Saturday, June 20, 2020

ADUN PKR Johor, MalaysiaKini terang-terang derhaka



MALAYSIAKINI melaporkan ADUN PKR Bukit Batu, Johor Jimmy Puah mendedahkan Sultan Johor telah menggagalkan usaha PH mengambil-alih Kerajaan Negeri Johor dengan ancaman untuk membubarkan DUN Johor.

Perenggan 12 laporan portal berita itu menyebut:

“……..Sultan Ibrahim mengancam untuk membubarkan DUN Johor.”

Perkataan ‘mengancam’ yang digunakan seolah menggambarkan Tuanku Sultan Johor sewenang-wenang mengganggu proses demokrasi. Ia seakan menuduh Tuanku sebagai kuku besi dan zalim iaitu satu tuduhan yang berat dan penuh durhaka.
Sedangkan titah asal Tuanku bermaksud setelah kerajaan baru PN terbentuk, jangan lagi ada perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat kerana Tuanku bimbang kesannya ke atas rakyat dan Negeri Johor.
Tuanku bukannya kejam tetapi meletakkan kepentingan rakyat dan negeri di hadapan. Titah Tuanku:
“Saya tidak akan boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.”
Tidakkah bakal berlaku kucar-kacir jika baru beberapa hari kerajaan terbentuk, ada pula usaha merobohkan kerajaan itu?
Memang wajar Tuanku bubarkan Dewan jika ia berlaku, ia bukannya ancaman tetapi tindakan rasional seorang Raja berdaulat yang membela rakyat dan negerinya.
Jika benar Puah berkata demikian maka jelas beliau telah menuduh Tuanku mengganggu proses demokrasi satu tuduhan yang biadab dan terang-terang durhaka.
MalaysiaKini juga melalui laporan itu jelas mahu menghasut pemikiran rakyat dan mengadu-domba antara orang politik, rakyat dan Istana. MalaysiaKini juga durhaka.
Mohon pihak berkuasa dan kerajaan negeri ambil tindakan.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 18/6/2020

Disangka Mabuk Punya Hal, Kereta Wanita Itu Dibakar..

Gara-gara disangka mabuk, kereta wanita dibakar - Polis Ketika siasatan awal dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada kebakaran berlaku pada kenderaan terlibat. - Foto PDRM

TASEK GELUGOR: Hanya kerana disangka memandu dalam keadaan mabuk, kenderaan milik seorang wanita yang terlibat dalam satu kemalangan dengan dua buah motosikal, telah dibakar.

Kejadian berlaku di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor kira-kira jam 9.50 malam Khamis lalu.

Kejadian itu tular di media sosial apabila seorang pemilik akaun Facebook memuatnaik beberapa keping foto menunjukkan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada sebuah kenderaan.

Mengulas kejadian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu wanita berusia 56 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Kepala Batas setelah setelah selesai menghantar sayur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu wanita itu dipercayai terbabas ketika mengelak haiwan, lalu telah masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama kedua-dua penunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan hadapan kereta,” kata Noor Zainy.
Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM
Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM

Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu didapati negatif dan pemandu tersebut  bukan di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika siasatan dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada kebakaran berlaku pada kenderaan terlibat. Walau bagaimanapun, pihak Bomba Tasek Gelugor telah menerima panggilan aduan kebakaran kenderaan pada 19 Jun 2020 jam lebih kurang jam 2 pagi dimana kereta telah terbakar,” jelas Noor Zainy lagi.

Sehubungan itu, Noor Zainy menafikan  laporan yang sedang tular di media sosial mendakwa pemandu kereta tersebut  memandu dibawah pengaruh alkohol atau mabuk.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala kes berkaitan kebakaran kenderaan, polis turut membuat siasatan dibawah seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.

Polis memohon orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan agar menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5741427 atau mana mana Balai Polis berhampiran. (AA)

Masjid di Makkah dibuka semula pada Ahad

Gambar fail, Masjidil Haram menjalani proses pembersihan berikutan wabak koronavirus. - Foto AFP
Gambar fail, Masjidil Haram menjalani proses pembersihan berikutan wabak koronavirus. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi merancang membuka semula masjid di Makkah pada Ahad selepas ditutup selama tiga bulan akibat penularan pandemik COVID-19, lapor stesen televisyen negara itu.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mengekang penularan virus khususnya di kota suci Makkah, namun jumlah kes baharu jangkitan dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini.



Masjid-masjid di kota suci akan mulai dibuka semula pada Ahad selepas penutupan tiga bulan akibat wabak coronavirus," lapor saluran Al-Ekhbariya yang dikelola negara itu.
Kira-kira 1,500 masjid sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung, lapor saluran itu, yang menunjukkan rakaman pekerja melakukan operasi nyah cemar lantai dan permaidani.
Keputusan itu dibuat beberapa minggu sebelum berlangsungnya ibadat haji dan ziarah tahunan ke Makkah.
Walaupun ibadat haji akan diadakan pada akhir Julai, pihak berkuasa negara itu belum membuat sebarang pengumuman berhubung status ibadat berkenaan.
Di luar kota Makkah, masjid-masjid di tempat lain di negara itu dibuka semula pada akhir Mei, tetapi dengan peraturan ketat yang mengenakan jarak sosial dan langkah-langkah lain.
Arab Saudi yang menjadi negara Teluk paling teruk terkesan akibat pandemik COVID-19 melaporkan lebih 150,000 kes jangkitan, termasuk hampir 1,200 kematian. - AFP

Baru 22 Bulan Perintah, Ini Aset Negara Milik Bumiputera LGE Jual..


Dr Mahathir Dan Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Ke Mana Duit Hasil Jualan Aset Negara Di Belanjakan!!!


Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan umum mengetahui pelbagai aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera telah dijual dengan sewenang-wenangnya.

Tapi persoalannya berapa banyak?

DS Najib telah menyenaraikan senarai aset negara yang telah dijual oleh mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama Pakatan Harapan memerintah antara pertengahan 2018 hingga awal 2020, kira-kira 22 bulan (BACA DI SINI).

1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018).


2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018).


3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019).

4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019).
5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019).

6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019).
7. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019).
Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan umum mengetahui pelbagai aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera telah dijual dengan sewenang-wenangnya.

Tapi persoalannya berapa banyak?

DS Najib telah menyenaraikan senarai aset negara yang telah dijual oleh mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama Pakatan Harapan memerintah antara pertengahan 2018 hingga awal 2020, kira-kira 22 bulan (BACA DI SINI).

1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018).


2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018).

3. Axiata jual M
8. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019).

9. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura - RM4.73 bilion (Julai 2019).

10. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff - RM289 juta (Julai 2019).

11. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019).

12. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019).


13. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
14. Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura - RM1.44 bilion (Okt 2019). 


Jumlah aset yang tersenarai di atas ialah sebanyak RM31.655 bilion, itu tidak termasuk aset Tabung Haji yang telah dijual dan duit Petronas yang dijarah oleh Lim Guan Eng.

Alasan yang sering digunakan ialah untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion!!!



Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, Tengku Zafrol  beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan kewangan dan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan beliau persoalkan keperluan Dr Mahathir dan Lim Guan Eng menjual aset negara dan membuat pinjaman luar (BACA DI SINI).




Malah dalam kenyataan terbaru Tengku Zafrol, beliau sekali lagi menegaskan negara tidak berada di ambang bankrap seperti yang sering diperkatakan oleh Dr Mahathir dan LIm Guan Eng. (BACA DI SINI).


Dr Mahathir dan Lim Guan Eng mesti memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Namun sehingga hari ini, kedua-dua mereka mengambil sikap berdiam diri tanpa memberikan apa-apa ulasan atau komen tentang apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Apakah dengan sikap berdiam diri Dr Mahathir dan Lim Guan Eng bermaksud mereka mengakui kebenaran kenyataan Tengku Zafrul?

Sekiranya apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul itu benar, maka RCI perlu ditubuhkan segera untuk menyiasat kenapa Dr Mahathir dan Lim Guan Eng begitu rakus menjual aset negara tanpa ada keperluan yang mendesak!!!

Rakyat juga mahu tahu, ke mana puluhan bilion ringgit aset negara yang dijual itu dibelanjakan kerana kalau alasan mereka menjual aset negara untuk menjelaskan hutang, ternyata hutang luar negara bukan menyusut, malah bertambah dari RM686 bilion sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya kepada hampir mencecah RM1 trilion sewaktu mereka tumbang pada Februari 2020.

Rakyat perlu tahu kebenarannya kerana yang dijual adalah harta rakyat dan bukannya harta Dr Mahathir atau Lim Guan Eng!!!

Elok PH kekal jadi pembangkang -Dr Najihatussolihah



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya lupakan hasrat untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan negara yang kini diterajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Dr Najihatussolihah Ahmad menyifatkan kedudukan PH hari ini seperti berada di penghujung jalan mati yang tidak boleh untuk diteruskan lagi.
“Eloklah PH mengubah strategi mereka dengan kekal menjadi pembangkang dan menjadi kuasa pengimbang bagi kerajaan PN yang ada pada hari ni.
“Pergolakan dalaman yang tidak menghasilkan kata sepakat dalam PH khasnya dalam menentukan bakal perdana menteri menjadi ‘signal’ untuk PH mengubah cita-cita politik mereka.
“Rakyat yang ada pada hari ini inginkan sebuah kerajaan yang dapat memenuhi aspirasi baru rakyat Malaysia,” katanya kepada HarakahDaily.
Menurutnya, rakyat kini sudah jemu dengan permainan persepsi yang dimainkan oleh pemimpin PH selama ini.
Meneliti perkembangan politik dalaman PH yang sehingga kini masih terumbang ambing dan tiada penyelesaian dalam menentukan calon perdana menteri PH.- HARAKAHDAILY 19/6/2020

AMANAH, DAP kekal sokong Dr M calon PM



KUALA LUMPUR : DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.
Dalam kenyataan bersama AMANAH dan DAP petang ini, kedua-dua parti itu berkata Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.
Kenyataan bersama itu memetik Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.
Kenyataan itu bagi menjawab pendirian PKR awal hari ini yang kekal mencalonkan Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri.
Justeru, AMANAH dan DAP mahu opsyen kedua dalam mesyuarat PH sebelum ini iaitu Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, diteruskan.
Mereka menjelaskan opsyen kedua yang memberi kelebihan kepada Dr Mahathir itu perlu diteruskan memandangkan Anwar gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
"Usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi," jelas kenyataan itu.
Mereka menjelaskan, PH dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei lalu bersetuju dua opsyen dalam usaha mengambil alih kerajaan, dengan opsyen pertama menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Opsyen kedua, kata mereka, bersetuju menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar timbalannya.
"Memandangkan ia opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen pertama gagal mendapat sokongan mencukupi, diharapkan PKR kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden (PH) pada 30 Mei yang dipengerusikan Anwar sendiri iaitu menerima opsyen kedua," katanya.
Katanya, DAP dan AMANAH menghormati hak PKR untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan itu, namun agak hairan dengan pendirian yang diputuskan PKR.
PKR hari ini memutuskan menolak Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar ke jawatan itu jika PH berjaya mengambil alih kerajaan. (BH)

Friday, June 19, 2020

Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti



KOTA KINABALU – Sekumpulan 11 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu hari ini mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Kumpulan yang diketuai Datuk Nani Sakam, yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah turut mendakwa ribuan penyokong masing-masing menyertai mereka keluar daripada PKR.

Nani dalam sidang akhbar ketika mengisytiharkan perkara itu berkata mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Christina Liew.

Menurutnya kumpulan berkenaan belum menentukan hala tuju perjuangan politik selepas ini.

Beberapa anggota polis turut berada di lokasi sidang media itu bagi memantau keadaan. – Bernama

PKR calonkan Anwar jadi PM, tolak Dr Mahathir



KUALA LUMPUR: PKR menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan semula dirinya sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersama Ahli Parlimen PKR, yang berlangsung hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan parti itu sebentar tadi, PKR kekal dengan pendirian konsensus dicapai PH untuk mencalonkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.
"Bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus PH mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya.(BH)
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

Jenayah kolar putih. Siasat bekas Menteri, Peguam.



DUNGUN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng.
Ketua Pemuda PAS Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata ianya susulan pendedahan surat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kepada mantan Menteri Kewangan tersebut yang tular di media sosial.
“(Dimana) isi kandungan (surat) tersebut jelas menunjukkan LGE, atas kapasiti jawatannya yang dipegang ketika itu (telah) menyalahgunakan kuasanya.
“Kerana cuba mencampuri urusan siasatan dan (telah) mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan SPRM dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah,” tegasnya.
Hal demikian dinyatakan melalui satu kenyataan media selepas tampil membuat laporan berkait perkara berkenaan di Balai Polis Daerah Dungun, di sini kelmarin.
Katanya, perkara berkenaan tidak boleh didiamkan kerana dibimbangi terus berlaku penyelewengan berstatus jenayah kolar putih.
“Tiada siapa yang boleh terkecuali dari lunas perundangan sama ada (terbukti) benar bersalah atau tidak kita serahkan (kepada) pihak berkuasa (untuk) bertindak dan menyiasat. (Paling) utama perlu ada tindakan susulan ke atas kes ini,” ujarnya.
Justeru beliau turut berharap agar rakyat celik serta bersatu padu di dalam memastikan negara bebas dari sebarang penyalahgunaan kuasa juga rasuah. – HARAKAHDAILY 15/6/2020

Bila Peguam Negara heret MalaysiaKini ke mahkamah



SEMALAM tular diperkatakan mengenai keputusan mahkamah memberi kebenaran kepada Peguam Negara memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap MalaysiaKini.

Ramai yang membangkitkan isu penghinaan dibawa Peguam Negara bukanlah laporan MalaysiaKini tetapi komen dari pembaca sebagaimana yang dibawa oleh Peguam Negara. Oleh itu tidak adil MalaysiaKini yang kena.

Sebenarnya Peguam Negara memohon kebenaran tersebut antara lainnya adalah berdasarkan kepada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

Seksyen 114 A, ‘Andaian Fakta dalam Penerbitan’, merupakan pindaan terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.

Secara peribadi berpendapat, Seksyen 11A Akta Keterangan 1950 ini adalah satu undang-undang yang diwujudkan bagi mendepani perkembangan dunia siber dan khususnya media baru seperti Facebook, blog, tweet dan lain-lain lagi.
Seksyen 114A tersebut boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulang siarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
Dari sudut pandang saya sebagai pengamal undang-undang, seksyen ini secara umumnya tidaklah begitu ‘membebankan’ pihak pembelaan di dalam penghujahan atau pembelaan di Mahkamah. Ini kerana, seksyen ini adalah berstatus ‘anggapan’ yang mana bagi mematahkan atau menidakkan anggapan ini, peringkat pembuktian hanyalah di atas kadar imbangan kebarangkalian sahaja (balance of probabilities). Maka, secara ringkasnya, anggapan seksyen ini banyak membantu pihak Pendakwaan dan di masa-masa tertentu boleh juga membantu pihak Pembelaan.
Manakala kesan Seksyen 114A ini kepada rakyat marhaen terutamanya kepada pengguna media baru dan dunia siber, seksyen ini memberi masalah sekiranya wujud pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam memanipulasikan identiti atau ketuanpunyaan di dalam melakukan apa-apa tindakan ‘penulisan’ di dalam media sosial dan dunia siber.
Oleh yang demikian berdasarkan kepada seksyen ini, sesiapa yang membenarkan publikasi sesuatu perkara adalah dianggap bertanggungjawab terhadapnya walaupun dia tidak menulisnya. Peguam Negara dalam kes ini mendakwa MalaysiaKini dianggap sebagai membuat penerbitan komen-komen yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mahkamah berdasarkan seksyen tersebut. Ia bukan sabitan tetapi masih di peringkat anggapan.
Ia tidak berkaitan dengan kebebasan wartawan melaporkan berita selagi mana ia mematuhi undang-undang. Saya juga tidak mengalu-alukan sebarang penghinaan ke atas mahkamah. Kita boleh mengkritik keputusan mahkamah dan membincangkannya tetapi tidak sampai menghina mahkamah tersebut.
Jadi tugas MalaysiaKini dalam prosiding ini nanti ialah mematahkan anggapan tersebut untuk mengelak dari dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.
DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia – HARAKAHDAILY 18/6/2020

Thursday, June 18, 2020

PRK Chini: Anak peneroka Felda calon BN

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (dua dari kanan) pada sidang media pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Chini, di Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (dua dari kanan) pada sidang media pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Chini, di Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan calon BN PRK DUN Chini

PEKAN: Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada 4 Julai ini.
Pengumuman calon dibuat Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Shahrim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dibuat selepas mendapatkan pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundinya peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.
"Jumlah pengundi di DUN Chini ialah pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang mewakili 56.7 peratus daripada keseluruhan pengundi dan kita turut mengambil kira perkara ini untuk memilih calon.
"Calon ini juga anak peneroka generasi kedua FELDA dan sudah tentu beliau mempunyai pengalaman luas dengan masyarakat tempatan.
"Kita yakin calon ini yang turut mendapat persetujuan daripada rakan parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) mampu mempertahankan kerusi DUN ini pada PRK 4 Julai nanti," katanya.
Turut hadir pada majlis pengumuman di Pejabat UMNO Pekan ialah Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengarah Operasi PRK DUN Chini; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Ti Lian Ker dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.
Sementara itu, Mohd Shahrim Md Zain menganggap pemilihannya adalah ketentuan Allah kerana beliau difahamkan ramai individu lain yang disebut-sebut untuk menjadi calon termasuk Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib.
"Semua individu yang dicadangkan sebenarnya dilihat sangat baik dan layak menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini.
"Namun, ini ketentuan Allah dan izinkan anak peneroka generasi kedua FELDA Chini 3 untuk menggalas tanggungjawab besar ini. "Saya akan cuba menunaikannya dengan penuh amanah dan berintegriti serta memastikan DUN Chini kekal sebagai kubu kuat BN," katanya pada majlis pengumuman calon BN di Bangunan UMNO Pekan, di sini, hari ini.
PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).
PRK Chini adalah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.
Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).
"Seluruh jentera BERSATU akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi, susulan penularan wabak COVID-19.
Calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain. - NSTP/Farizul Hafiz Awang Calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, di Bangunan U Bahagian Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, di Bangunan U Bahagian Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Oh Periuk Nasi, Kerusi Belum Cukup. Dah Berebut Calun PM...


Demi Malaysia tinggalkan PH


KONONNYA semalam Pakatan Plus akan memuktamadkan keputusan siapakah calon Perdana Menteri (PM) mereka.

Pakatan Plus ini terdiri daripada PH yang dianggotai PKR, DAP dan PAN manakala Plus pula terdiri dari 5 MP bekas BERSATU yang diketuai Tun termasuk WARISAN yang punya 9 MP.

Khabarnya PH khasnya PKR mahukan Anwar sebagai calon PM manakala Plus pula masih mahukan Tun. Masing-masing saling bergantung, jika PKR tarik diri Tun terlepas peluang demikian juga jika Plus yang bawah pengaruh Tun enggan sokong maka Anwar akan melopong lagi.
Lalu dilancarlah kempen #DemiMalaysia kononnya untuk merayu kedua tokoh ini agar berdamai dan bertolak ansur.
Demikianlah PH Plus walau bilangan kerusi dalam tangan belum pasti cukup namun sudah berebut calon PM.
Langsung mereka tidak peduli nasib dan sengsara rakyat. Yang diutamakan adalah kuasa dan kedudukan.
Barangkali kerana itulah ramai sudah hilang keyakinan pada kepimpinan PH mahupun Tun. Tiada lagi agenda rakyat kecuali kepentingan periuk nasi masing-masing. Faktor itulah yang kemungkinan mendorong Jugah Muyang dari Lubok Antu untuk menyokong PN dan demikian juga Dr Dorayah ADUN Sementa dan terkini dua ADUN dari Sabah.
Semoga ramai lagi yang akan meninggalkan bahtera PH yang semakin sendeng dan lapuk itu.
Rakyat hari ini sudah begitu selesa dan tenteram di bawah kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin. Marilah kita semua bermuafakat membina kembali Malaysia yang baru.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 17/6/2020

Bekas Menteri Belia&Sukan PH Pula Ke Bukit Aman..

Syed Saddiq dipanggil rekod keterangan di Bukit Aman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil untuk memberi keterangan berhubung temu bual beliau dengan sebuah saluran berita antarabangsa. - Gambar fail
Syed Saddiq dipanggil rekod keterangan di Bukit Aman

KUALA LUMPUR : Polis memanggil bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk direkodkan keterangan berhubung temu bual beliau dalam saluran berita antarabangsa, Al Jazeera pada 6 Mac lalu yang didakwa berunsur hasutan. 

Syed Saddiq berkongsi perkara itu dalam cipaan di Twitternya pada pukul 1.52 petang, Khamis.

"Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temu bual saya bersama Mehdi Hasan.


"Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020 (hampir 4 bulan lepas)," katanya.
Malah Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh kepada polis.
"Berani kerana benar,” katanya lagi.

Antara lain, Saddiq Syed juga memaklumkan yang dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan Syed Saddiq dipanggil untuk membantu siasatan. (AA)

Gelang Patah kena 'tawan'. Pandangan Ibnu Hasyim, Masalah 'Muhajirin".

KEHADIRAN pendatang asing di sekitar Gelang Patah menimbulkan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di kawasan itu terutamanya di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1.

ISKANDAR PUTERI: Kawasan Gelang Patah di sini, ibarat ditawan warga asing apabila deretan kedai dikuasai pendatang asing sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Tinjauan di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1, Gelang Patah mendapati terdapat lebih 20 premis perniagaan atau kedai dikendalikan warga Bangladesh dan Pakistan secara terbuka.
Antara perniagaan dijalankan mereka termasuk kedai runcit, pakaian, restoran, kedai serbaguna selain kedai karpet dan perhiasan rumah.
Lebih berani, mereka turut memasang poster mengiklankan pelbagai perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran pulang wang ke negara mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, sekali gus menjadikan kawasan di situ seperti berada di negara asing.
Penduduk, Mohd Hafiz Daud, 39, berkata kewujudan deretan kedai warga asing itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk tempatan di sebalik penularan wabak Covid-19 di negara ini yang turut dikaitkan dalam kalangan pendatang asing.
"Penduduk pernah membuat aduan dahulu, tetapi isu ini tidak pernah diselesaikan.
"Sekarang dengan kebimbangan terhadap wabak Covid-19, kami berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah ini apatah lagi kawasan ini seolah-olah menjadi tempat mereka berkumpul setiap kali waktu petang dan malam dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka pun.
"Tidak mustahil kawasan Gelang Patah akan jadi lubuk wabak yang bakal meletup pada bila-bila masa jika pihak berkuasa menutup sebelah mata mereka sahaja, " katanya ketika ditemui.
Penduduk, Azizah Sapari, 47, berkata perniagaan warga asing di situ bertahan lama berikutan disokong komuniti mereka sendiri.
"Kalau orang luar datang sini mesti mereka akan panggil kawasan ini sebagai Mini Bangladesh kerana deretan kedai di sini semuanya kedai milik warga berkenaan.
"Orang kita memang tidak berbelanja di situ kerana suasana deretan kedai kotor dan sangat menjijikkan disebabkan mereka tidak pandai menjaga kebersihan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, kerajaan Johor akan memastikan tidak ada lagi warga asing yang berniaga termasuk menjadi penjaja atau diambil bekerja di mana-mana pasar awam selain premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Katanya, tindakan tegas itu diperkasakan dengan lebih agresif selepas mengambil kira masa depan peniaga tempatan berikutan keadaan ekonomi kini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
"Semua 16 PBT di Johor ini akan ditugaskan untuk menyemak status peniaga sedia ada serta melakukan pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja PBT Negeri Johor.
"Peniaga warga tempatan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya menyewa atau memberikan lesen atau permit perniagaan mereka kepada warga asing yang mahu berniaga," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...

Pertama:

Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.


(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)

Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.

Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah. 

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.


Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya. 

Kedua:

Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. 

Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia. 


Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails