KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia sejajar kebenaran untuk membuka semula taman di bawah pengurusan Taman-Taman Sabah mulai hari yang sama.
"Kerajaan negeri melalui Taman-Taman Sabah sedang bersiap sedia untuk membuka semula pintu taman secara berperingkat kepada pelawat tempatan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat bermula 7 Disember ini.
"Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu juga akan dibuka secara berperingkat bermula pada hari yang sama.
"Sebagai permulaan, kapasiti pendaki yang dibenarkan adalah tidak melebihi 50 peratus berbanding kapasiti pendaki yang dibenarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, malam ini.
Beliau berkata, kapasiti pendaki yang dibenarkan di gunung tertinggi Asia Tenggara itu juga mengambil kira jumlah bilik untuk penginapan pendaki di sepanjang pendakian.
Katanya, Taman-Taman Sabah akan membuat pengumuman lanjut berkaitan SOP yang perlu dipatuhi pendaki sebelum aktiviti pendakian bermula.
Sebelum ini, kerajaan negeri sudah membenarkan aktiviti menyelam dibuka semula kepada penggemar aktiviti itu dengan SOP ketat termasuk tidak melebihi 30 peratus kapasiti bot yang digunakan.
Sementara itu, mulai Isnin depan juga separuh daripada jumlah kakitangan awam negeri di Sabah akan mula bekerja di premis jabatan dan agensi masing-masing mulai Isnin depan.
Masidi berkata ia sejajar keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah yang memutuskan kehadiran 50 peratus kakitangan awam negeri mulai 7 Disember ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah pada hari ini memutuskan kehadiran 50 peratus penjawat awam negeri Sabah bermula 7 Disember, iaitu pada Isnin ini.
Sebelum ini kakitangan awam negeri dibenarkan bekerja dari rumah atau bekerja di pejabat secara bergilir sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja.
Bagaimanapun, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata, kehadiran 50 peratus kakitangan awam negeri masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan berkaitan operasi tempat kerja.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila baca artikal ini.. Merubah wabak Covid 19 menjadi peluang, menerima ...
Lihat bagaimana dalam suasana wabak Covid 19, Turki berjaya menstabilkan industri perlancungan untuk terus berkembang.
"Destinasi ski terkemuka di Turki, Palandöken di Erzurum, Erciyes di Kayseri dan Uludağ di Bursa bersiap untuk membuka musim pada bulan Disember.
Kemudahan yang menerima "Sijil Pelancongan Selamat" dan menerapkan semua langkah-langkah kesihatan dalam ruang lingkup memerangi jenis baru coronavirus (Covid-19), terus bekerja untuk mengubah kemelesetan dalam tempoh wabak menjadi peluang.
Ketika negara-negara yang mempunyai destinasi ski seperti Switzerland, Perancis dan Austria menutup lalu lintas syarikat penerbangan mereka bagi memerangi kes-kes Covid-19 yang meningkat pesat di Eropah, pengusaha pelancongan di Rusia dan Ukraine beralih arah ke Turki."
Sekian.
Hibur Hibur Sikit
No comments:
Post a Comment