Ke mana hilangnya kejantanan Nga Kor Ming? -Dr Kamarul Zaman. PADA pukul 3.32 petang semalam, Nga Kor Ming menyebut laporan portal berita Malaysia Kini mengenai kenyataan beliau bahawa DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat.
Mari kita periksa apakah betul dakwaan Nga Kor Ming laporan portal berita Malaysia Kini mengenai kenyataan beliau bahawa DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat.
Laporan portal berita Malaysia Kini ini, seperti juga laporan sama yang dibuat oleh portal berita Free Malaysia Today dan portal berita Malaysia Gazette, adalah diambil daripada wawancara khas Nga Kor Ming dengan portal berita berbahasa Cina, Oriental Daily News.
Tajuk laporan portal berita Oriental Daily News ini adalah:
“Interview with Nga Kor Ming: If you don’t recognize UEC DAP will withdraw from the government”
(“Wawancara dengan Nga Kor Ming: Jika kamu tidak iktiraf UEC DAP akan keluar dari kerajaan”)
Petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dimuatkan oleh portal berita Oriental Daily News ini adalah:
“The DAP has reached a consensus. If the unified examination is not recognized, we will not hesitate to withdraw from the government and not be a government. This is the basic principle, and we must keep it.”
(“DAP telah mencapai satu kata sepakat. Jika UEC tidak diiktiraf, kami tidak akan teragak-agak untuk keluar dari kerajaan dan tidak menjadi satu kerajaan. Ini adalah prinsip asas, dan kami mesti memegangnya.”
Petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Inggeris adalah:
“We have even reached a consensus – if UEC is not recognised, DAP will go even to the extent of not hesitating to withdraw itself from the government. It’s okay not to be in government. This is our basic principle that we will continue to uphold.”
Petikan kenyataan Nga Kor Ming yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Malaysia pula adalah:
“Kita malah capai kesepakatan bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf. Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang.”
Tajuk asal laporan portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Inggeris adalah:
“Nga: DAP will quit Harapan gov’t if UEC not recognised”
Tajuk asal laporan portal berita Malaysia Kini versi Bahasa Malaysia pula adalah: “Nga: DAP sanggup keluar k’jaan jika UEC tak diiktiraf”
Nga Kor Ming, yang tidak berpuas hati dengan tajuk dan laporan portal berita Malaysia Kini berkata, beliau telah membuat complain kepada editor portal berita Malaysia Kini dan meminta kesilapan dalam laporan portal berita itu diperbetulkan.
Malangnya, selepas complain ini dibuat, editor portal berita Malaysia Kini bukan sahaja mengekalkan tetapi mengukuhkan lagi laporan portal berita itu dengan umpamanya:
(1) Menukar tajuk asal laporan versi Bahasa Inggerisnya menjadi “Nga: DAP will not hesitate to leave gov’t if UEC not recognised”.
(2) Menukar tajuk asal laporan versi Bahasa Malaysianya menjadi “Nga: DAP tak akan teragak-agak keluar k’jaan jika UEC tak diiktiraf”.
Oleh itu, bagaimana Nga Kor Ming boleh mendakwa laporan mengenai kenyataan beliau adalah sangat mengelirukan, diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat?
Petikan kenyataan beliau, malah tajuk yang digunakan pun, adalah sama dengan petikan asal, dan tajuk asal, yang disiarkan oleh portal berita Oriental Daily News.
Malah, turut disertakan dalam laporan portal berita Oriental Daily News ini adalah rakaman video Nga Kor Ming menyebut perkara-perkara yang dilaporkan tersebut.
Sahabat beliau dalam CCC DAP, Ronnie Liu Tian Khim, sendiri pun sudah memuji beliau dengan menyebut kenyataan beliau itu adalah “reverse thinking: forcing the opponents” (“pemikiran terbalik: memaksa lawan”).
Mengapa Nga Kor Ming tiba-tiba sahaja menjadi penakut untuk mengakui apa yang beliau katakan walaupun bukti-bukti menunjukkan beliau memang menyatakannya?
Ke mana hilangnya kejantanan kamu, Nga Kor Ming?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF –HARAKAHDAILY 30/1/2020 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Nga Kor Ming saja hilang jantan, seluruh DAP pun sama. Kerana sekor kerbau bawa lumpur, habis kerbau-kerbau bodoh lain terpalit.
REMPUH dan tarik baju anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hingga koyak.
Itu aksi wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur ketika cuba meloloskan diri selepas premis berkenaan diserbu pihak berkuasa.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, pihaknya melakukan operasi bersepadu jam 1 pagi di pusat hiburan itu dan dua penempatan haram warga asing di sekitar ibu kota berjaya menahan 205 pendatang asing tanpa izin (PATI). “Serbuan pertama di kelab malam yang menawarkan gadis kalung bunga untuk melayani pelanggan berkaraoke mendapati kebanyakan gadis pelayan pelanggan (GRO) itu bekerja tanpa permit sah.
“Seramai 68 orang diperiksa namun 41 wanita warga asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit sah serta tamat tempoh. Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 28 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamidi berkata, serbuan kedua dan ketiga pula dilakukan di sebuah rumah pangsa di Taman Desa, Cheras dan tapak penempatan haram di Jalan Segambut, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 164 PATI ditahan termasuk enam kanak-kanak
“Ketika serbuan di kawasan penempatan haram, anggota JIM terpaksa meredah belukar dan jalan berbukit untuk mengepung kawasan itu bagi mengelak penghuni melarikan diri.
“Ada antara mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah sehingga cedera terjatuh, namun berjaya ditahan,” katanya.
Katanya, PATI ditahan terdiri daripada 140 warga Indonesia, Bangladesh (16), India (2), kanak-kanak lelaki (2) dan kanak-kanak perempuan (4).
Kesemua ditahan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. (MYMetro)
Syed Saddiq didakwa diganggu sekumpulan individu ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, malam tadi.
'Terpaksa lari dan lompat pagar macam orang salah'
JOHOR BAHRU: “Bayangkan dikepung kira-kira 200 individu lagak seperti gangster,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa diganggu sekumpulan individu ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, dekat sini, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar dalam kenyataan di Instagram itu memaklumkan, pertemuannya yang turut bersama ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor dicemari dengan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesaknya keluar dari Johor.
“Malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.
“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat, ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.
“Ini apa? ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis. Paling teruk mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan berkenaan dalam laman Instagram miliknya.
Turut bersama Syed Saddiq ketika kejadian ialah ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang, beberapa ahli Pemuda PPBM serta keluarga mereka.
Syed Saddiq bersama ibunya.
“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.
“Terima kasih ARMADA Johor, terima kasih BERSATU Johor. Malam ini adalah malam keluarga ARMADA dan BERSATU. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya. (MyMetro)
WAWANCARA | Senator Husam Musa merupakan antara pemimpin yang menggesa kerajaan supaya mengiktiraf ganja bagi tujuan perubatan, khususnya spesies hem.
Ketika ditanya sekiranya beliau pernah mencuba produk kesihatan berasaskan hem untuk tujuan perubatan, Husam menjawab:
"Saya pernah ada pati minyak hem.
"Hem ini mengaktifkan reseptor. Dalam badan kita ada beratus-ratus reseptor dan ada satu yang boleh dirangsang oleh kanabis.
"Jadi apabila kita ambil minyak hem reseptor itu akan diaktifkan dan ia adalah kejadian tuhan," katanya kepada Malaysiakini di Petaling Jaya semalam.
Terdahulu Husam merasmikan seminar tertutup mengenai perubatan hem anjuran Persatuan Perubatan Hemp Malaysia di Kuala Lumpur.
Beliau juga diberi taklimat oleh pakar mengenai manfaat hem untuk perubatan.
Persidangan itu menghimpunkan sejumlah pakar perubatan hem tempatan serta antarabangsa, termasuk dari Thailand, Belanda, Korea Selatan dan Indonesia.
Beza dua spesies
Kata Husam, sistem tubuh dan otak manusia memiliki reseptor endocanabinoid yang membolehkan seseorang mendapat ketenangan, tidur atau rehat.
Ia juga katanya menjadikan tubuh seseorang menerima bahan mengandungi tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) secara semula jadi.
Diminta penjelasan lanjut jika Husam memang pernah mencuba minyak hem, bekas exco kanan Kelantan itu berkata, beliau seorang yang percaya ada produk ganja boleh membantu dari segi kesihatan.
“Kenapa tidak? Saya percaya dengan apa yang saya pelajari.
“Ia adalah ekstrak minyak hem, bukan kanabis marijuana asli,” katanya kepada Malaysiakini. Umumnya terdapat dua spesies tumbuhan ganja, iaitu Cannabis Sativa (yang dirujuk sebagai hem) dan Cannabis Indica (yang dirujuk sebagai marijuana).
Kedua-dua spesies mempunyai manfaat perubatan yang berbeza dengan bahan THC dan CBD.
Hem memiliki kandungan THC rendah, manakala marjuana pula mempunyai kadar THC yang tinggi.
Marijuana dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah kerana kandungan THC yang tinggi pada bunga tumbuhan betinanya sehingga dapat memberikan kesan khayal dan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan penghidap barah, atau mengurangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi.
Sementara itu, serat batang pokok hem pula merupakan bahan asas yang digunakan dalam lebih 25,000 bidang industri, termasuk kain, tali, kertas dan gentian.
Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan dua spesis ganja hem dan marijuana ini.
Bermanfaat cergaskan minda
Husam turut menjelaskan hem (yang tinggi CBD) juga dibuat minyak bagi tujuan perubatan untuk penyakit sawan dan epilepsi.
"Mengikut kajian minyak hem berguna dalam rawatan sakit kanser, sawan, masalah saraf, ketegangan, bahkan jantung," katanya.
Hujung tahun lalu, Forbes melaporkan AS meluluskan penanaman, pengedaran dan penggunaan hem, manakala China pula merupakan pengeluar 50 peratus produk industri hem dunia.
Menurut Husam kegunaan minyak hem boleh memberi manfaat dalam beberapa aspek. “Berdasarkan pada bacaan dan kajian saya sendiri mengenai sejarah kanabis, bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi intelektual dan kesihatan badan,” kata lagi.
Husam mencadangkan supaya kerajaan dan masyarakat lebih aktif mengkaji kegunaan hem dari segi perubatan dan memahami kegunaan bahan itu secara lebih adil.
Beliau berkata cadangannya supaya Malaysia memperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan akan dilihat sebagai langkah terkedepan jika berjaya direalisasikan.
Diperkenalkan oleh doktor
“Isu ini telah diputuskan oleh kabinet dua bulan lalu dan ini adalah satu langkah ke depan, walaupun langkah ini agak terlewat berbanding negara lain," katanya ketika berucap dalam seminar itu.
Beliau juga berharap kerajaan lebih terbuka menerima cadangan daripada pihak profesional mengenai penanaman ganja kesihatan di Malaysia. “Sekiranya kerajaan telah berani membuat kajian, saya berharap kerajaan akan lebih terbuka untuk menerima input profesional dalam baja, bentuk perladangan serta kegunaan ganja kesihatan dari segi perubatan secara terkawal," katanya lagi.
Sementara itu, Husam juga mengakui telah menggunakan minyak hem bagi merawat penyakitnya pada 2015.
Menjawab pertanyaan wartawan jika setakat ini minyak hem boleh dikatakan mujarab atau sesuai dengan rawatan penyakit yang dihidapinya, Husam berkata: "Ya."
"Saya diperkenalkan dengan minyak hem oleh seorang doktor untuk rawatan saraf bagi masalah penyakit bell's palsy saya.
"Bell's palsy ialah kegagalan kawalan saraf muka kerana jangkitan pada saraf utama di belakang telinga.
"Caranya, satu titik minyak ini diletakkan di bawah lidah. Minyak itu tak ada rasa apa, pedas atau pahit... rasa minyak saja, tak ada rasa loya, tak ada rasa high, tak khayal," katanya.
Bagaimanapun, kata Husam harga minyak ekstrak hem itu agak mahal iaitu RM550 untuk 100ml kerana faktor kesulitan perundangan yang menyukarkan kelulusan bekalan dan penggunaan ubat berkenaan.
WAWANCARA | Senator Husam Musa menjelaskan terdapat tiga faktor utama yang menjadi punca penggunaan ganja bagi tujuan perubatan mendapat cacian dan cemuhan.
Hal itu, katanya, disebabkan tumbuhan berkenaan difitnahkan bermudarat sejak bertahun-tahun lamanya.
"Jadi terdapat tiga faktor mengapa ia jadi begitu.
"Pertama faktor kejahilan, diikuti kebimbangan yang tidak menentu ataupun prasangka, dan yang ketiga, kesangsian yang berpanjangan.
"Jadi kita mesti mulakan dari satu titik sebab kita tidak boleh selama-lamanya dikawal oleh kebimbangan yang tidak menentu," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pada Khamis lalu di Sri Damansara, Petaling Jaya.
Terdahulu, bekas exco kanan Kelantan itu ditanya sekiranya pengambilan ganja untuk perubatan akan menggalakkan lagi masalah penyalahgunaan dadah.
Menurut Husam, sejarahnya bermula apabila British menggubal Akta Dadah Berbahaya pada 1952 dan memasukkan tumbuhan ganja (kanabis) tanpa membezakan spesis hem dan marijuana.
Boleh jana pendapatan
"Bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi dan intelektual serta kesihatan badan tetapi oleh kerana ia difitnah melalui pengharaman oleh British pada 1952 dan dikaitkan dengan penagihan semata-mata, aspek baik dalam kanabis dilupakan.
"Jadi kanabis dah disangka buruk sehingga yang nampak adalah ketagihan manakala aspek positif tidak di ketengahkan.
"Jadi sekarang kita kena berlaku adil menggunakan semula kanabis dan juga herba yang lain secara wajar," katanya.
Husam menjangkakan penanaman hem untuk industri dan ganja perubatan - jika dibenarkan kerajaan - dapat menjana pendapatan rakyat dan membawa pulangan hasil kepada negara.
Katanya jumlah pulangan itu juga dianggarkan sangat besar.
Pada masa sama katanya jika semua pihak sekadar mengutamakan kebimbangan dan mengabaikan langkah mencari formula yang sepatutnya, negara akan ketinggalan dari dua segi.
"Pertama, hasil kepada negara termasuk petani-petani dan manfaat kesihatan," katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Husam memberi contoh cadangan syarikat multinasional Coca Cola untuk mengeluarkan minuman kesihatan berasaskan kanabis yang tinggi CBD tetapi rendah THC.
"Bayangkan Coca Cola mengeluarkan minuman berasaskan kanabis yang tidak menyebabkan ketagihan tapi memberi rasa senang kepada jiwa dan beri kesan kepada kesihatan yang baik.
"Bayangkan berapa jumlah pasaran yang mereka dapat, dan kita hanya terkebil-kebil sebab kita dikawal oleh kejahilan dan lebih mengutamakan kebimbangan tanpa cuba menghapuskan kesangsian kita," ujarnya.
Melekat dalam fikiran
Husam juga berkata orang ramai terutamanya pengidap penyakit kronik seperti barah dan sawan boleh mendapat manfaat jika pasaran ganja untuk perubatan dibuka dengan kawal selia seperti produk kesihatan lain.
"Sekarang ini satu cara untuk memupuk (kefahaman ganja perubatan) adalah tentang ubat dan drugs (dadah) atau rawatan untuk penyakit kronik seperti barah dan sawan," jelasnya.
Husam juga diminta mengulas mengenai kawal selia peraturan di antara industri alkohol berbanding ganja untuk tujuan perubatan.
"Itu sebabnya dalam Islam, alkohol Allah haramkan kerana ia sudah ada kemudaratan lebih banyak berbanding manfaat. Asasnya kerana mudarat alkohol.
"Tapi dari kes ganja untuk perubatan, ia sangat berbeza, sebab kita boleh asingkan yang baik dan yang buruk.
"Pati CBD dapat diambil daripada pokok hem (yang rendah THC).
"Kita ambil manfaat ganja perubatan dan kita buang mudaratnya. Jadi lebih lagi keadaannya dari alkohol," ujarnya.
Husam berkata fitnah British pada 1952 masih melekat pada pemikiran orang ramai sedangkan terdapat manfaat perubatan yang dapat dipertimbangkan.
"Tak faham kerana difitnahkan British pada 1952, rakyat diberitahu bahawa ganja berbahaya, sedangkan ada lagi kegunaan lain yang boleh beri manfaat. Saya rasa ini semua adalah mindset," jelasnya.
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Mohd Noor pada awal Februari lalu dilaporkan berkata penggunaan tumbuhan semula jadi seperti ganja dalam perubatan adalah harus jika tidak mengancam keselamatan.
Wan Salim bagaimanapun berkata kajian terperinci perlu dilakukan oleh pakar bagi membuktikan keberkesanannya, selain kaedah itu diambil hanya selepas tiada pilihan lain yang lebih baik.
“Jika kanabis dilihat memudaratkan penggunaannya, jatuh haram. Penggunaannya juga dilarang bagi tujuan keseronokan atau khayal.
“Kebenaran penggunaan mengikut kuantiti ditetapkan perlu diperjelaskan selain kawalan ketat," katanya.
Wan Salim
Sementara itu, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, pula berkata penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan.
Pada 10 Feb lalu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zulkifli Abdullah, dilaporkan media sebagai berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran menteri kesihatan.
Zulkifli yang juga bekas ketua polis Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur berkata terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.
“Jadi saya rasa, sayanglah kalau benda ini betul (ganja perubatan) dan boleh dilakukan dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan,” kata beliau lagi.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye pula pada 11 Februari lalu berkata produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftarkannya di Kementerian Kesihatan.
"Selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.
“Walaupun ganja diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya tetapi ada dadah berbahaya seperti morfin yang digunakan sebagai ubat, namun digunakan dengan formulasi dan kuantiti tertentu.
“Jadi, sekiranya hendak import ubat perlu berdaftar di bahagian farmasi Kementerian Kesihatan. Kalau sudah berdaftar dan melepasi syarat dikenakan maka ia boleh digunakan mengikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya. (https://www.malaysiakini.com/)
Ustaz Ahmad Marzuki (tiga dari kiri), di timur laut Jawa ditangkap kerana kesalahan menjual methamphetamine kepada muridnya di sekolah asrama Islam di Madura.- Foto Kita Reporters
MADURA: Seorang pemimpin agama di Indonesia ditahan kepada menjual (syabu) methamphetamine kepada pelajar, dengan mendakwa ia halal dan dibenarkan di bawah undang-undang Islam.
Mengikut laporan Vice Indonesia/Vice kelmarin, Ahmad Marzuki dari Madura, di timur laut Jawa, menjual bahan itu kepada muridnya di sekolah asrama Islam.
Dia memberitahu muridnya yang bahan haram itu akan meningkatkan kemampuan mereka untuk belajar dan membaca al-Quran.
Pihak berkuasa mula memburu Marzuki, yang juga pengguna dadah, selepas mengetahui kegiatannya, bagaimanapun dia berjaya mengelak ditahan polis selama dua bulan.
Walaupun menjadi buruan, pemimpin agama itu masih mengajar di sekolah asrama Islam lain di bandar Surabaya dan Mojokerto.
Pihak berkuasa akhirnya menangkap Marzuki pada 20 Januari lalu ketika dia menghadiri pengebumian di Madura, mengikut laporan laman berita tempatan, jatim.suara.com.
Marzuki ditemui pihak berkuasa di rumahnya bersama dua orang lagi, ketika menggunakan methamphetamine. Polis turut menemui kuantiti kecil bahan itu dan peralatan dadah lain di rumah itu.
Pada sidang media selepas penahanannya, Marzuki memberitahu yang dia tahu methamphetamine haram di bawah undang-undang Indonesia, namun ‘tiada bukti yang melarangnya dalam al-Quran’.
Marzuki akan dituduh di bawah Undang-Undang Narkotik Indonesia dan berdepan hukuman penjara 20 tahun serta denda 10 bilion Rupiah (RM2.9 juta). - Philippine Daily Inquirer/ANN
Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.
Anak kucing bernama Jegentol milik Suhana Rahim tersekat dalam lubang saluran air rumah. — Foto ihsan Facebook/Suhana Binti Rahim
REMBAU, 13 Jan — Gelagat seorang pemilik kucing peliharaan berleter kepada anak kucing yang tersepit di lubang saluran air kelmarin berjaya menggelikan hati ramai pihak.
Suhana Rahim dari Kampung Senama Tengah, dekat sini, memuat naik video di laman Facebook kelmarin memaklumkan kejadian itu.
“Aduh, macam mana kau masuk dalam ni, ni? Nak tarik tak boleh...aduh, nasib baik ibu balik kerja awal...ya Allah.
“Banyak lagi lubang, macam mana boleh buka lubang ketat-ketat ni?”
“Habis macam mana nak buat ni...takkan nak panggil bomba..panggil bomba nak selamatkan kau je,” keluh Suhana sambil beliau menyuap air menggunakan picagari kepada anak kucing itu.
Suhana percaya kucing itu tersepit selepas masuk dari longkang tepi rumah yang menjadi saluran keluar air mesin basuh.
Suhana kedengaran buntu memikirkan cara melepaskan anak kucing tersebut. Tidak henti-henti rungutan beliau yang mahu memanggil bomba untuk melepaskan kucing itu.
Bagaimanapun, beliau nekad berusaha sendiri dengan menggunakan peralatan bertukang yang ada di rumahnya.
“Dari bersila, bertinggung, meniarap, tertonggeng, semua gaya bebas saya dah buat bagi fikir jalan nak loloskan dia.
“Tapi MacGyver tak kehilangan akal dengan apa yang ada saya keluarkan juga ‘anak’ saya ni,” kata Suhana yang berjaya melepaskan anak kucing tersebut selepas berusaha hampir dua jam.
Suhana memberitahu ProjekMM, anak kucing bernama Jegentol dari dua beradik itu antara yang paling aktif di rumahnya.
Berpengalaman memelihara hampir 30 ekor kucing di rumah sebelum ini, beliau sudah ‘masak’ dengan karenah haiwan peliharaannya itu.
“Sebenarnya saya ada hampir 20 ekor. Ada yang lagi pelik pun ada..masuk dalam kuah asam pedas, tersekat paip PVC, tersangkut atas bumbung stor. Tapi dia (Jegentol) paling pelik tersekat situ,” katanya.
Ditanya reaksi orang ramai setelah videonya tular, kata Suhana beliau tidak menyangka hantaran pada mulanya dimuat naik di Instagram mendapat perhatian ramai.
“Ada yang maki sebab saya bebel nak tolong walhal bebel sambil cari idea (macam) mana nak bagi keluar.
“Ada juga yang cakap itu macam perangai ‘emak-emak’, marah dulu bantu kemudian,” kata Suhana.
Mendapat pujian ramai kerana berjaya berusaha tanpa bantuan pihak bomba, rakaman video ‘misi menyelamat’ oleh Suhana itu telah mendapat 330,493 tontonan dan 12,000 perkongsian setakat ini. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana seekor kucing wanita masuk neraka. Sedangkan kerana kerana anjing, pelacur boleh masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebasnya untuk cari makan sendiri dengan makan serangga di bumi." [Shahih al-Bukhari – no:3318] Ingat juga kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda: ''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga kehausan, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu."
[Shahih al-Bukhari – no:3467]
Berdasarkan hadis tersebut bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah SWT terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi, ingat juga Allah SWT sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan.
Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 menyelamatkan 65 pelarian etnik Rohingya termasuk 18 kanak-kanak dalam keadaan kebuluran selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut selama 20 hari ketika cuba diseludup sindiket penyeludupan migran ke Malaysia, kelmarin.
Sindiket terbabit dipercayai menyeludup etnik Rohingya itu dari Kem Kutupalong, Chittagong, Bangladesh dengan bayaran antara RM1,300 dan RM1,800 seorang.
Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati tiga lelaki Bangladesh yang mendalangi kegiatan penyeludupan itu meninggalkan bot di perairan antarabangsa selepas mengalami kerosakan.
“Selepas gagal membaiki kerosakan enjin bot, tiga lelaki Bangladesh itu menghubungi rakan mereka untuk mendapatkan bantuan. “Setibanya rakan mereka pada hari kelapan pelayaran, tiga suspek meninggalkan pelarian terbabit sambil mendakwa akan kembali membawa mereka ke Malaysia dengan bot baharu,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun sindiket meninggalkan seorang ‘rakan’ dalam kalangan pelarian itu bagi memantau perkembangan.
“Kami berjaya tahan seorang tekong warga Myanmar berusia 25 tahun selepas soal siasat dilakukan,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati semua etnik Rohingya di kem berkenaan didatangi tiga warga Bangladesh itu sebelum menawarkan perjalanan ke Malaysia dengan bayaran RM1,300 hingga RM1,800 seorang.
“Etnik Rohingya yang bersetuju ke Malaysia itu dibawa belayar pada 3 Januari lalu. Bagaimanapun, selepas seminggu belayar, bot itu rosak sebelum tiga dalang melarikan diri,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, kehadiran bot itu dikesan anggota PPM yang melakukan rondaan Op Gelora Khas Musim Perayaan sekitar 3.3 batu nautika dari perairan laut Pulau Kendi jam 5 petang, kelmarin.
“Selain tekong, kita tahan dan selamatkan 65 etnik Rohingya terdiri daripada 24 wanita dan 21 lelaki berusia 16 hingga 56 tahun. Seramai 18 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 5 hingga 14 tahun turut diselamatkan dalam operasi itu,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, semua mangsa ditemui dalam keadaan kelaparan selepas terputus bekalan makanan.
“Mereka yang diselamatkan bukan sahaja diberikan makanan sebaliknya turut dibawa ke hospital berhampiran bagi melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk saringan wabak koronavirus baharu,” katanya sambil menambah pihaknya menyita bot dianggarkan bernilai RM35,000.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff berkata, kes sedang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Kebuluran ditinggal tekong bot rosak
“Kami lapar, sudah 14 hari tidak makan. Tolong beri air dan makanan,” itu antara kata-kata sekumpulan pendatang etnik Rohingya yang ditemui dalam sebuah bot hanyut di perairan Pulau Kendi, dekat Pulau Pinang, kelmarin.
Kumpulan pendatang itu membabit 66 orang termasuk 18 kanak-kanak berusia lima hingga 14 tahun dan seorang tekong berusia 25 tahun.
Mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 selepas bot dinaiki hanyut selama 20 hari ketika dalam perjalanan dari Kem Pelarian Kutupalong, Chittagong, Bangladesh.
Pengalaman migran kebuluran ditinggalkan tekong bot selepas rosak itu diceritakan Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat kepada Harian Metro, semalam.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal dilakukan anggota PPM Wilayah 1 selepas menahan bot itu, etnik Rohingya memang dalam keadaan kelaparan.
“Bot itu dipercayai hanyut selepas hari kelapan belayar, tekong pula lari dan bekalan makanan tiada jadi mereka menahan lapar,” katanya.
Katanya, itu risiko ditanggung etnik Rohingya atau mana-mana mangsa penyeludupan migran.
“Sindiket memang tidak jaga bab makanan atau minuman. Jika ada pun memang ia (makanan) akan dicatu, pernah ada kes seorang hanya boleh minum satu tudung air botol mineral itu,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, pihaknya segera menghulurkan bantuan minuman dan makanan kepada mangsa penyeludupan migran berkenaan selepas bot mereka ditahan.
“Bukan sekadar itu, kami bawa mereka melakukan pemeriksaan kesihatan bagi menyaring sebarang wabak atau virus,” katanya.
Mohd Yusoff berkata, PPM akan terus mempergiat kawalan di perairan seluruh negara bagi mengelakkan pembolosan dari semua jenis jenayah rentas sempadan termasuklah penyeludupan migran. (MyMetro)
Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.