JAKARTA: Malaysia mengutuk keras tindakan provokasi negatif yang cuba menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia menerusi satu video, yang menghina negara jiran itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui kenyataan malam ini, menegaskan pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat video yang tular berkenaan.
"Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan satu video yang didakwa dimuat naik oleh warganegara Malaysia dan didakwa memperlekehkan serta menghina Indonesia.
"Sekiranya video itu didapati dimuat naik oleh warganegara Malaysia, tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya melalui kenyataan itu.
Satu video, dimuat naik dua minggu lalu oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean pada ruangan komen, memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.
Video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, namun dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan. – BERNAMA
Tentera Dajjal sedang beroperasi keras menyebarkan berita2 provokasi memecahbelahkan bangsa serumpon.
ReplyDeleteBerita begini tak perlu dipublish, biarkan pihak berwajib menyelesaikannya
itu grand design kasi alih isu kat mesia kini... yg buat kerja ni kan yg selalu buat fitnah jijik jugak...
ReplyDeleteu tahu kan sapa punya kirja