Saturday, July 11, 2020

Hagia Sophia. Kembalikan Hak Kepada Tuannya!


Hagia Sophia kembali menjadi masjid Selepas 86 tahun dijadikan muzium oleh pemimpin Sekular

ALLAH Maha Besar. Hari ini selepas 86 tahun dijadikan muzium oleh pemimpin Sekular, akhirnya tapak bersejarah Hagia Sophia di Turki kembali menjadi masjid.


2. Keputusan ini diisytiharkan mahkamah Turki yang membenarkan permohonan badan tempatan untuk memansuhkan tindakan pemimpin sekular Republik Turki yang pertama iaitu Mustafa Kamal Attaturk yang mengubah status Hagia Sophia daripada masjid kepada muzium pada 1935.
3. Berikut terjemahan ringkas penghakiman Mahkamah Turki:

“Mahkamah membatalkan keputusan Majlis Menteri bertarikh 24 November 1934 mengenai penukaran Hagia Sophia daripada sebuah masjid ke sebuah muzium. Keputusan beralasan mengenai Hagia Sophia juga diumumkan. 
Menurut maklumat wartawan CNN TURK Serhat Dal, Mahkamah menyatakan bahawa tidak boleh dihalang untuk digunakan oleh masyarakat dalam keputusan yang berhujah bahawa Hagia Sophia dimiliki oleh Yayasan Fatih Sultan Mehmet Khan dan dipersembahkan kepada masyarakat sebagai masjid.
Penghakiman itu juga dinyatakan bahawa Hagia Sophia 

“Tidak boleh digunakan secara sah kecuali untuk sifat masjid dalam akta yayasan dan tidak mungkin untuk menghalalkannya untuk tujuan lain. Harta tanah tak alih yang telah dilindungi sejak zaman kuno tidak dapat dicegah dari digunakan oleh masyarakat di mana hak-haknya dibiarkan digunakan.”

4. Pencetus utama langkah ini tentulah Presiden Turki hari ini, iaitu Recep Taayyip Erdogan yang menyifatkan tindakan mengubah Hagia Sophia (atau Ayasofya dalam sebutan Turki) kepada sebuah muzium merupakan satu ‘kesilapan besar’. Katanya, sudah tiba masanya binaan yang menjadi mercu tanda Istanbul itu diubah semula menjadi sebuah masjid.

5. “Hagia Sophia tidak akan dijadikan muzium. Status itu akan ditukar dan kita akan mula mengenalinya sebagai Masjid Hagia Sophia. Sesiapa yang datang ke Hagia Sophia akan menziarahinya sebagai sebuah masjid,” katanya pada 2019.

6. Hagia Sophia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.

7. Hagia Sophia berfungsi kira-kira 500 tahun sebagai tempat ibadat Islam, menjadi model kepada masjid lain di kota itu antaranya Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru), Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

8. Kebanggaan Kristian Ortodoks dengan kemegahan gereja itu berakhir dengan kejatuhan Constantinople ke tangan Empayar Uthmaniyyah apabila Sultan Mehmed II, menguasai tempat itu yang kemudian dinamakan Istanbul pada 1453.

9. Baginda mengetuai solat Jumaat di situ dan mengarahkan bangunan itu diubah suai menjadi masjid. Arkitek terkenal Mimar Sinan diberi tanggungjawab memulihara bangunan itu. Sinan mereka bentuk dan memasang menara lambang masjid di luar selain mihrab dan mimbar, di dalam.

10. Hagia Sophia kekal sebagai masjid hingga 1935 apabila fungsinya ditukar muzium oleh Pengasas Turki Moden dan presiden pertama negara itu Mustafa Kamal Ataturk, pemerintah Republik Turki (1923-1938).

11. Selepas Empayar Uthmaniah tumbang, negara moden dan sekular Turki ditubuhkan sekali gus menyaksikan masjid itu dijadikan muzium pada 1935.

12. Keputusan Mahkamah Turki dengan sokongan kerajaan AKP pimpinan Erdogan ini pastinya mengundang pelbagai reaksi kuasa Barat – apatah lagi dalam keadaan Turki berdepan cabaran geopolitik di Libya, Syria, dan Cyprus.

13. Namun begitu, kerajaan Turki menegaskan bahawa kembalinya Hagia Sophia sebagai Masjid tidak bermakna lokasi berkenaan telah tertutup untuk dilawat oleh para pelancong dari seluruh dunia.

14. Keputusan ini pastinya bakal melonjakkan pengaruh kuasa lunak ‘soft power’ Turki dalam kalangan negara-negara Islam amnya dan pengukuhan pengaruh parti AKP pimpinan Erdogan dalam kalangan Islamis khususnya.

15. Apa yang pasti, dalam keadaan kerajaan Turki pimpinan Erdogan hari ini berdepan cabaran politik dalaman dan geopoitik luaran, imbangan kuasa Turki sebagai kuasa pertengahan ‘Middle Power’ tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘budak suruhan’ NATO-US mahu pun Rusia pro-Ortodoks.

Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda

US President Donald Trump makes remarks to the media before a cabinet meeting in the Cabinet Room of the White House, in Washington, DC, on June 21, 2018. (Photo by Olivier Douliery / AFP) Presiden AS Donald Trump menyatakan kecewa dengan keputusan pemerintah Turki untuk mengubah Hagia Sophia jadi masjid. (Olivier Douliery / AFP)

Komen Weblog Ibnu HasyimLu, Presiden AS Donald Trump dan sejumlah negara lain yang kecewa itu, jangan campur tangan dengan keputusan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. Itu hak kami orang Islam untuk menukar kembali Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid. Allahu Akbar. Kembalikan 'hak' kepada tuannya.

PRU S'pura: PAP Menang Tapi Kecewa.

PRU Singapura: Kemenangan yang mengecewakan - Lee Hsien Long
Hsien Long berkata PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun menyatakan bahawa undi popularnya merosot kepada 61 peratus. - AP Photo
PRU Singapura: Kemenangan yang mengecewakan - Lee Hsien Long

SINGAPURA: People's Action Party (PAP) pimpinan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long menang selesa pada pilihan raya umum (PRU) 2020 di tengah kerisauan rakyat terhadap wabak COVID-19, pada Jumaat.

Bercakap pada Sabtu, Hsien Long berkata PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun menyatakan bahawa undi popularnya merosot kepada 61 peratus.

"Pada keputusan pilihan raya, undi popular adalah 61.2 peratus.

"Kami memenangi 83 kerusi daripada 93 dan kami mempunyai mandat yang jelas.


"Tetapi peratusan undi popular tidak setinggi yang saya harapkan dan kami kalah satu GRC (kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC).

“Namun demikian, hasilnya mencerminkan sokongan luas untuk PAP.


"Warga Singapura memahami apa yang dipertaruhkan dan mengapa kita harus bersama-sama menegakkan kepentingan nasional.

“Ini bukan mandat yang kuat seperti yang saya harapkan tetapi ia adalah mandat yang baik.

"Saya rasa undi popular, 61 peratus, sangat dihormati dalam keadaan seperti ini,” katanya.

Parti pembangkang mencatatkan pertambahan kerusi dalam PRU kali ini.

Parti Pekerja merupakan satu-satunya parti pembangkang yang memenangi kerusi di Parlimen berjaya menambah daripada enam kepada 10 kerusi.

Keputusan itu menandakan penurunan prestasi PAP dari PRU 2015 di mana ia memperoleh 93 peratus kerusi dan hampir 70 peratus keseluruhan undi.


Pengundian dilakukan hanya beberapa minggu selepas Singapura, antara negara paling teruk terjejas akibat COVID-19, melaksanakan sekatan untuk mengekang virus itu.

Negara yang mempunyai populasi 5.8 juta orang itu merekodkan lebih 45,000 kes COVID-19 yang kebanyakannya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama yang sesak.

Dengan ramalan ekonomi meleset tahun ini sehingga tujuh peratus, kerajaan Hsien Long melancarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi berjumlah hampir S$100 juta namun memberi amaran kesan ekonomi sepenuhnya masih belum dirasai. (AA)


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.

Singkir Klausa Perlindungan Berkaitan COVID-19/Penyakit Berjangkit?


HALAMAN HIBURAN
Kandungan Tv dan Filem Hollywood Tahun 2021 Akan Terjejas


Penerbit dan pemain industri Hollywood bimbang terhadap kesan pengeluaran produk hiburan bagi tahun 2021.
Kebimbangan itu disuarakan ekoran langkah syarikat insurans menghentikan perlindungan insurans bagi pekerja produksi filem dan televisyen bebas terhadap risiko pandemik Covid-19.
Keputusan mengejut syarikat insurans itu dianggap sebagai ancaman kepada pengeluaran produk hiburan bagi tahun hadapan.
Ribuan sesi penggambaran di seluruh dunia terpaksa ditamatkan serta-merta pada Mac lalu apabila koronavirus itu terus menular hingga memaksa pemerintah menguatkuasakan perintah berkurung.
Kini apabila pembuat filem cuba kembali bekerja, mereka mendapati pihak insurans tidak lagi memberikan jaminan perlindungan berkaitan COVID-19 yang mereka perlukan.
Sesetengah syarikat insurans malah menyingkirkan klausa perlindungan terhadap penyakit berkaitan COVID-19 atau penyakit berjangkit dalam polisi terbaru mereka, ujar peguam insurans Kirk Pasich.
Tanpa perlindungan itu, ramai penerbit tidak boleh mendapatkan bon lengkap atau jaminan yang diperlukan pihak bank setiap kali mahu membuat pinjaman kepada sesebuah produksi.
“Sementara menunggu kru boleh bekerja semula dengan selamat dan insurans melindungi kos berkaitan COVID-19, kandungan yang dihasilkan kini akan berkurangan daripada yang kami mampu lakukan sebelum ini,” keluh  penerbit filem bebas, Robert Salerno.
Pihak insurans pula memberi alasan, mereka tidak dapat menawarkan perlindungan kerana belum jelas dengan keadaan pandemik ketika ini.
Walaupun sesetengah negara berjaya mengawal atau menamatkan ancaman virus, banyak kes kini muncul di negara-negara lain, termasuk di Amerika Syarikat.
Di seluruh dunia, hanya tinggal beberapa syarikat insurans yang masih menawarkan perlindungan penuh kepada pekerja industri filem dan televisyen. 
Komen Weblog Ibnu HasyimSingkir klausa perlindungan berkaitan COVID-19/penyakit berjangkit dalam polisi syarikat insurans terbaru mereka, akan menyebabkan kandungan tv dan filem hollywood tahun 2021 turut terjejas.
Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 07 -Lagu Bola Malaysia/Indonesia.






Waris - Lagu Bola (Official Music Video)




IWAN FALS - SEPAKBOLA




W.A.R.I.S Feat. Dato' Hattan - Gadis Jolobu [Official Music Video]

PRU S'pura: PAP menang 83 kerusi Parlimen, WP pegang 10 kerusi



Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi 83 kerusi di Parlimen, dengan Parti Pekerja (WP) mendapat 10 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Singapura.

WP mempertahankan GRC Aljunied dan SMC Hougang, serta menambah GRC Sengkang setelah keputusan muktamad diumumkan pada Sabtu (11 Jul) pagi.

Dalam persaingan bagi GRC West Coast yang dipantau rapi, pasukan penyandang dari PAP yang dipimpin Encik S Iswaran berjaya mengatasi cabaran dari Parti Kemajuan Singapura yang dipimpin Dr Tan Cheng Bock, dengan memperoleh 51.69 peratus undi.

Pengundian ditutup secara rasmi pada jam 10 Jumaat malam setelah ia dilanjutkan dua jam bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD).

Mengumumkan keputusannya itu, ELD menyatakan meskipun keadaan di kebanyakan pusat mengundi sudah bertambah baik, barisan beratur di sejumlah pusat mengundi masih panjang.

Apabila undi ditutup, 95.63 peratus pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka membabitkan 2,535,565 orang.

''Jumlah ini kurang sedikit daripada yang dilaporkan pada 8.00 malam, yang berdasarkan anggaran diterima dari 1,100 pusat mengundi," kata ELD.

Orang ramai mula keluar mengundi pada 8 pagi dengan tempoh khas diperuntukkan bagi pengundi berusia 65 tahun dan ke atas di kebanyakan pusat mengundi.

Barisan beratur yang panjang berlaku di beberapa pusat mengundi pada sebelah pagi dengan warga emas dalam barisan diberi kerusi untuk duduk sambil menunggu.

ELD meminta maaf kepada pengundi pada petang Jumaat dan menyatakan pihaknya menghentikan keperluan memakai sarung tangan pakai buang di pusat mengundi, kerana ia menyebabkan masa menunggu yang lama.

Semasa berucap di sidang media PAP selepas keputusan diumumkan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata keputusan yang diterima PAP menunjukkan mandat yang jelas untuk parti itu.

Bagaimanapun, katanya peratusan undi popular "tidak setinggi seperti yang saya harapkan".

"Pun begitu, keputusan tersebut menunjukkan sokongan meluas bagi PAP," tambahnya.

Beliau juga menyuarakan kekecewaannya atas kehilangan GRC Sengkang, yang bererti juga kehilangan ketua NTUC, Encik Ng Chee Meng, yang memimpin pasukan di sana.

Pasukan di Sengkang juga termasuk Dr Lam Pin Min, Encik Amrin Amin, serta muka baru, Raymond Lye.

GRC dengan empat anggota itu dibentuk pada Mac selepas jawatankuasa semakan kawasan undi menetapkan sempadan kawasan undi baru bagi Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

GRC itu mempunyai 120,166 penduduk yang layak mengundi dan merangkumi bekas kerusi SMC Sengkang West dan SMC Punggol East serta kawasan undi Sengkang Central yang dikeluarkan daripada GRC Pasir Ris-Punggol.

Encik Lee juga berkata beliau telah menghubungi ketua Parti Pekerja Pritam Singh untuk mengucapkan tahniah atas prestasi partinya, sambil menambah bahawa beliau memberitahu Encik Singh bahawa dengan 10 AP, beliau harus dilantik sebagai ketua pembangkang dan ada kakitangan diberikan kepadanya.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang juga hadir semasa sidang media itu, berkata tugasan untuk menyelamatkan dan melindungi pekerjaan harus diteruskan dan beliau berharap untuk bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mencapai hasil positif bagi Singapura.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp


Hibur Hibur Sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails