Motif Pemuda Umno campuri isu kuil dipersoal
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan.
Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan.
Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.
Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara.
Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah.
“Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133)
“Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.
Menjawab mengenai perkataan ‘mabuk’ disebut Muhammad Sanusi di mana didakwa menghina kaum India, Faisal menyatakan bahawa ianya hanyalah sebutan kiasan dan merujuk kepada pihak tertentu yang mabuk populariti. – HARAKAHDAILY 6/12/2020
PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..
IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?
Ibnu Hasyim
Sampaikan...walau 1 ayat
Orang bodo tak sekolah jerr dengan cakap PapaGomo Keling!
ReplyDeleteKepada lembu Pas. Gi baca berita kenyataan sebenar papagomo psl mb pas kedah. Nilaikan dlu sapa yg putar belit.
ReplyDeleteIdup amno...agi idup agi ngelabah. Takbir....takbir....
ReplyDeletekalau jumpa UMNO, India dan ular...aku akan belasah UMNO dulu
ReplyDeleteAku plk, nk blasah mb kedah tu dlu. Pastu kurung dlm sangkar ular.
DeleteUMNO dulu dan selamanya harga diri dan maruahnya.
ReplyDeleteSeruan dari Istana Perak mahu UMNO PAS BERSATU Bebas bentuk semula kerajaan Negeri Perak.
Suatu tamparan amat memalukan bagi negarawan negara Tun yang selama ini terhegeh hegeh bersekongkol dengan DAP.
Atok pernah kata DAP ok jer.. link kat bawah nin haahh
https://www.beritaharian.sg/dunia/mahathir-sertai-himpunan-dap-berkata-beliau-silap-tentang-parti-itu
UMNO perlu membentuk semula kerajaan Perak bersama PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan wakil rakyat Bebas.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ini termasuk jika Menteri Besar baru sudah diberi perkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Katanya, pilihan selain itu termasuk kononnya UMNO perlu bekerjasama dengan DAP bukanlah pilihan utama.
"Pilihan pertama yang utama tentu UMNO mesti bersama dengan PAS, Bebas dan BERSATU untuk tubuh kerajaan dengan Menteri Besar baharu.