Saturday, January 25, 2020

Maksiat Tahun Baru Cina, K'tan. 7 Khalwat, 2 XSopan, 1 Subahat XSopan.

Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina. — Foto oleh Hari Anggara
Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina. — Foto oleh Hari Anggara


KOTA BARU, 25 Jan — Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina pada Khamis dan semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata ia membabitkan tujuh kes khalwat, berkelakuan tidak sopan (dua kes) dan subahat berkelakuan tidak sopan (satu kes).
Selain tangkapan, JAHEAIK turut memberikan Notis Khidmat Nasihat kepada 17 individu manakala dua lagi diberikan amaran lisan, dalam operasi bermula 6.00 petang Khamis dan berakhir pukul 10 malam tadi oleh Unit Operasi JAHEAIK membabitkan kekuatan angggota seramai 15 orang.
“Kawasan sasaran adalah sekitar kawasan Kota Baru yang melibatkan Dataran Ketereh, G-Orange Mall, Pasaraya Giant Tunjung, kawasan kedai Bandar Baharu Tunjung, Ban Chu Bee, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, kawasan pantai, kawasan tepi Sungai Kelantan dan di hotel sekitar dan luar bandar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi kali ini dilaksanakan berikutan ramai yang pulang bercuti ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina dan ada yang mengambil kesempatan bersiar-siar bersama pasangan kekasih dan melakukan aktiviti yang tidak bermoral.
“Pendekatan yang diambil di dalam operasi ialah cuba menyekat dan mencegah perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang syariah.” —  Bernama

150 Lagi, Bukan Islam Pilih Sertai DHPP. Jom Ramai-ramai..



SHAH ALAM: Bekas Naib Ketua Cabang PKR Kawasan Hulu Langat, Dato’ Dr Pannir Selvam menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), semalam.

Tindakannya itu susulan rasa kekecewaan terhadap kepimpinan parti lamanya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selain Pannir turut bersamanya seramai 150 orang kaum India juga mengambil keputusan sama menyertai DHPP.
Borang keahlian diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu program penyerahan keahlian, di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor, di sini.

Pannir berazam membantu dan bekerja untuk PAS sekali gus menyatakan komitmennya untuk menarik seramai mungkin kenalannya untuk menyertai DHPP.

Turut hadir pada program terbabit, Pengerusi DHPP Selangor, Dato’ K Deepakaran, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. – HARAKAHDAILY 23/1/20202



IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Gong Xi Fa Cai 2020 

dari Ibnu Hasyim 

kepada seluruh kaum Cina di Malaysia.


“Islam Memimpin Perpaduan”

10 Hari Bina Hospital, Itu Yang Patut Dicontohi, Bukan 'komunis'nya.



Gambar udara menunjukkan tapak pembinaan hospital baharu yang dibina untuk merawat pesakit daripada wabak virus maut di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP
China bina hospital baharu dalam masa 10 hari
BEIJING: China giat mendirikan sebuah hospital baharu dalam tempoh 10 hari untuk merawat pesakit ketika penularan wabak maut yang menjangkiti ratusan penduduk di negara itu.
Kemudahan di pusat bandar Wuhan dijangka akan digunakan pada 3 Februari bagi menangani peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti coronavirus yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang mati dan berjuta-juta penduduk perlu berkurung dalam usaha mengekang penyebarannya.
Berpuluh-puluh jentera berat yang sedang giat beroperasi dirakamkan syarikat penyiar tempatan, CCTV. Hospital itu akan mempunyai kapasiti 1,000 katil membabitkan kawasan lebih 25,000 meter persegi (270,000 kaki persegi), kata agensi berita rasmi Xinhua itu.
Pembinaan bermula sebaik laporan timbul kekurangan katil di hospital yang ditetapkan untuk menangani wabak, yang kini menjangkiti 830 orang di seluruh China. Xinhua berkata kemudahan baru ini bertujuan untuk “mengurangkan kekurangan sumber rawatan perubatan dan meningkatkan keupayaan untuk menjaga pesakit."
"Kami telah mengerahkan semua pekerja yang ditinggalkan di Wuhan untuk bekerja kuat dalam memastikan pembinaan sepanjang masa," kata pengurus kumpulan pembinaan Wuhan Construction, Zhang Chongxi
 Gambar menunjukkan jentera pengorek di tapak pembinaan sebuah hospital baharu yang dibina untuk merawat pesakit daripada wabak virus maut di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP
Pada 2003 China mendirikan sebuah hospital di pinggir luar bandar Beijing dalam masa hampir seminggu untuk menampung sejumlah pesakit yang menderita SARS, atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk, yang membunuh 349 orang di tanah besar China dan 299 di Hong Kong pada 2002-2003.
Hospital Xiaotangshan dibangunkan daripada struktur pasang siap dan Xinhua melaporkan pada hari Jumaat bahawa Wuhan sedang membina kemudahan baharu berdasarkan model yang sama.
Bandaraya lebih daripada 11 juta orang telah memusatkan rawatannya terhadap virus baharu dengan mengasingkan pesakit di 61 klinik dan hospital yang ditetapkan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: China bina hospital baharu dalam masa 10 hari, itu ilmu yang se patutnya dipelajari dari China.. Bukan fahaman fanatik komunisnya, yang dicuri import masuk ke negara ini oleh puak-puak yang tidak bertanggung jawab dan pemecah belah perpaduan rakyat.

IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Gong Xi Fa Cai 2020 

dari Ibnu Hasyim 

kepada seluruh kaum Cina di Malaysia.

“Islam Memimpin Perpaduan”
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus

Friday, January 24, 2020

Tahun Tikus: Besok Gong Xi Fa Cai Dari Ibnu Hasyim.


Hasil carian imej untuk gambar ibnu hasyim
MALAYSIA adalah unik dari segi bangsa, agama, dan etnik. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan apabila musim perayaan tiba, semua kaum akan menyambutnya mengikut kepercayaan dan adat istiadat mereka masing-masing.

Tahun Baru Cina 2020 jatuh pada 25 Januari (Sabtu), dan perayaan akan berlangsung hingga 8 Februari, kira-kira 15 hari secara keseluruhan. 2020 adalah Tahun Tikus mengikut zodiak Cina.

Mengikut kepercayaan orang Cina, Tikus adalah bintang haiwan pertama dalam kitaran zodiak Cina sebanyak 12 ekor haiwan. Tahun Tikus mengikut zodiak Cina menunjukkan bahawa minda yang fleksibel dan terbuka anda akan membuat hidup anda lebih mudah.

Tanpa mengira adat, amalan, dan kepercayaan sesuatu kaum, kita mesti belajar untuk memahami tradisi dan menghormati satu sama lain untuk hidup dalam harmoni. Ia menjadi amalan biasa bagi rakyat Malaysia untuk melawat dan menghormati satu sama lain selagi mereka tidak bercanggah dengan kepercayaan dan amalan agama mereka sendiri.

Rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam damai dan harmoni selagi setiap orang memahami kepercayaan dan adat kaum masing-masing. PAS menyeru rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama di negara ini untuk terus belajar memahami, menghormati antara satu sama lain dan mengekalkan perpaduan untuk melihat rakyat Malaysia hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Kepada kaum Cina di seluruh negara, kami ingin ucapkan Gong Xi Fa Chai. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Kami harap anda gembira meraikan Tahun Baru Cina dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Ibnu Hasyim
Tikus
Lambang zodiak cina

Perihalan

Tikus ialah bintang haiwan yang pertama dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang tikus dilambangkan oleh dahan duniawi 子. Pada zaman silam, tikus disanjung sebagai pelindung dan pembawa kekayaan. Wikipedia

6 Jan 2020 - Dimuat naik oleh Tupperware Brands Malaysia
Gong Xi Fa Cai from Tupperware Brands. All you need to ring in the Chinese New Year is here! We are here .