Saturday, May 30, 2020

PRK DUN Chini: Gelagat Tun M Jejaskan Undi Melayu Di Chini?

PPBM pecat Dr M takkan jejas undi Melayu di Chini, kata penganalisis

PETALING JAYA: Dua penganalisis berpendapat pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada PPBM tidak banyak menjejaskan cara orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Kecil Chini pada Julai nanti.
Azmi Hassan (gambar) daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, hanya “jumlah tidak signifikan” pengundi Melayu akan terasing, manakala Kamarul Zaman Yusoff daripada Universiti Utara Malaysia menyifatkan pengaruh bekas perdana menteri itu di Chini “sangat kecil”.

Azmi berkata, kebanyakan kemenangan PPBM dalam pilihan raya 2018 dicapai dengan bantuan yang banyak daripada penyokong DAP, PKR dan Amanah. PPBM meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu. Dari segi populariti dalam kalangan pengundi Melayu, Azmi berkata, PPBM ketinggalan di belakang Umno dan PAS yang kini menjalin kerjasama politik.

“Pengundi bukan Melayu yang menyokong PPBM pada PRU14 tentunya masih menyokong PH, tanpa mengambil kira pemecatan Mahathir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, cara lebih baik untuk mengukur impak pemecatan Mahathir ialah melihat jika ia akan menyebabkan pembelotan dalam PPBM.

Kamarul (gambar) meragui Mahathir mempunyai pengaruh besar di seluruh Pahang. Beliau mendapati Chini, sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terletak di bawah kubu kuat Pekan, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak ialah ahli Parlimennya.

“Pemecatan Mahathir daripada PPBM mungkin meningkatkan undi bagi Umno.”

Kamarul mengkritik Mahathir kerana tidak konsisten dalam pelbagai isu dan beliau secara perlahan-lahan semakin dilupakan, mungkin popularitinya hanya kekal di Kedah. 

PRK Chini akan diadakan pada 4 Julai ini susulan kematian penyandang, Abu Bakar Harun daripada Umno, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,622 undi selepas menewaskan calon PAS dan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

Khamis lalu, PPBM menghentikan serta-merta keahlian Mahathir dan 4 ahli Parlimen lain kerana mereka duduk bersama blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.


Empat yang lain ialah anak Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik. (FMT)

Raffia Arshad, Hakim Berhijab Pertama Di UK, Al-hamdulillah.


Raffia Arshad Becomes First Hijab-Wearing Muslim Judge in UK ...
RAFFIA Arshad telah dilantik menjadi hakim berhijab pertama di UK apabila menerima surat pelantikannya minggu lalu. 

"Perlu sedikit masa untuk sampai di sini tetapi saya sangat gembira. Bukan sekadar pencapaian peribadi. Ini adalah pencapaian besar bagi sesiapa sahaja dari pelbagai latar belakang, ”katanya.

Hakim Raffia mengatakan beliau telah memecah tradisi dari apa yang kebanyakan orang bayangkan, kerana selama ini belum pernah berlaku mana-mana wanita bertudung dilantik sebagai hakim di Britain.  Pelantikannya sebagai hakim diharap menjadi pendorong kepada orang lain, tidak kira apa profesion untuk mengejar kerjaya yang lebih tinggi.

"Jangan bimbang tentang penampilan anda, jangan bimbang jika ia tidak sesuai dengan acuan, pecahkan acuan itu dan capai apa yang anda perlukan," katanya dalam wawancara dengan BBC.

Dalam wawancara lain dengan Metro UK, dia berkata, "Ini pasti lebih besar daripada saya. Saya tahu ini bukan mengenai saya. Ini penting bagi semua wanita, bukan hanya wanita Muslim, tetapi sangat penting bagi wanita Muslim."

Hakim Raffia Arshad adalah ibu kepada tiga orang anak, beliau telah mengamalkan undang-undang keluarga selama lebih dari 17 tahun. Beliau amat terhutang budi kepada suaminya yang telah menyokong dan memberinya ruang untuk mengejar impian saya.

(https://www.orangmuo.my/2020/05/pecah-tradisi-wanita-pertama-bertudung.html)

Ini, 7 Perkara Yang Mahu Dihapuskan Mereka..Siapa? DAP..


7 undang-undang di Malaysia yang mahu dihapus musuh Islam  
ISU-ISU berkenaan hak-hak kemanusiaan sering kali menimbulkan polemik dalam masyarakat kita, apatah lagi apabila melibatkan undang-undang atau dasar berkaitan dengan agama.

Pengenalan undang-undang yang digubal masyarakat antarabangsa juga dilihat sebagai langkah mencabar kedaulatan undang-undang negara kita, sehingga mampu mempengaruhi segelintir individu dalam masyarakat agar turut sama terikut-ikut mahu melihat pengaruh barat diamalkan sepenuhnya di negara kita - atas tuntutan hak-hak kemanusiaan.

Undang-undang negara kita seringkali dikritik bersifat tidak toleran dan sempit, tetapi elemen manakah sebenarnya yang menjadi sasaran untuk dikenakan perubahan?

Berikut adalah isu-1su masyarakat antarabangsa berkaitan undang-undang negara kita yang dikatakan tidak adil dari segi kebebasan beragama.

1. Kebebasan menukar agama dan kepercayaan


Dalam artikel 18 Deklarasi Hak Universal Asasi Manusia atau UDHR, disebutkan bahawa setiap individu yang hidup patut mempunyai kebebasan dalam memilih kepercayaan beragama, tanpa sebarang syarat atau peraturan dikenakan ke atasnya.

Undang-undang di negara kita pula, khasnya yang berkaitan dengan Islam melarang malahan menghukum mana-mana individu yang didapati ingin keluar daripada Islam.

Tindakan Jabatan Agama Islam melakukan langkah-langkah pemulihan dan rehabilitasi terhadap mana-mana individu yang ingin meninggalkan Islam, dikritik sebagai langkah yang bertentangan hak asasi manusia dalam piagama ICCPR dan ICERD.

2. Kebebasan mengamalkan mana-mana kepercayaan secara terbuka

Disebutkan juga dalam artikel 18 (1) ICCPR, setiap individu perlu diberikan hak sama rata dalam mengamalkan sebarang jenis kepercayaan - tak kiralah dalam bentuk pemikiran atau amalan secara terbuka, dilakukan dalam bentuk individu atau komuniti tanpa sebarang halangan boleh dilakukan.

Deklarasi hak asasi manusia ICCPR menggariskan bahawa amalan, ritual, upacara dan ceramah-ceramah pengajaran sebarang bentuk agama atau kepercayaan - perlu dibenarkan.

Pembinaan rumah-rumah ibadat juga tidak boleh disekat dengan pembinaan atau tayangan simbol-simbol yang mewakili kepercayaan berbeza ini juga perlu diberikan hak sama rata.

3. Menidakkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi

Salah satu perkara yang kerap kali dipersoalkan berkenaan perlembagaan negara kita dalam artikel 3 (1) yang menyatakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, dengan kebebasan beragama diberikan kepada seluruh persekutuan dalam cara aman dan harmoni.

Berdasarkan kepada deklarasi ICCPR, kewujudan undang-undang atau perlembagaan yang meletakkan satu agama sebagai agama rasmi tidak berlawanan dengan deklarasi tersebut - namun isu yang sering dibangkitkan adalah; adakah dengan wujudnya agama rasmi iaitu Islam, akan menyebabkan wujudnya segregasi antara hak penganut Islam dan yang bukan Islam?

4. Hak ibu bapa/mahkamah syariah ke atas perkahwinan bawah umur

Dianggap sebagai salah satu masalah paling penting yang perlu diperbetulkan di negara kita, masyarakat antarabangsa melihat kewujudan sistem mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam membenarkan perkahwinan bawah umur berlangsung, sebagai satu perkara yang tidak wajar.

Di negara kita, undang-undang sivil meletakkan larangan ke atas sebarang perkahwinan melibatkan individu di bawah usia 18 tahun.

Bagaimanapun, sistem syariah yang turut sama diamalkan membolehkan perkahwinan berlaku walaupun usia pengantin belum mencecah 16 tahun bagi perempuan asalkan mendapat kelulusan hakim mahkamah syariah, selepas pertimbangan diteliti dan diperiksa situasinya.

5. Pertukaran agama atas persetujuan satu pihak

Isu ini kerap menimbulkan kontroversi kerana selalunya melibatkan ibu bapa dan hubungan mereka dengan anak-anak yang belum berusia 18 tahun.

Setakat ini undang-undang negara kita masih membenarkan ibu atau bapa menukarkan agama anak mereka kepada Islam, tanpa perlu mendapatkan persetujuan secara bersama.

Perkara ini dikatakan tidak bersifat adil kerana gagal mengambil kira pandangan kedua-dua pihak yang hak, sama ada ibu atau bapa.

Situasi di negara kita dilihat agak kompleks berikutan undang-undang yang seringkali dikritik 'memenangkan Islam', di mana seorang ibu atau bapa sekiranya memeluk Islam; dibenarkan untuk menukarkan agama anak mereka turut sama Islam secara rasmi.

Pengkritik menyifatkan ketidak adilan berlaku kerana jika perkara sebaliknya pula berlaku, kes seperti itu tidak dinilai daripada perspektif serupa.

6. Paksaan amalan agama pada anak-anak

Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1995 dipersetujui oleh negara kita pada tahun 1995, namun sehingga ke hari ini desakan supaya kita bersetuju sepenuhnya dengan kandungan konvensyen tersebut terus didengari.

Ini kerana Malaysia dilihat masih bersikap tradisional, tidak membenarkan kanak-kanak memilih sendiri agama kepercayaan mereka secara bebas - tanpa campur tangan ibu bapa.

Berikutan beberapa pindaan yang diletakkan oleh kerajaan kita dalam memelihara kedudukan perlembagaan serta polisi negara sebagai usaha memelihara kedudukan Islam, tindakan ini dianggap bercanggah sepenuhnya dengan konvensyen yang sudah dipersetujui.

Jadi ibu bapa Malaysia sepatutnya tidak memaksa anak menuruti agama anutan mereka, sebaliknya hanya bertindak sebagai pendorong supaya anak mahu memeluk dan mewarisi agama ibu ayahnya.

7. Kebebasan untuk menyebarkan agama pada sesiapa saja


Berikutan daripada kewujudan artikel-artikel yang memberikan kebebasan beragama pada setiap individu - kebebasan untuk menyebarkan agama juga diletakkan sebagai satu hak yang tidak boleh dihalang di negara kita; sama ada melalui usaha meyakinkan orang lain tentang agama tertentu atau melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan tanpa ada perlindungan atau keistimewaan diletak pada mana-mana kategori agama.

Oleh sebab itulah undang-undang Malaysia yang menjadikan penyebaran agama lain kepada individu Muslim sebagai satu kesalahan, dikatakan perlu dimansuhkan.

Antara negeri yang dikritik agak ketat melaksanakan undang-undang ini adalah Selangor dan Terengganu.

Undang-undang jenayah syariah Akta 1997 juga mewartakan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan ajaran mereka kepada seorang Muslim, boleh didenda RM3,000 atau hukuman 2 tahun penjara.

Berikutan kewujudan syarat ini, negara kita terus menjadi sasaran kerana terus berkeras, tidak meletakkan kebebasan beragama dalam bentuk sama rata terhadap semua dengan banyak keistimewaan dan perlindungan diberikan pada penganut agama Islam, mewakili masyarakat Muslim.
Sumber: Ilumunasi


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mereka musuh-musuh Islam itu siapa? Kalau diperingkat antarabangsa, sudah jelas Yahudi Israel dan 'barua'nya Amerika Syarikat, yang kerjanya mengganggu keamanan dunia. Merekalah gengster, penyamun, perompak, pengganas, penjajah... tetapi mengaku 'polis dunia'.

Hampir setiap negara ada 'barua'nya. Di Malaysia siapa, parti DAP? Jawapannya Ya, kalau DAP juga menentang Islam menurut model Yahudi/Israel dan AS. Mereka mahu memaksa umat Islam supaya TIDAK melaksanakan ajaran dan perundangan Islam di negara umat Islam sendiri! 

Terserlah AS Perkauman, Rakyat Rusuh Tuntut Keadilan Kulit Hitam..


Perkauman Kudis Dunia! Rakyat AS Merusuh Tuntut Keadilan Kematian George Floyd

Kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, 46, di Minnesota, Amerika Syarikat, ketika dia ditangkap oleh sekumpulan polis disana, nyata telah menyebabkan kemarahan rakyat.
Difahamkan, George Floyd, ditahan pihak polis kerana merupakan suspek memalsukan kematian. Ia bermakna, mangsa belum disabit atas kesalahannya dan boleh jadi dia tidak bersalah pun.

“Tolong, saya tak boleh bernafas…”

Namun, ketika penangkapan itu berlaku dia diperlakukan dengan teruk sekali. Menerusi video yang dikongsikan, Georger sempat memberitahu bahawa dia tidak dapat bernafas berikutan salah seorang anggota menekan lehernya menggunakan lutut.
“Tolong, tolong, saya tak boleh bernafas. 
Tolong benarkan saya berdiri…”

“Perut dan leher saya sakit…”

Berdasarkan video kejadian yang sudah tular, dapat dilihat George ditahan dengan begitu kasar, malah dia tercungap-cungap tidak dapat bernafas sambil mengadu perut dan lehernya sakit.
Kejadian yang berlaku terhadap George Floyd, disifatkan sebagai tidak adil dan berunsur perkauman. Oleh itu, di Amerika Syarikat kini sedang kecoh apabila rakyat mula membuat protest mengutuk isi perkauman.

#Blacklivesmatter

I've covered police brutality protests in St. Louis, Ferguson, Flint, Chicago, and other cities. The rage that I saw today covering protesters here in NYC felt different to me--like they are not going to stop at just a week's worth of protests.
Good.

Sehinggakan, White House juga terpaksa dikenakan perintah berkurung selepas rusuhan rakyat semakin mengganas, berikutan mahu menegakkan keadilan buat George Floyd.

Protesters on the steps of the DMPD. Hundreds more have joined


View image on Twitter
Protesters chanting “I can’t breathe,” followed by the names of Breonna Taylor and George Floyd

Difahamkan, anggota polis yang terlibat dalam penangkapan tersebut telah dipecat serta merta. Namun, rakyat menuntut agar mereka dikenakan hukuman.
Berdekat lamanya hidup bersama dalam perbezaan kaum, namun isu perkauman sehingga kini masih menjadi kudis dalam masyarakat dunia.
Sumber : TwitterAstro Awani & USA Today

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails