Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM62 bilion
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM742.7 bilion seluruh negara di mana RM62 bilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.
“Sebelum daripada itu, kita telah meluluskan usahasama sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan,” ujarnya memaklumkan REE itu selain di Sik, terdapat juga di Ulu Muda dan Baling, termasuk sedikit di Lenggong, Perak.
Beliau juga menyifatkan penemuan tersebut adalah rezeki anugerah Allah secara tidak disangka-sangka kerana melaksanakan tuntutan beriman dan bertakwa sebagaimana janji Allah yang terdapat pada ayat 2 dan 3 surah at-Thalaq.
Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar-dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan Dasar Mineral Negara supaya negara tidak lagi menjadi seperti sejarah lampau.
“Semua hasil bumi sumber-sumber asli kita diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri Perancis di Britain di Barat menggunakan sumber asli negara-negara yang dijajah. Akhirnya mereka menjadi kaya raya, kita menjadi papa kedana terjajah.
“Anugerah-anugerah mineral yang baru ini pun kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka supaya kekayaan itu menjadi milik penduduk di mana mineral itu ada. Kalau mineral itu timbul di Kedah, rakyat Kedah lebih dahulu yang rasai nikmatnya.
“Sama macam dasar percukaian dalam Islam. Di mana cukai itu dikutip, belanja daripada cukai itu patut diutamakan di tempat cukai itu dikutip. Kalau ada lebihan baru boleh bawa ke lain. Itu dasar Islam.
“Sama dengan mineral ini, kalau mineral ini digali ditemui di Kedah, nikmat daripada timbulnya mineral dan bahan berharga ini, patut diagihkan dulu di Kedah atau di mana sahaja tempat itu ditemui,” syarahnya mengenai dasar Islam itu.
Jelas Sanusi, REE yang ditemui itu adalah jenis yang tidak mengandungi radioaktif dan lebih mahal daripada emas di mana difahamkan sudah diketahui dalam kajian geosains sejak lebih 20 tahun dahulu, namun ketika itu belum dimajukan.
Namun kini kata beliau, penggunaan REE makin diperlukan dalam barang-barang teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, barang-barang digital dan lain-lain yang sesuai perkembangan zaman.
“Bila dunia makin berkembang ke arah itu, permintaan kepada itu makin tinggi. Dan alhamdulillah benda itu ada di Kedah. Cuma kita nak pastikan rakyat Kedah tak nganga lah. Ada orang duduk angkut pergi, kita nganga saja. Insya-Allah.
“Lepas ini banyaklah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilaksanakan bila Rare Earth Element ini dapat diekstrak daripada bumi kita. Ada sebahagiannya dikatakan tersimpan di bawah bandar-bandar besar.
“Yang ini kita tak boleh buat apa, tak akan nak tebuk situ kan. Jadi kita explore tempat-tempat yang belum ada penghuni lah, contohnya di hutan, di bukit. Dan cara ekstrak daripada REE ini dia tidak melibatkan perlombongan, tidak melombong, dia hanya pakai paip 4 inci, tebuk boarding itu, dan dia keluar sikit-sikit.
Sudah diluluskan permit, orang itu pun dah masuk. Cuma permit teroka ini dia tak boleh pakai mesin, tak boleh pakai jentera, dia masuk pakai manual. Dan bila dia teroka, dia temu element itu, dia kena declare kepada kerajaan,” ujarnya teruja.
Menurutnya, syarikat yang diberi permit itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan bekerjasama syarikat antarabangsa serta syarikat kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/12/2020
PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..
IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?
Ibnu Hasyim
Sampaikan...walau 1 ayat
15 comments:
Selagi kamu IKHLAS,ALLAH ttp Akan Memelihara kamu
Kalau dapat kat boboy atok, nangislah rakyat kedah. Masuk kantong boboy. Tak merasalah rakyat kedah khazanah negeri. Padanlah atok beria sungguh nak boboy jadi mb kedah. Cukup2lah atok. Jangan kaya harta tapi muflis iman.
Awas puak RBA ternakan parti kafir harbi biaDAP sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya parti kafir biaDAP boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.
Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing oleh puak panipu ini !
Awas puak RBA ternakan parti kafir harbi biaDAP sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya parti kafir biaDAP boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.
Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing oleh puak panipu ini !
Tak usahlah bagi orang asing untuk mengusahakan sumber alam yang amat beharga ini, habis musnah alam sekitar nanti sebagaimana keadaan lombong2 bijih timah tinggal.
Rosak lagi merosakkan!
Kali ini pastikan hasil bumi ini HANYA diagih2kan kepada orang asal negara ini sahaja! Dah kena buat undang2 baru berdasarkan perlembaggan ni?
Jangan jadi macam kilang2 simen digunung2 di Perak? Habis semua berdebu berterbangan puluhan kilometer jauhnya. Juga jangan jadi macam pengusaha2 bauksit di Pahang yang tidak terkawal dan merosakkan alam sekitar. Habis berdebu jalan2raya, persekitaran, dah serupa macam tiada undang2?
Jadilah macam PETRONAS yang secara profesional menguruskan kerja2 carigali minyak & gas.
Jadi pengajaran sejarah 22 tahun dan sejarah 22 bulan. Banyak kerosakan sepanjang tempoh ini. 2020 gagal untuk bumiputera tapi billion sakan buat atok. 22 bulan juga penindasan kepada bumiputera dan Islam. Jika 22 bulan bersambong, makin parah.
Bagi la lebai lebai pas uruskan mineral ini.
Mereka pun nak merasa pakai mesedis
Jgn jd mcm felda bukit goh sudah la. Projek bauksit tahap gaban. Skrg tmpt tu dah jd mcm planet marikh
Bagus juga lebai uruskan. Selama ni liberal kat malaysia pandang rendah pada ulamak. Ada juga ulamak yg profesional. Ulamak yg juga profesional akan berhukum dengan hukum syariat. Dapat bezakan amanah kepada negara dan amanah kepada keluarga yg berasaskan hukum Islam. Beza dengan pan dan pkr, berhukum dengan hukum yg dikonsesuskan oleh dap. Penuh korup dan fitnah.
Gempaq satu malaysia. Presiden liberal ada nombor. Ini tak tau nak kata, memang paling strategik ataupun malaun yg tak berhemah. Undi belah bahagi pun ada nombor, tapi kureng.
Janganlah terpedaya dengan karisme yg merugikan orang melayu. Biarlah hanya liberalist yg percaya dengan presiden liberal.
Blh bg 5 nama, ulamak Pas mna yg profesional tu??
Agak menghairankan selama kerajaan PH memerintah mengapa galian ini tidak dihebahkan kepada rakyat secara terbuka....sedangkan kajian serta penyeludikkan ini telah hampir selesai dilakukan oleh mereka yg berkelayakkan...
Apa2 pon syabas kepada mentri besar kedah kerana mendedahkan hasil bumi yg bakal menjadikan malaysia sebagai pengeksport terbesar galian yg bernilai tinggi ini....syabas pemimpin dari parti pas kerana jujur Dan ikhlas dlm memegang amanah yg diberikan.
Sedarkah kita sebagai manusia yg beriman akan anugerah yg diberikan oleh PENCIPTA jika kita berjuang atas agamaNYA...
Bukti kukuh bagaimana hasil bumi dikelantan dan trengganu dilimpahi EMAS HITAM hasil dari pentadbiran yg condong kepada syariat islam...
Perlu diingat setiap anugerahNYA meruoakan satu bentuk ujian bagi menguji hamba2 NYA bertakwa.Nampaknya ujian yg diberikan tertimpa kepada pemimpin pas kedah.....apakah pemimpin pas kedah mampo menyerap setiap ujian Dan Dugaan yg dipikul sebagai pemimpin kerajaan yg memerintah......demi masa Sesungguhnya Manusia itu dlm kerugian MELAINKAN mereka berpesan-pesan.....
Post a Comment