Tuesday, December 29, 2020

Sarawak mohon maaf kepada Dayang Nurfaizah

 

Karim (tengah) pada sidang media mengenai Countdown 2021 Sarawak di Stadium Perpaduan. - NSTP/Melvin Joni

HALAMAN HIBURAN

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memohon maaf kepada penyanyi anak negeri itu, Dayang Nurfaizah berhubung salah faham mengenai SOP COVID-19 ketika memasuki Sarawak.

Ia berikutan artis itu yang dijemput sebagai penyanyi undangan utama untuk Countdown 2021 Sarawak, yang dijadual pada Khamis ini telah dikenakan ujian calitan COVID-19 sebanyak dua kali dan dikuarantin sebaik memasuki negeri ini semalam walaupun sudah diberi kelonggaran oleh kerajaan negeri.

Menurut Karim, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sudah bersetuju agar Dayang diberi kelonggaran daripada prosedur operasi standard (SOP) memasuki Sarawak iaitu tanpa perlu mengambil ujian calitan dan dikuarantin.

Bagaimanapun, katanya apabila Dayang tiba di sini semalam, beliau diminta menjalani semula ujian calitan walaupun sudah membuatnya di Kuala Lumpur, sebelum masuk ke Sarawak.

"Prosedur bagi kes khas seperti ini ialah mereka boleh berada di sini (Sarawak) dalam tempoh 72 jam tanpa dikuarantin tetapi mesti menjalani ujian calitan sebelum masuk.

"Beliau (Dayang) sudah menjalani ujian calitan pada 25 Disember lalu namun apabila sampai di sini semalam (Isnin), kena calit lagi dan dikuarantin.

"Bagaimana anda boleh dicalit dua kali dalam tiga hari, saya memohon maaf kepada Dayang di atas kesulitan yang dialaminya," katanya pada sidang media Countdown 2021 Sarawak di Stadium Perpaduan, di sini hari ini.

Sementara mengenai Countdown 2021 Sarawak, Karim berkata acara yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya ini dijangka dihadiri seramai 1,000 orang tetamu jemputan termasuk Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dengan SOP yang ketat.

Katanya selain persembahan nyanyian oleh Dayang, acara itu akan turut diserikan dengan persembahan kumpulan muzik, tarian, orkestra dan banyak lagi di mana kemuncaknya ialah pertunjukan bunga api pada tengah malam.

Bagaimanapun, katanya acara ini hanya akan dihadiri oleh tetamu jemputan sahaja namun orang ramai boleh menyaksikan secara langsung menerusi TV Sarawak atau Facebook Live yang dibuat oleh UKAS.

IHtv

6 comments:

Anonymous said...

Abis semua aku mention, pasal kjaan PAS/PN nak tambah Cabutan Khas No Ramalan dari 8 masa PH kepada 22 tahun 2021 nanti, jika tak sampai kat dorang, tak tahu nak kata apa lagi..
hahahar




Image may contain: one or more people and close-up



Salam Dato Seri Tn Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Duta Khas Bertaraf Menteri mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti

Image may contain: 1 person



Salam Dato Seri Tn Ibrahim Tuan Man, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti





Image may contain: 1 person

Salam Dhuha Ustaz Idris Ahmad, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 2 people, people standing
Salam Ustaz Tar Senik dan Dato Seri Khairuddin Hud Hud Takiri, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti






Image may contain: 1 person, dancing and sittingSalam, Dato Seri Haji Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti



Image may contain: 1 person, standing



Salam Ustaz Ir Khairil Nizam, Ketua Pemuda PAS mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti..
err tak penat ke buat tangan macam tu??
Image may contain: 1 person



Salam Dato Seri Haji Zulkifli Al Bakri, Menteri Agama PN, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti





Image may contain: 1 person

Salam Ustaz Roslan Sms ASB 4.5 % dari PAS Selangor, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti


Image may contain: 1 person, close-up and text



Salam Ustaz Dasuki Rani, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti

Anonymous said...

Semalam bila baca laporan Ketua Pemuda PAS angkat sumpah kat Dewan Negara sebagai Senator..Dok ingat depa lah akan bangkitkan pasal pertambahan lesen Judi oleh Kerajaan PN.. Paling kurang si Deris Ahmad..Rupanya hat bangkitkan Senator dari DAP Liew Chin Tong... Hat depa ni masih senyap sunyi..


Setakat Ni belum ada Bantahan atau Demo dari kalangan Bani Melayu Ashabiyah, bani PAS Bila didedahkan Kerajaan PN bani Melayu Islam tambah lesen Loteri Khas.. Dulu tak sempat2 demo depan kedai Judi..



Kalau tak bantah, orang PAS dah boleh siap Sedia beli Nombor 0355,3550... Rasanya nombor ni mesti naik bagi menghargai kerjasama PAS.. :)

Anonymous said...

Teringat citer doremi scene kat warung.

"TAKKANLAH PAK LEBAI NAK MENIPU"

Anonymous said...

Cubalah berakhlaq sikit. Tinggalkan akhlaq abam, akhlaq mat sabu, akhlaq eng guan, akhlaq siang kit dan akhlaq atok. Jadi berdaya maju dan tidak tabur fitnah berterusan.

Anonymous said...

Isu banyak. Ikut susunan. Ada keutamaan. Jika isu dibangkitkan tidak secocok dengan seseorg, tak perlu melenting dan tabur fitnah. Kecuali cukup sd dan cukup nombor, nanti ubah susunan. Tak perlu gamekan agong untuk jadi pm.

Anonymous said...

Ini minat dap. Mereka kan ker suka judi, arak dan lgbt. Kalau pas yg tegur, lagi lah bengkak dap kat pas. Jadi biar isu ini diselesaikan oleh yang sebangsa dengan dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails