Friday, December 18, 2020

Terbongkar Lebih Parah! LGE Tuduh PN Khianati P/Pinang..

 

Feri Pulau Pinang: ‘Wayang’ Lim Guan Eng   -DR. WEE KA SIONG Menteri Pengangkutan 

LIM Guan Eng telah menuduh Kerajaan PN mengkhianati Pulau Pinang dan tiada belas kasihan berhubung penamatan perkhidmatan feri di negeri itu. [1] 

Aduhai… Lim Guan Eng ini mudah lupa! Apa yang beliau dan Menteri DAP pernah janji, umum dan lakukan ketika PH memerintah, biarlah saya dedahkan satu persatu.

Lim Guan Eng mendakwa perkhidmatan feri ini ditamatkan, walhal ianya tidak! Apakah Lim Guan Eng tak faham bahasa dan sengaja putar belitkan fakta? Adalah ditegaskan bahawa perkhidmatan feri ini tidak ditamatkan sepenuhnya sebagaimana dakwaan Lim Guan Eng. Sebaliknya ia ditambahbaik dan dipertingkatkan seiring peredaran semasa. Perkara ini juga telah disahkan oleh Menteri Kewangan Kerajaan PN pada pagi ini di Dewan Rakyat. [2]

Sebenarnya, kerajaan dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan membelanjakan RM36.5 juta secara keseluruhan untuk membeli tiga buah bas air baharu dan dua buah feri roll-on atau roll-off (Ro-Ro) untuk kenderaan beroda dua. Ianya lebih selamat, lebih selesa dan lebih pantas. Tentunya ini akan meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan.

Ini juga bukanlah perkara baru! Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sendiri telah mengumumkan di Dewan Rakyat pada 1 Ogos 2018 bahawa sebanyak RM90 juta akan diperuntukkan kepada prasarana untuk merealisasikan perkara ini. Namun, hampir genap setahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 2019, Loke mengatakan bahawa peruntukan RM90 juta tersebut tidak dapat dilaksanakan ketika kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk berunding dengan PPSB bagi mengambil alih perkhidmatan feri dan melabur dalam catamaran baru. Dalam sidang medianya ketika itu, beliau ditemani oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kuan Yow. Pada 19 November 2019, Ahli Parlimen Jelutong (DAP) YB SN Rayer juga pernah memuji Anthony Loke yang mahu membeli catamaran

Apabila YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kuan Yow dan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang mengadakan pertemuan dengan saya, Timbalan Menteri dan KSU MOT pada 27 Ogos 2020, kami berterus terang dengan mereka dan menyatakan hasrat MOT untuk menambahbaik perkhidmatan feri sedia ada dengan catamaran seperti perancangan Kerajaan PH. Tiada apa-apa yang hendak dirahsiakan. Boleh rujuk Facebook post saya selepas pertemuan dengan CM Chow. [3]

Sekarang seluruh jentera DAP mengutuk PN, dah macam ‘kera kena belacan’, apa pasal ini? Pelik, pelik, pelik! ‘Consistently Inconsistent’

Lim Guan Eng pasti mengetahui perkara ini. Dia adalah Menteri Kewangan pada ketika Kerajaan PH bersetuju memperkenalkan catamaran ini dan menggunakan feri yang ada sebagai kapal pelancong semata-mata. Peruntukan RM90 juta seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu tidak disokong oleh Guan Eng untuk mengekalkan perkhidmatan feri Ro-Ro semasa yang boleh membawa kereta. Tetapi saya percaya Lim Guan Eng pasti tak ingat semua ini!

Dari segi kos penyelenggaraan, feri Ro-Ro yang sedia ada ini perlu diselenggara sebulan sekali secara purata. Dan ianya menelan perbelanjaan hampir RM3.5 juta setiap satu untuk dikekalkan setiap tahun.

Kata Lim Guan Eng, sejarah dan warisan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi kita juga tidak boleh mempertaruhkan nyawa dan keselamatan orang ramai!

Hakikatnya ialah catamaran sebagai pengganti feri sedia ada telah pun direstui oleh DAP ketika mereka menjadi kerajaan. Disebabkan peruntukan  catamaran hanya diumumkan kepada media oleh mantan Menteri Pengangkutan dan Lim Guan Eng tidak pun menyalurkan sebarang peruntukan kepada MOT sehingga Kerajaan PH runtuh. Maka pada Oktober yang lalu, saya sendiri berbincang dengan YB Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz untuk mendapatkan peruntukan RM30 juta kepada PPSB bagi Kerajaan PN dapat merealisasikan satu projek yang dirancang dan direstui oleh PH sebelum ini.

Apakah dosa Kerajaan PN berbuat demikian? Bukankah ini membantu rakyat Pulau Pinang? Di mana logiknya kata Pulau Pinang dikhianati sebagaimana tuduhan yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng?

Apabila Anthony Loke mengumumkan penggunaan  catamaran bersama CM Chow bagi menggantikan feri sedia ada pada tahun 2019, kenapa Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu tidak menolak cadangan Anthony dan seterusnya memberi peruntukan yang lebih besar kepada MOT bagi membeli feri Ro-Ro yang boleh membawa kereta demi mengekalkan sejarah dan warisan Pulau Pinang?

Petang tadi, saya sempat berbincang dengan Tengku Zafrul dan beliau mengesahkan apa yang beliau jawab di Dewan Rakyat adalah konsisten dengan apa yang diputuskan dan dilakukan oleh MOF dan MOT selama ini. Peruntukan RM30 juta akan dibayar kepada PPSB pada tahun 2021 dan 2022 dengan RM15 juta setahun adalah hasil perbincangan kami pada Oktober 2020 apabila MOT mendapati Lim Guan Eng Tidak menyediakan RM15 juta dalam Belanjawan 2020. Sebab itulah MOT merayu kepada Menteri Kewangan sekarang, Tengku Zafrul.

Saya teringat kata-kata mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 6 April 2017, “if you are in power, you are powerful, if you don’t use your power, you are a bloody fool”!

Mengenai feri Ro-Ro berusia 47 tahun yang masih digunakan untuk membawa kenderaan 4 roda, ini penjelasannya. Oleh kerana ianya telah usang, MOT dan MOF tiada halangan sekiranya SPPP, PPSB, kerajaan negeri atau mana-mana pihak swasta yang berhasrat mengubahsuaikannya sebagai restoran, muzium atau cruise pelancong bertujuan menjadikannya sebagai destinasi dan warisan ikonik bagi menarik lebih ramai pelancong. Siapa kata kita nak buang atau musnahkan Ro-Ro lama ini?

Kesimpulannya, Lim Guan Eng ini hanya pandai main wayang, sebab itu ramai yang menggelarnya sebagai ‘Menteri Kewayangan’. Ya tak ya, saya masih menunggu wayang lakonannya untuk menunjukkan bukti bahawa beliau adalah seorang akauntan yang bertauliah. Bila agaknya? 

Dilampirkan beberapa keratan akhbar yang melibatkan pemimpin DAP seperti Anthony Loke dan Chow Kuan Yow, sila beri sedikit pencerahan apa maksud ‘replace’ atau ‘ganti’? Atau nak persalahkan pihak media yang melaporkan berita tersebut?

YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 17/12/2020

[1] https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/115078 
[2] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765953/parlimen-perkhidmatan-feri-pulau-pinang-diteruskan
[3] https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1687428164758014/?d=n

10 comments:

Anonymous said...

Oooh. Menteri kewayangan rupanya. Bila tak ada tauliah kewangan, maka kewayanganlah tabiatnya. Seluruh cina dap kena game dengan cucu komunis ni. Yg presiden pan juga tak da tauliah, patutlah ngam sangat. Bijak pandai dalam pan pun sanggup jadi jahiliah bersama dap. Ikut sama jahil dengan presiden pan yg takda kelayakan agama.

Anonymous said...

Tingkah laku bermula dengan hati. Jika nak tau hati baik atau tidak, tengok dengan siapa dia rapat dan dengan siapa dia bermusuh. Seperti presiden pan dan pkr, dia rapat dengan dap dan bermusuh dengan ulamak.

Anonymous said...

Ooo..nak beli bas air rupanya..kang jd mcm bas air kat terengganu..apa citer bas air tu skrg?

Anonymous said...

Mcm wasap lebai taki sm zafrul jgk. Kata2 guan eng dipetik dari luar konteks..kah355x!

Anonymous said...

Masa nak menang janji kereta terbang. Alih2 ph yg terbang.

Anonymous said...

Depa dok kotoqkan sungai dengan najis babi, kemudian mintak tolong dari kedah. Lepeh tak mahu bayaq hutang. Lepeh tu tuduh kedah khianat. Apa jenis manusia dap ni. Loqlaq tahap kaldai. Jahat berhati komunis.

Anonymous said...

Apa punya jahat manusia. Sudahlah bersekutu dengan dap, siap menyindir 355.

Anonymous said...

Menteri keta terbang dh join PN..abah syg dia..penyokong PN pn syg dia..keh355x!

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer? Sapa pgg kuasa skrg??

Anonymous said...

Ya...jom sokong MCA. Apa citer dalil gulai sekawah yg ada seketul daging babi tu??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails