Monday, December 28, 2020

'Saya Mengagumi Sejarah dan Budaya Turki' -Raja Permaisuri Agung.

 

Ratu Malaysia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5. Beliau  mengatakan bahawa beliau mengagumi budaya dan kesenian Turki.

Membuat kenyataan kepada Anadolu Agency (AA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menceritakan tentang produk buatan tangan yang beliau pesan dari Turki dan menceritakan kekagumannya terhadap budaya dan sejarah Turki.

Beliau menyatakan baru-baru ini beliau memesan beg dari pereka beg rajutan di Instagram,

"Ketika saya melihat beg ini dan reka bentuknya yang luar biasa di media sosial, saya segera memesannya. Ketika saya memesan beg itu, pereka tidak tahu siapa saya." Katanya.

"Saya sangat menyukai seni dan kraftangan Turki. Selain itu, saya juga mengagumi sejarah dan budaya Turki. Saya memesan produk Turki untuk dipersembahkan kepada keluarga saya setiap bulan Ramadan." Tambahnya.

Menyatakan bahawa beliau sangat menyukai reka bentuk yang digunakan di istana-istana Turki dan bangunan-bangunan bersejarah, Tunku Azizah mengatakan bahawa dia juga mengagumi motif yang menonjol dalam reka bentuk Turki.

Ratu Malaysia mengatakan tahun ini, beliau berencana untuk mengunjungi Turki dengan Raja Malaysia, tetapi kerana wabak Covid-19 ia terpaksa ditunda,

"Saya bermimpi untuk meneroka semua bidang bersejarah dan budaya selama sebulan di Turki." Katanya.

Begitulah, Turki mula menarik perhatian dunia. (IH)

IHtv
IHtv
11 subscribers

No comments:

Post a Comment