Monday, December 14, 2020

Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Presiden PAS

 

Abdul Hadi menghadap Sultan Nazrin, esok.

Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, di sini, esok.

Ahli Dewan Negara negeri Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini yang mengesahkan hal itu kepada Bernama melalui WhatsApp berkata, Abdul Hadi dititah menghadap Sultan Nazrin pada 11 pagi.

Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang pada 10 Disember lalu mengutus warkah kepada Sultan Nazrin memohon untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum suasana politik membabitkan PAS.

Jumaat lalu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan pada 8 Disember lalu.

Selain Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat PAS Perak terbabit ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Bagaimanapun, ketika istiadat angkat sumpah jawatan Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 10 Disember lalu, tiada ADUN daripada PAS dalam senarai awal yang dilantik sebagai Exco, sebaliknya hanya membabitkan empat ADUN Umno dan seorang daripada Bersatu.

 BERNAMA.

Lihat mengenai IHtv..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chenel Youtube..

6 comments:

  1. Eloklah..bila berlagak bagus sampai lupa diri..sampai arahan Istana boleh buat tak endah..elok bebenorlah Tu p ngadap.

    ReplyDelete
  2. PAS dan UMNGOK bepisah tiada,kedua parti ini sentiasa berlomba2 untuk songlap duit rakyat dan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. PAS dan UMNO ni mana tahu buat kerja, makan rasuah, melanun duit rakyat dan kerajaan serta ngentot dia tahulah.

    ReplyDelete
  4. Ini yg sibuk dicanang mempertahankan raja2 melayu???
    Sultan pggil pun x mau dtg. Derhaka sungguh la..

    ReplyDelete
  5. Kuat fitnah mamat ni. Mesti dah tidur sebantal dengan dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah anon tido sebantal dgn Dap xpe plk?

      Delete