Pendeta Yahudi tuduh vaksin Agenda 21 NOW
TERKESIMA juga apabila terlihat video seorang Pendeta Yahudi Ortodoks, Rabi Amnon Yitzchak, yang menuduh perubatan termasuk vaksin itu adalah Agenda 21 New World Order (NOW).
Dari tak terkenal, jadi terkenal pula dia seluruh dunia termasuk dijadikan hujah pihak antivaksin Malaysia bahawa semua yang berlaku ini adalah konspirasi semata-mata.
Rupanya beliau adalah tokoh antivaksin Yahudi. Dengan mazhab Ortodoks beliau itu telah mempengaruhi rakyat Israel sendiri. Kenyataan yang dimuat naik ke Youtube itu adalah satu penipuan. Sehinggakan Kerajaan Israel sendiri bergelut dengan kumpulan antivaksin dalam negara mereka sendiri.
Sepatutnya liputan 17 jenis vaksin di Israel mencecah lebih dari 97 peratus, tetapi dengan wujudnya gerakan seperti ini liputan vaksinasi menurun. Dilaporkan 18 peratus anak-anak dari kumpulan Ortodoks Yahudi ini tidak menvaksin anak-anak mereka. Di kalangan Yahudi pun mempunyai masalah serupa. Sebab apa? Taksub dengan pegangan Ortodoks mereka.
Bukan setakat itu sahaja ketaksuban mereka, di kalangan mereka percaya bahawa apa yang diucapkan oleh Rabi Amnon Yitzchak itu adalah dari Tuhan. Inilah pengakuan yang dibuat oleh Rabi itu sendiri kerana beliau menerima ‘wahyu’ dari Tuhan. Sebenarnya kisah Rabi ini panjang, termasuk karier politiknya gagal dan karier sebagai Rabi pun buntu.
Walau apa pun, kumpulan antivaksin Malaysia tetap galak share video youtube tersebut tanpa tahu kisah hujung pangkal. Asal sahaja sokong konspirasi saja, terus share.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 7/12/2020
No comments:
Post a Comment