Saturday, July 18, 2020

Kesian, Kepalanya Sudah Penyet, Tinggal Sisa Ekornya 'terkodek-kokdek'..


Dipenjara hina Nabi, Islam dan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad, agama Islam dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Facebook tahun lepas.


Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan penjara untuk pertuduhan kedua ke atas Danny Antoni, 29, serta memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 6 Mac 2019. 
Dalam penghakimannya, Edwin berkata jenayah menghina agama seseorang dilakukan bukan sahaja terhadap individu yang disasarkan tetapi juga ke atas nilai dan fungsi yang diwakili agama tersebut.
“Persoalan dalam setiap kes ialah sama ada perkataan yang digunakan adalah dalam bentuk yang boleh menimbulkan kejahatan substantif, yang mana badan perundangan telah menggubal undang-undang untuk mencegahnya.   
“Walaupun kebebasan bersuara membenarkan kebebasan mengkritik, hak ini tidak membenarkan individu untuk menghina.
“Undang-undang melindungi kebebasan beragama menerusi penggubalan atau pengukuhan kerangka kerja nasional dan perundangan bagi mencegah cercaan terhadap agama dan melabel kumpulan-kumpulan agama dengan stereotaip negatif,” katanya.
 
Edwin menambah agama merupakan sesuatu yang peribadi serta mempunyai tempat istimewa bagi penganutnya, dan tidak dapat dinafikan dalam kes itu bahawa hantaran tidak sesuai, tidak bertanggungjawab.
Serta bersifat provokatif berdasarkan kaum dan agama yang dibuat tertuduh telah melanggar parameter kebebasan bersuara diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan apatah lagi hantaran itu boleh membakar sentimen terhadap agama Islam, katanya.
“Apabila dilihat secara objektif, seseorang itu dapat merumuskan kata-kata atau hantaran sedemikian bukanlah sebahagian daripada penjelasan mana-mana idea dan mempunyai nilai sosial yang sangat rendah.
“Apa juga manfaat daripada paparan itu tidak sebesar kepentingan, ketenteraman dan keamanan masyarakat. Kata-kata yang dikeluarkan itu menyebabkan kerosakan dan boleh menggugat keamanan,” katanya.
Danny dituduh menggunakan akaun Facebook atas nama Danny A’antonio Jr untuk memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad dan Islam yang boleh menggugat keharmonian di antara umat Islam dan bukan Islam pada 1:21 pagi, 9 Januari 2019.
Mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.
Dia juga dituduh melakukan kesalahan sama terhadap Abdul Hadi di tempat, tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Kedua-dua hantaran tersebut dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 4 Mac 2019. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang patut diajar sedikit puak-puak yang biadap terhadap Islam, agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan) ini. Kepala atau bosnya sudah penyet macam cicak terapit pintu, tak boleh buat apa lagi. Yang tinggal hanya bunyi bising ekornya 'terkodek-kodek' menunjukkan 'barua'nya seolah-oleh masih ada sisa lagi.

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.

Yusuf Subhan | Sayyidah Aisyah Istri Rasulullah (COVER) lirik baru arahan Buya Yahya


MasyaAllah.. Merdunya Bacaan Quran Santri Asli Papua




Halal Living - Belajar Dengan Anak-Anak Asal Papua di Pondok Pesantren Nu Wuur


Aku Papua - Edo Kondologit

ALH Channe

Cari titik persefahaman, k'jaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli

Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu. - Gambar Facebook

MARANG: Kerajaan bersedia mengadakan pertemuan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.

Menurut Zulkifli, banyak surat telah diterima meminta untuk diadakan pertemuan dan pihaknya bersedia untuk mengadakannya dalam masa terdekat.

“Isu transgender ini dan juga saya telah mengadakan lawatan ke program yang dikolaborasikan oleh pihak JAKIM, JAWI untuk sama-sama membuat dialog perbincangan dengan rakan-rakan kita, transgender sahabat-sahabat kita ini.

“Ia untuk memberi sebuah pemahaman berkenaan dengan isu yang mungkin mereka boleh lontarkan dan boleh bincangkan satu-persatu. Jadi usaha ke arah itu kita akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Musa'adah COVID-19 di Marang pada Sabtu.


Sebelum ini Zulkifli memberi kebenaran kepada kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan itu sekiranya perlu.

Tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih kepada pendekatan "tarbiah". (AA)


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...

Jika 'Tak Berjaya' Didik Generasi Sekarang dengan hiburan...

Seni vs hiburan

HALAMAN HIBURAN
Nurflix penstriman patuh Syariah dilancarkan

KUALA LUMPUR: Saluran laman penstriman patuh Syariah pertama di Malaysia, Nurflix dilancarkan hari ini sebagai satu lagi medium tambahan dalam usaha merancakkan kegiatan dakwah berskala besar melalui internet.


Majlis pelancarannya disempurnakan oleh pendakwah terkenal Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid selaku penasihat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, dan majlis disiarkan secara langsung menerusi akaun facebook saluran berkenaan, Nurflix.tv.
Habib Ali dalam satu hantaran di Facebook berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri awal bulan ini bagi mendapatkan pandangan dan nasihat menteri mengenai projek saluran penstriman berkonsep dakwah itu.
“Alhamdulillah saya dan rakan-rakan yang hadir telah mendengar pandangan dan nasihat yang bermakna dari Menteri. Jika kita tak berjaya didik generasi yang ada sekarang dengan hiburan patuh syariah, sekurang-kurangnya generasi yang kemudian insya-Allah akan terdidik,” katanya.
Sementara itu, Zulkifli menerusi akaun rasmi berbahasa Arab miliknya turut mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha berkenaan dan mengharapkan ia menjadi satu lagi pemangkin gerakan dakwah dalam arus digital. – BERNAMA


Hibur Hibur Sikit

'Panggung wayang pandu masuk'. Projek Untuk Rakyat Miskin?

Pengunjung menonton panggung wayang di dalam kereta secara pandu masuk pertama di negara ini yang dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. - Foto BERNAMA
Pengunjung menonton panggung wayang di dalam kereta secara pandu masuk pertama di negara ini yang dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. - Foto BERNAMA
HALAMAN HIBURAN
Perak lancar panggung wayang pandu masuk pertama di Malaysia


IPOH: Perak menjadi negeri pertama di negara ini melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, di sini bermula hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ia terletak di Downtown Meru mempunyai kapasiti boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa itu adalah inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

"Saya memperoleh ilham untuk mewujudkan panggung wayang pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial.
"Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Casuarina Sini-Drive, malam ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) melancarkan panggung wayang pandu masuk pertama di negara ini dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (kiri). - Foto BERNAMA Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) melancarkan panggung wayang pandu masuk pertama di negara ini dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (kiri). - Foto BERNAMA
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif PCB Zainal Iskandar Ismail.
Sementara itu, Zainal Iskandar berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.
Beliau berkata, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula jam 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6x18 meter itu setiap hari kecuali Isnin bermula esok (18 Julai).
"Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.
"Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan," katanya. – BERNAMA
Perak lancar panggung wayang pandu masuk pertama di Malaysia (Video)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah projek ini untuk rakyat miskin?

Hagia Sophia dibuka untuk semua. Hebatnya Islam!

HAGIA Sophia di Istanbul.- Foto/AFP
HAGIA Sophia di Istanbul.- Foto/AFP


ANKARA: Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin, semalam menjelaskan masjid ikonik, Hagia Sophia akan dibuka untuk semua dan mozek bersejarahnya yang berusia lebih 500 tahun dikekalkan.
Beliau memberitahu CNN, mozek berkenaan adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Turki.
"Kami akan membuat beberapa penyusunan semula bagi memastikan ketika masyarakat Muslim solat, mozek berkenaan akan ditutup dan tidak disentuh," katanya.
Kalin turut menekankan, masjid itu dibuka bagi semua masyarakat termasuk Islam, Kristian, Buddha dan golongan atheis.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan Turki turut menjemput termasuk paderi yang masih bersedih selepas bangunan itu kembali dibuka sebagai masjid.
Katanya, penganut agama minoriti di Turki mendapat hak sama rata sebagaimana rakyat lain.
Sehubungan itu, katanya, reaksi mengenai penukaran Hagia Sophia dari sebuah muzium kepada masjid adalah berdasarkan andaian dan sifat prejudis sedangkan Turki memberikan kebebasan dalam soal agama.
Hagia Sophia kali pertama dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam tetapi diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada tahun 1453.-AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Hagia Sophia dibuka untuk semua'.. Begitu hebatnya Islam, ertinya Islam untuk semua, bukan untuk bangsa-bangsa tertentu sahaja.

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed

H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed

Best Arabic Nasheed in Turkey 2020


Turkish Nasheed


Nasheed Ya Adheeman - Ahmed Bukhatir نشيد يا عظيما - أحمد بوخاطر 

Mufti larang mereka yang layak ambil daging di masjid...

Mufti Melaka menetapkan syarat bahawa daging korban tidak boleh diagihkan kepada penerima di masjid atau tempat penyembelihan, sebaliknya harus dihantar ke rumah penerima. - Foto Hassan Omar
Mufti Melaka menetapkan syarat bahawa daging korban tidak boleh diagihkan kepada penerima di masjid atau tempat penyembelihan, sebaliknya harus dihantar ke rumah penerima. - Foto Hassan Omar


MELAKA: Jabatan Mufti Melaka melarang mereka yang layak menerima daging korban mengambil daging di masjid atau rumah penyembelihan haiwan korban.
Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan petugas penyembelihan dikehendaki menghantar daging ke rumah penerima sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu bagi mengelak penularan COVID-19.

Sehubungan itu, pengagihan kupon kepada penerima daging korban seperti yang dipraktikkan sebelum ini dimansuhkan, sebaliknya AJK masjid dan petugas di rumah penyembelihan harus memikul tanggungjawab mengagihkan daging secara terus ke rumah penerima, terutama fakir miskin.
Dalam kenyataannya di sini hari ini, jabatan itu berkata, aktiviti menyembelih, melapah dan memotong daging serta tulang haiwan harus mengutamakan aspek penjarakan sosial dan mengelak daripada dilakukan di lokasi sempit.
"Penganjur harus memastikan bilangan petugas sesuai dengan haiwan korban bagi memelihara kebajikan haiwan ketika dikorbankan dan penyembelihan serta agihan daging harus mematuhi panduan syarak dan matlamat korban," kata kenyataan itu.
Jabatan itu berkata, penyembelihan haiwan korban sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh dibuat di masjid dan surau serta kawasan persendirian dengan syarat mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia juga harus memperoleh kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), selain sudah dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
Selain itu, penyembelihan juga boleh dilakukan di Rumah Sembelihan (Abatoir) DVS Jasin dan Kompleks Abatoir Alor Gajah.
Penyembelihan juga dibenarkan dibuat di Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan DVS di Bukit Tembakau, Umbai dan Sungai Putat, Batu Berendam, di sini.
Bilangan petugas yang dibenarkan hadir ketika penyembelihan lembu dan kerbau hanyalah 10 orang manakala untuk kambing hanya empat orang bagi memastikan jarak sosial sentiasa dipatuhi, selain mengelakkan kehadiran terlalu ramai orang di tempat penyembelihan.
Petugas harus dipastikan sihat, tiada gejala wabak COVID-19, bukan penghidap penyakit kronik, bukan kanak-kanak bawah 12 tahun dan bukan orang sedang dalam siasatan (PUI) serta bukan orang sedang dalam pengawasan (PUS) berkaitan wabak berkenaan. (BH)
Hibur Hibur Sikit

Keharmonian Kaum Bersama PAS..


KP PAS ziarah keluarga mendiang Yougan


IPOH: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khiruddin menziarahi keluarga Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Perak, mendiang Yougan Mahalingam di Tambun, di sini semalam.
Beliau yang diiringi Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait, dalam ucapannya menzahirkan rasa dukacita dan penuh simpati kepada seluruh keluarga mendiang di atas kehilangan anak, abang serta sahabat tercinta.
“With deepest condolences, saya ucapkan buat seluruh keluarga mendiang Yougan. Saya faham, kita semua di sini merasai kesedihan kehilangan beliau. Malah, mendiang adalah merupakan seorang pejuang dan pendokong perjuangan PAS.
“Mendiang adalah seorang yang sangat aktif dan sangat komited berbakti kepada rakyat. Saya berharap seluruh keluarganya dan kita semua mampu bertahan dan bersabar diatas kehilangan susuk tubuh berjasa ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, jurutera muda yang berasal dari Kampung Manjoi itu turut menyatakan harapan agar PAS Perak sentiasa memberikan perhatian kebajikan kepada keluarga mendiang.
“Kita berharap PAS Perak boleh sentiasa membantu keluarga mendiang kerana sumbang bakti yang telah diberikan mendiang Yougan semasa hidupnya tiada tolok banding,” ujar Ir Khairil.
Terdahulu, keluarga mendiang turut diziarahi oleh pimpinan harian PAS Perak antaranya Pesuruhjaya, Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Perak, Razman Zakaria, Ustaz Akmal Kamarudin dan Ustaz Hafez Sabri serta lain-lain. – HARAKAHDAILY 18/7/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ketua Pemuda PAS Malaysia menziarah keluarga mendiang Yougan  MahalingamPemuda DHPP Negeri Perak, di Tambun, di sini semalam.
Tanda zahirnya keharmonian kaum dan agama bersama PAS, tiada perkauman. Al-hamdulillah!
Hibur Hibur Sikit

Apa Agenda Zuraidah Masih Mahu Meneruskan Pilihanraya PBT



Ketika UMNO dan PAS bermati-matian mempetahankan ahli politik dari PPBM dan PKR, sama ada dalam media sosial mahu pun di dalam Dewan Rakyat, yang dituduh oleh Pakatan Harapan sebagai pengkhianat kerana meninggalkan parti masing-masing dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional, ada antara ahli politik dari PKR dan PPBM yang seolah-olah tidak berterima kasih, malah terus-terusan membawa agenda politik Pakatan Harapan.

Sebelum ini. menteri dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latif, dari PPBM menimbulkan kemarahan pemimpin dan orang UMNO bila mengatakan bahawa UMNO sudah tidak laku (BACA DI SINI).

Sedangkan dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil kebelakangan ini menyaksikan bagaimana Muafakat Nasional, di mana UMNO dan PAS adalah parti tunggak di dalamnya menumbangkan calon dari Pakatan Harapan, sama ada dari DAP, PPBM, PKR atau pun Warisan.

Malah di Sabah sendiri, negeri yang Abdul Latif dakwa UMNO tidak laku, calon UMNO/Muafakat Nasional menumbangkan calon dari Warisan/Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Kimanis (BACA DI SINI).


Terkini dalam sesi soal jawab di Parlimen, seorang lagi menteri di dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, dari PKR kini PPBM telah menimbulkan kemarahan UMNO dan PAS dengan memberikan janji bahawa pilihanraya PBT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan 2021.


Seperti yang kita ketahui, mantan Perdana Menteri ke 4, ke 7 dan Interim, Dr Mahathir sendiri telah menolak cadangan untuk membuat pilihanraya PBT ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan dahulu.

Jadi persoalannya, mengapakah Zuraidah masih lagi mempertahankan, malah berjanji untuk mengadakan pilihanraya PBT?

Apa itu Pilihanraya Tempatan @ Pilihanraya PBT @ Council Election dan agenda siapa sebenarnya dan mengapa ianya terus diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu?

Pilihanraya Tempatan adalah untuk memilih Ahli Majlis Mesyuarat Daerah atau Exco peringkat daerah.

Selepas terpilih dalam Pilihanraya Tempatan, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah ini yang sebelumnya dilantik oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar, akan mempunyai kuasa mutlak untuk meminda, memansuh serta menguatkuasakan undang-undang dan membatal atau meluluskan projek pembangunan yang dirasakan perlu tanpa ada campurtangan Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat.

Dalam artikata lain, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah mempunyai kuasa autonomi untuk daerah masing-masing.

Dari permukaannya, pemerintahan autonomi yang diturunkan kepada Ahli Majlis Daerah adalahiti baik kerana ia akan memudahkan pentadbiran di peringkat masing-masing dan mengurangkan karenah birokrasi di peringkat negeri dan pusat.

Tapi dari sudut hakikatnya, ia akan mendatangkan impak yang sangat besar.

Dari sudut taburan penduduk, majoriti masyarakat Melayu dan India berada di luar bandar, sama ada bandar kecil mahu pun bandar besar yang bertaraf bandaraya.

Yang mendominasi bandar dan bandaraya ialah masyarakat Cina.



Sekiranya berlaku Pilihanraya Tempatan, sudah pasti Ahli Majlis Daerah akan didominasi oleh masyarakat Cina.

Dan mereka mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran di peringkat daerah masing-masing.

Ianya ibarat menyerahkan semua PBT yang ada dalam Malaysia kepada masyarakat Cina untuk ditadbirkan, maka apa yang akan terjadi ketika itu, (BACA DI SINI).



Sebenarnya, yang beriya-iya sangat untuk mengadakan Pilhanraya Tempatan ialah DAP (BACA DI SINI).
DAP mempunyai agenda tersembunyi dan hanya menggunakan alasan melicinkan pentadbiran peringkat daerah untuk mendesak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya tempatan.

Dan kini, Zuraidah sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersungguh-sungguh mendokongnya dengan mengenepikan pendirian UMNO, PAS dan GPS.

Mengapa?

Adakah kerana Zuraidah masih lagi setia pada Pakatan Harapan terutamanya DAP atau Zuraidah takut ditolak oleh pengundi Cina di Ampang dalam PRU 15 nanti?



Hibur Hibur Sikit

Muhyiddin harus mengatasi Menteri Agama di JPM? Mengapa, Sila jelaskan?


38 Sebab Kenapa Muhyiddin MESTI Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah TH7/17/2020 |Di samping membantu masyarakat Islam menunaikan fardu haji, antara tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi masyarakat Melayu Islam dengan menambah pegangan ekuiti masyarakat Melayu Islam dalam kek ekonomi negara (BACA DI SINI).

Tabung Haji ditubuhkan hasil dari kertas kerja 'Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal Bakal Haji' yang dibentangkan oleh Al Marhum Profesor Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji, TH telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan berkembang dengan cukup pesat.

Namun selepas pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018, kesemua Lembaga Pengarah TH yang dilantik oleh Pakatan Harapan telah hampir berjaya menghancurkan dan menyebabkan prestasi TH merudum dengan begitu teruk.

Mesti ramai yang masih ingat lagi, akibat prestasi perniagaan yang merudum ini, pada tahun kewangan 2018, TH telah mencatatkan sejarah yang cukup buruk apabila hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1.25% kepada penyimpan Tabung Haji, kadar terendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lantikan Politik Dalam Barisan Ahli Lembaga Pengarah Telah Menghancurkan TH




Kronisma dan Dr Mahathir adalah ibarat saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.
Di dalam Lembaga Pengarah TH, Dr Mahathir mempunyai 3 orang wakil, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, Datuk Akhbar Samon dan Datuk Ahamed Basheer Mohd Hussain.

Dikatakan Basheer adalah anak angkat Dr Mahathir dan dia telah banyak campur tangan dalam urusan anak-anak syarikat TH (BACA DI SINI).

Berstatuskan anak angkat Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, apakah ada yang mampu menentang semua keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh Basheer, walau pun keputusan itu ternyata akan merugikan TH.

Anggota sembilan orang Lembaga Pengarah TH diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof yang merupakan bekas Pengerusi Malaysia Airlines.

Bukan lagi rahsia bahawa bekas Banker ini adalah orang Tun Daim Zainuddin dan  dilantik atas permintaan 'Council of Emminent Persons' (CEP), di mana Dr Zeti Akhtar Aziz adalah salah seorang anggota.

Bekas Banker ini memainkan peranan penting dalam penjualan aset TH secara besar-besaran dan atas arahan Daim, operasi niaga TH dilumpuhkan secara sistematik dengan menghentikan sepenuhnya semua kegiatan pelaburan.

Mohd Nor bertanggungjawab mereka naratif penipuan dan fitnah yang ditulis untuk Pakatan Harapan dan digunakan terhadap pentadbiran Barisan Nasional yang lepas dan pengurusan TH sebelum ini.

Dia menimbulkan suasana takut sehingga menyebabkan fenomena 'bank run' yang mana penyimpan menarik keluar simpanan dari TH dan ini menguntungkan Bank Islam yang mendapat manafaat dari aliran simpanan dari TH.

Untuk melindungi diri mereka dan salahlaku yang di lakukan di masa depan, Mohd Nor tidak letak balik anggota pengurusan yang ditangguh perkhidmatan tetapi sebaliknya membawa masuk pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines untuk mengepalai urusan kewangan di TH.

Setelah puluhan tahun, Mohd Nor gagal memulihkan operasi Malaysia Airlines, adakah dia mengharapkan pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines dapat menyelesaikan masalah kewangan TH akibat salahurus dan salahlaku Lembaga Pengarah dan pengurusan yang ada persekongkolan jahat dengan Bank Negara Malaysia?

Orang yang berperanan untuk menjadikan kakitangan BIMB menguasai semua peringkat TH dan walaupun tidak pengalaman dengan Operasi Haji, bertegas menghantar mereka untuk bertugas ke Mekah untuk Haji beberapa tahun kebelakangan adalah bekas Pengarah Bank Islam dan Pengarah TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Zaiton dianggap sebagai tali barut kepada Lim Guan Eng untuk membantu hasrat DAP menghancurkan TH. 

Tali barut adalah istilah yang sering diguna untuk menggambarkan pembelot yang bersekongkol dengan musuh komunis sehingga mengakibatkan kekejaman dan kematian terhadap orang-orang Melayu semasa Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu setelah berakhirnya Perang Dunia II.

Atas jasanya, Zaiton dilantik Guan Eng menjadi Pengerusi Bank Pembangunan dengan pakej imbuhan RM800,0000 setahun.

Daripada memulihkan Bank, seperti biasa, dia hanya sibuk dengan politik organisasi. Mencatur orang dan mencari salah secara besar-besaran serta membuta tuli mempersalahan ahli-ahli pengurusan bank seperti yang dilakukannya di Bank Islam dan TH. 

Majalah perniagaan The Edge berulang kali menulis tentang kegagalannya untuk memulihkan di Bank. Sebarang pencapaian yang dikatakan Zaiton dicapai pastinya hanya perhiasan luar sahaja. Tengku Zafrol, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, harus memecatnya dari bank!

Bersama dengan Mohd Nor, Zaiton memainkan peranan utama dalam mereka-reka pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional dan  penjualan aset TH yang murah. Dan, dia secara peribadi bertanggungjawab di atas kerugian RM50 juta yang ditanggung TH kerana melanggan bon yang dikeluarkan oleh syarikat rakannya ketika berkhidmat di Maybank, Offshore Works Sdn Bhd.

Firma kepunyaannya berperanan sebagai konsultan dalam penerbitan bon. Sebagai anggota Lembaga Pengarah Bank Islam, jelas sekali terdapat konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa. 

Tetapi Bank Negara seolah-olah melindunginya.

Zaiton berperanan untuk memberhentikan kerjasama antara TH dan Sultan Pahang dalam sektor perladangan. Dia dipercayai memberikan maklumat yang salah untuk diterbitkan oleh Sarawak Report. 

Ini telah mencemarkan nama baik DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Dia berbohong, memfitnah dan dengan kejam mengenakan enam pengurusan tertinggi TH dengan tuduhan palsu dalam laporan polis TH dengan niat untuk menggantikannya.

Polis mendapati tiada salahlaku yang dilakukan oleh mereka untuk dijadikan sebarang pertuduhan jenayah dan kesemua mereka ini belum lagi dikembalikan ke jawatan asal mereka sebelum ini.

Dalam satu persekongkolan dengan Bank Negara, khususnya dengan mantan Gabenor BNM, Dr Zeti Akhtar Aziz, dan Gabenor yang ada, Dato Nor Shamsiah, Zaiton, bekas CEO Dato Zukri dan disokong dari luar oleh CEO semasa Dato Nik Hasyudeen, mereka membuat tuduhan palsu berlaku manipulasi akaun, hibah yang tidak wajar dan pelanggaran piawaian perakaunan dan Akta Tabung Haji oleh pihak pengurusan sebelum ini.

Hingga hari ini, pengurusan semasa masih belum mendapat pengesahan untuk akaun 2018 sebagai telah memenuhi piawaian perakaunan yang dikehendaki dan diluluskan oleh Ketua Audit Negara sebagai mematuhi undang-undang mentadbir TH.

Ketika itu, orang ramai telah ditipu permainan media massa oleh pembangkang dan pensimpati pembangkang yang menimbulkan persepsi bahawa terdapat salah laku besar berlaku di TH.

Bekas Pengerusi, Dato Azeez Rahim dan bekas CEO, Tan Sri Ismee Ismail yang disasarkan secara politik masih belum dikenakan sebarang tindakan atas sebarang kesalahan. Bahkan tidak ada perintah reman oleh polis atau SPRM.

Hingga hari ini, semua pembohongan palsu Zaiton TIDAK terbukti benar. Kesemua tuduhan beliau haya pembohongan belaka!!!

Selepas peletakan jawatan oleh Dato Zukri, dia digantikan oleh rakan dalam sebuah firma audit, Datuk Nik Hasyudeen. Nik adalah ahli parti Amanah yang terkenal dan mempunyai kaitan hubungan dengan kumpulan aktivis Islam yang membawa agenda anti-Islam, IKRAM.

Dia melaksanakan agenda Zaiton untuk memangkas peranan TH menjadi lebih kecil dengan memotong subsidi Haji dan meningkatkan kos haji ke tahap yang tidak termampu oleh orang biasa. Dia juga meluluskan penutupan16 cawangan TH di seluruh negara.

Zaiton dan BNM pernah menuduh pengurusan lepas TH melakukan salah laku membayar hibah di luar kemampuan kewangan. Di bawah Nik, dia dipercayai melakukan salah laku sama baru-baru ini.

Nik juga menggunakan wang dari sumber yang 'haram' untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan semasa wabak Corona Covid 19 baru-baru ini.

Dia dipercayai bekerjasama dengan Zaiton untuk mencemarkan nama baik SPB YDP Agong. Sebelum bergabung dengan TH, Nik lantang menyerang pengurusan dan Lembaga Pengarah sebelum ini, dan secara terbuka menyokong Zaiton di dalam Facebook kepunyaannya. 

Hari ini dia mengelak dari untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya di Facebook atas amalan tidak sesuai yang sedang berlaku.

Kesalahannya diketahui ramai dalam TH. 

Dia cuba menutup dengan meluangkan banyak masa untuk berkhutbah dan memutar ayat-ayat Al-Quran untuk memberi inspirasi, tetapi sebenarnya dia bersalah kerana sengaja melanggar undang-undang yang dituduh terhadap pihak pengurusan sebelumnya!!!

Wakil yang dilantik Mujahid adalah Prof Dr Ashraf Md Dia berperanan untuk mengubah asas akaun simpanan TH dari Wadiah Yad-Dhamanah menjadi Wakalah sebagai langkah untuk menghapus jaminankepada akaun simpanan.

Wakil Azmin Ali adalah Datuk Noordin Sulaiman dan dia adalah anggota anggota BOD yang lemah dan mengecewakan. Dia hanya mengikuti pandangan ahli Lembaga Pengarah yang lain dan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bermotifkan politik.

Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Lembaga Pengarah (BOD) Tabung Haji (TH) akan tamat dalam masa terdekat.

Sekiranya Muhyiddin Yassin berhasrat untuk kekal sebagai Perdana Menteri, dia harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan PM yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam dan memecat seluruh Lembaga Pengarah yang berniat jahat, terutamanya Dato Zaiton binti Hassan.

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan tujuan untuk menyiasat dan mendakwa semua pesalah laku di mahkamah atas kesalahan jenayah.

Masyarakat Melayu Islam terutamanya pendeposit TH berhak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada TH ketika Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan.

Mereka telah melakukan manipulasi, membuat kepalsuan dan fitnah yang bertujuan untuk memperkecilkan operasi TH untuk menjadi hanya ejen pelancongan dan pengambilan deposit, dan kakitangan-kakitangan TH menjadi jurujual produk Bank Islam!!!

Muhyiddin harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri.

Zulkifli Mohamad al Bakri yang berfahaman Wahabi harus diberi amaran keras oleh Muhyiddin agar tidak mengganggu dan bersuamuka dengan Lembaga Pengarah TH untuk memutihkan imej jahat mereka.

Pada masa lalu dan masih dilakukan sekarang, Dr Zul sering memberi perlindungan kepada pesalah agama, penyeleweng akidah, dan gerakan anti-Islam dan mengganggu siasatan melalui tindakan bersuamuka dengan pesalahlaku-pesalahlaku agama ini.

Tindakannya hanya menyusahkan untuk sebarang tindakan diambil dan mereka boleh meneruskan kegiatan subversif menentang amalan dan institusi Islam yang ada.

Pilihan Muhyiddin sekarang ialah ambil tindakan segera terhadap BOD TH atau hadapi kemarahan rakyat pada PRU 15 nanti.

In Sya Allah besok, laman blog ini akan memperincikan apa yang telah dilakukan oleh BOD TH lantikan politik yang ada sekarang dalam menjahanamkan TH.
Kredit:
Blog Another Brick In Wall

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muhyiddin harus mengatasi Menteri Agama di JPM? Mengapa?

Sila jelaskan..
  • Muhyiddin harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri.
  • Zulkifli Mohamad al Bakri yang berfahaman Wahabi harus diberi amaran keras oleh Muhyiddin agar tidak mengganggu dan bersuamuka dengan Lembaga Pengarah TH untuk memutihkan imej jahat mereka.
  • Pada masa lalu dan masih dilakukan sekarang, Dr Zul sering memberi perlindungan kepada pesalah agama, penyeleweng akidah, dan gerakan anti-Islam dan mengganggu siasatan melalui tindakan bersuamuka dengan pesalahlaku-pesalahlaku agama ini.
  • Tindakannya hanya menyusahkan untuk sebarang tindakan diambil dan mereka boleh meneruskan kegiatan subversif menentang amalan dan institusi Islam yang ada.
  • Pilihan Muhyiddin sekarang ialah ambil tindakan segera terhadap BOD TH atau hadapi kemarahan rakyat pada PRU 15 nanti.
Sila jelaskan,.

Hibur Hibur Sikit