Tuesday, December 22, 2020

Turki-Indonesia: Sasar Dagang 10 Bilion Dolar

 

1. Çavuşoğlu: ''Turki Sasar Volume Perdagangan dengan Indonesia Senilai 10 Bilion Dolar''

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa Turki dan Indonesia perlu bekerjasama bagi meningkatkan volume perdagangan.

Di Indonesia, di mana Menteri Çavuşoğlu mengadakan lawatan kerja, dia membuat penilaian kepada surat kabar Kompas mengenai hubungan antara kedua negara, pelaburan dan kerjasama komersial.

Menteri Luar Turki Çavuşoğlu menyataan bahawa volume perdagangan dan pelaburan Turki di Indonesia tidak berada pada tingkat yang diinginkan dan kedua-dua negara mempunyai potensi besar untuk hubungan ekonomi.

''Turki dan Indonesia, perlu memaksimumkan tingkat kerjasama untuk semua mekanisme untuk tujuan meningkatkan jumlah perdagangan.'' Katanya.

Menteri Çavuşoğlu mengatakan bahawa hubungan erat antara Turki dan Indonesia adalah untuk nilai dan kepentingan bersama.

Çavuşoğlu menekankan bahawa hubungan antara kedua-dua negara telah meningkat ke tahap yang lebih strategik,

''Dalam hal ini, pegawai tinggi kedua-dua negara, sedang melakukan persediaan untuk Sidang Kemuncak Majlis Strategik Peringkat Tinggi antara Turki dan Indonesia untuk meneroka peluang perniagaan.'' Katanya.

Mevlüt Çavuşoğlu, juga menyampaikan bahawa Turki mensasarkan volume perdagangan dengan Indonesia senilai 10 bilion dolar.

Menteri Çavuşoğlu menyatakan bahawa industri pertahanan adalah salah satu sektor yang dapat diperkukuhkan antara kedua-dua negara, 

'Turki salah satu negara yang mempunyai industri pertahanan terbaik. Selain kualiti dan harga yang bersaing, Turki menawarkan tiga kelebihan yang tidak mempunyai halangan politik.'' Katanya.

2. Çavuşoğlu di Indonesia, 'Sebagai Dua Negara Muslim, Kita Perlu Bersama Menentang Islamophobia'

Menteri Luar Negeri Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa dunia Islam menghadapi ancaman Islamofobia dan diskriminasi yang semakin meningkat.

Çavuşoğlu bercakap pada sidang media bersama dengan Menteri Luar Negeri Retno Marsudi di Indonesia, di mana dia mengunjungi sehari sebelumnya untuk lawatan kerja.

Çavuşoğlu yang mengingatakan baahwa tahun ini adalah tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik antara Turki dan Indonesia, beliau mengatakan bahawa, dengan kunjungan Presiden Recep Tayyip Erdoğan ke Indonesia, yang direncanakan akan diadakan tahun depan, Majlis Kerjasama Strategik Tingkat Tinggi antara kedua-dua negara akan dilaksanakan.

Menyatakan bahawa dunia Islam menghadapi ancaman Islamofobia dan diskriminasi yang semakin meningkat, Çavuşoğlu berkata,

"Kita mesti menyokong ummah dengan bekerjasama dengan Indonesia dan menangani masalah ini. Sebagai dua negara Muslim, kita harus bersama-sama menentang usaha untuk merosakkan nilai-nilai kita. Saya juga gembira melihat pandangan yang serupa dengan Indonesia terhadap Turki dalam hal ini. Sebagai dua negara Islam yang penting, kita mesti melindungi tujuan bersama dan kepentingan ummah bersama-sama."katanya.

Çavuşoğlu dan Marsudi juga menandatangani memorandum persefahaman dalam bidang kerjasama diplomatik, pertukaran diplomat dan pelatihan.

Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi menyatakan bahawa mereka juga menyentuh isu-isu serantau dan global dengan Menteri Çavuşoğlu dan mengatakan bahawa mereka membincangkan pentingnya memperkuat multilateralisme dalam memerangi wabak Covid-19.

Menekankan bahawa keamanan dan kestabilan di Timur Tengah sangat penting untuk pemulihan global dalam tempoh selepas wabak penyakit, Marsudi berkata,

"Indonesia dan Turki, setuju dalam kerjasama untuk memperkukuhkan Organisasi Kerjasama Islam (OIC) mengenai cabaran dan penyelesaian untuk kesejahteraan umat Islam di dunia Islam.''

Retno Marsudi juga menyatakan bahawa masalah Palestin mesti diselesaikan mengikut elemen yang diakui di peringkat antarabangsa, termasuk pelbagai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan penyelesaian dua negara, dan menyatakan bahawa mereka selalu menegaskan komitmen mereka untuk menyokong Palestin.

(IH)

IHtv

10 subscribers

1 comment:

Anonymous said...

Turki lg..
Lebai gi mkn angin kat turki time covid, turki yg makin maju..mantap!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails