Saturday, July 25, 2020

TH: Silap siapa? Samakah Dengan Forex/Mahathir 90an?



APABILA PH mengambil alih kerajaan pada tahun Mei 2018, antara perkara yang ditimbulkan mereka ialah keadaan Tabung Haji yang dikatakan sakit. 
Menteri Agama ketika itu mula menunjukkan data-data yang dikatakan sebagai penyelewengan oleh pemegang amanah yang terdahulu iaitu BN. Penerangan demi penerangan disebarkan sebagai usaha memahamkan keadaan kewangan TH kepada rakyat.
Tidak terhenti setakat itu, gaji-gaji Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji diuar-uarkan ke seluruh pelusuk alam dengan jumlah yang menjatuhkan rahang, membeliakkan mata manusia yang mendengarnya. Terdapat kalangan rakyat yang dengan pantas menyatakan bahawa gaji-gaji itu tidak sepatutnya berjumlah demikian. Apatah lagi bukan keuntungan TH yang mereka diberikan, tetapi kerugian.
Seterusnya tajuk ini dimainkan oleh orkestra pimpinan PH. Sungguh merdu lagunya. Malah sebelum PH menang itu juga, TH telah dituduh dan diadakan kempen mengeluarkan wang simpanan. Cuma agak pelik kerana ketua kempennya itu, tidak pula mengeluarkan wangnya dari TH. Tidak sedikit rakyat yang tertipu waktu itu. Agak berhasil propaganda ini.
Sehinggakan mantan Pengerusi TH, telah dikenakan tahanan reman oleh SPRM atas alasan siasatan penyelewengan. Dan memeningkan rakyat, walau setelah dua tahun berlalu, tiada dakwaan dikenakan terhadap beliau oleh Kerajaan PH yang mendakwa ada berlaku penyelewengan oleh beliau.
Ketika masih memegang kuasa, PH kemudiannya dituduh menjual aset TH kepada bukan-Islam. Amat menghiris perasaan seluruh umat Islam di Malaysia, hatta jika mereka tidak menyimpan langsung di TH, apabila dimainkan isu harta orang Islam diambil oleh bukan-Islam pun, akan terasa. Sama sahaja dengan misalnya masjid hendak diroboh, walaupun tidak pernah ke masjid atau solat, tetapi sentimen sebagai orang Islam cukup perit dan ingin bertindak jika masjid mahu diroboh.
Berapa ramai yang benar-benar marah dengan tindakan PH yang memperlakukan aset umat Islam sehingga sebegitu dahsyat? Dan akhirnya kebencian membuak-buak, tidak boleh ditahan lagi. PH sudah tidak dianggap sebagai kerajaan yang mahu mempertahankan Islam oleh majoriti rakyat Malaysia. Sentimen itu berjaya dimainkan.
Takdir Allah, PH dijatuhkan oleh Tun Mahathir sendiri. Kini isu TH dijalankan di bawah tanggungjawab PN pula, terutamanya dari BN. Maka keluarlah segala bentuk penyataan bagi mengatakan bahawa Kerajaan BN dahulu adalah betul dan PH sengaja memberikan kekaburan dalam penerangan mereka bagi membodohkan rakyat. Termasuklah isu berkenaan ketiadaan laporan kewangan selama dua tahun PH memerintah.
PH pula bangun mempertahankan apa yang didakwa kebenaran oleh mereka sehinggakan jawapan dari Perdana Menteri telah disebarkan bagi menjadi perisai kepada PH, yang aset TH tidak diserahkan kepada bukan-Islam. Bangun pula bekas Pengerusi TH, Ahli Parlimen Baling mempertahankan dirinya. Tun Mahathir meminta laluan, namun tidak dipenuhi sehinggakan Maszlee cuba memberikan ruang beliau bertanya kepada Tun agar YB Azeez berperang dengan Tun.
Timbalan Menteri Agama PN pula memberikan penerangan berkenaan berberapa perkara yang dikatakan sebagai tindakan yang tidak betul oleh PH dahulu. Ia disangkal kembali oleh Mujahid walaupun dengan keadaan yang dipersoalkan oleh orang ramai yang menonton perdebatan itu. Terbongkar juga berkenaan harga tanah ladang yang dijual kepada syarikat bukan Islam dengan harga RM4,500 sehektar.
Kesemua data, dakwaan, serangan, pertahan diri antara kedua-dua belah pihak berkaitan TH ini dilihat tiada sebarang keputusan yang tuntas yang akan membawa kepada kebaikan untuk rakyat Malaysia. Ianya berlegar dengan persekitaran di kawasan yang kelabu, tidak jelas mana satu yang betul. Tuduh menuduh seperti tiada berkesudahan oleh mereka yang berkuasa.
Mengambil contoh Terengganu, ketika mula mendapat negeri dalam PRU14 lalu, suatu sikap yang jelas diambil ialah tidak mahu menyalahkan kerajaan terdahulu demi untuk meneruskan agenda melindungi rakyat. Sikap terpuji ini dapat dilihat hasilnya setelah beberapa lama kemudian, PAS dan Umno di Terengganu tidak lagi meneruskan pergaduhan lama mereka, kecuali beberapa kerat golongan yang tidak reti bersyukur yang masih ada dalam Umno, yang tetap mahukan perbalahan diteruskan.
Isu TH ini jika benar mahu diteruskan sebagai isu penyelewengan harta rakyat, perlulah ia sehingga ke mahkamah untuk ditangkap segala peringkat penyamun dan pencuri itu. Biarlah mahkamah yang menghukumnya. Tunjukkan kepada semua iaitu amanah rakyat telah dipecahkan. Biarlah ia menjadi catatan hitam agar dijadikan sempadan oleh golongan akan datang.
Tetapi jika isu TH ini hanya berlegar untuk membelasah sesama sendiri tanpa apa-apa tindakan, ianya akan menjadi isu yang tidak berkesudahan. Rakyat diperbodohkan dengan perbalahan-perbalahan ini yang mana mereka ahli-ahli politik kemudiannya berjumpa di kafe Parlimen bersalam, tersenyum, makan dan minum bersama, sedangkan dalam masa yang sama meninggalkan rakyat dengan luka yang dalam. Isu TH ini akhirnya tidak lebih sebagai ‘political mileage’ bagi PH dan PN.
Jika tidak mahu mendakwa, lupakan sahaja isu TH ini. Dan jika mahu mendakwa, dakwalah dengan seadil-adilnya kerana jika aset itu hilang kerana salah urus, ia duit rakyat. Tetapi jika aset itu hilang kerana salah strategi berniaga, maka adakah hukuman untuk itu? Rugi berniaga boleh dikenakan tindakan undang-undangkah? Ia sama seperti bodoh. Bodoh bukan kesalahan. Tetapi memperbodohkan orang itu salah.
Saya bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda Umno, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk diadakan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi isu TH ini. AJK PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor juga berpendapat perlu disegerakan siasatan agar diketahui apa yang berlaku. Sikap berdendam ini akan mengakibatkan ia tidak berkesudahan. Sudah berapa banyak fitnah yang ditelan dan dihadam oleh rakyat tanpa mereka tahu bahawa itu adalah fitnah oleh pimpinan mereka.
Dan RCI ini juga insyaAllah akan menjadi mesin basuh politik sama ada kepada PH ataupun BN. Jika PH bersalah, maka mereka mungkin tidak akan dipilih lagi oleh rakyat. Jika Kerajaan BN dahulu pula yang bersalah, maka Kerajaan PN sekarang juga akan terpalit dengan dosa lalu BN. Dan walaupun PAS langsung tidak berdosa dalam isu ini, tetapi kesannya sedikit sebanyak turut akan dirasa.
Tetapi jika kedua-duanya PH dan BN jelas ada melakukan kesalahan strategi, kedua-duanya tidak boleh dikatakan bersalah kerana ia hanya kesilapan teknikal, salah langkah berniaga. Adakah peruntukan tidak membenarkan TH menjual asetnya kepada bukan-Islam? Adakah akta yang mengatakan tidak dibenarkan TH rugi? Semua tuduh menuduh ini hanya berlegar tentang isu ini sahaja. Dan siapa yang harus bertanggungjawab menggantikan wang rakyat itu? Perlukah memanjangkan perbalahan dan polemik ini?
Ingat lagi kerugian berpuluh billion wang rakyat Malaysia dalam urusan Forex sekitar awal 90-an dahulu? Apa jadi dengan isu itu? Siapa yang didakwa? Siapa yang bersalah? Siapa yang dihukum? Jawapannya, tiada. Hanya adegan tuduh-menuduh yang tidak berkesudahan. Tetapi tetaplah wang rakyat yang hilang. Adakah isu TH ini akan berlaku hal yang serupa dengan isu Forex dahulu? Sama-sama kita tunggu.
MOHD NASIR ABDULLAH
24 Julai 2020 – HARAKAHDAILY 24/7/2020


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Indo..

Rohingya Murtad, Apa 'K'jaan U/Islam Islam M'sia' Boleh Buat?

Rohingya murtad, masuk Kristian

July 23, 2020 at 10:06 pm 3 com ian

Sesetengah pelarian Rohingya yang menetap di India sudah tukar agama, kata laporan berita hari ini dalam The Economic Times.

Mereka dilaporkan telah masuk Kristian untuk mengambil kesempatan atas kelonggoran dalam undang-undang warganegara India yang dipinda tahun lepas.
Undang-undang kontroversi tersebut kini membolehkan minoriti bukan Islam dari tiga negara jiran – Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan – untuk jadi warga India.
The Economic Times (anak syarikat The India Times) juga memetik seorang bekas Muslim yang ditemuramahnya di New Delhi sebagai berkata terdapat juga pelarian Islam yang rela masuk Kristian demi mencerahkan peluang mereka untuk diberi suaka di negara Barat.
Menerusi bantuan UNHCR, ada Rohingya yang sudah diterima oleh Kanada dan negeri-negeri Eropah.

Baca juga ‘Rohingya: Tidak dirotan; akan dibenarkan tinggal di M’sia’ — klik SINI

BAWAH: Seorang pekerja wanita Caritas (sebuah pertubuhan amal Kristian) membuat lawatan ke kem pengungsi Rohingya di Kutupalong, Bangladesh
BERITA ini diangkat dar 'Helen Ang Blog'.. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komen ini diangkat dari..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya (Ibnu Hasyim) ingin membuka sikit perbincangan mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah'. Mereka masih ramai tersadai di negara ini, bagaimana penyelesaiannya? Tidak salah kalau kita fikir-fikir sejenak secara ringkas untuk jangka pendek atau jangka panjang umat Islam...

Sebagai Muqaddimah..

Seperti yang selalu saya sebutkan, mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi.

Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara. Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW. Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu.

Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan. Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang.  Itu cara jahat penjajah-penjajah.

Apa yang boleh kita buat sekarang?

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal.

Di sekitar pasar besar Selayang contohnya, ramai pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan dimiliki oleh orang tempatan/'ansar' sedangkan pengoperasinya adalah pendatang/'penghijrah' dari negara lain. Gabungan 'ansar' dan 'muhajirin' ini amat penting diperkukuhkan, disokong oleh orang ramai, kerajaan atau NGO-NGO.

Nama buruk mereka sebagai 'pendatang haram' perlu dibersihkan kepada sebutan 'penghijrah' yang dimuliakan, seperti di zaman Rasul SAW. Sifat perkauman kenegerian, seperti yang berlaku di negara-negara bangsa di dunia kini, perlu dibuang jauh-jauh. Mereka perlu dipilih, dididik dengan penghayatan 'cara hidup Islam', walau di bumi mana mereka berada.

Saya sendiri berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya agak ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini.

Bagaimana?

Selepas revolusi di Iran 1979, yang berjaya menghambat barua-barua Amerika Syarikat dari Iran, Iran membeli daging ternakan dari Australia. Iran mahu sembelih secara 'halal' ternakan yang dibelinya sendiri. Maka berlakulah pengambilan pekerja-pekarja dari Malaysia oleh Iran untuk berkerja di Australia. Sehingga masih wujud perkampungan dan perbandaran Melayu di sana.

(Sila lihat: Orang Melayu Katanning, Australia Barat. Bagaimana...)

Sekarang pun begitu, Australia masih tidak cukup pekerja untuk menampung keperluan perladangan di negaranya. Ertinya, 'pendatang haram' masih tetap ramai di sana. Jadi, masih ada peluang untuk menguruskan pekerjaan untuk orang yang ingin berkerja di Australia. 

Jadi apa langkah seterusnya? Sehingga menuju ke'padu'an Ansar-Muhajirin seperti zaman Nabi SAW, tetapi berlaku sekarang ini?

Insya Allah, perbincangan bersambung.


Sekian. Hanya sekadar mengajak berfikir ke arah pembangunan ummah.

Blog Ini, Sebaigai Rakyat M'sia Sambut Baik Usaha PM. Lihat Ini,


Kerajaan komited teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik itu.
Perdana Menteri berkata beliau menyambut baik pengumuman penyelesaian bernilai RM16.6 bilion yang dicapai antara kerajaan dan bank pelaburan global, Goldman Sachs bagi tuntutan berhubung salah laku serta penyelewengan dana 1MDB.
Muhyiddin berkata, dengan penyelesaian itu, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion, termasuk yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian ini.
"Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini dilaporkan berkata, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan 1MDB.
Beliau berkata, jumlah penyelesaian dan wang yang sudah diterima oleh Malaysia daripada DoJ AS lebih daripada AS$4.5 bilion (RM19.14 bilion) akan dikembalikan kepada kerajaan.
Jelasnya, Goldman Sachs, atas biayanya sendiri, juga akan membantu kerajaan dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset lain yang kini berada di luar Malaysia. (BH)
Komen Weblog Ibnu HasyimBlog ini, sebaigai rakyat Malaysia sambut baik usaha PM itu. Al-hamdulillah!

Wajarkah Tok Siak Wanita Bantu Lelaki SOP Solat Jumaat?


Petugas Wanita Masjid Bantu Kaum Lelaki Susun Kasut Ikut SOP Ketika Solat Jumaat

Pastinya ramai umat Islam di seluruh Malaysia teruja apabila solat Jumaat sudah boleh dilakukan selepas hampir 4 bulan tidak dibenarkan ekoran daripada pendemik Covid-19.

Kasut terlihat kemas

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Fadhli telah memuat naik gambar keadaan perkarangan Masjid Putrajaya yang terlihat kemas apabila kasut-kasut disusun dengan mengikut SOP penjarakkan sosial.

Petugas wanita bantu lancarkan urusan

Dalam gambar tersebut, jelas terlihat bahawa terdapat petugas-petugas wanita telah menyusun kasut pengunjung dengan jarak tertentu ketika mereka sedang menunaikan Solat Jumaat.

Usaha bendung penularan

Langkah tersebut telah mendapat pujian daripada warganet yang dilihat sebagai satu kaedah yang dapat membendung penularan pendemik ini.
Sehubungan daripada itu, Mohd Fadhli mencadangkan agar masjid-masjid di Malaysia turut melakukan perkara sama dengan meminta bantuan kariah wanita dalam memastikan penjarakkan sosial dapat dilakukan agar pendemik ini dapat dibanteras.
Sumber: Mohd Fadhli

Friday, July 24, 2020

PAS cadang martabat Mahkamah Syariah



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman meminta Kerajaan Persekutuan memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah dengan menubuhkan lima hierarki bagi sistem perundangannya seperti mana Mahakamah Sivil.

Katanya, langkah mewujudkan lima lapisan hierarki Mahkamah Syariah ini wajar dijadikan langkah pertama untuk kerajaan hari ini memrtabatkan Mahkamah Syariah seperti mana yang dilakukan oleh Negeri Perak.



“Negeri Perak ketika ini merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai empat hierarki Mahkamah Syariah, negeri lain hanya mempunyai tiga hierarki sahaja. Saya berharap Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain mengikuti langkah ini bukan sahaja ada empat hierarki mahkamah syariah, tetapi lima hierarki sama seperti Mahkamah Sivil,” ujarnya.
Mengulas lanjut, menurut Ahmad Tarmizi, keanggotaan Mahkamah Syariah, iaitu hakim-hakimnya juga wajar dilantik sepertimana hakim di Mahkamah Sivil dan pelantikan hakimnya mestilah bebas dari kongkongan menjadi penjawat awam.
Hal ini kerana ia dikhuatiri menghakis kebebasan mereka membuat keputusan yang adil dan saksama.
Malah, panel Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah hendaklah dari kalangan panel yang tetap, katanya ketika berucap membahaskan Ucapan Titah Diraja di Parlimen, semalam.
Ahmad Tarmizi dalam masa sama menyifatkan PH sebelum ini telah gagal menunaikan janji mereka apabila Akta Profesion Guaman Syarie 2019 tidak berjaya diwartakan.
Kata beliau, ia boleh diumpamakan dengan hangat-hangat tahi ayam apabila akta tersebut berjaya diluluskan, namun tidak diambil tindakan seterusnya.
“Menteri ketika itu mendakwa mereka dapat menggubal akta ini tak sampai setahun berkuasa berbanding kerajaan sebelum ini mengambil masa puluhan tahun.
“Namun usaha kerajaan diterajui PH ini macam ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’ kerana selepas diluluskan sehinggalah PH tumbang akibat persengketaan dalaman sendiri, Akta tersebut tidak diwartakan lagi sehingga ke hari ini,” katanya sinis.
5 Disember 2018, Dewan Undangan Negeri Perak telah meminda Enakmen Pentadbiran bagi menubuhkan Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak yang telahpun bersidang buat pertama kali pada 15 Julai lepas.
Untuk rekod, Perak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah apabila Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudidin Shah memperkenan mewujudkan satu lagi lapisan mahkamah rayuan.- HARAKAHDAILY 24/7/2020

H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Islam.

A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens)


Yusuf Islam - Peace Train - OUTSTANDING!

Yusuf / Cat Stevens - Wild World (Live, 1971)

Berbaiah, miliki item berkait pengganas Daesh



KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan terhadap kumpulan pengganas Daesh dengan berbaiah dan memiliki item berkaitan kumpulan militan itu, tahun lepas.
Wan Amirul Azlan Jalaludin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.
Kes ini pertama kali disebut di Mahkamah Tinggi di sini selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak.
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Amirul didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dengan cara berbaiah di sebuah rumah di Perumahan Awam 3, Jalan RPA 2/3, Kampung Gajah pada 9:03 pagi, 24 Oktober 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau berniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
 
Dia juga dituduh memiliki item yang berunsur perbuatan pengganas atau berkaitan dengan kumpulan pengganas di lokasi sama pada 7:20 pagi, 6 Januari lalu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

K/Siang akui PH silap. Sepatutnya Lepaskan Jawatan..

KIT SIANG
Kit Siang akui PH lakukan kesilapan selama 22 bulan jadi kerajaan

PEMIMPIN vateran DAP, Lim Kit Siang mengakui Pakatan Harapan (PH) telah melakukan kesilapan selama 22 bulan menjadi kerajaan.
Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin pakatan itu supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut termasuk yang membabitkan kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jika mahu dapatkan kembali mandat yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lalu semua kesilapan itu tidak boleh diulangi.
“Kesilapan telah berlaku sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan kita tidak boleh mengulangi semula kesilapan-kesilapan ini jika kita berjaya mengembalikan semula mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam catatan di blognya.
Pada PRU14 9 Mei 2018, PH yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP, Bersatu dan Amanah telah berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.
Itu merupakan kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun dalam sejarah Malaysia merdeka, BN hilang kuasa sebagai kerajaan.
Bagaimanapun kerajaan PH itu hanya mampu bertahan selama 22 bulan apabila pada Mac tahun ini, Bersatu bertindak keluar daripada pakatan itu yang tercetus apabila Dr. Mahathir bertindak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri secara tiba-tiba.
Selepas itu Bersatu bertindak meninggalkan PH dan membentuk gabungan dengan BN dan Pas membentuk Pakatan Nasional lalu menubuhkan kerajaan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Sepanjang 22 bulan pemerintahan PH juga rakyat tidak berpuas hati dengan polisi-polisi yang dilaksanakan termasuk kegagalan PH menunaikan manifesto yang mereka canangkan pada kempen PRu14.
Oleh itu kata Kit Siang, kesilapan itu tidak boleh diulangi oleh PH.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga mengingatkan PH tidak boleh dibelenggu sejarah silam termasuk soal Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.
“Selesainya persoalan mengenai calon Perdana Menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh, satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.

“Namun, kita harus bersifat realistik. Dengan semua faktor ini sekalipun, tidak ada jaminan yang kita akan berjaya untuk mengembalikan semula mandat rakyat ini,” katanya. – SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kit Siang akui PH lakukan kesilapan selama 22 bulan jadi kerajaan. Mengaku saja, tapi masih berkuasa dan memegang pimpinan. Mengapa masih tidak lepaskan jawatan? Dosa perosak negara selama 22 bulan mahukah rakyat maafkan?
Junamkan mereka dalam PRU 15 ini!

Muhyiddin, pendapatan bulanan tertinggi, RM93,841.65

MUHYIDDIN dan Annuar. FOTO arkib NSTP
Muhyiddin rekod pendapatan bulanan tertinggi, Annuar Musa kedua

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.




Tempat ketiga pula adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.
Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta.
Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Diikuti Men Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi pendedahan dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu, menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan jumlah aset lebih RM20 juta.
Di tempat ketiga pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memperolehi pendapatan RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset lebih RM5 juta.
Di tangga keempat adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan pendapatan RM84,450 sebulan dan jumlah aset lebih RM20 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula pada kedudukan ke lima dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dan aset bernilai antara RM5 hingga RM8.5 juta.
Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi ( mengikut turutan keenam hingga ke-10) adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Dua lagi Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed Hashim di mana kesemua mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.48.
Sementara itu, lima ahli parlimen berpendapatan terendah adalah Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin yang memperoleh RM34,242, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memperoleh RM34,004.48, Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Anak Mongin (RM33,450), manakala Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong serta Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mas Ermieyati Samsudin masing-masing RM25,700.
Berdasarkan tinjauan di portal berkenaan mendapati pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada maklumat pendapatan bulanan diperoleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar semalam dilaporkan berkata, orang ramai boleh mula mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman sesawang mydeclaration.sprm.gov.my.
Sehingga kini, SPRM sudah menerima dan memaparkan maklumat harta membabitkan 56 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.
SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan. (MyMetro)

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Indo..

Bagus, harga turun, tapi pastikan berkualiti.. - CAP

Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat selain menurunkan harga siling pelitup muka sebanyak 30 peratus mulai 15 Ogos ini, kerajaan perlu mengambil kira beberapa faktor lain bagi memastikan langkah itu tidak memberi kesan negatif kepada pengguna.
Antara faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah pemantauan terhadap kualiti produk pelitup muka berkenaan, stok bekalan yang mencukupi dan akses bagi pembelian adalah mudah.




Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat, hari ini berkata harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya pula mengumumkan pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini. Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Orang awam memakai pelitup muka di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Kerajaan telah membuat keputusan mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah   Orang awam memakai pelitup muka di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Kerajaan telah membuat keputusan mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Mengulas isu itu, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata langkah penurunan harga itu disambut baik, tetapi kerajaan perlu memastikan stok yang mencukupi di pasaran.
"Selain itu, perlu dipastikan pelitup muka boleh didapati di kedai, bukan hanya di farmasi sahaja. Ini bagi memastikan ia tidak dikawal oleh satu pihak sahaja, pelitup muka sepatutnya perlu ada di kedai runcit," katanya.
Mohideen Abdul Kader. Foto fail NSTP /Shahnaz Fazlie Shahrizal Mohideen Abdul Kader. Foto fail NSTP /Shahnaz Fazlie Shahrizal
Selain harga, beliau turut mengingatkan mengenai pemantauan kualiti kerana ada produk dijual yang tidak menepati standard pasaran.
"Janganlah pula pelitup muka dua lapisan dijual pada harga RM1.20. Kami dapati ada pelitup muka yang dijual, kualiti dan standardnya tidak bertepatan dengan harga," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pelitup muka percuma kepada murid sekolah terutama bagi kelompok keluarga B40.
"KPM wajar memperuntukkan bekalan pelitup muka kepada semua murid setiap hari. Bayangkan, bagi satu keluarga yang ada lima orang anak bersekolah, mereka perlukan pelitup muka dalam bilangan yang banyak setiap hari. Ini pastinya membebankan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan perlu memastikan tiada pihak memanipulasi harga dengan menjual pada harga lebih tinggi kerana permintaan meningkat.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman. - Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman. - Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal
"Pengguna juga perlu memainkan peranan, ...jika dapati apa pihak menjual lebih tinggi daripada harga siling, laporkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Selain manipulasi harga, beliau turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah proaktif memeriksa kualiti pelitup muka yang dijual di pasaran.
Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah.

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Indo..

Thursday, July 23, 2020

TH: Lapor polis gagal kemuka audit tahunan




KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berkaitan kegagalan Tabung Haji (TH) dalam mengemukakan audit laporan tahunannya, hari ini.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, keterangan tersebut telah diberikan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi melaporkan salah laku dalam tadbir urus institusi dana umat Islam tersebut.
Menerusi keterangannya di dalam laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa pengurusan TH yang terdahulu gagal untuk membentangkan laporan audit institusi berkenaan bagi tahun 2018 dan 2019.
Beliau menambah, ianya merupakan satu kesalahan dan menyalahi Akta Tabung Haji (Akta 240) yang mana memperuntukkan supaya laporan audit kewangan haruslah dibentangkan kepada umum setiap tahun.
Ekoran itu, laporan tersebut bertujuan untuk tindakan serta siasatan daripada pihak polis kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan tertinggi TH yang bertanggungjawab kepada pendeposit dan Parlimen Malaysia.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Dato’ Seri Ahmad Maslan mendedahkan bahawa TH gagal mengemukakan laporan tahun yang diaudit bagi dua tahun tersebut kepada Parlimen. – HARAKAHDAILY 23/7/2020
 Mohd Zai di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas membuat laporan polis mengenai Tabung Haji.

Betapa celakanya PH dibawah kuasa M&Eng..


LAGI diangkat dari komen rakyat dalam blog ini..


Anonymous said...
LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. MoF dibawah kuasa Lim Guan Eng dan gang Tony Pua. (sebelum ini-p)

Pada masa tuntutan cukai ke atas Najib dan keluarga Najin dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman Najib jika berani) untuk mengenakan Najib dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:

“Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.”

Ini bermaksud, jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion. LHDN sila siasat anak Tun dan Lim Guan Eng pula.

Di bawah undang-undang tadi, "mahkamah tak ada kuasa" untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas Bossku untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima manakala RM632 juta adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang merupakan dana sumbangan asing yang tidak patut dikenakan cukai.

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh Guan Eng, Tony Pua dan gengnya untuk mengenakan musuhnya supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu rekayasa rakyat yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?

Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila Najib menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan nanti.

Klu cukai LHDN 1.6 billion brapa pendapatan tahunan fuyooo ratus trillion tuhhh..!! Logik kah walaun unta sekelian..!?

Klu bailout kena cukai tak..!?

Betapa celaka nya PH dibawah kuasa PM ke 7 dulu. Celaka lah sang fitnah

H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..

‪Iwan Fals - Bongkar (Live)


Iwan Fals - Tikus-Tikus Kantor (1986)


Iwan Fals - Bento (HQ)

K'jaan DAP gagal atasi isu alam sekitar PP.


K’jaan Pusat digesa tidak beri kelulusan PSR


KUALA LUMPUR: Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) bakal memberi impak negatif yang lebih besar berbanding manfaat akan didatangkan, oleh itu kelulusannya mesti dibatalkan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Kerajaan DAP ternyata gagal mengatasi banyak isu alam sekitar pada pemerintahannya di negeri itu.
Hal tersebut ujarnya, dapat dilihat dalam mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh yang semakin banyak dan kerap berlaku hingga memberi kesan ke atas kehidupan rakyatnya.
Sehubungan itu PAS Pulau Pinang telah mengemukakan memorandum bantahan dan menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak memberi dan meneruskan kelulusan yang berkaitan.
Serahan memorandum kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, juga Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, kelmarin dahulu.
Ia diwakili Setiausaha bersama Ahli Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim serta Saiful Lizan Yusoff dan Yaacob Omar secara serahan tangan ke pejabat kementerian berkenaan.
Menurut Ustaz Fauzi, PSR yang bertujuan menampung projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bukan sahaja menelan kos besar RM46 bilion, tetapi juga kesan buruk.
Impak bakal dialami
Beliau menyenaraikan antaranya akan membawa kemusnahan kekal ke atas ekosistem daratan lumpur, kawasan perikanan, pendaratan penyu dan terumbu karang di Pulau Rimau.
Projek itu juga katanya, akan merosakkan rantaian makanan untuk burung-burung hijrah mencari makanan berhampiran Kuala Gula, Perak apabila berlaku aktiviti pengorekan pasir.
Paling teruk tambah beliau, apabila seramai 4,996 nelayan dan 511 penternak akuakultur marin selaku anak jati Pulau Mutiara bakal terjejas mata pencarian dan kehidupan keluarga mereka.
“Jabatan Perikanan Malaysia pula secara jelas menyatakan PSR akan memberi kesan kepada hasil tangkapan ikan dan tangkapan nelayan disebabkan kemusnahan kekal sumber perikanan di kawasan sekitar projek.
“Pada masa ini jumlah tangkapan marin di Pulau Pinang dianggarkan sebanyak 51,184 tan metrik dengan nilai RM555 juta setahun manakala pengeluaran akuakultur ikan marin dianggar sebanyak  45,742 tan metrik bernilai RM1.67 bilion setahun,” ujarnya membayangkan kehilangan bakal dialami negeri itu.
Bergantung kepada negeri lain
Maklum beliau lagi, pada ketika ini 80 peratus sumber mentah air di Pulau Pinang bergantung kepada Sungai Muda, Kedah di mana tahun 2019 sahaja PBA Pulau Pinang menghasilkan 1,093 juta liter sehari (MLD).
Tegasnya, dengan bilangan penduduk semakin bertambah, kerajaan negeri tidak boleh terlalu bergantung pada satu sumber, sedang usaha untuk mendapatkan sumber air lain dari Perak masih gagal.
Apabila PSR siap menurut Ustaz Fauzi, dianggarkan seramai 446,300 orang akan menghuni pulau ini dalam tempoh 50 tahun di mana pada ketika itu Pulau Pinang dijangka memerlukan 1,884 MLD untuk keperluannya. 
“Pada waktu itu juga Pulau Pinang dijangka akan mengalami masalah kekurangan air yang ketara apabila tiada sumber lain bagi memenuhi keperluan satu negeri. Apatah lagi jumlah air yang banyak yang diperlukan untuk disalurkan kepada penduduk di PSR nanti,” hujahnya.
Tambah beliau, sejumlah 189.1 juta meter padu pasir laut akan diperolehi dari dasar laut yang terletak di kawasan ‘offshore’ negeri Perak di mana terletak lebih 3 batu nautikal dari pesisiran pantai, iaitu dalam kawasan Perairan Persekutuan.
Kemukanya, pengorekan pasir ini akan menjejaskan sumber perikanan dan memerlukan masa untuk dipulihkan dengan kesannya sejumlah 35,000 tan metrik pendaratan marin yang bernilai RM250 juta setahun akan terjejas.
Seterusnya terang beliau, perkara ini akan menjejaskan pendapatan kira-kira 2,300 nelayan pesisir pantai dan 30 penternak akuakultur di Tanjong Piandang, Kuala Kurau, dan Kuala Muda. 
“Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK) menolak projek PSR ini kerana akan menjejaskan pendapatan mereka di samping mereka risau keselamatan dan kerosakan kepada peralatan tangkapan ikan mereka disebabkan kapal dan yang membawa batu dan pasir akan melalui laluan yang sama,” maklumnya.
DAP menyusun komposisi kaum?
Ustaz Fauzi turut membentangkan angka penduduk di mana statistik tahun 2017 menunjukkan Daerah Barat Daya mempunyai 132,900 orang penduduk Melayu mewakili 58 peratus penduduk di daerah ini.
Tetapi katanya, bilangan ini dijangka berkurangan dengan pembangunan pesat dan pembinaan rumah mewah yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakkan orang Melayu pada hari ini.
Nasihat MPFN dan syarat EIA
Kerajaan Pulau Pinang kata Ustaz Fauzi, perlu mematuhi 18 nasihat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dan 72 syarat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) dalam melaksanakan projek PSR ini.
Menurutnya, MPFN juga tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas projek PSR ini kerana memandang serius terhadap pembangunan tebus guna secara besar-besaran yang mempunyai pelbagai isu.
“Meskipun Laporan Impak Sosial (SIA) telah diluluskan namun kelulusan ini masih tertakluk kepada kelulusan EIA dan kelulusan Fisheries Impact Assessment (FIA). Kami melihat bahawa bilangan syarat yang banyak ini hampir mustahil untuk dipantau dan dipatuhi oleh kerajaan negeri sepanjang 50 tahun projek ini berjalan. 
“Kegagalan sekarang kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang telah banyak memberi kesan kepada rakyat dan alam sekitar di Pulau Pinang.
“Sekiranya nasihat dan syarat projek ini gagal dipatuhi, dijangka lebih banyak kesan buruk akan berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri sekitarnya,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 21/6/2020
Hibur Hibur Sikit 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails