Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria pada sidang media permohonan maaf berhubung ketika tidak menghadap sembah Sultan Perak di Istana Kinta. - Foto Sharul Hafiz Zam
IPOH: PAS Perak menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap seperti dititahkan baginda, Selasa lalu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan mengadap baginda, namun tarikh dan waktunya masih belum diketahui.Beliau juga mengesahkan surat tersebar di media sosial, berkenaan permohonan Abdul Hadi untuk mengadap Sultan Nazrin adalah benar.
"Maka kami, saya Razman Zakaria (ADUN Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (ADUN Selama) dan Khalil Yahaya (ADUN Kubu Gajah) dengan rendah diri menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin di atas kekhilafan tidak dapat mengadap seperti dititahkan baginda kepada kami bertiga pada 3 petang Selasa lalu.
"Sehubungan itu, PAS Perak akan mengutuskan surat memohon ampun dan maaf atas perkara itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Perak di sini, hari ini.
Razman turut memaklumkan surat bagi menyatakan permohonan maaf pihaknya kepada Sultan Nazrin akan dihantar petang ini.
"PAS Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak Darul Ridzuan dan menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Petang ini juga kita hantar (surat ke istana). Tunggu jawapan dari istana (untuk Abdul Hadi mengadap). Surat (permohonan mengadap (Abdul Hadi) sudah sampai (istana)," katanya.
Sebelum ini, Razman memaklumkan keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.
Ditanya mengenai jawatan EXCO Perak, Razman berkata, senarai nama wakil dari ADUN PAS sudah diserah kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
"Sudah ada dengan Menteri Besar (nama ADUN PAS)," katanya. (BH)
15 comments:
Diharap permohonan maaf ini tidak menjadi seperti memohon MAAF ketua Pakatan Hancing yang tidak ikhlas, tidak membawa apa2 pengertian, permohonan maaf TIPU. Mereka bergitu mudah memohon maaf setelah tahu akan kalah dimahkamah kerana memfitnah! Contoh terbaharu adalah permohonan MAAF kerana memFITNAH Anuar Musa! Diharap tidak menjadi seperti BANGKAI BERNYAWA TERSEBUT!
Sangat biadap.harap sultan ambik tindakan tegas kat mereka yg jadikan agama sebagai mainan politik
apa yamg biadap nya tak ada apa pun walaun jer yamg nak membatu api kasi kipas bio panas berasap...
kes prebet adam ko kira camner.. fitnah jijik disiang hari... ada orang tua tu mintak maaf...!?
lagi dia nak iktiraf ICERD lagi bila berkuasa kali ke 2... haramjadah ini tua punya olang..
akai hado...!?
#janganjadimelayumudahlupa
Mereka2 yang ingin mengiktiraf ICERD perlu segera diHALAU dari negara ini!
Sudah diberi kerakyataan MAHU PULA MEMINDA2 PERLEMBAGAAN!
Kah...kah...kah..apasal mintak ampun
Kalau aku...nyah kau dari Perak...tengin benor kome...derhaka pada sultan...
NASIB BAIK BUKAN DAP,BUKAN PKR DAN BUKAN AMANAH...KALAU DAK...MAMPOIH DIJAJA SEDONIA...JILAT KAHAK IJAU NAMPAK
Sultan Nazrin tolak pemohonan Hadi mengadap Sultan?!! Lebai bebal..baru dia ada akai..
Masa Sultan Nazrin titah masuk mengadap, kita engkar..dah kena label penderhaka baru nak mohon mengadap Sultan?!!
K'jaan Perak pun dah dibentuk dan Sultan pun dah tak layan..terimalah akibatnya, orang-orang yang menderhaka ni memang tak layak mengadap Sultan.
Lebih parah bila aqidah terpesong. Bawa pesta arak, bawa liberal, bawa syiah, bawa lttee, mohon icerd. Ini semua lebih bahaya. Lbih bahaya ada wakil lttee dalam dap. Import bangkai daging beku. Ini semua bukan dari pas, atau umno atau bersatu. Sangat bebal ph, kurap minda bila aqidah rosak.
Ini fitnah level tinggi jugak. Budaya ph. Tak habis2 dengan fitnah.
Bila nak damai, sedangkan perjuangan dap bawa kejahatan.
Katanya Anwar nak letak jawatan sebagai ketua pembangkang. Tak jadi pulak. Memang abang non ni gila kuasa. Sanggup jadi balaci dap kerana nakkan kuasa.
Bygkan 3 org tu dr PanDap. Adakah dalil ko akan sama?
Apa yg ko mengarut ni syaitan? Sapa perintah malaysia skrg? Hudud sm ruu355 apa citer??
Yaa..sokong anwar letak jawatan. Cadang lebai hadi atau lebai taki ganti plk jadi ketua pembangkang.
Post a Comment