Tusukan berbisa DAP kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim
MACAM tak percaya pula yang strategis dan pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming, kini sudah begitu berani sekali untuk menikam belakang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sudah jadi bahan ketawa ramai orang kata-kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lalu bahawa beliau sudah ada ‘strong, formidable and convincing majority’ di Parlimen.
Hari ini, 21 Disember, Dr Ong Kian Ming pula secara terbuka menempelak Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan istilah sama yang beliau gunakan itu, iaitu ‘strong, formidable and convincing’.
Kata Dr Ong Kian Ming, bukan ‘strong, formidable and convincing majority’ yang perlu diusahakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi ‘strong, formidable and convincing opposition’.
Kepada para pengikut Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam PKR, malah sesetengahnya di dalam DAP dan PAN juga, silalah baca, faham dan hadam betul-betul mesej pedas DAP kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim:
“Walaupun saya menentang keras cara dalam mana Kerajaan PN ditubuhkan, hakikatnya adalah kerajaan baru yang akan menggantikan Kerajaan PN tidak mungkin akan mempunyai majoriti besar dan akan dibelenggu oleh ancaman ‘peras ugut’ politik yang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang hadapi daripada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Umno. Suka atau tidak, satu lagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan yang tidak melalui cara pilihan raya akan lebih mentidakstabilkan landskap politik di Malaysia. Ia juga akan memberikan kesan negatif kepada pemulihan ekonomi yang baru tumbuh, menjauhkan lagi keyakinan pelabur kepada negara dan berpotensi mengganggu pelancaran pelan-pelan berkaitan COVID yang telah diasaskan. Kita perlu biarkan pengundi putuskan siapa Kerajaan Persekutuan seterusnya dalam Pilihan Raya Umum seterusnya.”
(Petikan asal: “As much as I strongly object to the manner in which this PN government was formed, the truth of the matter is that a new government that would replace the PN government would likely not have a sizable majority and would be beset by the same threats of political ‘blackmail’ which Prime Minister Muhyiddin Yassin is currently facing from certain leaders from UMNO. Like it or not, another change in the federal government through non-electoral means will further destabilize the political landscape in Malaysia. This will also negatively affect the nascent economic recovery, drive investor confidence in the country down further and potentially disrupt the COVID related rollout plans which have been put in place. We should let the voters decide on the next federal government at the next general elections.”)
Jika masih tak faham juga apa mesej DAP selepas membaca pesanan Dr Ong Kian Ming ini, silalah hantuk kepala anda ke dinding.
Tulisan penuh Dr Ong Kian Ming boleh dibaca di sini [1].
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/12/2020
[1] https://www.facebook.com/398656786856054/posts/3589584264429941/
3 comments:
Dap ni satu bangsa yg tak boleh dipercayai langsung. Bila atok ada kekuatan, mereka perguna atok. Bila atok udah takda kekuatan, mereka tendang atok macam anjing. Masa anwar ada kekuatan, mereka pergunakan anwar. Bila anwar takda kekuatan, mereka sepak anwar macam anjing kurap. Sekarang ni mike tyson belum lagi jadi ayam tambatan dap. Mereka guna mike dalam keadaan mike tidak sedar yg dia sedang dipergunakan oleh dap. Tunggu sampai masa nanti, mike pun akan diludah oleh dap. Sia2 beri nafkah tapi tak mendatangkan hasil. Tabiat tikam belakang bangsa dap sudah bermula sejak azali lagi. Filosofi komunis dan lttee.
Sejak bila la penganut pas risau psl anwar??
Kalo baca balik komen dan artikel penganut2 pas sblm ni, suma duk hentam anwar.
Makna apa skrg?? Pas takut..hehehe
PROF KANGKUNG PUN BUAT DALIL DAH XDE GENIUS KE DLM PAS?
PERTANDINGAN RATU CANTIK PUN BANTAH JE
MASA JADI PEMBANGANG XDE KUASA BUKAN MAIN DEMONSTRASI INGAT BILA DAH JADI KERA JAAN DAH ADA KUASA RUPANYA MAIN BANTAH SAHAJA HAHAHAHA
HIPOKRIT PUNYA PEMIMPIN....TUNGGANG AGAMA
NANTI ADA YG KATA KOMEN NI CHAI DAP....BILA TEGUR ATAS BTG HIDUNG NAK TUTUP ISU KAT ORG CHAI DAP....APA PUNYA IQ AKU PUN TAK TAHU....ASYIK RATIB DAP DAP DAP
DUIT BAHAM VAKSIN COVID DIAM....YE LAA MELAYU ISLAM YG BAHAM BUKAN DAP HAHAHA
JAWAB LAA KAT AKHIRAT
Post a Comment