Saturday, March 21, 2020

Jelas Kemelut Senyum Anwar/Mahathir, Rakyat Yang Menderita. Ini..

Berkata FB Dr Kamarul Zaman:

“Mahathir Penipu, Saya Sekarang Tidak Lagi Percaya Mahathir” kata Anwar Ibrahim



Mengejutkan sekali bila Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden PKR, secara terbuka menghentam teruk Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam wawancara beliau dengan wartawan CNBC, Martin Soong, semalam.

Paling besar implikasinya ialah bila Datuk Seri Anwar kini mendakwa Tun Dr Mahathir memungkiri janji dan mengaku beliau sekarang sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir.

Soalnya ialah bagaimanakah Pakatan Harapan akan masih boleh bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir bila Datuk Seri Anwar, yang merupakan Presiden Pakatan Harapan, sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir?

INI ADALAH HENTAMAN BALAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DALAM WAWANCARA BELIAU DENGAN CNBC

  • (1) “Mahathir akan terus menyanggah diri sendiri” (“Mahathir would continue to contradict himself”
  • (2) “Mahathir buat janji dan memungkirinya” (“Mahathir makes promises and reneges on them”).
  • (3) “Saya sekarang tidak lagi percaya Mahathir” (“I now no longer believe Mahathir”).
  • (4) “Saya ingat Mahathir jujur” (“I thought Mahathir was sincere”).
  • (5) “Saya terima Mahathir berdasar gambaran luaran” (“I took Mahathir at face value”).
  • (6) “Saya ingat Mahathir berubah dengan usia, dengan kebijaksanaan” (“I thought Mahathir changes with age, with wisdom”).
  • (7) “Saya mohon maaf (kepada para penyokong saya)” (“I apologise (to my supporters)”).
  • (8) “Saya silap (dalam menilai Mahathir)” (“I was wrong (in assessing Mahathir)”).

INI ADALAH TRANSKRIPSI WAWANCARA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN CNBC YANG MENGANDUNGI HENTAMAN BALAS BELIAU TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Martin Soong: “Tun Mahathir Mohamad, nobody rules him out yet, he came out just recently with a statement, and this is not the first time he said it, saying that the problem in his mind was that yourself, Datuk Seri Anwar, you were too impatient to take over as the Prime Minister of Malaysia. Is that true? Is that fair?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Never mind. Mahathir would continue to contradict himself, and makes promises and reneges on them, so I don’t think it is fair for me to say more. But what is important is everybody knows that I have waited for 21 years, I mean, an impatient man wouldn’t have waited that much. Number two, I have given him the opportunity the latitude to govern without interference, right. Number three, he questioned my role in trying to get all the races together. I am a Malaysian, I am a Malay Muslim, the majority is of course Malay Muslims, but my Chinese, Indian, Iban and Dayak friends are part of my family in Malaysia. And you don’t tell me after 62 years of independence that I don’t need a multiracial party.”

Martin Soong: “One of these questions that I always wondering myself over these years is whether or not you actually believed Tun Mahathir Mohamad’s promise to hand over power to you to allow you to become a Prime Minister eventually? Do you still believe him?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Well, not now. But then I thought when he came, he was, he seemed to be quite sincere, came to see me when I was in prison, in the courthouse, and appealed for my support and said, “Look, Anwar, we have to work together” and made promises in private, in public, signed documents. What else? I mean I am just a human and I take people at face value and I think people do change with age, with wisdom, but I am not necessarily right always and in this particular case I apologise. I was wrong. No regrets.”

INI ADALAH RAKAMAN PENUH WAWANCARA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN CNBC YANG MENGANDUNGI HENTAMAN BALAS BELIAU TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

FB
Kamarul Yusoff


Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

Majlis Nikah Zaman COVID-19, Nikah Luar Pagar Rumah Tok Kadi


Dugaan Pengantin COVID-19, Terpaksa Nikah Luar Pagar Rumah Tok Kadi

TIDAK menyangka bahawa Malaysia bakal berdepan dengan kes yang tinggi, sehingga memaksa pihak kerajaan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan.

Gejala wabak COVID-19 ini telah membuatkan banyak urusan tergendala, antara yang turut terkesan adalah pasangan yang ingin bernikah.

Nikah pakai mask

Tular foto dan video, hari ini terdapat juga pasangan yang masih meneruskan juga pernikahan walaupun terpaksa mengikut beberapa langkah keselamatan yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan.
Alhamdulilah selesai shoot majlis akad harini 🤲🏽
Antara precautions taken to prevent :
Hand sanitizer ✅
Mask ✅
Tidak bersalaman semasa lafaz ijab qabul ✅
Tetamu x lebih 10 org ✅
Majlis kurang drpd 10min ✅
Kawin2 juga, jgn lupa jaga diri ok, stay safe semua😷



View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
Nikah kat luar pagar rumah tok kadi

Malah, ada juga pasangan yang melangsungkan pernikahan hanya di luar pagar rumah tok kadi, dengan masing-masing berdiri di jarak 1 meter antara satu sama lain.
https://twitter.com/mohdkautharr/status/1240934565037748224
Kesemua majlis pernikahan tersebut hanya melibatkan jurunikah dan ahli keluarga pengantin sahaja, tanpa melibatkan tetamu yang ramai.
Sumber : Twitter

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nikah atau orang sebut juga 'buat masjid' atau buat makruf, patut disegerakan. Bahaya COVID-19 juga wajib dihindari. Kerana itu, peraturan-peraturan keselamatan kena ikut. Gabungan dan alternatifnya, 'Terpaksa Nikah Luar Pagar Rumah Tok Kadi'.

Al-hamdulillah, semua selesai, semua selamat. Islam suruh, mudah-mudahkan, jangan susah-susahkan, gembirakan, jangan takut-takutkan.

Mampukah M'sia Guna Wang Kertas Penyah-Jangkitan?

Turki hasilkan wang kertas guna teknologi penyahjangkitan
Seorang pekerja dengan pakaian perlindungan menyembur cecair pembasmi kuman di atas sebatang jalan susulan penularan COVID-19 di Istanbul, Turki, 20 Mac, 2020. REUTERS
Turki hasilkan wang kertas guna teknologi penyahjangkitan

ISTANBUL: Sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Istanbul mengeluarkan wang kertas yang dihasilkan menggunakan teknologi penyahjangkitan untuk kegunaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Dengan teknologi itu wang kertas yang dihasilkan membolehkan semua ATM bersih dan mesra alam sekitar," kata pengasas bersama Money Shower, Furkan Erucan lapor agensi berita Anadolu. 


Beliau berkata dengan teknologi itu, ia berupaya membantu menghalang pengguna dijangkiti semua mikroorganisma, termasuk COVID-19.

"Sekarang terdapat 26,000 bakteria pelbagai jenis terdapat pada wang kertas di Eropah. Jumlah ini cukup untuk membuat orang sakit.

"Turki mengumpul semua wang kertas, membakarnya dan mencetak yang baharu untuk diedarkan hanya apabila terjadi wabak penyakit," katanya.

Katanya, kerajaan China juga mengambil langkah yang sama sebelum ini.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mampukah Malaysia menggunakan wang kertas penyah-jangkitan? Untuk perhatian Kementerian Kewangan, Alam Sekitar, Kesihatan atau lain-lainnya..

Siasat, Siapa TIDAK Sekat Pelancong China? Ada Unsur Perkauman?



Tahukah Anda Kenapa Kerajaan PH Tidak Menyekat Pelancong Dari China??

Kenapa orang ramai menyalahkan pentadbiran kerajaan PH kerana gagal menyekat kemasukan pelancong dari China?

Apakah hujah dan fakta separuh masak seperti tuduhan macai PH nak pertahankan tidakan bodoh pemimpin mereka tanpa memahami keutamaan-keutamaan yang perlu diambil kira sebelum sesuatu langkah diambil.

Disini saya gariskan beberapa perkara yang menjadi sebab utama mengapa pelancong China tidak disekat dari awal dan menjadi faktor kepada merembaknya covid-19 untuk golombang kedua.

Bagi menghalang mana-mana warga asing daripada memasuki Malaysia atas sebab wabak, penyakit itu perlu diisytihar sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) terlebih dahulu oleh World Health Organisation (WHO).

WHO hanya mengistiharkan Covid-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020. Namun WHO tidak meminta supaya negara menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara China pada mulanya.


Kerajaan Malaysia tak buat apa-apa pun sekadar beberapa langkah perlu dan sesuai ketika itu bagi mengurangkan kemasukan pelancong asing warga China. itu Sikap kerajaan PH kononnya takut rugi disektor pelancongan dan ini berkaitan rapat dengan menjaga hati DAP yang sokongan cina.

Nasib baik Negara China sendiri telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar atau masuk ke Wuhan dan Hubei. Mereka juga tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganya ke luar negara sejak 23 Januari lalu. Kalau tak makin ramai Cina dari Wuhan dan Hubei datang ke Malaysia akibat sikap sambil lewa kerajaan PH.

Malaysia pula mengambil langkah penggantungan visa ke atas semua warganegara China yang berasal dari wilayah Wuhan dan Hubei, yang merupakan pusat penyebaran wabak virus berkenaan setelah beberapa punca covid-19 di Malaysia datang daripada pelancong dan kematian yang tinggi di China.

Sekatan perjalanan kemudian dilanjutkan ke dua wilayah lagi iaitu Zhejiang dan Jiangsu pada 9 Feb apabila negara China membuat 'lockdown' yang sangat extrem.

Semua pintu masuk negara memperketatkan kawalan kemasukan dengan semua langkah-langkah yang perlu termasuk kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang baru tiba. Di buat.

Sehingga 24 Februari dengan semua kaedah dan pentadbiran yang kononn cekap dan tersusun dibawah kawalan kerajaan mereka. Menteri PH berbangga dengan kes Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 20 kes. Mereka tidak hirau amaran GOLOMBANG KEDUA oleh pihak WHO.

Mereka ego dan sombong kerana bagi mereka hanya dua lagi pesakit masih menerima rawatan di Hospital menjadikan jumlah keseluruhan hanyalah 22 kes. Mereka pun memberi Kredit kepada Dr. Wan Azizah dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Macai-macai PH pun kata PH hebat dalam mengurus gejala,

Kemudian..... Apa berlaku.....

Degil nak buat kawalan pergerakan, degil dengan amaran, perhimpunan Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling - anjuran Markaz Tabligh Malaysia Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu jelas menunjukkan semasa itu kerajaan PH ambil mudah atau kurang sedar akan ancaman jangkitan Covid-19 tidak membatalkan perhimpunan awal-awal lagi.

Satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya, jika PH memerintah lagi adakah PH akan membuat kawalan pergerakan. Adakah mereka akan sekat pasar-pasar yang ramai satu kaum masih tidak endah apa yang berlaku? Nak guna askar pun mereka tak setuju.

Agaknya berapa kes covid-19 jika PH masih memerintah?


(Diangkat dari MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah dibongkar, diselidiki dan dihukum siapa yang bertanggung-jawab? Adakah disebabkan kelalaian atau ada unsur-unsur perkauman? Ada pula pihak yang 'Nak guna askar pun mereka tak setuju'. Mengapa?


Sila jawab pemimpin-pemimpin mereka, jangan hanya biarkan penjilat-penjilat 'tidak cerdik' mereka menjawab.

Wad Paediatrik Hospital Selayang ditutup selepas dua kakitangan positif COVID-19

Wad Paediatrik Hospital Selayang ditutup selepas dua kakitangan positif COVID-19
Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik. Foto: Facebook /@selayanghospital

KL : Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.

Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.

"Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.

"Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.


"Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain," jelasnya.
Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.

Kedah! COVID-19: Segerakan Bantu Rakyat.. 10 Perkara.



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
20 MAC 2020
COVID-19: Kerajaan Negeri Kedah digesa segerakan insentif bantu rakyat terkesan
Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pendemik Covid-19, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa agar Kerajaan Negeri Kedah yang selama ini berbangga dengan gabungan antara PBBM dan PH agar menyegerakan pengumuman insentif membantu rakyat bawahan yang amat terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Antara golongan yang begitu terkesan adalah penjaja kecil, peniaga pasar tani dan pasar malam, golongan bekerja sendiri yang berpendapatan harian serta pekerja sendiri yang berkait industri pelancongan di Langkawi.
Pemuda PAS Kedah mengusulkan beberapa insentif segera yang boleh diambil oleh kerajaan negeri ini seperti yang berikut :
1- Bantuan ‘one-off’ kepada semua 36 ADUN Kedah sekurang-kurang RM20,000 untuk membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan;
2- Bantuan ‘one-off’ kepada institusi masjid dan surau bagi menjalankan proses pembasmian virus;
3- Kelonggaran atau penangguhan bayaran cukai tanah sehingga 3 bulan;
4- Mewujudkan sukarelawan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, petugas hospital dan klinik, pihak polis, RELA dan sebagainya. Samada dalam bentuk tenaga kerja pembantu rumah, khidmat dobi atau bekalan makanan;
5-Bantuan RM500 kepada penjaja kecil dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);
6-Potongan 50% bayaran sewa premis milik PBT, Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan anak syarikat selama 3 bulan.
7- Sumbangan kepada guru-guru KAFA dan guru-guru agama kampung;
8- Bayaran ‘one-off’kepada ahli keluarga positif Covid-19 sekurang-kurang sebanyak RM2000;
9- Mewujudkan pusat bantuan kecemasan di setiap DUN.
10- Pemberian gaji penjawat awam diawalkan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengalu-alukan peruntukan negeri Kelantan sebanyak RM5Juta, begitu juga kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM6 juta, dan beberapa buah negeri lain yang telah membuat pengumuman seperti Johor dan Selangor.
Sehubungan itu,pihak kami mengesa kerajaan negeri Kedah lebih proaktif dan prihatin untuk membantu rakyat bawahan yang terkesan akibat Perintah Tempoh Kawalan Pergerakan ini.
Nurul Amin Hamid.
Ketua Pemuda PAS Kedah
20 Mac 2020

Covid-19: Islam jadi contoh penyelesaian-Presiden PAS

Hasil carian imej untuk Covid-19: Islam jadi contoh
Hasil carian imej untuk Covid-19: Islam jadi contoh
MARANG: Islam mendahului tamadun barat ribuan tahun dalam penyelesaian menyekat wabak penyakit seperti taun yang kini menyamai koronavirus atau Covid-19, menular ke seluruh dunia.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila berlaku wabak seperti coronavirus atau Covid-19 yang tersebar ke seluruh dunia, Islam ada penyelesaiannya.
Kata beliau, orang Islam mesti menunjukkan contoh boleh memerintah, mentadbir dan menguruskan negeri dalam semua perkara dengan sebaik-baiknya.
“Apabila ada wabak yang seperti ini (Covid-19) sehingga tersebar ke seluruh dunia. Kita kena tunjuk bagaimana penyelesaian Islam dalam masalah ini.
“Sepatutnya, kita orang Islam menjadi contoh kepada bukan Islam. Malulah kita orang Islam, kita tidak menunjukkan suatu contoh yang baik. Kita kena sedar, kita orang Islam ini menjadi model dalam sejarah Islam zaman dahulu.
“Ilmu perubatan ini orang Islam yang teroka dulu, tiba-tiba kita tinggal ilmu kita sendiri. Orang barat ini belajar ilmu perubatan daripada orang Islam. Orang Islam yang dahulu memperkenalkan (ubat) bius, memperkenalkan pembedahan, memperkenalkan pemisahan (kuarantin) dalam sakit taun.
“Islam mendahului ribu tahun dari tamadun barat dalam perkara ini. Dengan sebab itu, jangan kita malukan agama kita, jangan kita malukan orang Islam,” tegasnya ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat secara online atas talian dari Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ini berikutan, arahan kerajaan Malaysia yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bermula 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Sehubungan itu, kata Tuan Guru Abdul Hadi, perintah larangan dan arahan itu adalah betul serta menepati maqosid syariat bagi menjaga agama, nyawa, akal fikiran, maruah keluarga dan harta.
“Bila berlaku arahan supaya kita tidak dibenarkan solat Jumaat, solat berjemaah, ini perkara agama. Pemerintah tidak larang orang sembahyang, jika dilarang orang sembahyang, puasa itu tidak betul. Ini (sekarang) boleh lagi. Cuma bila ada ‘penyakit’ (wabak) solat Jumaat diganti dengan solat Zohor. Sebab, jaga nyawa, jaga agama dan jaga masyarakat.
“Kita kena faham, wabak (yang tidak nampak) ini seumpama api juga mesti selamatkan diri. Ribu-ribu orang telah mati dan jangan kita (rakyat) degil dalam masalah ini. Kita tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” jelasnya.
Menurutnya, jika ada di kalangan rakyat negara ini yang tidak mematuhi larangan pihak berkuasa itu sama seperti tindakan memudaratkan diri dan orang lain.
“Bila mari penyakit, wabak yang boleh memudaratkan diri kita sendiri. Umpamanya, mana lebih baik bunuh diri dengan panjang umur dan boleh beribadat lagi?
“Bunuh diri adalah haram. Sebab, bunuh diri ini bukan sahaja terjun dalam api atau gantung diri. Ini (bunuh diri) termasuklah mendedahkan diri kepada penyakit yang boleh membunuh kita dengan penyakit.
“Sedangkan, ada ikhtiar untuk berubat dan hindari diri dari penyakit itu. Dalam masa yang sama tidak boleh memudaratkan orang lain hingga berjangkit pula kepada orang lain, itu tidak boleh.
“Kita manusia mesti hidup bermasyarakat dan dengan sebab itu ada larangan dengan menjaga diri dan untuk menjaga masyarakat. Arahan ini adalah arahan yang betul bukan arahan yang salah,” tegasnya.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan wabak penyakit seperti Covid-19 itu adalah ujian dari Allah SWT kepada manusia hari ini.
Justeru, katanya buktikan bahawa Islam itu agama yang hebat dan boleh menyelesaikan segala permasalahan dunia ini dengan sebaik mungkin.
“Kadang-kala kita hendak tunjuk yang kita ini kuat sangat Islam tetapi tidak ‘reti’ (faham) Islam. Kita merosakkan agama kita sendiri, merosakkan maruah agama Islam kita sendiri.
“Malulah kita, biar kita tunjuk Islam ini satu agama yang baik dan lebih baik dari yang lain. Ini satu contoh yang Tuhan uji kepada kita dengan penyakit-penyakit wabak seperti ini.
“Kebetulan pendekatan (Islam) ini boleh kita tunjuk di mana kebaikan Islam. Itulah nasihat yang dapat saya berikan untuk menjadi renungan kita semua,” ujarnya.
Menurutnya, Islam sama sekali melarang umat ini dari memudaratkan diri sendiri dan memudaratkan orang lain termasuklah dalam wabak penyakit Covid-19. – HARAKAHDAILY 20/3/2020

Friday, March 20, 2020

Harga Minyak Turun. PH Janji Tak..

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun
Kementerian tersebut berkata penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun

HARGA runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen manakala RON97 turun 36 sen dan diesel juga turun 12 sen berkuat kuasa 21 hingga 27 Mac ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 ialah RM1.44 seliter bagi tempoh berkenaan.

Harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing pula ialah RM1.74 dan RM1.75 seliter.

Kementerian Kewangan berkata penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga Minyak Mingguan: 21 Mac - 27 Mac 2020

RON 95
RM 1.44SELITER
  •  -0.38
 
RON 97
RM 1.74SELITER
  •  -0.36
 
DIESEL
RM 1.75SELITER


Kementerian tersebut berkata penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.
Ia sekali gus menjadikan harga petroleum bagi tempoh berkenaan lebih murah daripada harga sekeping penutup hidung dan muka yang rata-ratanya dijual pada harga sekitar RM2 di pasaran.




1,027 people are talking about this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails