SUKAN
Gandingan Dhabitah, Yan Yee menang acara 3 meter
KUALA LUMPUR: Nur Dhabitah Sabri menyifatkan dirinya agak janggal untuk Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia yang buat kali pertamanya dianjurkan secara atas talian dan tanpa kehadiran penonton.
Mujur kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu masih dikelilingi rakan seperjuangan dan mampu bertindak sebagai 'pasukan sorak' sekali gus memeriahkan suasana serta memberikan sokongan.
"Sangat sunyi tetapi ia satu pengalaman yang baharu," kata Nur Dhabitah yang bergandingan bersama Ng Yan Yee untuk memenangi acara 3 meter seirama wanita di kejohanan yang membabitkan penyertaan lima buah negara itu.
Gandingan ini meraih mata tertinggi 298.98 mata untuk meraih tempat pertama di saingan final manakala Zara Tullipan-Milly Puckeridge dari Australia berada di tangga kedua dengan 239.43 mata. Berada di tempat ketiga adalah rakan senegara Tullipan-Puckeridge, Harriet Kaan-Ellie Cole yang meraih 219.15 mata.
"Namun di sini kita ada rakan sepasukan yang memberikan sokongan jadi setidak-tidaknya ada juga penyokong dan tak begitu sunyi dan pelik sangat," kata atlet terjun yang berusia 21 tahun itu.
Rakan gandingannya, Yan Yee dalam pada itu menyifatkan kejohanan ini sebagai satu persiapan untuk dirinya menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Jepun, April tahun depan.
"Saya berpuashati dan kami juga agak janggal kerana hanya kita saja yang melakukan terjunan (di Pusat Akuatik Nasional) manakala negara lain juga melakukan terjunan (di venue masing-masing). Sesuatu yang diluar kebiasaan tetapi kami gembira kerana dapat melakukan terjunan sebegini.
"Bagi saya, ia satu pengalaman sebab tak pernah ada (kejohanan) atas talian seperti ini. Ini kali pertama dan satu pengalaman baharu dan ia bagus sebelum kami ke Piala Dunia," kata Yan Yee.
Tze Liang menyerlah saingan Terjun Antarabangsa Malaysia
KUALA LUMPUR: Ooi Tze Liang memenangi acara 3 meter papan anjal individu di Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia yang dianjurkan secara atas talian dengan penerjun negara itu menganggap ia sebagai satu pengalaman baharu.
Penerjun berusia 27 tahun itu meraih mata keseluruhan tertinggi, 408.05 mata dan menewaskan rakan senegara, Chew Yiwei yang berada di tangga kedua dengan 365.60 mata manakala wakil dari Jepun, Reo Sakata di tangga ketiga (342.10 mata).
"Satu pengalaman yang baharu, saya tak pernah bertanding seperti ini... jadi bagi saya, ia satu pengalaman dan menarik juga," katanya selepas beraksi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
"Daripada sudut prestasi, saya boleh katakan sederhana. Ada beberapa kesilapan dilakukan tapi secara keseluruhannya okey, normal. Tidak begitu bagus dan tidak begitu teruk sangat. (Perasaan bertanding secara atas talian) ini satu idea baharu dan bagus untuk kita mengekalkan perasaan seperti dalam kejohanan."
Kejohanan yang membabitkan penyertaan daripada lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Jepun itu berlangsung selama dua hari dan mampu menarik minat kira-kira 47 penerjun.
Kejohanan mempertandingkan acara Sukan Olimpik dengan hanya acara 3m papan anjal dan 10m bagi plaftorm individu dan platform seirama dipertandingkan, membabitkan atlet terjun lelaki dan wanita.
Selain itu, kejohanan yang dianjurkan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) ini juga adalah satu pentas buat skuad terjun negara untuk mengukur kemampuan mereka dan sebagai langkah bagi memastikan skuad terjun negara kekal kompetitif.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi negara umat Islam Malaysia mampu melaksanakan aktiviti sukan mengikut syariat? Ikut saja negeri Kelantan, apa pemimpin umat Islam kerajaan Pusat masih pengecut?
PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..
IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?
7 comments:
baru tau
dah lama orang tau
Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam
dalam solat janji ngan Allah
luar solat lain dibuatnya
nak baldatun toyyibatun
jauh api dari panggang
boleh duk cakap saja la
hanya pemimpin ynag kuat imannya pada Allah akan ikut setiap perintah Allah
kalau tidak jnagan harap la
janji senang perintah itu saja la tujuan hidup puak ni
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman".
Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah tunduk", karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
islam saja belum betul beriman
ni yang ramai sebab tu perintah Allah banyak yang disanggah
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
suami ketua keluarga wajib perintah ahli keluarga tutup aurat
diperingkat jabatan ketua pejabat wajib arahkan pekerja yang islam tutup aurat
diperingkat negeri negara pemimpin islam wajib arahkan rakayt ynag islam tutup aurat
jika tak buat arahan tutup aurat
sendiri mau jawap la nanti di hadapan Allah
jnagn hnaya nak ikut kehendak kpair
diam bisu
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.
Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
bengong punya dap. semua ni salah dap. sampai tukar gomen pun dap masih x ikut syariat isle. gomen perok bertukar pun seluruh penduduk perok belum diislamkan. bengong dap
apa punya bangang penulis islam celup...cerita bab syariat islam tapi gambar telanjang tetap disiar
Kalau UMNO dan DAP PKR bergabung dah lingkup kerajaan PN ni...!?
Atok, Daim, Rafidah, Boboi Mokhzani Mirzan dab lama ke dalam...
UMNO masih mantap dan tahu harga diri bukan macam Tun hingga jilat kahak DAP balik semula...
Lu fikir lah sendiri
Ko ni mcm jenis x berpikir je...
Bagus tulisan Ibnu Hasyim, Allah lebih mengetahui niat murni anda, teruskan menulis! Persetankan golongan2 liberal, LBGT, mereka2 yang menuduh anda Islam celup dsb yang sangat bencikan tulisan2 sebergini!
Teruskan mempromosi syiar2 Islam!
Bagus hapa! Tayang aurat org! Itu pun lembu2 ternakan Pas tgk sambil berbangga. Gila betul!
Post a Comment