Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (kiri) melihat Manuskrip pameran Quran Emas Secara Digital ketika melawat Cultural Heritage Digital Gallery Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada penyampaian bantuan Program Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM 2020. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Makan atau tidak, terpulang kepada umat Islam - Dr Zulkifli
KUALA NERUS: Umat Islam mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung keyakinan masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mufti sudah memberikan kenyataan dan pandangan masing-masing serta ia dibahaskan di Dewan Negara.
Beliau berkata, sebahagian daging disahkan halal semalam oleh KPDNHEP dan pengesahan itu sudah boleh dirujuk untuk dijadikan perkiraan dalam membuat pertimbangan sewajarnya.
"Jadi pandangan yang dikemukakan samahah-samahah, lebih kepada untuk ikhtiar atau pun mengambil jalan berhati-hati.
"Tetapi apabila disahkan oleh sebahagian daripada pihak berwajib yang menyertai dan membuat kajian dan telah masuk dalam Parlimen semalam melalui Dewan Negara dan ada usul khas yang dijawab Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, ia memberi jawapan yang melegakan kita semua.
"Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.
"Saya berdoa pada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya," katanya selepas merasmikan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin, di sini hari ini.
Zulkifli mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.
Menurut Zulkifli, JAKIM sudah mengeluarkan pelan tindakan bagi menangani isu keraguan status halal daging import seterusnya menambah baik kelemahan yang ada dan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu pengurusan halal.
Katanya, Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, jabatan berkenaan juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan selain pengimport dan pengedar daging pada awal bulan depan.
Terdahulu, Zulkifli memberikan sumbangan Inspirasiku kepada 593 pelajar UniSZA membabitkan sumbangan bernilai RM296,500.
Program hasil kerjasama antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YaPEIM) dan UniSZA menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai ke akaun universiti bagi membayar yuran pengajian dan lain-lain.
Sehingga kini, bagi bantuan persekolahan YaPEIM menyantuni 52,745 keluarga (99,469 orang anak) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.85 juta, manakala bagi bantuan di peringkat institut pengajian tinggi, seramai 12,743 pelajar menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM6.37 juta. (BH)
8 comments:
Dh jd halal plk??
"Umat Islam mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung keyakinan masing-masing" BAHASA MUDAHNYA : PANDAI2 KO LA NAK IDUP.
senangnya lps tgn. Untung la jd menteri.
Apa dah jadi pada slogan, mencari yang halal itu fardu??
Aku rasa betul dah ustadz zul cakap tu, mmg bergantung pada pilihan kita dan keyakinan kita, tak lari pun dari slogan tu.
Ada orang yakin beli ayam di pasaraya tesco, econsave, family store... Tapi aku tak yakin, namun aku tak berani kata yg depa tu beli bangkai. Hang sendiri ada makan kat kedai tak? Hang yakin ke dengan lauk ayam kat kedai tu bukan bangkai...
Kadang2 kita begitu teliti bila beli ayam utk dimasak isteri kita kat rumah, tapi bila kita makan kat kedai, boleh pulak kita confident semacam je
Pak menteri sila dedahkan jenama yang Tak halal supaya senang pengguna buat pilihan Tak payah kluk klek kata orang ganu
Kalo yg jd menteri agama skrg ialah mujahid yusuf rawa, adakah dalil ko akan sama?
Aku tak cakap politik lah dlm isu ni. . Aku bercakap dalam konteks pilihan dan keyakinan sendiri
Jom kita beli daging lembu tempatan. Aku peniaga daging segar bumiputra.
Nak daging lembu atau kambing, sila tgglkan email.
SALAM SEMUA PAK LEBAI-PESANAN DAH DISAMPAIKAN DAN MINTA ULASAN SEBAGAIMANA SEBELUM INI BEGITU GHAIRAH MENGOMEN SEMASA ZAMAN PH-JUDI NI..
MOHD SHAH RIM
Abis semua aku mention, pasal kjaan PAS/PN nak tambah Cabutan Khas No Ramalan dari 8 masa PH kepada 22 tahun 2021 nanti, jika tak sampai kat dorang, tak tahu nak kata apa lagi..
hahahar
Image may contain: one or more people and close-up
Salam Dato Seri Tn Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Duta Khas Bertaraf Menteri mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person
Salam Dato Seri Tn Ibrahim Tuan Man, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person
Salam Dhuha Ustaz Idris Ahmad, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 2 people, people standing
Salam Ustaz Tar Senik dan Dato Seri Khairuddin Hud Hud Takiri, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person, dancing and sittingSalam, Dato Seri Haji Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person, standing
Salam Ustaz Ir Khairil Nizam, Ketua Pemuda PAS mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti..
err tak penat ke buat tangan macam tu??
Image may contain: 1 person
Salam Dato Seri Haji Zulkifli Al Bakri, Menteri Agama PN, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person
Salam Ustaz Roslan Sms ASB 4.5 % dari PAS Selangor, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Image may contain: 1 person, close-up and text
Salam Ustaz Dasuki Rani, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti
Aku tak pasti lagi dakwaan kau cabutan judi ni akan ditambah menjadi 22 kali pada tahun 2021 betul atau tidak. Kalau betul aku takkan pertahankan atau membela tindakan tersebut... Bagi aku yg salah tetap salah, semua mereka akan di tanya Allah kelak
Post a Comment