Mahkamah Austria batal undang-undang larang bertudung
VIENNA: Mahkamah Austria membatalkan undang-undang melarang pemakaian tudung di sekolah yang menyifatkan peraturan itu tidak selari dengan perlembagaan dan satu bentuk diskriminasi.
Bagi menjelaskan keputusan itu, mahkamah dalam satu kenyataan semalam berkata, undang-undang itu bertentangan dengan prinsip kesaksamaan mengamalkan ajaran agama, kepercayaan dan pegangan hidup.
Mahkamah turut mendapati, undang-undang berkenaan hanya mensasarkan ajaran Islam dalam pemakaian bertudung.
Peraturan itu turut didakwa bukan saja tidak mempromosikan integrasi, malah mewujudkan diskriminasi kerana akan menyulitkan pelajar perempuan Islam mendapat pendidikan selain menyebabkan mereka terasing.
Kerajaan gabungan OeVP-FPOe bagaimanapun menjelaskan pemakaian patka oleh pelajar Sikh atau kippa bagi pelajar lelaki Yahudi dibenarkan.
Namun, parti baharu yang menjadi kerajaan pada Januari lalu pula merancang untuk melarang pemakaian tudung kepada pelajar sekolah berusia bawah 14 tahun.
Menteri Pendidikan, Heinz Fassman berkata, kementeriannya akan meneliti keputusan dan hujah dijelaskan mahkamah.
"Saya kecewa pelajar perempuan tidak berpeluang untuk membuat keputusan sendiri dalam kebebasan sistem pendidikan," katanya.
Sementara itu, Komuniti Penganut Agama Islam (IGGOe), pertubuhan rasmi mewakili masyarakat Islam di Austria, menyambut baik keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya sebagai berakhirnya 'larangan politik bersifat populis'. - AFP
- H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
- H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
- H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
- H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
- H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
- H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
- H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
- H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
- H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
- H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
3 comments:
Jauh Austria tu Pak Asim....
Kat tempat kita ni, kilang arak dan kasino judi berlambak lagi.
😘🤣mana Ada..mana Ada kilang Arak Dan Judi kat malaysia.malah tuhan beri kebenaran kepada kaum lain untuk minum Arak😘😍🥰
Kajian2 di universiti England merusmuskan bahawa kebanyakan anak2 muda TIDAK LAGI PERCAYA kepada sistem demokrasi!
Banyak juga perkara2 yang baik boleh dipelajari dari undang2 yang diamalkan di Arab Saudi, sebuah negara Islam modern yang berkembang maju. Kadar jenayahnya antara yang terendah didunia!
Harap kerajaan dari semasa kesemasa dapat tingkatkan kerjasama dengan negara tersebut dalam memperkasakan undang2.
Post a Comment