Tuesday, December 08, 2020

MPS roboh stor haram dekat sungai


GOMBAK: Tiga stor haram yang beroperasi di atas tanah kerajaan Selangor sejak lima tahun lalu dirobohkan dalam operasi oleh Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berhampiran Taman Garing Permai, Rawang, hari ini.

Selain MPS dan Pejabat Tanah, operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata operasi membabitkan satu stor menyelenggara dan membaiki jentera berat, stor barang lusuh dan sebuah syarikat yang mengendalikan kandang lembu serta reban ayam.

"Ketiga-tiga premis ini dibina atas tanah kerajaan sejak lima tahun lalu dan mereka masih berdegil dan terus beroperasi meskipun pelbagai notis arahan mengosongkan premis diberi sejak lima tahun lalu.

"Malah, kedudukan ketiga-tiga premis ini turut dikesan berhampiran sungai dalam 10 meter jaraknya.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - Foto Mahzir Mat Isa
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - Foto Mahzir Mat Isa

"Ini selari dengan apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, iaitu semua premis berhampiran sungai akan dirobohkan," katanya ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, pihak Pejabat Tanah Selayang dan MPS sudah mengeluarkan notis serta pemakluman supaya pemilik premis mengosongkan kawasan berkenaan termasuk yang terbaharu minggu lalu, namun tiada tindakan berpindah diambil.

"Mereka ada memohon lesen operasi sementara tetapi tiada kebenaran diberikan terhadap industri bengkel penyelenggaraan jentera berat.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - Foto Mahzir Mat Isa
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - Foto Mahzir Mat Isa

"Ketika ini kita tidak merobohkan keseluruhan struktur stor mereka dan memberi peluang dua hari untuk mengalihkan jentera berat bernilai tinggi dan barang-barang penting yang lain," katanya.

Dalam operasi hari ini, pihak berkuasa turut merobohkan beberapa unit kontena dipercayai menjadi kediaman pekerja stor berkenaan, stor barang lusuh serta kandang lembu dan ayam.

Lebih 30 ekor lembu turut disita oleh MPS dalam operasi sama.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - NSTP/MAHZIR MAT ISA
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadakan Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran dan merobohkan bengkel jentera berat di Jalan Kuala Garing Rawang. - NSTP/MAHZIR MAT ISA

6 comments:

Anonymous said...

Hi way Pan Broneo yang di sabotaj Tun menjadikan Sabah Sarawak terbantut perkembangan ekonomi. Tujuan pan borneo tanpa tol disebabkan Kalimantan akan jadi ibu negara baru mengantikan Jakarta.

Sebab itu bossku sudah bersedia ekonomi Indonesia ajan berkembang pesat. Kalimantan akan jadi hub China Asia yang baru mengantikan Hong Kong dan Taiwan.

Malaysia perlu bersedia abad baru ini. China super power dunia. Atok dan warisan mengagalkan usaha pan broneo hi way. Sangat memalukan

Sekarang sejarah memalukan Tun berulang lagi. Usaha adu domba gabungan UMNO-PH + DAP tidak berjaya. Sedangkan Tun awal awal lagi mengatakan DAP okey semuanya.

Di tengah-tengah kemelut politik di Perak, Umno membuka jalan untuk berdamai dengan Bersatu supaya meneruskan kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.
Ini beberapa hari selepas Adun Umno tidak mengundi menyokong usul percaya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.

Lantaran itu, Faizal mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata dia telah menulis kepada rakan sejawatnya dalam Bersatu dan PAS awal hari ini agar mempertahankan kerajaan PN di Perak.

"Saya telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin Hassan) dan Setiausaha Agung Bersatu (Hamzah Zainudin) pada Selasa 8 Dis 20 berhubung keputusan mesyuarat khas MT Umno malam 7 Dis 20.

"Bahawa kerajaan PN yang terdiri daripada Adun Umno, PAS dan Bersatu di Perak perlulah diteruskan," katanya pada ciapan di Twitter.

Dah lanjut usia ni kurangkan aktiviti membatu api. Kau pergi daftar PejWang kau tu ada jugak faedahnya.

Udah udah lah tu

Anonymous said...

Bang non pun sama. Berhenti seratus persen semburit. Nanti anak didik pun sama berhenti semburit.

Anonymous said...

Umno kena berhenti seratus persen politik tikam belakang.

Anonymous said...

Pas kena 100% berhenti tunggang agama.

Anonymous said...

Penunggang liberal memang seratus persen mahu supaya islam tidak dikembangkan. Mereka adalah dajjal yg berselindung dan menunggang fahaman liberal.

Unknown said...

Alhamdulillah..terbaik MPS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails