Monday, December 07, 2020

The Kulim International Airport, forum ‘Analisis Bajet Kedah 2021’.. -Dr Kamarul Zaman.

 

KXP: Mukhriz ‘sembang je deraih’, kata Norsabrina

MALAM kelmarin saya berpeluang menjadi panelis forum ‘Analisis Bajet Kedah 2021’ anjuran Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA) bersama-sama ADUN Bandar Baharu dari Umno, YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor. 

Antara perkara yang saya bangkitkan adalah ketidaksetujuan saya terhadap kenyataan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, yang mahukan kerajaan negeri menghentikan sementara projek-projek berimpak tinggi seperti pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) atas alasan kononnya kerajaan negeri perlu menumpukan fokus kepada usaha menangani COVID-19.\Ekoran timbulnya isu ini, tiba-tiba terkeluarlah dari mulut YB Dato’ Norsabrina bahawa:

(1) KXP ini sebenarnya adalah projek yang dimulakan oleh Kerajaan BN sebelum ini, khususnya sewaktu YB Dato’ Norsabrina menjadi EXCO-nya.

(2) Kerajaan PH sebenarnya tidak membuat apa-apa perkara yang substantif pun mengenai KXP sepanjang 25 bulan ia memerintah Kedah, dan,

(3) Hanya setelah Kerajaan PN memerintah barulah Menteri Besar yang baru mengusahakannya sehingga ia diluluskan dalam MPFN pada 27 Oktober lalu.

Menarik sekali pendedahan YB Dato’ Norsabrina ini di mana selain menceritakan asal-usul KPX ini beliau juga tidak ragu-ragu untuk memuji YAB Menteri Besar Kedah yang baru sebagai seorang political driver yang baik dan hebat.

Transkripsi pendedahan kisah sebenar KXP oleh YB Dato’ Norsabrina pada 2 Disember 2020

YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor: Kalau boleh saya tambah sikit ini Saudara Ammar, melalui bajet tadi itu, yang masa Dr kata berkenaan dengan projek impak tinggi. 

Saya ada lah juga menyatakan kepada mantan Menteri Besar, saya kata “Dato’ Seri, takkan nak tangguh ataupun orang kata apa, henti, takkan nak stop, ataupun nak tangguh projek impak tinggi ini?”, cakap kan, “dan janganlah bagi contoh KXP (The Kulim International Airport) itu” kata, sebab KXP ini saya rasa Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini, memang kita dah berbincang, memang kita dah kaji daripada data-data dan sebagainya itu, sejak 2013, September.

Dr Kamarul Zaman Yusoff: Maksudnya Dato’ Seri Utama Mukhriz sekadar meneruskan sajalah?

Dato’ NorsabrinaYes, yes. Ya, ya, betul. Kita dalam Bengkel Transformasi masa itu, untuk buat bajet juga, masa itu tengah bincang untuk bajet. September 2013, masa itulah kita buat dalam Bengkel Teknologi Tinggi dan juga Bengkel Hi-Tech Park masa itu. Jadi kita melihat kepada satu perancangan besar, greater Hi-Tech Park masa itu, Dr, Saudara Ammar, saya EXCO yang bertanggungjawab. 

Kita melihat untuk kita multiply effect janaan ekonomi kepada Kulim Hi-Tech Park ketika itu, memang kita tahu the best Hi-Tech Park in Malaysia, memang diakui oleh Menteri, PM apa semua tahu, the best and the most successful Hi-Tech Park in Malaysia adalah Kulim Hi-Tech Park. Tetapi takat mana yang kita nak bangga sebagai Technology Park yang berjaya kan, takkan sampai fasa 3, fasa 4 itu saja? 

Kita mesti kena ada Master Plan kedua untuk memperbesarkan Technology Park tersebut yang get more investor in, dan akan ada one, apa ini, three infrastructure tambahan untuk membantu, orang kata, apa ini, perluasan Kulim Hi-Tech Park tersebut.

Dan masa ketika bengkel itu kita dapat input daripada DCA (Department of Civil Aviation) dan juga MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) dan juga pihak airport yang menyatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memang dah, orang kata, maksimum dah, maksimum dia punya kapasiti kan. Memang daripada data yang orang kata, fakta yang begitu solid.

Kemudian, kita apa ini, kita tengok, bila nak buat expansion Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu, memakan belanja yang sangat-sangat tinggi sebab memang tak ada tempat dah kan. Memang tak ada tanah dah Pulau Pinang itu kan. Nak kena tambak, nak kena reclaim apa semua itu, memang double, triple expansive cost dia. Kemudian sejak daripada situlah kita buat kajian, demi kajian, demi kajian sehinggalah hari ini, dah 5 kajian. Semasa Kerajaan BN lagi kita dah ada lebih kurang 3 kajian, Dr, Saudara Ammar, untuk KXP itu sahaja. Satu, kajian yang dibuat oleh EPU (Economic Planning Unit) sendiri. 

Bila kita proposed, daripada Kerajaan Negeri Kedah proposed, kita, EPU buat kajian melalui KPMG (Klynveld Peat Marwick Goerdeler), you knowlah KPMG punya team, macam mana dia punya lengkapnya kajian dia kan. Dan dalam syor-syor KPMG itu dah tunjuk dah, kata expansion of Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini tak feasibledan tak viable pun dari segi kos dan juga dari segi pelaksanaan perluasannya. Dan memang syornya adalah kena buat KXP ini untuk membantu kapasiti airport itu lah. 

Kemudian ada lagi KLIA Consult bagi pihak kerajaan negeri, kita buat kajian yang kedua. Memang syor pun sama. Recommendationnya sama, KXP ini harus dibuat. 

Kemudian NACO, consultant daripada Netherlands, buat kajian ketika itu, 2015/2016, buat syor yang sama juga, KXP ini harus dijalankan untuk membuat anjakan paksi ekonomi Utara. Bukan Kedah sahaja tau, membuat anjakan paksi ekonomi pembangunan, growth of economy axis itu, untuk Utara ini, memang syornya dibuat KXP.

Dan juga orang kata, kalau kita nak menggerakkan, dan juga membangunkan infrastruktur Utara ini, khususnya dalaman Negeri Kedah yang kita tengok sekarang ini, daripada Bandar Baru, Kuala Ketil, Bukit Selambau, pergi ke Baling, pergi ke Sik itu, Padang Terap, mana ada pembangunan infrastruktur nya pun sangat-sangat teruk kan? Ini tak cerita lagi pasal telekomunikasi, ICT semua. Jalur lebar semua tak cerita lagi. Jalan pun teruk kut. 

Jadi inilah game changer yang kita nak, untuk Kedah dan juga Utara ni. Sebab kajian dia, bukan kajian untuk negeri Kedah sahaja dapat manfaat, Wilayah Utara. Dia punya game changer ini, untuk Wilayah Utara.

Dr Kamarul: Sebab itu DAP marahkan bila nak buat.

Dato’ NorsabrinaYes, yes. Betul. Dan kita pun, kita tak kata, kita tak minta juga Lapangan Terbang Antarabangsa Penang itu ditutup, ataupun kita tengok lah. KLIA dengan Subang (Subang International Airport). Now Subang menjadi pilihan kita kalau nak pergi KL, dekat nak pergi ke KL, instead of kita pergi ke KLIA, kita suka naik flight ke Subang kan. Lagi dekat nak pergi, kecuali kalau kita ada kerja dekat Putrajaya, kita pergi KLIA.

Dan orang pernah tanya dulu kami tau, masa tahun 2013/2014, saya ketika itu bersama dengan Presiden Hi-Tech Park ketika itu, Datuk Anuar Safar. Kami, macam mana ini, nak pilih nama ini, KXP ini, masa itu. 

Lepas itu, kita duk fikir-fikir kata, Subang Airport, Subang Airport. KLIA, kedudukan KLIA ini di Sepang. Bukan dalam KL. Tapi kenapa nama KL? Betul tak Dr? Kan? Lepas itu orang tanya saya, kat mana sebenarnya KXP ini? Tadi Saudara Ammar pun tanya saya, kawasan saya kan? Dr pun tanya, Dr pun ingat dekat Kulim. Tapi sebenarnya dekat Sungai Petani.

Dr Kamarul: Oh, Sungai Petani?

Dato’ NorsabrinaHa, KXP ini berada dalam keluasan 8,365 ekar tanah di Sungai Petani. Kawasan Kuala Muda.

Jadi pasal apa kita tak tulis, tak panggil, tak sebut ‘Sungai Petani International Airport’? Siapa kenal Sungai Petani? Maksud saya itu, investors kan, luar negara ini, Antarabangsa ini, kenal ke Sungai Petani? Ataupun nak sebut ‘Sungai Petani’ ini kadang-kadang orang putih, depa tak ini kan, last last jadi ‘Farmer’s River’ kan. Jadi macam sama juga KLIA, dia letak KLIA for commercial name kan, to attract people. Kalau tak, pasal apa tak letak Sepang International Airport? Betul tak? 

So that’s why kita ambil Kulim itu sebagai orang kata, brand name. Kulim Hi-Tech Park, orang dah tahu. Seluruh dunia orang tahu. Dan KXP (Kulim International Airport), that is the brand dan kita carry untuk Kedah, ha, itu yang matlamat pembangunan dan juga idea mula-mula sekali how KXP apa ini lah. 

Dr Kamarul: Maksudnya Kerajaan PH setakat ambil kredit sajalah eh?

Dato’ Norsabrina: Kredit itu satu hal Dr, masalahnya 22 bulan ini yang saya nak kata, saya nak kata, we need to have a political driveryang baik, yang hebat. Macam YAB MB (Muhammad Sanusi Md Nor) kita sekarang ini saya memang tahniah lah, kepada YAB (MB). He is a good driver lah untuk KXP ini. 

Just you imagine Dr, Saudara Ammar, KXP ini rupanya kita dengar ini, dah umum, dapat apa ini, Menteri Ekonomi turun Kedah, umum, kata ok, diluluskan pasal KXP ini semua. Kemudian kita tengok lagi Menteri apa turun lagi umum lagi. Perdana Menteri pun umum, KXP kita akan sokong dan teruskan dan akan kita bangunkan KXP ini Kedah ini. 

Pergi-pergi tengok, Cabinet Paper tak ada lagi, projek ini pun tak ada pun tertulis dalam Bajet ke, dalam apa ke, di EPU (Economic Planning Unit) pun tak ada, di MOF (Ministry of Finance) pun tak ada, di MOT (The Ministry of Transport) pun tak ada Dr. Yang kata untuk kita ambil tanah, pengambilan tanah, 8,000 ekar itu, kita perlukan RM2.5 bilion, yang katanya Kerajaan Pusat akan bantu. 

Bila kami ambil alih itu saja, YAB (MB) fight dalam Majlis Perancang Fizikal Negara, fight untuk table pasal KXP ini.The first time table tak jadi masa 13 Ogos, tak jadi, ditarik balik. Tetapi lulus, dia KXP, airport, ada 3 komponen untuk Kedah Aerotropolis punya pelan ini. KXP, airport, satu hal. Kemudian ada hab Logistic Sidam itu, aero logistic ini, hab Logistic Sidam Kemudian yang kirinya ada Northern Corridor Highway yang mana kita dapat RM1.7 bilion untuk buat highway baru.

Dr Kamarul: Telah diluluskan?

Dato’ Norsabrina: Dah diluluskan dua-dua ni, dalam MPFN (Majlis Perancang Fizikal Negara) dan dah bincang dalam MPFN. Tiba-tiba KXP punya paper tak table. Tak pernah tableFirst time nak table, dia tarik balik, tak table

Then, memang YAB (MB) memang really fight, get a new date for MPFN ini, memang betul-betul lah, YAB MB memang fight betul-betul, so lulus 27 Oktober baru ini, sebelum bajet. For the first time polisi untuk KXP ini lulus. 

Lepas itu barulah kita buat kerja balik, pergi bentang dekat MOT balik, dan tiba-tiba Menteri MOT, Menteri Pengangkutan (Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong) tengok kita punya data, data kita, apa dia Master Plan KXP, airport ini macam mana, runway dia macam mana, semua kita tableMinister pun tengok, “Eh, this is a very complete data”.

Just you imagine, apa yang kita waste time, wasting yang kita dah buat 22 bulan, 25 bulan, masa Kerajaan PH? 

Dr Kamarul: Sembang je deraih eh.

Dato’ Norsabrina: Sembang je deraih, itulah nak habaq hat itu sajalah Dr kan.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 3/12/2020

Hibur Hibur Sikit

Album 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails