Thursday, December 10, 2020

Pulau Pinang tidak perlu hendak ‘mengajar’ Kedah

 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) diingatkan untuk tidak mengajar Kerajaan Negeri Kedah perkara yang perlu dibuat negeri itu, demikian kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, beliau tahu tanggungjawab kerajaan melindungi bekalan air untuk rakyat termasuk negeri-negeri jiran yang menumpang rahmat daripada peranan Kedah menyimpan kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif PBA, Jaseni Maidinsa menyifatkan penerokaan elemen nadir bumi (REE) di Kedah bakal menjejaskan bekalan air mentah kepada 4.2 juta penduduk di tiga negeri utara itu.

Ini kerana dakwanya, salah satu lokasi penerokaan tersebut adalah kawasan tadahan air yang menjadi sumber bekalan air mentah dalam kuantiti besar kepada Perlis dan Pulau Pinang, selain Kedah sendiri.

Sehubungan itu, beliau bersuara mengkritik langkah Kedah untuk menjalankan penerokaan tersebut di kawasan yang perlu dilindungi itu dan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan terhadap Kedah.

Sebaliknya, Sanusi menggesa PBA membuat pembayaran terhadap air mentah tersebut di mana Kedah telah membuat tuntutan kepada Pulau Pinang sebanyak 10 sen bagi setiap meter padu yang diambil.

“Apa-apa aktiviti di Ulu Muda sama ada pembalakan, sektor perkayuan, apa nama, perlombongan, semua itu akan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri insya-Allah. PBA tak payah bimbang.

“Kebimbangan saya ialah dia (PBA) meniaga daripada sumber air yang ambil daripada kita (Kedah) (secara) free, dan dia tak bayar apa-apa. Saya rasa tak patutlah,” ujarnya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Katanya, PBA telah membuat banyak keuntungan banyak, namun Pulau Pinang tidak pernah membayar penggunaan ini kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), sedangkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah sendiri membayarnya.

“Jadi tak patutlah PBA sebagai listed company yang dapat raw material free, kemudian itu dia bagi komen yang tak wajar untuk Kedah. Kerana Ulu Muda dalam Negeri Kedah, di bawah bidang kuasa dan kedaulatan Negeri Kedah.

“Dia (Pulau Pinang) tak boleh ceroboh masuk pergi ke hutan kita, pergi ke tanah kita, ajar kita apa yang boleh, apa yang tak boleh. Kedah adalah hak Kedah, kita akan buat apa yang patut kita buat untuk pembangunan dan kebajikan negeri dan rakyat Kedah,” tegas Sanusi.

Sanusi turut mengingatkan Pulau Pinang mengenai tuntutan bayaran tersebut yang telah beberapa kali dikemukakan Kedah iaitu sebanyak RM50 juta setahun, tetapi hingga kini tidak pernah dijawab oleh negeri tersebut.

“Sepatutnya dia bayar RM50 juta setahun. Kita ada calculation dia, berapa akaun domestik dia, berapa akaun industri dia, berapa akaun perkapalan dia, berapa profit yang dia buat.

“Walaupun dia claim dia sedut air itu daripada sungai yang berada di sebelah Pulau Pinang, kerana border Kedah dengan Pulau Pinang ini berada di tengah sungai, dia claim dia sedut air di sebelah Pulau Pinang.

“Jadi kalau sedut air belah Pulau Pinang, duduk kacau apa Ulu Muda? Kacau belah hang sudahlah. Ulu Muda Kedah punya. Kan. Banyak kali dah dia masuk pergi Ulu Muda, bawa dron bawa apa, pergi duduk buat kerja dalam negeri orang, lepas itu ajar kita pula.

“Dia tumpang cahaya lampu kita, ikut suka kita nak tutup lampu pukul berapa, buka pukul berapa. Kalau dia nak cahaya dia pasang lampu rumah dia sendiri. Analoginya begitulah,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 8/12/2020

3 comments:

  1. Jika pihak pulau pinang tidak berpuas hati akan tindakkan kerajaan negeri kedah dlm hal ini dipersilakan bawa ke mahkamah...kita tengok siapa betul Dan siapa salah....bangsa dap ni bila rasa mereka dianiaya mahkamahlah tempat dia mengadu.

    ReplyDelete
  2. Bangsa biadap ini patut diajar dgn biadap juga baru tahu biadap mana yg lebih hebat.

    ReplyDelete
  3. Minta kerajaan Pulau Pinang suling aka recycle air TAIK BABI HITAM PEKAT untuk kegunaan domestik mereka.

    Kerajaan Kedah perlu segera memaksa kerajaan P Pinang MEMBAYAR HARGA AIR yang mereka gunakan secara PERUNDANGAN! Jangan lagi berlengah.

    Tiada yang PERCUMA didalam dunia ini?

    ReplyDelete