Friday, December 18, 2020

Sentuh, peluk, cium bibir, geselkan kemaluan dalam gereja, kereta...

 

Paderi cabul lima lelaki OKU

Kuala Lumpur: Menggunakan status sebagai pemimpin gereja dan mangsa perlu menuruti setiap arahannya menyebabkan seorang paderi warga Korea bertindak mencabul lima lelaki tempatan yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, lima mangsa berusia 27 hingga 40 tahun itu dicabul dengan cara menyentuh, memeluk, mencium bibir dan menggeselkan kemaluan dalam beberapa kejadian di gereja, kereta dan rumah sewa suspek pada 2011 hingga 2016.

"Semua mangsa dan suspek adalah penganut agama Kristian dan memulakan perkenalan ketika menghadiri kelas keagamaan serta menjalankan aktiviti di gereja.

"Bagaimanapun, semua mangsa lewat tampil membuat laporan polis kerana sebelum ini suspek sering mempengaruhi mangsa dengan mengatakan dia seorang pemimpin dan mereka perlu menuruti setiap arahannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memperincikan kejadian itu, Huzir berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 12 November lalu oleh seorang mangsa menyebabkan lima mangsa lagi tampil membuat laporan selepas itu.

"Mangsa yang juga penganut agama Kristian dan ahli Persatuan Orang Pekak kerap menghadiri kelas keagamaan dan aktiviti gereja di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

"Suspek warga Korea berusia 54 tahun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, keluarganya kini berada di Korea.

"Lelaki itu datang ke Malaysia atas pelawaan pengasas Persatuan Orang Pekak untuk menjadi paderi dan mengajar kitab Bible di gereja berkenaan sejak 1998," katanya.

Katanya, terdapat enam cawangan persatuan itu di Malaysia iaitu empat di Semenanjung meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Perak manakala dua di Sarawak.

"Pengasas persatuan ini adalah seorang lelaki tempatan yang juga pengurus dan membiayai segala kos pengurusan gereja berkenaan.

"Bertindak atas enam laporan polis diterima, kita menahan suspek pada 23 November lalu dan direman selama seminggu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun suspek dikuarantin sehingga 8 Disember lalu kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan di lokap yang disahkan positif Covid-19.

"Suspek ditangkap semula bersabit laporan polis dibuat di Kepala Batas dan direman empat hari bagi siasatan dua kes di Pulau Pinang.

"Kemudian, suspek ditahan reman selama enam hari mulai 13 hingga 18 Disember bersabit laporan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk siasatan lanjut," katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Disember ini. (MyMeto)


Edit profile picture

IHtv
8 subscribers

12 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Itulah, puak PEROGOL HOMO ni - patutnya diGANTUNG sampai MAMPOS!! JIJIK betul - depa ni BINATANG2 BUAS, bukan lagi MANUSIA!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Mulai skrg. KDN - kena PERKETATkan siasatan LATARBELAKANG setiap pekerja ASING, termsk. yg. "PROFESSIONAL" supaya para PEROGOL/PEMBUNUH/PEROMPAK - TAK boleh buat apa depa suka kat NEGARA ISLAM kita ni!!

Anonymous said...

Tak payah jadi paderi. Jadi presiden pun boleh buat perangai ni.

Anonymous said...

yang USTAZ tok guru pondok yg dajjal kat PCB Kelate tu xdok plok post dlm web ni….yg tu lagi ganas siap ramas kemaluan dan cium pipi hahahaha.....
biar adil boss nak posting....yg pakai kopiah buat dajjal sembunyikan plak…
ni komen ni ada la yg kata ambe machai DAP laa plak….ermm gitulah melayu HAPRAK

Anonymous said...

Ni nak sebar aib psl org kapir dgn pulau pinang la ni..ni ke etika org beriman?

Anonymous said...

Yg bahaya kepada umat ialah ketua atau presiden. Bersenggama haram, ahli kumpulan pun ikut contoh.

Anonymous said...

Masalah ph ialah tak dapat beza fakta dengan fitnah. Bahan fakta tiada, maka diwujudkan fitnah.

Anonymous said...

Btl tu..mcm lebai dusuki fitnah kes tabung haji. Ckp tabung haji dah dikuasai cina kapir. Last2 si mudin jawap dlm parlimen TH dikuasai melayu islam.
Zaman PN ni plk melayu isley PN sibuk nak jual aset TH.

Anonymous said...

Mujurlah TH dikawal semula oleh PN. Jika dengan PH berpuluh yg macam mat sabu jadi agen dap. Bijak dap main aktiviti secara underground menjual melumpuhkan aset org Islam. Pada surface seolah2 dap tiada peranan.

Anonymous said...

Macam guna logo halal, rupanya daging bangkai yg dijual di pasar raya. Ada logo halal, guna tulisan jawi, guna logo islamik, nak kelabukan masyarakat, ini makanan yg bersih dan suci, rupanya guna minyak babi. Surfacenya bersih dan suci, disebalik surface itu, tersembunyi hal2 haram.

Anonymous said...

Kpdnk harga bawang pun xleh kawal.
Sapa menteri tu? Mana dia skrg? Idup lg ke??

Anonymous said...

Lembu pas dgn modal fitnah. Kah355x!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails