▼
Saturday, January 18, 2020
Kimanis: Proses Kiraan Undi Bermula Sekarang.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 19 saluran dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di sini. - Foto Astro AWANI
BEAUFORT: Kesemua 19 pusat pengundian melibatkan 68 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis ditutup tepat pukul 5.00 petang setelah dibuka pada jam 7.30 pagi tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi setakat jam 4.00 petang sahaja ialah 76.14 peratus yang merupakan sasaran SPR sehingga tamat proses pengundian hari ini.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 19 saluran dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di sini dan keputusan dijangka diumumkan selewatnya pada pukul 10 malam.
PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.
Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bongawan dan Membakut - dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada luar negara.
Pemilih terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 pemilih dan DUN Membakut 13,391 pemilih.
Kemelut Senyum: Pertembungan Kumpulan Pro Dan Anti-Zuraida...
Kumpulan pro, anti-Zuraida bertembung di ibu pejabat PKR
Sekumpulan penyokong Zuraida Kamaruddin bertembung dengan kumpulan mendesak naib presiden PKR itu dipecat di ibu pejabat parti pagi ini.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat hari ini, ketika khabar angin mendakwa Zuraida yang merupakan sekutu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, mungkin dipecat.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Kumpulan penyokong Zuraida Kamaruddin melaungkan slogan ketika mesyuarat MPP berlangsung di ibu pejabat PKR hari ini.
Penyokong Zuraida melaungkan “Hidup Zuraida”, “Zuraida Power” dan “Lawan tetap lawan”, manakala kumpulan pendesak yang membawa kain rentang melaungkan “Pecat Zuraida” ketika mesyuarat MPP berlangsung.

Dua individu daripada kumpulan pendesak terbabit dalam kekecohan kecil, tetapi segera dileraikan rakan mereka ketika polis mengawal keadaan.
Kumpulan pendesak mendakwa penyokong Zuraida yang rata-ratanya memakai baju parti, bukan ahli PKR.
Mesyuarat bulanan MPP yang dipengerusikan Anwar hari ini turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun, Azmin dan Zuraida tidak kelihatan dalam mesyuarat itu.
FMT
Sebelum ini..
PKR beri 14 hari pada Zuraida jawab surat tunjuk sebab
PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab dan memberi 14 hari kepada Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin untuk membuat penjelasan yang dipercayai berhubung ucapannya di sebuah hotel pada awal bulan lalu.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin akan membuat keputusan selepas mendengar penjelasan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu.
“Pada 2020, lembaga rayuan sudah menerima 4 kes aduan dan satu daripadanya yang dilaporkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Ahmad Kasim dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) adalah berkaitan Zuraida.
“Pada 17 Jan, Zuraida sudah dihantar satu surat tunjuk sebab. Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk memberikan penjelasan, selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan membuat apa-apa tindakan selanjutnya,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat parti hari ini.
Sebelum ini, seorang pegawai PKR memberitahu FMT, tekanan dalam parti semakin bertambah untuk memecat Zuraida kerana didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam satu majlis makan malam anjuran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada 8 Dis lalu.
Saifuddin turut memberitahu mesyuarat MPP menetapkan 6 pemimpin PKR yang dipilih perlu sebulat suara dalam isu peralihan kuasa perdana menteri ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Enam pemimpin itu ialah Anwar, Azmin, Saifuddin sendiri, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Tian Chua serta Dr Xavier Jayakumar.
“MPP hari ini membuat ketetapan bahawa semua wakil PKR hendaklah membawa suara yang sama, sepertimana keputusan parti, siapa calon, apa keputusan parti dan pendirian parti berkenaan tempoh transisi.
“Keputusan ini menyebut semua wakil parti yang duduk dalam Majlis Presiden PH perlu bercakap sesuai dengan keputusan dan ketetapan parti, tidak boleh bawa pandangan peribadi kerana yang mengikat pandangan kita adalah keputusan parti.”
Pada 14 Jan lalu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau sedia melepaskan jawatannya pada bila-bila masa atas permintaan Majlis Presiden PH.
Kenyataan itu menyusul selepas beberapa ahli Parlimen PKR mencadangkan Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar pada Mei nanti.
Susulan itu, Anwar dilaporkan berkata, beliau mahu peralihan kuasa daripada Mahathir kepadanya dilakukan secara aman atas “kerelaan perdana menteri sendiri”.
FMT
Lihat Sebelum Ini..
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...
‘One off’ RM400 Juta Beli Mercedes MB?
‘One off’ RM400 Juta Belum Diusik.
KOTA BHARU: Kereta Mercedes yang dibeli bagi kegunaan Menteri Besar Kelantan tiada kaitan dengan ‘one off‘ RM400 juta diberi Perdana Menteri akhir tahun lepas.
Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, duit tersebut sehingga sekarang belum lagi diusik. Itu pun katanya belum lagi diambil kira dengan lebihan Belanjawan 2019 sebanyak RM45 juta.
“Kalau ambil kira semuanya jadi RM445 juta sekarang duit Kerajaan Negeri yang kita ada. Malah lebihan belanjawan berlaku tiga tahun berturut-turut.
“Kita rancang dan berjimat wang sehingga berlaku lebihan wang Kerajaan Negeri. Sedangkan ada orang kata kita tidak pandai mentadbir,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.
Semalam viral di media sosial Kerajaan Kelantan membeli Mercedes bagi kegunaan Menteri Besar. Sedangkan menurut Pejabat Menteri Besar rancangan membeli kenderaan itu dibuat pada 2018.
Malah ia sebagai menggantikan kenderaan rasmi Menteri Besar yang digunakan sejak arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di mana sekarang berusia lebih 12 tahun.
Mohd Amar juga berkata, Kerajaan Negeri merancang menggunakan duit pemberian khas Perdana Menteri bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat termasuk menyediakan rumah mampu milik. – HARAKAHDAILY 17/1/2020
Penggal Leher Kanak-kanak Rohingya..
PARA penyelamat pembunuhan beramai-ramai tentera Myanmar mengatakan bahawa pembunuhan beramai-ramai termasuk pemenggalan kanak-kanak dan serangan pembunuhan terhadap penduduk Rohingya Muslim sedang berjalan.
Saksi berusia 41 tahun memberitahu kumpulan pengawasan hak asasi manusia yang mendapati abangnya dan ahli keluarga lain di lapangan setelah serangan oleh pasukan keselamatan Myanmar di desa Chut Pyin, kota Ratheduang, Rakhine.
“Mereka mempunyai bekas luka di badan mereka yang berasal dari peluru dan ada yang luka tajam,” kata mangsa yang selamat.
“Dua anak saudara saya, kepala mereka terputus, berusia enam tahun dan sembilan yang lain. Adik ipar saya juga ditembak dengan pistol,” katanya. (Eramuslim)
Begini Bentuk Pemimpin Umat Islam M'sia? Pemimpin Perlu Faham Islam.
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah, digantung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor.
Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.
Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.
Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya.
“Susulan penggantungan Ahmad Redzuan, jawatan itu kini dipangku oleh Danial Syahiran Ho Imran Ho yang juga Exco ARMADA Nasional.
“Timbalan Ketua ARMADA Selangor, Anad Akashah Nazri, kini dilantik memangku jawatan Ketua ARMADA Selangor, serta merta,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata ARMADA merakamkan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat dan bakti kedua-duanya sepanjang memegang jawatan terbabit.
Katanya, mereka turut mendoakan agar siasatan yang dihadapi kedua-duanya dapat dijalankan dengan lancar serta adil mengikut undang-undang negara.
Adhif Shan dipalit kontroversi selepas ditahan polis, bersama 16 yang lain dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong awal minggu ini, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.
Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka dikesan positif dadah.
Kesemua mereka kecuali seorang wanita warga asing sudah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan saringan kedua yang dijalankan. – BH Online
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginikah bentuk pemimpin umat Islam Malaysia? Kerana itu kita bersetuju dengan Ameerah PAS Negeri Perak, Nuradila Mohd Kamal yang menyarankan 'Pemerintahan mesti dipandu pemimpin yang faham Islam'.
“Bila sebut mengenai kuasa, Saidina Umar al-Khatab RA berpesan, Allah menghalang sesuatu dengan menggunakan kuasa pemerintahan dan ia tidak boleh dihalang dengan kuasa al-Quran semata-mata.
“Kita baca al-Quran, dan dalam hadis ada sebut, arak adalah bala dan membawa kepada segala kejahatan dan kerosakan akal fikiran, oleh sebab itu Islam mengharamkan arak. Lama dah arak ni haram, namun jika tiada kuasa kita tak boleh nak halang arak ni terus berleluasa,” tegas Nuradila.
Tambahnya, pada era pemerintahan PH sejak memegang tampuk pimpinan negara pasca PRU14 lalu, kebobrokan yang berlaku hari demi hari pastinya membuka mata rakyat untuk menilai prestasi pemimpin PH.
Tanpa tentangan hebat dan ketegasan dari pihak pembangkang khususnya PAS, pastinya kedudukan Melayu Islam di negara ini mudah diganggu gugat dan diperkotak katikkan. Jelas beliau.
“Di negara kita ini majoritinya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun apa yang kita lihat pada kerajaan hari ini, mereka lebih takutkan DAP dari takutkan Allah terutamanya dalam menegakkan hukum-hukum Islam,” tempelak beliau lagi. (Harakah)

Friday, January 17, 2020
Gelandangan Di London, 21 Tahun Tidur Dalam Bas. Negara Maju?
Penunggang malam: 21 tahun tidur di bas London
By Venetia
12 January 2020
Selama lebih dari dua dekad selepas permohonan suaka beliau ditolak, Sunny mendapati sebuah tempat selamat di atas bas-bas yang menyusup di London pada waktu malam. Apa gunanya menghabiskan setiap malam di dek bawah?
Sunny menunggu dengan sabar, angin menembusi jaket yang dipakai dengan baik dan musim sejuk yang menggigit di bahagian kaki.
Sudah lewat tengah malam dan kakinya lelah tetapi dia berdiri tegar dan tersenyum apabila bas berhenti-henti berhenti, cermin sayapnya memotong cawangan yang terlalu banyak. Dia bergerak ke luar untuk membiarkan penumpang lain naik, menyambut wajah pemandu yang biasa dengan busur lembut kepala dan mengetuk kad Oyster cuaca di titik pembayaran.
Relaks pada mencari tempat kegemarannya di bahagian belakang geladak rendah, dia meluncur ke tempatnya dan menjadi selesa untuk menunggang jauh di hadapan. Sunny memeluk begnya ke perutnya, merasakan tangannya yang berkedut mula cair, dan menutup matanya.
Pemegang kad perjalanan Sunny memetik Jesus: "Perdamaian saya mewariskan kepadamu, Damai sejahtera saya memberi kamu, Perdamaian dunia tidak dapat memberi."
Meninggalkan di belakang bau ayam goreng dan bunyi bising di malam hari London, fikirannya hanyut. Dia melihat dirinya yang lebih muda, berlutut dalam doa di antara dinding konkrit penjara Nigeria, menunggu untuk dilaksanakan. Kesalahannya: berjuang untuk demokrasi.
Seorang pengawal tenggelam ke dalam sel, mengangkatnya ke kakinya dan bergegas ke arah koridor senyap, keluar ke dalam cahaya matahari yang menyilaukan, di mana kereta sedang menunggu. Keluarga dan rakan-rakan telah membebaskan kebebasannya, membayar semua orang dari pegawai penjara ke tuan rumah penerbangan penerbangan ke London.
Sunny tersentuh pada masa ini sebagai seorang lelaki mabuk, menyanyi tanpa henti, melalui pintu dan ke dek atas. Ia mesti tiga atau empat pagi, dia mengira - jam biasa untuk masalah. Sekitar masa ini, Sunny sering menyedari tiga kumpulan yang berbeza di sekelilingnya. Ia adalah kaji selidik yang kemas di London moden. Ada orang yang datang ke negara ini untuk kehidupan yang lebih baik, bergegas ke pekerjaan pembersihan pra-subuh mereka.
Satu lagi kumpulan - kebanyakannya orang Inggeris asli - mengetuai pulang dari kelab malam, bercakap dengan kuat dan menjejali makanan cepat saji. Dan akhirnya ada orang yang tiada tempat tinggal, mereka yang tidak mempunyai tempat lain, untuk siapa bas adalah tempat untuk berehat.
Sunny tidak membenci yang lain; Dia telah belajar untuk menikmati keghairahan mereka. Apabila mereka tersenyum, dia tersenyum. Apabila mereka ketawa, dia juga ketawa. Sungguh mengagumkan bagaimana beberapa pint dapat menguap sempadan kelas, melepaskan orang Inggeris yang tersendiri dari kekangan mereka supaya mereka berbual dengan orang yang tiada tempat tinggal sebagai bersamaan sementara.
Sunny cuba mengingat kali terakhir dia berasa gembira kerana lelaki mabuk ini.
Sunny memberitahu ceritanya sebagai sebahagian daripada projek fotografi dokumentari
Mungkin ia adalah ketika tuntutan suaka beliau masih dalam kajian. Pada masa itu, dia penuh rasa syukur untuk peluang kedua dalam hidupnya. Dia mengambil kursus dalam pembuatan dokumentari, memilih untuk melaporkan mengenai kehidupan gelandangan di London, tidak pernah membayangkan dia tidak lama lagi akan berada di dalam kasut mereka.
Sunny telah berani berharap untuk masa depan yang cerah, selamat di bawah perlindungan Yang Mulia Ratu - gambaran yang biasa dari poster penjajah matahari di seluruh Nigeria. Tetapi permintaannya untuk suaka telah ditolak.
Itu meninggalkannya dengan dua pilihan: pulang ke sebuah negara di bawah kepalan besi penguasa tentera, di mana hukuman kematiannya akhirnya akan dilaksanakan, atau pergi ke bawah tanah.
Ia bukan pilihan yang sukar.
Begitu juga 21 tahun sebagai pengembara di bas London, yang Sunny menyedari adalah lebih selamat dan lebih panas daripada jalan-jalan. Barisan abu-abu pembentangan pendek
Ia adalah seorang menteri gereja, seorang wanita yang penuh dengan kemurahan hati, yang pertama kali membelikannya satu pasang bulanan untuk menyelamatkannya beberapa tambang setiap malam. Dia terus berbuat demikian, bulan demi bulan, dan kawan-kawan lain akan masuk jika dia tidak berada di sekelilingnya.
Pada hari Sunny akan menjadi sukarelawan di gereja - dia akan menghadiri beberapa ketika di London. Apabila karyanya selesai, dia sering pergi ke Perpustakaan Rujukan Westminster di mana dia dapat mengejar berita hari ini atau mengambil tempat yang dia tinggalkan dalam buku yang dia baca.
Dia mungkin bertanya kepada seorang pengurus restoran jika mereka boleh menjatuhkan makanan, dan mengatakan dia jarang berpaling.
Foto-foto Sunny memberikan perspektif orang yang tiada tempat tinggal di dunia
Sunny selalu mengembara cahaya. Beg kecil tote membolehkannya untuk mengelakkan stigma kehilangan tempat tinggal semasa waktu siang.
Sesetengah orang yang tiada tempat tinggal akan merentangi kerusi tetapi dia lebih suka tidak menyusahkan penunggang lain. Ia mengambil sedikit masa untuk mempelajari semua helah. Pada mulanya dia tidak bimbang tentang tempat duduk. Tetapi kemudian dia mendapati dirinya dalam konfrontasi dengan dua lelaki yang telah cuba menyalakan rambut seorang wanita yang tidak curiga di depan.
Dia mengejar mereka tetapi memutuskan untuk mengelakkan konflik di mana mungkin. Dek yang lebih rendah, beliau membuat kesimpulan, adalah simpanan orang yang munasabah, keluarga dan orang tua. Masalah jarang meletus begitu dekat dengan pemandu. Tempat duduk belakang adalah optimum, bukan hanya untuk berehat kepala tetapi untuk ketenangan fikiran.
Tetapi selalu ada gangguan: bas yang mengembara, lampu neon, penunggang malam yang bising dan enjin yang menyengat. Dua jam tidur yang betul sepanjang malam adalah pencapaian. Pada waktu subuh - atau apabila dia lapar, mana yang lebih awal - dia akan menuju ke McDonald's. Dia tidak pernah memohon tetapi kakitangan yang ramah di cawangan Leicester Square akan memberinya makanan dan biarkan dia mencukur di bilik mandi. Pelanggan yang ikhlas boleh jadi baik juga. Atau, jika dia menetapkan masa yang betul, dia boleh melompat di cawangan 24-jam di Haringey - setengah di sepanjang laluan N29. Di sana, dia dapat menikmati kedamaian yang jarang berlaku di cawangan London tengah, berehat di atas meja dan meneruskan tidurnya.
Tempat Berlindung Di Gereja.. Untuk segelintir Krismas, Sunny memecah rutinnya dan mencuba tempat perlindungan musim sejuk yang disediakan oleh gereja.
Tujuh gereja yang berlainan bekerja di rota. Tetapi mereka bertaburan di lokasi yang berbeza di seluruh ibu kota, mewujudkan penghijrahan harian orang - "mati berjalan", dalam kata-katanya - cuba untuk sampai ke katil seterusnya sebelum jam malam malam. Sunny sedar dia lebih memilih bas untuk berbaring di lantai batu, bahu ke bahu. Adalah sukar untuk tidur melalui bau tembakau, alkohol dan badan-badan yang tidak dibasuh. Dan, tentu saja, jeritan orang lain ketika mereka berbaring diseksa oleh mimpi buruk. Dari kerusi bas London, Sunny menyaksikan perubahan wajah modal. Perlahan-lahan, populasi putih merosot sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan. Pangkat gelandangan berkembang. Dalam ruang yang paling pelbagai ini, beliau menjadi mahir di muka atau dialek yang sepadan dengan tempat asal. Dan dia mengembangkan rasa keenam untuk masalah, mengesan tanda-tanda amaran dalam gerak isyarat: senyuman kesulitan membuat remaja, bibir pursed dari rasis yang meletup. Terdapat kombinasi yang dapat mengakibatkan konfrontasi: peminat bola sepak yang mabuk dan wanita yang terselubung; penumpang yang lelah dan orang yang menggunakan telefon speaker; ahli kumpulan dan saingan tempatan mereka. Dalam beberapa bulan selepas referendum Brexit pada tahun 2016, permusuhan kepada pendatang nampaknya menjadi lebih biasa. "Kembali ke rumah," menjadi refrain biasa.
Sunny tidak menyalahkan kerajaan British kerana masalahnya. Sekiranya negaranya sendiri tidak begitu buruk, dia tidak akan berada di tempat pertama.
Akhirnya, pusat pelarian di gereja Notre Dame de France, di luar Leicester Square, membuat permohonan cuti untuk kekal bagi pihaknya. Jika orang membuktikan mereka terus hidup di UK selama 20 tahun, mereka boleh melayakkan diri. Tetapi Sunny menghabiskan masa itu mengelakkan semua rekod, mengelakkan pengesanan. Bagaimanakah dia dapat menunjukkan dia berada di sana sepanjang masa?
"Saya faham bahawa pelanggan anda kini tiada tempat tinggal, tetapi kami masih memerlukan bukti dokumentari untuk menunjukkan kediaman yang berterusan dari tahun 1995 hingga kini," kata surat dari Pejabat Rumah. "Bukti seperti bil utiliti, penyata bank, perjanjian penyewaan ..."
Sunny meminta pemandu bas yang ramah kepada dia menulis surat sokongan. Seorang yang bertanggungjawab, mengesahkan bahawa dia adalah "penunggang biasa sepanjang malam".
Jemaat-jemaat yang dia telah sukarela selama bertahun-tahun memberikan kenyataan sokongan dan menggali gambar lama yang merekodkan kehadirannya di acara-acara amal.
Hari ini Sunny adalah orang yang mengambil gambar. Dia sampai di dalam begnya untuk kamera pakai buang dia diberikan untuk menceritakan kisahnya sebagai sebahagian daripada projek fotografi.
Terdapat beberapa bingkai yang tinggal. Mengangkat pemidang tilik ke matanya, Sunny menolak tegas terhadap butang kilat dan berhenti untuk menyesuaikan komposisinya. Klik ... Dia melepaskan pengatup.
Gambar itu tidak akan hanya menunjukkan barisan kerusi kosong kebanyakannya di dek bawah bas. Ia akan menjadi gambaran hidup sebagai seorang lelaki yang bebas.
Pada umur 55 tahun, pada tahun 2017, Sunny telah diberikan kebenaran untuk kekal. Ia telah mengambil satu tahun tetapi akhirnya dia mempunyai hak untuk berlindung, bekerja, wujud. Dan dia bersyukur. Ia hampir berhenti, jauh di pinggir bandar selatan London - dia masih tidak digunakan untuk melancong ke destinasi. Malah sekarang dia kadang-kadang tidur di bas, walaupun lebih kerap pada siang hari daripada pada waktu malam. Selama sekian lama, mereka tetap menjadi tempat untuk mengosongkan pikirannya - kebiasaan mereka adalah keselesaan. Lutut Sunny mengklik apabila dia mengangkat dirinya sendiri. Dia semakin tua, perjuangannya telah menanggungnya di luar jangkauannya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemandu dan langkah-langkah yang berhati-hati ke trotoar. Sambil berpaling ke angin, dia berjalan ke arah katilnya, tersenyum kerana kerengsaannya membengkokkan bibirnya. Sunny, yang namanya telah berubah, bekerjasama dengan jurugambar dan wartawan Venetia Menzies untuk mendokumentasikan cerita selama setahun. Kisah ini diambil dari wawancara dengan Sunny, gambar dan potretnya sendiri yang memelihara namanya. Anda juga mungkin tertarik:
Pada tahun 2017, penulis bebas Tom de Castella melihat seorang wanita tua dan anaknya tinggal di bangku simpanan di selatan London. Dia mendapati mereka telah berada di sana selama dua tahun ... yang membingungkan. Mengapa tidak ada yang melakukan apa-apa untuk membantu mereka? Kenapa semua orang menerimanya seperti biasa? Semakin dia disiasat, orang asing itu kelihatannya.
Adakah OK jika seseorang mahu hidup selama bertahun-tahun di bangku simpanan? (Oktober 2019)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Majukah negara begini?
Lihat sebelum ini..
Adakah OK jika seseorang mahu hidup selama bertahun-tahun di bangku simpanan? (Oktober 2019)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Majukah negara begini?
Lihat sebelum ini..
Takziah Dari HAMAS, Jihad Islami, Fatah, Hizbullah Lubnan, Houthi Yaman, Syria, Turki, PAS..
Takziah pimpinan Islam terhadap Jeneral Iran
KECELARUAN maklumat yang terhidang era hujung jari ini membuatkan kita keliru mana satu yang betul, mana satu yang palsu. Agamawan sendiri berbeza pandangan. Orang awam jadi keliru mana yang patut diikut.
Tambah mengelirukan bila ianya berkait isu antarabangsa. Pihak yang terlibat dalam persaingan kuasa terlalu ramai. Negara kuasa besar punya agenda masing-masing. US, Rusia, China. Dunia Islam cuba punya beberapa kutub kuasa. Turki, Iran, Saudi. Menentukan siapa benar siapa salah tidak semudah membezakan antara hitam dan putih. Terdapat zon kelabu yang sangat luas, mengaburkan pandangan kita.
Kekeliruan terbaru timbul apabila Jeneral Iran, Qasem Sulaimani syahid di muncung senjata US. Yang membunuhnya adalah negara yang memporak perandakan dunia Islam terang-terangan. Yang dibunuh pula seorang beraliran Syiah, yang dituduh memusuhi Sunni. Apakah berita ini satu kebaikan buat umat atau bala?
Tuhan telah meletakkan satu penanda aras menentukan pihak yang benar di akhir zaman ini. Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
“Akan sentiasa wujud di kalangan umatku yang berjuang atas kebenaran, tegas terhadap musuh dan tidak akan terkesan dengan pihak yang meninggalkan mereka, melainkan menghadapi kesempitan hidup. Hinggalah datang ketentuan Allah dan mereka masih dalam keadaan demikian. Sahabat bertanya siapakah mereka? Sabda Rasulullah mereka di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis.“
[HR Ahmad]

Hadis tersebut menyatakan mereka yang berjuang di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis adalah golongan yang berjuang di atas kebenaran. Justeru sesiapa yang bersama membantu perjuangan mereka berada di pihak yang benar.
Secara mafhum mukhalafah pula, mereka yang menentang pejuang Baitulmaqdis dan mereka yang bersama penentang pejuang itu berada di pihak yang salah. Kerana kebenaran hanya satu di sisi Allah.
Pejuang Islam di Baitulmaqdis adalah kumpulan-kumpulan yang menghadapi Zionis secara langsung. Yang besar adalah Hamas dan Jihad Islami. Maka merekalah paksi pihak yang benar.
Musuh mereka adalah Zionis. Merekalah paksi kejahatan.
Alhamdulillah. Golongan yang membantu pejuang di Palestin pula terdiri dari ramai pihak. Namun yang membantu secara langsung adalah Iran. Mereka membekalkan banyak bantuan dari sudut persenjataan, teknologi dan latihan. Sebelum Arab Spring berlaku, Syria menjadi pusat latihan ketenteraan Hamas. Hizbullah di Lubnan menjadi perantara Iran dan Palestin.
Ya, mereka Syiah. Akidah mereka sesat. Tapi mereka bersama pejuang yang benar. Selain mereka, tidak ada lagi dunia Islam yang membantu persenjataan pejuang Palestin.
Ramai yang tidak percaya bantuan Iran kepada pejuang Palestin. Ini kerana ia dilakukan secara sulit. Maklumat ketenteraan adalah perkara strategi, bukan satu perkara yang boleh dihebohkan. Akibatnya, ramai menganggap bantuan itu hanyalah wayang.
Namun kematian Qasem Sulaimani menjadi indikator tahap kebergantungan pejuang Palestin terhadap Iran. Hamas antara yang awal mengucapkan takziah, sambil menyifatkan beliau adalah orang yang memainkan peranan besar dan kritikal dalam perjuangan Palestin di semua peringkat. Jihad Islami pula menyifatkan beliau sebagai pendukung tegar perjuangan Palestin sejak berdekad yang lalu. Malah Fatah Islami menyifatkan Qasem Sulaimani sebagai Che Guevara Asia Barat.
Di luar Palestin, Hizbullah Lubnan berjanji menuntut bela kematian Qasem. Kabilah Houthi di Yaman memberi amaran serangan balas kepada US. Presiden Syria, Bashar Asad, Presiden Turki, Erdogan dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi turut melahirkan simpati.
Dari sisi lain pula, musuh pejuang Islam Palestin adalah Zionis. Sekutu rapat Zionis pula adalah US dan India. Sekutu US pula adalah negara-negara EU, NATO dan negara kecil seperti Singapura, Taiwan, dan beberapa negara lain. Negara Islam yang paling rapat adalah Arab Saudi dan UAE.
Maka tidak hairanlah Saudi menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan teroris. Tidak peliklah Saudi putuskan hubungan dengan Qatar atas alasan Qatar melindungi Hamas. Tidak mengejutkan jika Saudi sangat memusuhi Iran.
Sekiranya kita fokus kepada musuh utama Islam yang digazetkan di dalam al-Quran iaitu Zionis, dan kita letakkan tanda aras pihak yang benar berdasarkan hadis adalah pejuang Baitulmaqdis, maka tidak terlalu sukar untuk kita bersama pihak yang mana. Bahkan ia juga adalah formula untuk umat ini membina kesatuan Islam tanpa mengira mazhab, aliran dan keturunan. Kesatuan adalah asas pembentukan khilafah akhir zaman.
ALANG IBN SHUKRIMUN
9 Jumadal Ula 1441
5 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 5/1/2020

Hanya Tumpang Pondok Orang, Apakah Ini Di Luar T/Jawab PH?
RAVICANDRAN sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga.
TIADA siapa menginginkan hidup merempat dengan kediaman yang tidak sempurna namun keadaan itu dilalui suami isteri di sini berikutan kemiskinan hidup.
Ravicandran Mariapan, 42, dan Nandini Marima, 29, hanya mampu tinggal di pondok terletak di kebun kepunyaan seorang pemilik ladang di Segenting di sini yang bermurah hati membenarkan mereka menetap di situ.
Budi pemilik ladang itu membolehkan mereka punyai tempat berteduh, tetapi malangnya Ravichandran yang kudung kedua-dua kaki pula tidak mampu mencari rezeki dan mereka hilang punca pendapatan.
Dia bergelar orang kurang upaya (OKU) selepas kaki kiri dipotong akibat jangkitan kuman selepas cedera ketika membancuh simen, tujuh tahun lalu manakala kaki kanan pada tahun lalu kerana luka kencing manis.
“Selain kencing manis, saya juga menghidap komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.
“Selain kencing manis, saya juga menghidap komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.
“Disebabkan itu perlu berulang alik ke Hospital Port Dickson, tiga kali seminggu,” katanya yang perlu menyewa kereta setiap kali mahu ke hospital yang cecah hampir RM100 seminggu.
Bagi meneruskan kehidupan, pasangan itu memanfaatkan bantuan kewangan diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.
Manakala, Nandiri bekerja sebagai tukang cuci dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini.
Selain itu, mereka memungut besi buruk dan tin kosong untuk duit tambahan antara RM200 ke RM300 sebulan.
“Saya pernah bertemu wakil rakyat Port Dickson dan dijanjikan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi sehingga kini tiada jawapan diberikan.
“Malah, saya tidak kisah untuk membayar rumah sewa kerana duit boleh dicari hasil sumbangan JKM dan mencari barangan lusuh,” katanya.
Ravichandran berkata, dia sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga dan perlu menjaganya sejak hilang kaki.
Pasangan itu juga memelihara anak angkat berusia 3 tahun dan mahu memastikannya mendapat kehidupan selesa.
Orang ramai yang mahu membantu mereka boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Affin Islamic Bank 105280004378 atas nama Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) atau cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad di Balai Berita, Bangsar. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat sepintas fungsi pemerintah dalam ekonomi menurut Islam.1. Menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum.
- Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh.
- Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan.
- Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut.
- Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan dengan keadilan sosial.
- Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan masyarakat
- Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil. Terkurang nilai atau terlebih nilai
- Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masyarakat.
- Hubungan antara pekerja & majikan.
- Setiap transaksi ekonomi dll
- Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan antara kaya & miskin.
- Pemerintah akan menjalankan pelbagai dasar termasuklah percukaian agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb.
- Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteraman
- Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah pihak polis.
- Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam
- Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam
- Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb.