Saturday, May 02, 2020

PKP: Kempen ‘1 keluarga 1 Hafiz. Apa Komen Anda?


RAMADAN di musim PKP ini sangat menguji keimanan umat Islam, namun di sana terselit banyak kelebihan dan terpancar pelbagai hikmahnya yang tersendiri.
Antaranya merapatkan hubungan kekeluargaan, membudayakan solat berjemaah serta berusaha membaiki bacaan Al-Quran.
Jika sebelum ini masyarakat akan mencari-cari di manakah masjid atau surau yang mempunyai imam hafiz, manakala masjid dan surau juga berlumba-lumba untuk mendapatkan khidmat imam hafiz sehingga permintaan imam hafiz menjadi sangat tinggi.
Impaknya, ada imam hafiz didatangkan daripada Palestin, Mesir, Pakistan, India, Selatan Thailand, Indonesia, Kemboja dan juga imam-imam hafiz tempatan.
Ada masjid yang sanggup membayar sepuluh hingga lima belas ribu kos untuk jemputan hafiz dalam bulan Ramadan. Kini, di Musim PKP menjadi gurauan tentang tahap imam-imam di rumah masing-masing.
Lelucon ini, bertebaran di alam siber tentang ketidakupayaan ketua keluarga membaca surah-surah panjang. Alangkah bahagianya jika solat terawih berjemaah di musim PKP ini diimamkan oleh suami atau putera-putera lelaki yang menghafaz Al-Quran.
Penulis mencadangkan supaya masyarakat Muslim negara ini menggerakkan kempen “SATU KELUARGA, SATU HAFIZ” dan kerajaan mestilah melakukan usaha terancang dan bersungguh untuk menjayakan kempen ini.
Mewujudkan satu keluarga, satu hafiz juga akan menjadikan sesebuah keluarga itu membudayakan Al-Quran secara berterusan dan usaha membina keluarga sakinah akan mencapai matlamat yang disasarkan.
Keluarga Sakinah akan melahirkan generasi yang berkualiti, menjauhi najis dadah, menjauhi gejala sosial serta kebobrokan yang lain.
Masyarakat perlu tahu mengapa sekolah tahfiz menjadi tarikan pesona kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak belajar agama. Menarik juga kerana sebahagian besar yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz mahu pun sekolah agama rakyat ialah kelompok kelas menengah Melayu yang berpendidikan.
Mereka tidak naif sebagaimana sangkaan sebahagian masyarakat. Euforia Islami dengan pengamalan agama di maahad tahfiz akan mengacuankan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan inilah yang dikehendaki oleh ibubapa dan penjaga.
Kita seharusnya jujur melihat kegagalan pendidikan arus perdana negara ini. Kadar kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini melebihi 503 000 orang, kadar penagihan dadah yang mencanak, gejala buta al Quran dan seribu satu fenomena kebejatan akhlak yang merupakan produk pendidikan arus perdana hari ini.
Impak daripada kebejatan sosial dan fenomena buta Al-Quran itulah maka ibubapa melihat kearah pendidikan alternatif, iaitu sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz menjadi tarikan masyarakat dalam dua dekad terakhir ini, terutama usaha gigih para asatizah muda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan Sub Continent.
Kerajaan Kelantan sebagai contoh antara pemicu utama menggalakkan sekolah tahfiz integrasi sehingga melahirkan pendidikan gabung jalin antara sains dan Al-Quran. Idea Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini akhirnya meletus fenomena tahfiz sains di seluruh negara.
Masyarakat harus memahami betapa sukarnya untuk mengoperasikan sekolah-sekolah tahfiz yang termasuk dalam kategori Sekolah Agama Rakyat.
Kita jangan pernah lupa apa yang berlaku di zaman regim terdahulu dekad 90-an dengan sekatan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat. Para penggerak SAR termasuk maahad tahfiz berkeringat dan menebalkan muka untuk mencari dana untuk menggerakkan pendidikan Islam ini.
Tidak kecil hujaman dan ujian bertindan tindih kepada sekolah tahfiz, bahkan termasuk pembesar, agamawan Islam sendiri yang menghujat sekolah tahfiz dan penggeraknya.
Maka teman-teman sekalian, dengan berlakunya Ramadhan Musim PKP ini, ubahlah cara berfikir kita kepada hafiz dan sekolah tahfiz. Berpada-padalah dalam menghujam sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz.
Kewujudan institusi ini sedikit sebanyak meringankan beban kerajaan dalam sektor pendidikan. Seharusnya polemik tentang sekolah tahfiz ini meruak aura positif kita tentang keperluan untuk memberdayakan pendidikan Islam.
Dalam peruntukan bajet tahunan, pemerintah wajib memberikan peruntukan pembangunan prasarana, pengupayaan kepada sekolah tahfiz.
Sudah lama sekolah agama rakyat dianaktirikan pemerintah bahkan masyarakat kita sendiri yang hanya pandai berkomentar.
Bercerminlah!, jangan santri dan asatizah sekolah tahfiz hanya dicari ketika kematian dan doa selamat.
Kita boleh belajar daripada negara Turki yang mampu membangunkan institusi sekolah tahfiz mereka sehingga berjaya memupuk kefahaman Islam yang semakin baik kepada generasi muda.
Al-Quran adalah mukjizat dan percayalah ianya ubat mujarab untuk menyembuhkan negara kita daripada kebobrokan dan kebejatan sosial. Jom wujudkan seorang hafiz untuk satu keluarga!
DR RIDUAN MOHAMAD NOR
(Penulis ialah Pengerusi Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut, Pengerusi Tahfiz An Nur Setiu)  HARAKAHDAILY 2/5/2020

Wan Azizah (PH), Mana RM200Juta Derma Qatar Untuk Rohingya?


Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya RM200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya!!!

Terbongkar, malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia menguruskan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

Persoalannya sekarang, ke mana Pakatan Harapan belanjakan duit sebanyak itu ketika menjadi kerajaan selama 22 bukan dahulu?

Siapa yang menguruskan dana RM200 juta itu?

Benar, derma dari Kerajaan Qatar itu bukanlah duit rakyat Malaysia, tetapi ia bersangkutan dengan maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.

Terjawab sudah, mengapa Pakatan Harapan sekarang ini beriya-iya mahu menonjolkan diri sebagai hero hak asasi manusia yang kononnya tidak boleh menerima tindakan kerajaan sekarang mengarahkan bot pelarian Rohingya supaya berpatah balik dari memasuki perairan Malaysia (BACA DI SINI).

Sifat kemanusiaan apa yang mahu dibicarakan oleh Pakatan Harapan bila duit derma RM200 juta dari Qatar untuk kelangsungan kehidupan pelarian Rohingya lesap begitu sahaja?

Pakatan Harapan umpama seekor ayam jantan yang kokok berdegar-degar tetapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!!!

Tidak hairanlah bila Pakatan Harapan cuba menutup isu ketirisan duit derma RM200 juta dengan mengada-adakan cerita kononnya, masaalh pelarian Rohingya yang dihadapi oleh rakyat dan negara adalah kerana dasar Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pelarian Rohingya.

Apakah semua ini dilakukan oleh Pakatan Harapan kerana mahu menutup cerita derma RM200 juta dari Kerajaan Qatar?

Yang mengusahakan derma tersebut adalah Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan dahulu.

Tetapi yang menikmati duit derma tersebut ialah Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden UMNO yang menjadi Timbalan Perdana Menteri di era pemerintahan Barisan Nasional.

Sekarang sudah jelas lagi bersuluh, demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia, Pakatan Harapan terutamanya Wan Azizah, WAJIB menjelaskan secara terperinci ke mana duit itu digunakan dan siapa yang menguruskannya.

Kita tidak mahu dunia melihat rakyat dan negara Malaysia sebagai rakyat dan negara yang tidak amanah.

Kalau Wan Azizah serta Pakatan Harapan gagal memberi penjelasan, RCI mesti ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia.

Isu Rohingya ‘dibakar’ untuk ‘padam’ isu MyKad?



ADA ISU besar pelancong China dapat MyKad, ada yang memohon kerakyatan puluh ribu orang. Ada juga isu ratus ribu orang China masuk sebagai pelancong tapi tak balik-balik, hilang! Bukan seorang dua tapi ratusan ribu. Pasal apa orang kita yang garang-garang sehari dua ini diam saja?

Tapi dengan pelarian Islam yang lemah, miskin, kotor, buta huruf dan tak ada pelindung; dilondeh segala keburukan, dikorek segala cerita lama, dihina, dikutuk, disebar kebencian dan dihalau. Nak pergi ke mana depa (mereka) itu semua kalau dihalau? Bro! Penghuni Bukit Malut Langkawi itu bukan Rohingya, mereka orang Melayu Burma Pulau Dua. Tak ada sangkut paut dengan Rohingya.

Apa jenis tamadun kita ini? Hilang lenyap segala sifat kemanusiaan berganti kebencian meluap-luap, sesetengahnya terikut-ikut tanpa sebab. Sehelai bulu roma pun tak pernah luruh angkara orang Rohingya, tapi dia punya maki hamun macam habis sudah harta benda dia kena rampas.
Bab cadangan dulu-dulu itu (kerakyatan sementara tahun 2017) hanya cadangan saja. Masa itu genocide sedang memuncak, orang sedang dibunuh, anak-anak dibakar api yang marak memakan rumah, wanita dirogol, lelaki dipenggal kepala, dipotong kaki tangan, ditembak, dibom! Yang hidup dihambat keluar dari tanah sendiri. Lari berhari-hari ke rimba dan sungai mencari tempat selamat.
Cadangan itu Kerajaan yang perlu pertimbang, dan buat keputusan. Sudah ada keputusan pun! Ia tidak dipertimbang dan tidak boleh dilaksanakan.
Tidak semudah itu negara hendak berdepan dengan isu kerakyatan walaupun sementara saja. Bukan netizen yang kena buat keputusan, tidak ada seorang pun peduli dengan cadangan itu. Ia hilang, sudah berlalu, jadi bahan sejarah. Kenapa dibangkitkan semula sekarang ini kalau tidak dengan niat dan maksud yang buruk?
Bab yang dikatakan tuntutan baru mahukan kerakyatan dan hak sama rata kepada mereka itu, surat palsu! Surat itu tidak betul, yang disebar itu fitnah saja. Individu yang dikatakan membuat surat itu pun sudah menafikan, komuniti mereka pun menafikan bahawa individu itu mewakili mereka. Mereka pun tak kenal dia itu siapa. Siapa lantik, siapa pilih? Kita berperang siang malam atas kenyataan palsu dari orang yang tidak dikenali, kenapa?
Yang diakui benar hanya permintaan untuk bekerja, dilindungi insuran ketika bekerja, kos rawatan klinik dikurangkan dan tidak ditangkap kerana bekerja. Ini permintaan biasa saja, untuk hidup kena kerja beli beras.
Jadi, tuntutan hak itu ini yang di viral itu palsu saja, kita bising maki hamun satu Malaya. Wajarkah kita beremosi atas benda palsu dan tak berasas?
Walaupun palsu, atas rasa tanggungjawab meredakan keadaan, mereka memohon maaf dari segala penjuru, atas individu dan perkumpulan mereka, bersurat dan bersuara. Keras sangat hati kita untuk menerima permohonan maaf mereka, kenapa?
Agenda RBA DAP untuk melagakan orang Islam kita telan bulat-bulat, agenda intelligent Myanmar untuk mewajarkan genocide ke atas Rohingya kita sambut berbunga-bunga, meluap-luap tanpa sedar.
Kerja sembunyikan projek bawa masuk kaum kerabat mereka dari China dan India sunyi sepi tidak ada siapa peduli. Sekitar 6.7 juta pendatang asing lain tidak tersentuh sama sekali.
Kita pukul borong semua yang berwajah seperti keling Benggali itu Rohingya belaka. Semua biadab dan pengotor orang berwajah keling Benggali itu adalah onar jahat Rohingya.
Myanmar Buddist (Moon, Shan, Karen), Myanmar Muslim, Bangla, Pathan, India, Tamil, Nepal, Sri Langka yang sah dan PATI semuanya Rohingya! Semua kedurjanaan di Pasar Selayang dilonggok atas kepala Rohingya, sedangkan tidak ada satu kedai pun milik mereka.
Ada seorang dua menjadi buruh di situ, tapi seluruh huduh Selayang itu dikatakan mereka punya angkara. TV3 pun tumpang sekaki melakar propaganda. Sejak bila TV3 dan MalaysiaKini tidak boleh dijual beli?
Adakah kita ini bangsa yang berani tunjuk hebat dengan orang lemah saja? Sejak bila kita rela jadi badut sarkas orang lain?
Kamu tahu atau tidak ada ratusan ribu warga China dan India sedang bersembunyi di negara ini, sebahagian mereka telah mendapat MyKad. Baru 6 orang dapat ditangkap dan didakwa, selebihnya lepas bebas.
Kamu tahu atau tidak warga China dan Hong Kong yang kuat dan kaya memiliki hartanah lebih RM8 bilion di sini. Mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.
Kamu sedar tidak ada 4 juta orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari serata dunia sedang berada di sini, tanpa kebenaran?
Selain PATI, ada lagi 2.7 juta pekerja asing sah dari serata dunia sedang bekerja di sini. Semua warga asing itu datang mencari makan, menyedut hasil kita menghantar pulang berbilion Ringgit setiap bulan. Sebahagian mereka ada di Selayang!
Ada ‘orang dalam’ dan orang asing sedang tersenyum dengan gelagat kita. Mereka punya kerja senang dapat untung besar, kita hanya puaskan diri sendiri. Tidakkah ini menghairankan?
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi PASRelief – HARAKAHDAILY 27/4/2020

Pelakon, Beto Kusyairi, Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit. K'jaan Tolonglah Bantu?

Beto Kusyairi terkejut apabila kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigkan. - Foto Instagram Beto Kusyairi
Beto Kusyairi terkejut apabila kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigkan. - Foto Instagram Beto Kusyairi
HALAMAN HIBURAN
RM4,000 lebur, Beto mangsa penipuan kad kredit


KUALA LUMPUR: Pelakon, Beto Kusyairi, 40, menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit berikutan berlaku transaksi mencurigakan membabitkan penggunaan kad kreditnya.
Aktor yang diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2015 itu berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank tiga hari lalu, kira-kira jam 9.30 malam yang menyatakan penggunaan kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigakan.



Namun, apa yang dikesali, pelakon berusia 40 itu berkata, jumlah transaksi yang diberikan berbeza menerusi tiga medium iaitu SMS, panggilan telefon dan aplikasi bank.
"Sebanyak empat transaksi dengan jumlah SGD300 (RM911.73) dilakukan dalam penggunaan di Fairprice, Singapura. Bagaimanapun, maklumat yang diperoleh menerusi SMS, bank dan aplikasi berbeza.
"Jadi saya terpaksa menghubungi pihak bank untuk mendapatkan kepastian. Kemudiannya, barulah dimaklumkan jumlah digunakan hampir RM4,000.
"Saya diberitahu pihak mengambil masa antara 30 hingga 45 hari untuk menyiasat mengenai perkara ini," katanya kepada BH Online.
Pelakon filem Istanbul Aku Datang dan CEO itu berkata, kebanyakan transaksi dilakukan atas talian dalam keadaan tempoh PKP ini, jadi pihak bank seharusnya memperkemaskan sistem talian bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit.
"Rakan saya juga berdepan dengan nasib yang sama. Dia terkena petang, saya pula malam. Kedua-duanya transaksi berlaku di lokasi yang sama," katanya.
Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman berkata, pihak bank seharusnya menekankan ciri keselamatan ketika satu dunia menuju ke arah sistem 'cashless'.
"Jika perkara ini tidak diperinci dan disiasat secara mendalam, pelanggan jadi takut dan hilang kepercayaan kepada sistem perbankan.
"Saya jarang menggunakan kad kredit. Saya guna apabila perlu atau ketika kecemasan. Kali terakhir menggunakan kad berkenaan tahun lalu," katanya.(Rujuk BH Jumaat, 1 Mei 2020 - 11:27PM)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya..
  • pihak bank memperkemaskan sistem talian bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit.
  • pihak bank seharusnya menekankan ciri keselamatan ketika satu dunia menuju ke arah sistem 'cashless'.
  • Jika perkara ini tidak diperinci dan disiasat secara mendalam, pelanggan jadi takut dan hilang kepercayaan kepada sistem perbankan.
Soalnya sekarang apabila rakyat miskin teraniaya seperti kes-kes di atas, kepada siapa mereka hendak mengadu? Di mana tanggungjawab Pihak Berkuasa yang kononnya berkuasa?
Kerajaan baru di bawah PM ke 8 pun sama seperti kerajaan sebelumnya?
Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

Friday, May 01, 2020

20 Sindiket Seludup Migran, Polis Johor Kenal Pasti..

Dalang seludup migran Bangladesh didakwa | Harian Metro
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan pihaknya telah mengenalpasti kira-kira 20 sindiket penyeludupan migran termasuk beberapa pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah itu ke negara ini.

Dalam satu pengumumannya semalam, Ayob Khan berkata, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan mereka yang menjadikan Johor sebagai transit.

Katanya lagi, dalang yang dikenal pasti kurang daripada 10 orang, malah mereka ini ada kedudukan dan bersekongkol.
“Bukan terdiri daripada masyarakat awam sahaja tetapi juga di kalangan pegawai agensi penguat kuasa.
“Jangan terkejut kalau ada tangkapan dibuat, kita tidak akan bertolak ansur,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Kata beliau lagi, polis juga kini memberi tumpuan kepada usaha menangkap tekong yang memainkan peranan dalam menjalankan kegiatan jenayah penyeludupan migran ini.
Sebelum ini kata beliau kebanyakan tangkapan melibatkan migran, tetapi kini kita memberi tumpuan kepada memburu tekong.
Polis turut memaklumkan penahanan seramai 20 tekong dan 24 migran menerusi sembilan serbuan yang dijalankan antara 22 April hingga 27 April lalu menerusi Op-Pintas Bersepadu Selatan.
Katanya lagi, tekong yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta sembilan lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia berusia antara 20 hingga 57 tahun.
“Migran yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia berusia antara 19 hingga 31 tahun,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 8 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Pihaknya yakin langkah ini akan dapat menyekat kemasukan migran ke negara ini, lebih-lebih lagi sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan kerajaan.
Polis juga memberi amaran kepada orang ramai khususnya pemilik kediaman dan pemandu teksi untuk tidak bersekongkol dengan menyediakan penginapan dan pengangkutan kepada sindiket terbabit.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

Rugi RM2.4 Bilion Sehari Semasa PKP. Bangkit Semula, Insya Allah!

Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP. - Foto hiasan
Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP. - Foto hiasan
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
KUALA LUMPUR: Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac lalu adalah sebanyak RM63 bilion.

"Jika PKP diteruskan untuk tempoh sebulan lagi jumlah kerugian yang akan dialami adalah sebanyak RM35 bilion.
"Ini menjadikan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM98 bilion... hampir RM100 bilion," katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung hari ini.
Perdana Menteri berkata hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

33 Projek Bekalan Air Kini Hingga 2025 Di K'tan.


Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Perkhidmatan bekalan air lebih baik untuk Kelantan


LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. 
Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Sebanyak 12 projek pembangunan dan menaik taraf LRA melibatkan pembiayaan pinjaman RM176 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dua projek dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta. 
Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan LRA Merbau Chondong, LRA Tanjung Mas, LRA Felda Chiku, LRA Kampungg Telok, LRA Tualang dan 18 projek LRA mini. Pelaksanaan projek ini sangat penting bagi meningkatkan liputan bekalan air terawat yang kini berada pada tahap 68 peratus di kawasan bandar dan 72 peratus di kawasan luar bandar.
Kerajaan Persekutuan melalui KASA juga memperuntukkan geran RM69.95 juta bagi pelaksanaan Program NRW Kebangsaan (Pendekatan 1) dan lebih RM200 juta melalui pembiayaan PAAB bagi program penggantian paip yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2023 yang merupakan sebahagian dari pembangunan modal berjumlah RM400 juta yang telah diluluskan. 
Pelaksanaan projek ini penting untuk mengurangkan kadar NRW Kelantan yang mencatat paras 50.8 peratus pada tahun 2019.
Dalam pada itu Kerajaan Negeri Kelantan juga melabur RM30 juta bagi pelaksanaan 16 projek membaik pulih telaga dan pembinaan LRA mini di Pintu Geng, Perol, Ketereh, Wakaf Bharu, Kelar dan Telok Mesira. 
Kementerian ini akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin erat dengan pentadbiran Negeri Kelantan dalam memastikan bekalan air terawat yang berkualiti kepada seluruh rakyat Kelantan.
YB DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
Putrajaya
28 April 2020 – HARAKAHDAILY 28/4/2020



Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...Terus gerakkan  ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!

Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..

Cikgu jelajah 13 kampung hantar kerja sekolah di Pendalaman Sarawak. Tahniah!

 SEBAHAGIAN bahan pembelajaran yang disiapkan sebelum dihantar kepada murid di pedalaman Lawas.

SEORANG guru bahasa Inggeris sanggup menempuh perjalanan selama dua hari untuk menghantar bahan pembelajaran kepada 111 muridnya di 13 kampung pedalaman di Lawas, Sarawak.
Pengorbanan dilakukan guru muda, Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang itu bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dia menempuh perjalanan hampir 200 kilometer yang dilaksanakan seminggu sekali itu untuk bertemu anak muridnya yang tinggal di Kem Balak, Kampung Pa' Dadar, Kampung Long Resina dan Kampung Pa' Remirang.
"Perjalanan ke sana agak mencabar dan hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja serta mengambil tempoh tiga atau empat jam untuk sampai ke sana.




"Bahan pembelajaran ini adalah dari semua guru sekolah kami, mereka akan berikan kepada saya untuk fotokopi dan diagihkan kepada semua murid di kampung tersebut memandangkan kebanyakan guru lain kini berada di kampung masing-masing," katanya ketika dihubungi.
Beliau menggelar usaha itu sebagai 'Homework COD' dan dilakukan kerana murid di kampung berkenaan tidak mempunyai akses internet dan juga rangkaian telekomunikasi.
ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.  ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.

"Kami mengambil inisiatif tersebut sebab kami tiada pilihan lain untuk buat pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada waktu PKP ini.
"Berbanding sekolah di bandar, di tempat kami mengajar tiada kemudahan internet, telefon, dan kemudahan elektrik juga di catu, hanya dibenarkan guna elektrik bermula jam 6.30 petang sehingga 11 malam.
"Bahan pembelajaran ini merangkumi kerja sekolah untuk murid pendidikan khas, pra-sekolah sekolah serta murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam,"katanya.
Kata Muhammad Nazmi, dia akan mengutip kerja sekolah yang disiapkan seminggu kemudian ketika menghantar bahan baru yang merangkumi nota dan latihan baru.
Muhammad Nazmi memberitahu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta komuniti kampung untuk bergerak ke kampung berkenaan.
"Seorang jururawat juga akan bersama saya selain pihak pengurusan kampung ketika menghantar bahan pembelajaran kepada murid-murid ini.
"Selalunya saya akan ke kampung ini bersama dua orang guru secara bergilir kerana bahan-bahan yang dibawa agak banyak," katanya. (MyMtro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tahniah atas pengorbanan yang dilakukan guru muda, Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang itu.. bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia beliau dalam kebajikan yang sentiasa diredhaiNya.

Thursday, April 30, 2020

Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka, Tapi....

PEJABAT Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran melakukan solat tarawih di masjid. FOTO NSTP

KERAJAAN Negeri Melaka bersetuju memberi kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah namun hanya kepada pegawai masjid di seluruh masjid di negeri ini bermula esok.
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran berkenaan selepas perbincangan diadakan.
"Bagaimanapun, kelonggaran kebenaran itu hanya dikhususkan kepada empat pegawai masjid di mana mereka mesti mematuhi syarat-syarat tertentu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa berkaitan.



"Empat pegawai yang diberikan kebenaran itu membabitkan pengerusi masjid, imam, bilal dan siak. Syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi adalah membabit solat tarawih lapan rakaat yang ringkas," katanya.
Menurutnya, kebenaran itu juga termasuk tidak menggunakan pembesar suara di luar masjid selain penjarakan sosial yang perlu dipatuhi.
Katanya, syarat berkenaan juga dibenarkan jika dalam kalangan mereka tidak terdapat simptom Covid-19 seperti mengalami batuk, sakit tekak, demam dan sesak nafas.
Sehubungan itu, borang kaji selidik peribadi akan dibekalkan kepada masjid-masjid di negeri ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri Melaka selepas berbincang dengan Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka bersetuju untuk memberi kebenaran operasi kepada Mahkamah Syariah di semua tiga daerah Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
Beliau berkata, kebenaran operasi itu hanya untuk dua hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga 12 Mei 2020.
'Kebenaran operasi itu akan dikuatkuasakan bermula 4 Mei 2020 yang hanya akan membabitkan kes-kes terdesak yang memerlukan tindakan segera daripada pihak mahkamah seperti tuntutan perceraian.
"Pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan kes-kes yang dikategorikan sebagai kes-kes terdesak untuk diambil tindakan segera,' katanya.
Masa operasi yang ditetapkan adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.
Pihak mahkamah juga mesti memastikan semua tatacara operasi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM dan pihak berkuasa berkaitan. (IH)

Ratu Terjun Negara (Belum Islam) Kongsi Puasa Rasai Nikmat Haus.

Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam
Pandelela berkongsi pengalamannya berpuasa penuh sehari di laman sosialnya - Foto instagram@ pandelela
Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menzahirkan rasa hormatnya terhadap umat Islam yang berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Penerjun kelahiran Bau, Sarawak itu menerusi kiriman di Instagram rasminya beberapa hari lepas berkongsi pengalaman berpuasa penuh selama sehari.

“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar. Saya benar-benar respect (hormat) kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.

“Kagum dengan rakan atlet saya yang beragama Isla
m yang berpuasa,” katanya.

Elak Ditangkap Khalwat, Lari Melalui Bumbung.. Lelaki Beristeri Dg Wanita Bersuami..

Ditangkap Khalwat, Guna Alasan Nak Bersahur Bersama
Ditangkap Khalwat, Guna Alasan Nak Bersahur Bersama.


JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air rumah untuk mengelak daripada dicekup berkhalwat gagal apabila dia ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
BH Online melaporkan, dalam kejadian jam 12.45 pagi tadi, lelaki berusia 40-an yang masih berstatus suami orang itu dicekup berkhalwat di rumah wanita yang juga masih isteri orang di sebuah rumah kampung di daerah ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata pemeriksaan diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar selepas menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 40-an itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia lingkungan 13 tahun.
“Ketika serbuan dilakukan, anggota kami mendapati lelaki berkenaan masuk melalui bilik air rumah itu untuk melarikan diri di atas bumbung rumah berkenaan tetapi gagal apabila rumah itu dikepung anggota PADKP.
“Berikutan itu, dia ditahan dan hasil soal siasat mendapati lelaki itu sudah beberapa hari menumpang di rumah wanita itu malah memberi alasan untuk bersahur bersama,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Radzi berkata, hasil soal siasat juga mendapati wanita itu masih isteri orang dan dalam proses untuk berpisah dengan suaminya.
Beliau berkata, mereka memberi alasan mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing namun alasan itu tidak membolehkan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan.
“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya. (IH)

Jururawat Sayu Bila Wad Lengang, Mengapa? Allahu Akbar!!


Mereka Terawih Diketuai Imam Pesakit Tabligh’ – Jururawat Sayu Bila Wad Mula Lengang


SEHINGGA ke hari ini, wabak Covid-19 yang melanda negara kita dilihat ke arah positif apabila jumlah kes semakin menurun setiap hari. Ini menjadikan keseluruhan kes yang sedang dirawat semakin berkurang.
Di Facebook, seorang jururawat luah rasa hiba apabila wad mula lengang selepas ramai pesakit sudah mula sembuh. Menurutnya, dia rindukan suasana wad yang sering didengari bacaan ayat Al-quran dan laungan azan. Sebaknya..

Mereka muliakan agama

Bye bye memori covid 19, 16 march 2020 – 29 april 2020
Ward teratai 2c Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayuuu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient pesakit covid19. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al quran dan solat berjemaah. Ward lain masih ada cuma beberapa ward sahaja ditutup disebabkan kes di pahang semakin menurun. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama mu -YA ALLAH walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.
Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pesakit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pesakit dan juga kami frontliner yang bertugas. I will miss this moment. Kenangan indah menjaga pesakit covid19. kluster tabligh, adik tahfiz, UIA, TUDM. Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman dan kenangan yang paling berharga. Semoga kite jumpa lagi di lain masa.

Semoga semuanya sihat

Maaf atas kekurangan yang ada. Semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pesakit covid19. Semoga covid19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.
Thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid. Thank you team covid 2c. Walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward, klinik dan hospital lain. Kita sama sama bantu membantu dalam memberi perawatan pesakit covid 19. We are fighter!! Tahniah sebab kita berjaya melawan covid19. Tahniah sebab kite hampir ke bebas covid19. Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis lapis bukan baju raya kami.

Ramai sebak


Dunia Mengalami Perubahan Ketara..


Virus kecil yang menggugat kuasa besar
Hujan, ribut petir diramal pada Deepavali - Portal Islam dan ...
HEGEMONI

(1) Hari ini kita menyaksikan bagaimana seluruh dunia mengalami perubahan yang agak ketara disebabkan COVID-19. Dalam banyak sudut sama ada positif atau negatif.

  • (a) Sungai dan udara bertambah baik dengan mendadak.
  • (b) Ekonomi terencat.
  • (c) Harga minyak menjunam.
  • (d) dan banyak lagi.

Gambaran ini memperlihatkan kepada kita bagaimana COVID-19 yang halus itu mampu ‘menggegarkan’ dunia, dan merisaukan kuasa-kuasa besar.

(2) Hakikat ini perlu dilihat dari sudut kaca mata ‘kuasa besar’ yang sebenar. Atau boleh difahami dengan istilah ‘The Real Power’. Dalam bahasa geopolitik istilah ‘penguasaan’ diterjemahkan dengan ‘Hegemoni’.

Hegemoni berasal daripada Bahasa Yunani yang merujuk kepada penguasaan atau kawalan politik, ekonomi atau tentera sesebuah negara ke atas negara yang lain.

Bahasa mudahnya, hegemoni menandakan penguasaan politik atau tentera sesebuah kota ke atas kota yang lain. Manakala negara yang dominan disebut sebagai hegemon.
(3) Para pengkaji menggunakan istilah hegemoni, atau ada yang menggunakan perkataan Imperialism (الاستعمارية) yang merujuk kepada proses penjajahan.
Ada yang menggunakan perkataan Kolonialisasi yang merujuk kepada proses penguasaan dari sudut pengaruh, budaya dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun istilahnya, maksudnya hampir-hampir sama.
Penguasa dunia
(1) Jika kita mengkaji sejarah tamadun-tamadun terdahulu, kita akan dapati bahawa sejak dahulu lagi sudah wujudnya hegemoni atau yang semaksud dengannya.
Contohnya disebut oleh Imam Ibn Athir di dalam al-Kamil Fit Tarikh الكامل في التاريخ bahawa dalam sejarah terdapat 4 orang yang pernah menguasai dunia, iaitu Raja Namruz, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain.

  • (a) Manakala yang keempat, iaitu Nebuchadnezzar 634-562 SM, diperselisihkan di kalangan sejarawan. Ada yang mengatakan beliau penguasa dunia, ada yang kata bukan.
  • (b) Begitu juga Alexender Macedonia (Alexender The Great), dan ramai lagi yang dikatakan pernah menguasai dunia, dan ada yang menganggap beliau adalah Raja Zulqarnain.
  • (c) Ada juga yang menganggap bahawa Gelombang Hellenistik (323 SM hingga 30 SM) yang tercetus selepas kematian Alexender Macedonia (336-323 SM) sebagai salah satu bentuk hegemoni.
(2) Walau bagaimanapun sejarah penguasaan atau penjajahan sepanjang zaman ini perlu diteladani dan dikaji dari sudut kegilaan manusia mengejar kuasa dan pengaruh.
Biasanya, mereka yang melaksanakan proses peluasan pengaruh itu akan bertindak sebagai perosak, Allah S.W.T berfirman;
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

“Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.”
Kisah di dalam al-Quran
(1) Di dalam al-Quran banyak menceritakan mengenai kisah-kisah pemerintahan, atau ketamadunan. Bukanlah hanya sekadar untuk dibaca secara literal ayatnya, akan tetapi perlukan pengkajian.
Antara yang disebutkan di dalam al-Quran mengenai pemerintahan dan ketamadunan;
(a) Pemerintahan Firaun yang dihadapi oleh Nabi Musa A.S dalam banyak surah.
(b) Pemerintahan Namruz di zaman Nabi Ibrahim A.S di dalam surah al-Anbiya.
(c) Pemerintahan Hyksos di zaman Nabi Yusuf A.S di Mesir di dalam surah Yusuf.
(d) Pemerintahan Nabi Sulaiman A.S di dalam surah an-Naml.
(e) Pemerintahan Raja Iskandar Zulqarnain di dalam surah al-Kahfi.
(f) Tamadun yang dibina oleh Kaum Aad (Iram) dan juga Kaum Thamud.
(g) Dan lain-lain.
(2) Ada pemerintahan dan tamadun yang berkonsepkan zalim, ada yang sebaliknya. Tujuan kisah-kisah ini disebut di dalam al-Quran supaya umat Islam mengambil pengajaran.
Al-Quran menceritakan bahawa pemerintah yang zalim akan disudahi dengan kebinasaan, contohnya Abrarah diserang burung Ababil, Namruz diserang nyamuk, Firaun diserang belalang dan katak dan banyak lagi.
Tamadun yang runtuh pula banyak sebab, Kaum Thamud mati bergelimpangan disebabkan gegaran yang kuat, Kaum Aad yang membina Bandar Iram mati disebabkan angin ribut dan banyak lagi
Diakhiri dengan kemusnahan
(1) Sejarah-sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa penguasa yang sebenar itu adalah Allah S.W.T. Allah S.W.T berkuasa membangunkan sesuatu tamadun, dan meruntuhkannya.

  • (a) Contohnya tiada siapa menyangka bagaimana Namruz yang menguasai dunia, mempunyai tentera yang ramai ketika zamannya boleh mati hanya disebabkan seekor nyamuk.
  • (b) Firaun istananya di tengah padang pasir boleh mati lemas di lautan. Bandar Iram yang terbina megah boleh tenggelam di bawah pasir yang ditiupkan melalui ribut.
  • (c) Siapa sangka Tentera Abrarah yang dikenali sebagai tentera bergajah boleh mati dengan serangan burung. Hadis akhir zaman menceritakan juga bagaimana Yakjuj dan Makjuj mati disebabkan wabak.
(2) Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah-kisah ini, menggambarkan bahawa Allah S.W.T berkuasa terhadap mana-mana kuasa, dan berkuasa terhadap mana-mana tamadun.
Lihatlah bagaimana Allah S.W.T menegaskan hal ini ketika menceritakan kemusnahan Kaum Aad di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16:
فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

*“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).”
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا فِي أَيَّامٍ نَّحِسَاتٍ لِّنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ ۖ وَهُمْ لَا يُنصَرُونَ
“Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).”
Virus kecil menggugat kuasa besar
(1) Dalam isu COVID-19, sekali lagi Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan-Nya. Amerika khususnya yang selama ini dianggap sebagai kuasa besar, hari ini hanya mampu menggigit jari.
Selama ini mereka memperuntukkan berbilion Dollar untuk muncul sebagai kuasa besar, dan mempromosikan Liberal, hari ini ideologi itu dilihat ‘makan diri’ apabila rakyat mereka berkeras tidak mahu PKP.
(2) Kalau dikira dari mata kasar, COVID-19 tak nampak pun. Ia bukanlah kuasa besar. Ia tidak mempunyai negara. Tiada ideologi. Tiada akal untuk menyusun strategi untuk ‘menguasai dunia’.
Kita juga tahu bahawa COVID-19 tidak dapat ‘menyeberang’ untuk berjangkit dalam jarak 1 meter. Kita juga tahu hanya dengan sabun tangan menggunakan sabun mandi, sudah mampu membunuhnya.
Tak perlu bersusah payah menggunakan nuklear untuk membunuhnya. Tetapi hari ini semua kuasa-kuasa besar membimbangkannya. Itu baru virus yang kecil.
(3) Sebab itulah di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16 yang saya nyatakan tadi menggambarkan bahawa apabila Kaum Aad merasakan mereka paling hebat, lalu Allah S.W.T menjawab;
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً

“Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?”
Ayat ini mengajak kepada kita supaya berfikir bahawa Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu itu daripada tiada kepada ada, jauh lebih hebat berbanding kuasa mereka. Sama juga seperti COVID-19, asalnya tiada, kemudian menjadi ada, seterusnya menggugat kuasa-kuasa besar.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 29/4/2020
Wabak Coronavirus atau COVID-19