Saturday, April 11, 2020

Mencabar Allah, Akhirnya Pesta Gay Ini 15,000 Positif COVID-19


by Phic Arman 2 hari ago

PESTA yang dihadiri oleh orang muda di pantai Miami ini kelihatannya mereka mencabar kematian. Parti yang telah disertai ribuan orang oleh sekumpulan LGBTQ di Amerika Syarikat itu bertujuan untuk mengumpul dana.


Dalam sebuah video wawancara di Reuters,  peserta parti gay bernama  Brady Sluder mendakwa tidak takut dan bimbang walaupun pada masa itu beberapa kes positif Covid-19 telah dikesan di Florida.
Tidak tahu apa di dalam  fikiran Brady Sluder tatkala di seluruh dunia tetap duduk di rumah untuk mengelakkan wabak virus Covid-19 , namun dia mencabarnya.

Acara itu diadakan selama enam hari dari 4-10 Mac. Mereka berseronok di pantai, menari tanpa henti sambil minum alkohol.
“Jika saya dijangkiti Covid-19 , maka biarkan lah. Kerana, saya tidak akan membiarkan virus Covid-19 ini menghentikan saya dari berpesta, “-kata Sluder.
Sluder juga mengakui bahawa dia kecewa gara-gara Covid-19 , bar dan restoran terpaksa ditutup. Oleh itu, dia menyertai pesta itu untuk melepaskan keinginan.
“Akhirnya, saya tidak akan membiarkan virus ini menghentikan saya daripada berpesta. Saya telah menunggu acara ini selama dua bulan. Kami merancang perjalanan dua atau tiga bulan lalu,”-kata Sluder.
Wawancara video klip Sluder dengan Reuters ternyata menjadi tular di media sosial. Ramai orang mengkritik kenyataan Sluder seolah-olah mencabar kematian.
Menyedari bahawa kenyataan dirinya menarik perhatian ramai, Sluder akhirnya meminta maaf menerusi Instagram peribadinya. Dia menyesal mengeluarkan kata-kata tersebut.
“Saya mahu memohon maaf atas komen sensitif yang saya buat mengenai COVID-19 pada pesta tersebut. Saya tidak menyedari betapa buruknya komen dan tindakan saya. Saya mengakui saya salah dan saya minta maaf, “katanya.

Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari

HALAMAN HIBURAN
PELAKON Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.

"2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.

"Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12 ribu orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan," katanya menerusi blog peribadi.

Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India.

Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut.

Bagaimanapun, hasratnya itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan lokasi di India ditutup kerana lockdown dan perjalanan mereka terhad.

"Agak susah nak pergi ke lokasi yang lebih jauh kerana kebanyakan tempat sudah lockdown.

"Ia membuatkan perjalanan untuk hulurkan bantuan lebih sukar kerana kami dilarang keluar rumah dan tempat tinggal,"

"Tugasan yang sukar tapi tetap akan dilakukan" ujarnya. (IH)

NgajiDenganMenteri Bersiri: Sejarah Imam 4 Mazhab

Kita Bertemu Kerana Ilmu: Dr Zulkifli Al-Bakri Dilantik Mufti ...
NgajiDenganMenteri - Sejarah Imam 4 Mazhab

#NgajiDenganMenteri Siri 1
#NgajiDenganMenteri Siri 2
#NgajiDenganMenteri Siri 3
#NgajiDenganMenteri Siri 4
Ikuti sambungan dan seterusnya!


"Deme wak mende PKP ning?"
30
1.4K
2.5K






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails