Seramai 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta-merta pada Sabtu, sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jelebu, Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus, berkata tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Mohd Faizal Fadli mendakwa kumpulan yang keluar dari parti tersebut merangkumi dirinya, naib ketua, ahli jawatankuasa (AJK), naib ketua, setiausaha dan AJK AMK, naib ketua dan AJK wanita serta ahli.
"Perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan presiden mendamaikan dua kumpulan selepas pemilihan dan kemelut kepimpinan yang berpanjangan," katanya dalam sidang media pada Sabtu. Turut mengisytiharkan keluar parti ialah Ketua Srikandi Negeri Sembilan, Ismaliza Ismail selain timbalan ketua cabang Jelebu, Tang Jay Soon yang telah keluar parti pada 15 Mei lepas.
Dalam pada itu, Mohd Faizal Fadli berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan bergerak menerusi platform baharu iaitu Pengerak Komuniti Negara, sebuah badan bukan kerajaan. – Bernama
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Noorkhiriah mengumumkan kenderaan pelbagai guna yang diwakafkan sebagai van jenazah siap diubahsuai dan sedia menawarkan perkhidmatan. Foto IG Noorkhiriah HALAMAN HIBURAN 'Operasi van wakaf dah mula'
KL: Selepas hampir sebulan diubahsuai, kenderaan pelbagai guna milik pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang diwakafkan sebagai van jenazah sudah siap untuk beroperasi. Pelakon yang terkenal dengan watak Aishah dalam drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah. Mengusahakan projek itu bersama suami, Azfaizul Ahtan, Noorkhiriah berkata, ketika ini, Azfaizul dibantu jemaah Surau Al-Ikhlas, Kota Damansara, mengendalikan kenderaan terbabit bergilir-gilir. Tambah Noorkhiriah, van jenazah itu boleh digunakan semua pihak yang memerlukan. Namun, perkhidmatan hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang. "Kita merancang menyediakan perkhidmatan ke negeri lain. Namun, sebagai permulaan, khidmat kami hanya diperluaskan di Lembah Klang. "Lagipun, suami masih bekerja. Jika dia tidak dapat memandu, ada jemaah lain di surau kediaman kami akan mengambil tempatnya," katanya kepada BH Online. Noorkhiriah berkata, selain menghebahkan perkhidmatan van jenazah percuma di Instagram, suami merancang menampal notis mengenai perkhidmatan van jenazah percuma yang disediakan mereka di hospital. "Namun, kami perlu meminta izin daripada pengurusan hospital. Bukan semua orang mengikut akaun Instagram saya. "Jadi, dengan cara ini, lebih ramai orang tahu khidmat percuma yang disediakan ini," katanya.
Noorkhiriah ketika berkongsi hasrat menjadikan kenderaan pelbagai guna sebagai van jenazah untuk diwakafkan di Instagram, baru-baru ini. Foto IG Noorkhiriah
Noorkhiriah bersyukur ada hamba Allah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membantu melancarkan perkhidmatan van jenazah itu.
Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, niat menyediakan perkhidmatan van jenazah lahir secara spontan.
"Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti van hitam miliki keluarga akan diwakafkan sebagai van jenazah.
"Kenderaan ini digunakan untuk membawa barang-barang perniagaan saya. Tidak lama lagi, pinjamannya akan langsai. Hendak dijual terasa sayangnya.
"Lalu, timbul hasrat mewakafkan van itu. Inilah salah satu cara saya mengumpul saham akhirat," katanya yang terbuka jika ada mana-mana pihak mahu melabur memperluaskan perkhidmatan van jenazahnya. (IH)
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Kepulan asap menjulang bersama api susulan serangan jet pejuang rejim Israel di Semenanjung Gaza. - Foto AFP Israel lepaskan roket di Semenanjung Gaza
BAITULMAQDIS: Jet pejuang rejim Israel menyerang kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza selepas roket dilancarkan semalam dari wilayah itu ke arah Israel, dakwa pihak tentera.
Kejadian berlaku selepas Hamas memberi amaran bahawa rancangan rejim Israel untuk menakluki sebahagian daripada Tebing Barat disifatkan sebagai 'perisytiharan perang'.
Menurut tentera, jet pejuang Israel menyerang kilang senjata dan roket di selatan Semenanjung Gaza.
Sumber keselamatan di Gaza mengesahkan kepada AFP, terdapat serangan berlaku di kawasan Khan Yunis di hujung selatan wilayah Palestin itu yang dihuni dua juta penduduk.
Terdahulu, tentera mendakwa, dua roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah wilayah rejim Israel, semalam.
Ia adalah tembakan roket dari Semenanjung Gaza yang pertama dilaporkan sejak awal bulan lalu. - AFP
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengemukakan Usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Muhammad Yassin, untuk dibentang serta dibahaskan dalam Persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai 2020.
Usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Ke-8 ini yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac 2020 yang lalu.
PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera Kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar Kerajaan-kerajaan Negeri.
Segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh Kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.
PAS amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti.
Dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat.
TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 27/6/2020
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
TIDAK banyak pengetahuan mengenai Islam yang dimilikinya namun ia sudah cukup membuatkan seorang wanita dari Brisbane, Australia ini berpandangan serong terhadap Islam sejak sekian lama.
Lebih-lebih lagi apabila rakan baiknya bertindak mengenakan hijab sebaik mengahwini lelaki Islam dari Afghanistan kira-kira 10 tahun lalu, perkara itu dilihatnya umpama satu bentuk penindasan dan paksaan terhadap wanita.
Namun, perkenalan dengan rakan baru beragama Islam dari Singapura setahun lalu merubah seluruh persepsi mengenai Islam dan berita keburukan Islam di media massa juga tidak lagi mempengaruhinya.
Lebih jelas, pengurus butik pakaian yang hanya ingin dikenali sebagai Zahra Riza ini berkata, semuanya bermula apabila dia mendapati rakan yang dikenali menerusi permainan dalam talian itu memakai hijab.
"Permainan ini muncul secara rawak di Facebook (FB) yang kemudian menemukan saya dengan rakan baru dari pelbagai negara khususnya Asia termasuklah Kim dari Singapura.
"Saya dan Kim menjadi sangat rapat, mungkin disebabkan kami berada dalam pasukan sama untuk permainan terbabit tetapi saya sangat selesa untuk bercerita perihal apa saja dengannya.
"Menerusi 'chat group' yang diwujudkan untuk pasukan kami menyusun strategi permainan, Kim berkongsi profil yang menunjukkan dia memakai hijab menyebabkan saya mula terfikir untuk bertanya mengenai Islam. Ternyata saya terlalu jauh menggambarkan Islam dari yang sebenarnya," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.
Bercerita lanjut, Zahra berkata, bermula daripada saat itu dia semakin tertarik untuk mengenali Islam malah berjinak-jinak menutup rambut dengan memakai turban di peringkat awal.
Ini kerana katanya, dia tidak mahu terlalu drastik sebaliknya hanya mahu mencuba untuk menutup aurat secara berperingkat dan ingin melihat jika dirinya dapat membiasakan diri memakai hijab sebagai mana dituntut dalam Islam.
"Awalnya, rakan sekerja menyangka saya mempunyai masalah dengan rambut apabila saya memakai turban, ada juga yang menganggap saya ingin berfesyen dengan gaya baru.
"Namun akhirnya saya berterus-terang memberitahu saya sedang mendalami Islam sebelum memutuskan untuk melafaz dua kalimah syahadah secara rasmi di Kuraby Mosque (di Brisbane) awal tahun ini.
"Kim antara yang sangat gembira mendengar berita itu walaupun pada awalnya dia sangat berat hati untuk berkongsi mengenai Islam kepada saya kerana dia tidak mahu dilihat sebagai mempengaruhi saya untuk mendalami Islam," katanya.
Jelas Zahra, selain mengucap dua kalimah syahadah, dia juga memberitahu wanita yang mengislamkannya di masjid itu bahawa dia ingin berkahwin dengan lelaki Islam dan tidak kisah jika perkahwinan itu diatur oleh orang lain.
Siapa sangka, selepas mengenali Islam secara dalam talian, Zahra juga mengenali seorang lelaki dari Malaysia menerusi aplikasi perkahwinan Muslim.
"Selepas beberapa kali berbual, saya dan lelaki terbabit sama-sama menyatakan hasrat untuk serius dengan hubungan kami dan kami juga kemudiannya melakukan panggilan video bersama keluarga kedua-dua belah pihak sebagai simbolik ikatan.
"Rancangan kami adalah untuk melangsungkan pernikahan di Malaysia sebaik sekatan pintu masuk dan keluar kedua-dua negara (Malaysia dan Australia) ditarik balik nanti.
"Ya, kami cuma bertentang mata di alam maya namun setakat ini, isu kepercayaan tidak pernah timbul kerana kami yakin dengan kejujuran masing-masing," katanya.
Menurut Zahra, dia juga sudah memaklumkan Kim mengenai pernikahannya dan berharap rakannya itu dapat hadir.
"Insya-Allah, sekiranya semuanya lancar, majlis pernikahan saya nanti akan menjadi saat pertama saya bersemuka dengan Kim malah apabila saya ke Malaysia untuk urusan pernikahan selepas sekatan dibuka nanti, ia juga akan menjadi saat pertama saya dan bakal suami bertentang mata," katanya.
Ditanya mengenai identiti bakal suami, Zahra sekadar berkata, lelaki itu menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penyunting kandungan digital untuk sebuah organisasi berkaitan Islam.(MyMetro)
Hibur Hibur Sikit Ebiet G Ade Penyanyi Indonesia, Lagunya tolak Atheisme.. Komunisme dan demokrat?
EBIET G Ade adalah penyanyi era 80-an yang lagu-lagunya hits hingga kini. Bukan sekedar nyanyian, lagu-lagu Ebiet G Ade sarat akan makna dan pesan. Bahkan beberapa lagu terinspirasi dari beberapa peristiwa pilu yang terjadi ditanah air. Lihat lirik lagu-lagunya.. antaranya menolak faham atheis. Atau komunis. Atau juga demoktatis? Ebiet G. Ade - Hidup I (Pernah Kucoba Untuk Melupakan Kamu)
Lebih 1,000 ahli WARISAN Parlimen Libaran keluar parti
SANDAKAN: Lebih 1,000 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) termasuk 11 ketua cawangan dari Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti hari ini atas kekesalan mereka terhadap pemimpin parti itu yang dianggap tidak mempedulikan cawangan terbabit selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengumuman keluar parti itu, yang membabitkan semua cawangan parti di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Airport dan Sibugal, dipimpin oleh ketua cawangan Sejati 1, Ibrahim Yusof. "Kami telah bertungkus lumus untuk memenangkan WARISAN pada PRU-14 lalu, tetapi kami langsung tidak dihargai.
"Antaranya, cawangan kami gagal didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), walaupun telah hantar borang pendaftaran sebelum PRU-14 lagi," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 11 ketua cawangan terbabit.
Ibrahim berkata pengumuman keluar parti 11 cawangan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pemimpin atasan parti dan tindakan itu atas keputusan mereka sendiri.
Katanya, ahli yang keluar parti itu memilih untuk menjadi ahli bebas, sementara Ibrahim memaklumkan telah membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Perpaduan Rakyat Sabah. – BERNAMA
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
KALAU ada yang terfikir Menteri Besar (MB) Kedah turun padang mendekati rakyat seperti sengaja dibuat-buat untuk raih sokongan, atau sekadar sandiwara yang bersifat sementara, fahamilah ini bukan baru bagi beliau.
Sebagai Pegawai Persatuan Pengguna Pulau Pinang, sebagai Pengarah PASRelief, beliau sudah lama aktif membantu mereka yang bermasalah termasuk mangsa bencana dalam dan luar negara yang jauh lebih dahsyat.
Kalau ada yang curiga soal pandangannya terhadap Rohingya, sudah bertahun-tahun beliau terlibat secara langsung membantu mereka secara dekat.
Daripada pengalaman itu, beliau punya pemahaman mengenai etnik Rohingya yang ternyata lebih daripada kita. Sebagai kelompok manusia, Rohingya juga ada yang baik, dan ada yang buruk. Macam kitalah juga!
Sudah tentu, yang dibela adalah yang baik, yang teraniaya, yang jadi mangsa dan amat-amat memerlukan pembelaan.
Yang sering jadi punca salah faham, bukan semua etnik Muslim dari Myanmar itu Rohingya. Ada juga warga Myanmar bukan-Islam yang pegang kad UNHCR berada di negara ini. Dari segi rupa, hampir sama dan sukar dibezakan oleh kita yang tidak mendekati mereka.
Etnik Kela (Muslim)! Misalnya, juga dari Myanmar. MB juga seperti kita, sayangkan negara dan orang-orang kita sendiri. Jadi berpada-padalah dalam mencurigai supaya kita terhindar daripada dosa memfitnah, untuk kebaikan kita sendiri juga.
Dulu, beliau semata-mata aktivis. Sekarang sebagai ketua kerajaan, dalam mengambil langkah tindakan, ada limitasi dalam pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Ada yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengikut undang-undang. Sudah tentu, dalam apa jua tindakan, beliau akan utamakan rakyat Kedah yang 2.2 juta ini.
MUHAMAD MAT YAKIM Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 26/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...
Pertama:
Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.
(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)
Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.
Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah.
Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.
Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya.
Kedua:
Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain.
Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia.
Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa anak-anaknya tidak pernah menjalankan perniagaan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Najib melalui laman Facebook sebentar tadi berkata pada tahun 1992 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, anaknya Datuk Seri Mirzan Mahathir telah membeli sebuah syarikat milik kerajaan dengan harga sebanyak RM248 juta.
“Pada tahun 1992, Mirzan cuma berusia 33 tahun. Dia beli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad dengan harga RM248 juta iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara (pada) masa itu.
“Perbadanan Nasional merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia (dan) pemegang saham utama Perbadanan Nasional ketika itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.
Mahathir Bapa Curi Ayam Negara, Kata Isham Jalil Permintaan Mahathir Nak Jadi PM Sekali Lagi Mencurigakan – Anwar Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG “Mirzan umur 33 tahun beli PNSL Bhd dari syarikat milik penuh kerajaan dengan harga RM248 juta itu maksudnya tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?
“Syarikat perkapalan utama milik kerajaan pun bertukar menjadi syarikat milik anak PM pada masa dia masih PM,” ujar Najib.
Najib kemudiannya berkata syarikat tersebut kemudiannya dijual pula (bail out) kepada sebuah syarikat milik kerajaan ketika negara mengalami krisis mata wang.
“Dari mana dia dapat atau dari siapa dia pinjam RM248 juta untuk beli masa dia umur 33 tahun?
“Lepas itu dijual pulak kepada MISC dengan harga US$220 juta pada tahun 1998 (melebihi RM1 bilion selepas matawang kita menjunam teruk ketika itu).
“MISC Berhad itu milik Petronas. Petronas milik siapa? Itupun dikatakan lagi anak PM7 tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke? soal Najib lagi.
Mahathir sebelum ini berulang kali menegaskan anak-anaknya tidak pernah berniaga atau mendapat sebarang projek dari kerajaan.
Menurut Mahathir anak-anaknya hanya memulakan perniagaan setelah dirinya meletakan semua jawatan di dalam kerajaan.
Bagaimanapun menurut Najib, kesemua jawapan yang diberikan beliau itu telah dipadamkan oleh pengendali laman Facebook Mahathir.
“Tohmahan apa? Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan anak-anak dia berniaga dalam Malaysia semasa dia PM.
“Lalu dia suruh saya beri bukti bahawa anak-anak dia pernah berurusan dengan kerajaan semasa dia PM.
“Saya pun beri bukti tetapi page FB PM4/7 asyik padam jawapan saya dan ribuan komen netizens yang bertanya,” jelasnya lagi.
Sehingga kini Mahathir masih berdiam diri berhubung pendedahan yang dibuat oleh Najib itu.