknya selepas keretanya rosak di sebuah lebuh raya di Lahore September lalu. - Foto AFP.

Pakistan setuju hukuman guna kimia matikan nafsu seks perogol

ISLAMABAD: Pakistan meluluskan undang-undang baharu yang memperuntukkan hukuman 'chemical castration' atau mematikan nafsu seks pesalah kes rogol menggunakan bahan kimia.

Ia adalah antara undang-undang baharu bagi mengekang peningkatan kes rogol di Pakistan bagi memenuhi tuntutan orang ramai selepas berlaku kes rogol berkumpulan membabitkan seorang ibu di sebuah lebuh raya.

Undang-undang baru yang diluluskan oleh Presiden Pakistan, Arif Alvi, semalam itu akan menyaksikan perbicaraan kes rogol disegerakan di mahkamah dan daftar pesalah seks nasional diwujudkan di negara itu.

Pejabat Presiden, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan hukuman mematikan nafsu seks perogol, baik bagi kesalahan pertama atau kesalahan berulang, sudah ditambah dalam Ordinan Anti Rogol 2020.

Perdana Menteri, Imran Khan, bertindak tegas dengan mengarahkan hukuman mematikan nafsu seks perogol menggunakan bahan kimia dilaksanakan sebagai langkah mengurangkan naluri seksual pesalah.

Tambah beliau, jenayah seks seharusnya dikenakan hukuman gantung, namun khuatir ia mungkin memberi kesan kepada perdagangan dengan rakan kongsi yang menentang hukuman mati, seperti Kesatuan Eropah (EU).

Pada September lalu, tunjuk perasaan tercetus selepas seorang ibu dirogol di tepi jalan di hadapan anak-anaknya ketika keretanya terbabas berhampiran Lahore.

elepas seorang ibu dirogol di tepi jalan di hadapan anak-anaknya ketika keretanya terbabas berhampiran Lahoren mengarahkan hukuman mematikan nafsu seks perogol menggunakan bahan kimia dilaksanakan sebagai langkah mengurangkan naluri seksual pesalah.

Tambah beliau, jenayah seks seharusnya dikenakan hukuman gantung, namun khuatir ia mungkin memberi kesan kepada perdagangan dengan rakan kongsi yang menentang hukuman mati, seperti Kesatuan Eropah (EU).

Aktivis hak asasi manusia pula mengingatkan bahawa tindakan menggunakan bahan kimia bagi mematikan nafsu seks bercanggah dengan komitmen Pakistan terhadap melindungi hak asasi manusia antarabangsa.

Ahli kempen Amnesty International (AI) Pakistan, Rimmel Mohydin, berkata hukuman seumpamanya adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah selain mencemari sistem kehakiman jenayah negara.

Bagaimanapun, aktivis wamita, Nighat Dad, memuji undang-undang baru itu, namun tidak begitu yakin hukuman itu akan menjadi pencegah atau memulihkan perogol kerana kesan bahan kimia itu tidak berkekalan.

Di bawah undang-undang baru itu, mahkamah khas akan diwujudkan bagi mengadili kes rogol dan penderaan seksual terhadap wanita serta kanak-kanak perlu, dengan perbicaraan harus diselesaikan dalam tempoh empat bulan.

Kerajaan juga akan menubuhkan agensi anti rogol di seluruh negara untuk melakukan siasatan awal dan pemeriksaan perubatan dalam tempoh enam jam selepas aduan polis dibuat.

Pada masa sama, pemeriksaan perubatan bersifat mencabul yang dikenali sebagai 'ujian dara dua jari' turut dimansuhkan, di mana pegawai perubatan memasukkan dua jari dalam kemaluan wanita mendakwa dirogol.

Undang-undang baharu itu berkuatkuasa serta-merta, namun mesti diwartakan oleh Parlimen dalam masa tiga bulan dan terpulang kepada budi bicara hakim untuk menjatuhkan hukuman mematikan nafsu seks perogol menggunakan bahan kimia. - AFP


IHtv

3 comments:

Anonymous said...

Bersatu lebur selepas PRU 15.

Bolihkah Muhyiddin mengharapkan pengaruh Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin untuk menyumbang banyak kerusi bust Bersatu atau PPBM?

Kalau sebelum ini sokongan yang diterima Azmin Ali sememangnya tidak berbelah bagi dari bukan Melayu ketika didalam PKR tetapi adakah kali ini Azmin Ali Alan dijulang semula olih kelompok ini?

Begitu juga.dengan Hamzah Zainuddin. Kalau dahulu dia menang di Parlimen Larut adalah diatas sokongan Melayu UMNO dan beberapa kerat undi dari bukan Melayu, tetapi,adakah keadaan yang sama akan dinikmati semula apabila beliau telah dilabelkan sebagai 'pengkhianat' olih orang Melayu UMNO?

Kjaan PN proksi Muhyuddin@Tun hancur lepas PRU 15.

Hancurkan legacy tak guna ini

Anonymous said...

Macam tolak belanjawan. Berdegar2. Itu kelebihan presiden parti liberal. Jika betul perjuangannya untuk bumi tercinta, abah boleh menang bergaya. Jaga kepentingan peribumi, bukan peribadi. Parti liberal pkr dan pan bersama dap berjuang memenuhkan cita2 dap. Peribumi selayaknya bersatu pertahankan legasi keturunan peribumi. Jangan lupa, ini tanah kita.

Anonymous said...

Hudud sm ruu355 apa citer?
Sapa pgg kuasa skrg???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails