Pemuda-Armada Johor tegas ‘No DAP, No PH’
PERTEMUAN mahabah di antara Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan Armada BERSATU Johor berjaya dilaksanakan. Pertemuan yang bukan sekadar untuk mengenali barisan kepimpinan Armada bahkan bertujuan untuk mempererat jalinan hubungan silaturahim sedia ada.
Pemuda PAS Johor terus memperingatkan bahawa hubungan kedua pihak perlu terus dipupuk atas dasar taawun iaitu hubungan untuk bertolong-tolong kepada perkara kebaikan dan meninggalkan sebarang perkara yang membawa kepada dosa sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Maidah, ayat 2.
Dari sudut politik, pendirian ‘No DAP, No PH’ masih kekal selari dengan pendirian Pusat. ️Pemuda PAS Johor menyeru dan mengajak agar semua pihak khususnya pemimpin Islam untuk benar-benar mengambil Islam sebagai asas penyatuan dengan merujuk kepada firmanNya di dalam Surah An-Nisa, ayat 59.
Pemuda PAS Johor mengingatkan agar kedua pihak untuk terus memelihara penyatuan ini yang sepatutnya boleh memimpin ke arah sebuah penyatuan yang besar khususnya buat seluruh rakyat Malaysia sebagaimana firman-Nya dalam surah ali-Imran, ayat 103. Tanggungjawab penyatuan ini haruslah dipikul secara bersama di antara PAS, BERSATU dan Umno.
Pemuda PAS Johor berharap agar semua pihak terus berusaha untuk memelihara kerjasama ini khususnya di Johor agar ia boleh dijadikan sebagai contoh buat sahabat-sahabat pimpinan dari negeri yang lain. Pemuda PAS Johor kekal bersama dengan pendirian PAS Pusat untuk terus memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahan Perikatan Nasional. DPPNJ berharap agar pertemuan sebegini diteruskan.
Wallahu’alam bissawab ( والله أعلمُ بالـصـواب )
AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 13/12/2020
Lihat mengenai IHtv..
9 comments:
Itulah, Melayu2 LIBERAL, termsk. Menteri Agama DALANG DUA MUKA & dlm. parti BUKAN Pribumi lagi, Bersatu ni - mmg. TAK guna!! Dan PAS dah jadi KULI bisu, pekak & tuli si Bersatu ni!!
Bukankah bila kita membayar Zakat, kena dibacakan doa atas Zakat kita tu, PN GILA?!
Sbb. itu, walau BEKERJASAMA bawah PN, Pemimpin2 NASIONALIS Islam/Melayu TULEN dr. UMNO/PAS - JANGAN terPERANGKAP utk. SERAHkan sewenangnya akan mana2 KERUSI PRU15 pd. Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu - kerana MALANGnya PERPADUAN UMMSH dlm. MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS telah berjaya diMUSNAHkan!!
Lihat di -
https://malaysiagazette.com/2020/12/12/mungkin-perlu-gabungan-besar-tapi-umno-akan-terikat-azmi/
Patutnya JAKIM & MENTERI AGAMA Liberal - HUKUM si MELAYU/ISLAM LIBERAL Parasit dlm. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR tu, sbb. berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN, DYMM SPB YDPA masih ada KUASA sbg. KETUA AGAMA ISLAM PERSEKUTUAN & ISLAM adalah AGAMA NEGARA!!
Shoppee ni juga syarikat ASING & BUKAN ISLAM Singapura!!
Minta ulamak2 atau mana2 ustaz selebriti TAMPIL memberi pandangan adakah dibolehkan syarikat KAFIR menjadi agen mengutip zakat?
Ramai yang keliru!
Kerajaan pkr ker punya pandangan. Rosak agama dibuatnya.
1 malaysia dah kenal sapa kuat tunggang agama..sabaq noh. Hukuman hangpa akan tiba.
Tunggang agama liberal pkr. Rosak rohani
Post a Comment