Saturday, August 01, 2020

Pensyarah saman 10 pemimpin DAP, 10 Amanah


WRIT saman pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff kepada 10 orang pemimpin  DAP, 10 orang pemimpin Amanah dan dua buah portal telah dikeluarkan secara serentak oleh mahkamah pada 28 Julai lalu.
Menurut Kamarul Zaman,  writ saman itu membuktikan bahawa beliau tegas dalam tindakan untuk menyaman kesemua mereka yang didakwa telah memfitnahnya di media sosial dan artikel dalam talian sejak tahun 2017
“Kepada mereka yang mempermain-mainkan tindakan saya menyaman 10 pemimpin DAP, 10 pemimpin Amanah dan dua portal berita, sukacita saya maklumkan bahawa writ saman terhadap mereka telah dipohon dan dikeluarkan oleh mahkamah secara serentak pada 28 Julai lalu,” kata Kamarul Zaman,
Pemimpin DAP yang menerima writ saman tersebut adalah Lim Kit Siang, Teresa Kok Suh Sim, Chong Chieng Jen,  Wong Kah Woh, Lim Lip Eng, P. Ramasamy, Syerleena Abdul Rashid, Arifin S M Omar, Abdul Aziz Isa  Marindo dan Mohd Farid Bin Mohd Azmi.
Manakala pemimpin Amanah yang menerima writ saman daripada Kamarul Zaman adalah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Khalid Abdul Samad, Mohamed Hanipa Maidin, Zolkharnain Abidin, Jamzuri Ardani, Mohd Fitri Bin Asmuni, Wan Anwar Wan Ibrahim, Siti Fatihah Salahuddin, Abdul Rahman Abdul Talib dan Hussin Jan.
Dua portal berita yang disaman adalah Dateline Media Group Sdn Bhd dan wartawan portal itu Arif Atan serta MKini DotCom Sdn Bhd dan wartawan portal tersebut, Steven Gan.
“Kepada semua defendan, sukalah saya ingatkan bahawa saya tidak akan sama sekali merasa gentar mahupun berundur walaupun anda semua adalah diwakili oleh para peguam yang mempunyai nama-nama besar,” kata Kamarul Zaman.-SM


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

MCA Tentang Tukar Nama Dari Bukit St Paul Ke Bukit Melaka. Mengapa?

F1
Bukit St Paul.. Via JomJalan
PERTUKARAN NAMA BUKIT ST PAUL KE BUKIT MELAKA DITENTANG MCA, INI CERITANYA


Sejarah takkan terubah walaupun kita dah tukar nama sesebuah kawasan tu. Begitulah kesimpulan Institut Warisan Melaka (INSWA) berkenaan usaha nak tukar semula nama Bukit St. Paul menjadi Bukit Melaka. 

Bila kita cakap pasal sejarah ni, satu-satunya yang kita kena berhati-hati adalah tafsiran fakta. Kalau sekadar nak tukar nama ataupun pindah lokasi; kedua-dua benda ni adalah normal dalam usaha kita nak pelihara sejarah sendiri.
Tapi ada pulak yang berkeras nak bantah penukaran nama tu…

Melaka memang dah bandar bersejarah dan lokasi warisan negara, penukaran nama tu tak salah pun


Baru-baru, muncul cadangan nak tukar nama Bukit St Paul tu kepada Bukit Melaka daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan harapan ia dapat kembalikan semula fakta sejarah yang sebenar selepas beratus tahun telah jadi warisan legasi penjajah dengan penggunaan nama “St. Paul” tu.

Mengikut Perzim, penukaran nama tersebut jugak baik sebab ia takde kaitan dengan mana-mana agama dan bangsa. Kalau diikutkan dari catatan lama, nama asal Bukit St. Paul tu adalah Bukit Melaka. Ia telah dilaporkan dalam catatan penulis Portugis bernama Eredia, dan jugak pernah tertulis dalam Sulatus Salatin yang merupakan kitab penting sejarah Melayu.
Melaka
Melaka pada 1580-1640… Via Openedition Journals

Namun begitu, cadangan penukaran nama ni dibantah MCA. Kata Nurman Mohd Baroldin yang merupakan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA);

"Siapalah MCA yang nak mempertikaikan usaha Perzim sedangkan apa yang dilakukan berdasarkan fakta sejarah. Tapi kalau ia dicampurkan emosi, keagamaan dan lain-lain yang akan mempengaruhi, mereka akan membantah.


Seharusnya perkara ini dipandang secara positif. Apabila kita positif dan berpegang pada sejarah tanpa mengira kaum kita pasti bersetuju untuk kembalikan nama Bukit Melaka,”-Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 25 Julai'

Kawasan Bukit St Paul
Kawasan Bukit St. Paul.. -Via Asia for Visitors

"MCA pulak mempertahankan pengekalan nama Bukit St. Paul atas sebab nama tu dah popular dan diiktiraf antarabangsa. Dikhuatiri pulak kalau ditukar namanya, ia akan menukar sejarah jugak. Bantahan ni jugak bersandar pada sebab-sebab tersendiri yang difikirkan oleh MCA Kota Melaka. Kata Naib Pengerusinya, Datuk Ronald Gan;

Sejak dahulu lagi nama Bukit St Paul sudah digunakan. Jadi, tiada keperluan untuk mengubah sejarah yang tercipta sejak sekian lama. Ini bukan isu perkauman atau bangsa, tapi kita nak generasi akan datang tahu mengenai nama bukit yang sudah wujud sekian lama ini.

“Perlu faham, dakwaan yang mengatakan nama Bukit St Paul bukan untuk mengagungkan gereja juga adalah tidak tepat memandangkan gereja di atas itu hanya tinggal rangka bangunan sahaja dan bukannya tempat ibadat,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 24 Julai

Bukit St Paul Gereja
Sisa tinggalan gereja di bukit tersebut.. -Via Gowhere Malaysia

Tengah tunggu laporan penuh, ada yang kata kenyataan MB Melaka hambar sambil beri ‘peringatan’ pada MCA


Pertikaian mengenai cadangan penukaran nama tu mendapat perhatian ramai pihak. Susulan wujudnya bantahan dari Perzim dan MCA, MB Melaka macam nak kurangkan sikit ketegangan tu dengan menyatakan bahawa cadangan tu masih diteliti lagi. MB Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali kata cadangan tu perlu diteliti lagi dengan lebih mendalam serta kena wujud perbincangan oleh pelbagai pihak.
Bagi mereka yang macam tak puas hati pulak, diorang siap kata kenyataan MB Melaka ni hambar sangat sebab dilihat tak cerminkan rakyat yang mahukan perubahan kepada tempat bersejarah. Kami rasa takde masalah nak tukar nama kalau disertai dengan sebab-sebab yang masuk akal. Korang rasa macam mana? Patutkah nama tempat-tempat bersejarah ni ditukar?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

Kandungan:
BAB 1
CATATAN SANTAI MERLIMAU
BAB 2
Bab 3
Akan terus bersambung..

Hibur Hibur Sikit
Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Isu Bintang YouTuber, S Pavithr: Semuanya, Mabuk Punya Hal..

PAVITHRA bersama Sugu. FOTO Bernama
Keluarga, wang, media punca masalah - Pavithra

BINTANG YouTuber, S Pavithra memuat naik sebuah lagi video selepas kemunculan semula baru-baru ini, namun kali ini bukan video masakan tetapi mengenai kontroversi di sebalik penangkapan suaminya.


Video YouTube lima minit bertajuk 'Inilah sebab menjadi masalah', menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M Sugu.
"Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.
"Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga," katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.



Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.
Ibu kepada dua anak itu mendakwa media juga menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lalu.
"Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami," katanya.
Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.
Pavithra berkata, suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.
"Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama… saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa," katanya.
Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memiliki sabit dan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu. BERNAMA
Alam Semesta blog
Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk."
Ertinya, dalam kes isu Bintang YouTuber, mereka mengakui bahayanya arak. 

Pernah seorang isteri penagih arak bersungut tentang suaminya, "Awal bulan laki aku pinjamkan duit RM600. Tapi bila hujung bulan dia minta bayar balik RM900.. Mengapa?
Kerana dia sudah mabuk. Semua nampak terbalik, angka '6' nampak '9'. Itu mabuk punya hal.."

Berita , Cerita, Panduan dan Tips Terkini: SERAM! Penemuan Bahaya Arak
SERAM! Penemuan Bahaya Arak
Arak ialah alkohol dalam bentuk  “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells”  yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.

Hukum Minum Arak
Arak adalah haram dalam Islam. Dalam surah al- Maidah Allah telah menjelaskan, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya. ( Al-Maidah (5):90)



Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   


H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.

[BTP] NAIB JOHAN Nasyid Murid Orang Asli KDSS 2017 | Pahang


BTP] KETIGA Nasyid Murid Orang Asli KDSS 2017 | Selangor


Mah Meri Celebrating Ari Muyang


Hari Moyang Kaum Mah Meri penuh tradisi dan 'mistik'

Perlukah  dibuat pencerahan dan pembersihan dari sudut Islam?

Friday, July 31, 2020

Berkiblat Ke Barat. 7 Fakta Saudi..

Saat Negara Islam Berkiblat Ke Negara Barat.! Inilah 7 Fakta Kehidupan Arab Saudi Yg Kebarat-Baratan


Sambungan dari..

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Bantuan Tabung Musa’adah rentasi semua, Al-Hamdulillah!



KUALA LUMPUR: Peruntukan RM100,000 kepada pusat pendidikan pra-sekolah milik PAS, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah menepati kriteria yang ditetapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kata Menterinya, Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Zulkifli, Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disalurkan merentasi semua perkara terutamanya, mereka yang terkesan selepas Malaysia dilanda wabak pandemik itu.



Jelas beliau, Tabung Musa’adah juga turut disumbangkan kepada Orang Asli, nelayan, asnaf-asnaf, bahkan kepada institusi-institusi pengajian seperti sekolah, universiti dan para pelajar.
“Perbelanjaan yang kita gunakan, kita merentasi semua perkara, terutamanya ketika pandemik Covid-19 baru-baru ini, kita telah salurkan kepada orang-orang asli, kepada nelayan, kepada asnaf-asnaf, bahkan kepada sekolah-sekolah, kepada universiti-universiti, pelajar-pelajar.
“Maka, termasuk salah satunya adalah PASTI, begitu juga kepada yang lain. Maksudnya apa yang kita bagi itu mengikut permohonan dan kita bersifat terbuka termasuk kepada tadika-tadika lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) berhubung peruntukan yang diterima PASTI sebelum ini ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Fuziah ketika mengutarakan soalan tambahan itu mempersoalkan sama ada sumbangan tersebut mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan politik buat Timbalan Menterinya, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary yang mewakili PAS di dalam Dewan Rakyat. 
Al-Hamdulillah!(IH)
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2020



KUALA TERENGGANU: Rakyat diingatkan agar mempunyai jati diri yang tinggi bagi mempertahankan kemerdekaan negara ini dari penjajahan bentuk baharu.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, musuh negara hari ini bukan sahaja dalam bentuk peperangan dan ketenteraan yang nampak di mata.
Namun, kata beliau, melalui tipu muslihat yang berbentuk peperangan minda seperti media massa, masalah sosial dan sebagainya.

“Maka, menjadi tanggungjawab rakyat generasi baharu hari ini untuk memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan.

“Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan negara. Kemerdekaan ini perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa.

“Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti sebuah kemerdekaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020, Peringkat negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri, dalam mengekalkan dan mengisi kemerdekaan negara, pastinya pelbagai dugaan dan ancaman yang terpaksa ditempuhi oleh generasi awal kemerdekaan.

“Untuk meletakkan suatu pasak yang kukuh bagi sebuah negara bangsa ini, seperti terakam dalam susur galur negara.

“Ancaman ini datangnya bersifat ‘dalaman’ mahupun luaran. Umpamanya, pemberontakan komunis, konfrantasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, ekonomi meleset, ‘ekstresmisme’ agama, mahupun ‘chauvinisme’ perkauman.

“Ingatlah bahawa kemerdekaan yang dinikmati ini perlu diwariskan oleh generasi yang seterusnya, supaya mereka juga dapat menikmati rahmat kemerdekaan, kerana bangsa yang dijajah adalah bangsa yang hina dan terpinggir,” tegasnya.

Justeru, katanya melalui sambutan inilah peluang bagi setiap warganegara dan rakyat Terengganu tanpa mengira kaum, agama dan politik membuktikan perasaan sayang dan cinta kepada negara dan negeri ini.

“Walaupun kita (negara) masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelbagai SOP (prosedur operasi standard) yang perlu dipatuhi.

“Namun, program ini tetap dijalankan bagi menyatakan kesyukuran dan kebanggaan terhadap kemerdekaan negara ini.

“Pengalaman hidup kita semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang, telah banyak mengajar kita erti kebebasan sebenar dan nilai sebuah kemerdekaan,” jelasnya.

Menurutnya, hingga kini negara masih tidak boleh bebas seperti biasa akibat daripada virus pandemik Covid-19.

Oleh itu, katanya, kerjasama seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berdisiplin, memiliki jati diri tinggi, semangat ‘patriotisme’ serta mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pegawai Kewangan Terengganu, Dato’ Zainal Abidin Hussin dan Pengarah Programnya, Dr Mamad Puteh. – HARAKAHDAILY 28/7/2020
Hibur Hibur Sikit

SPR terima notis pembubaran DUN Sabah



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.



"Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ikmalrudin berkata, tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN Sabah dan mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. (BH)
Hibur Hibur Sikit

Thursday, July 30, 2020

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. dari Ibnu Hasyim..


Awas!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Maaf Zahir Batin semua semua..
Aqidah dijaga seperti nyawa..
Kufur Murtad habis semua!


Suspek keluar kata-kata kufur ditembak mati

KARACHI, Pakistan: Seorang lelaki yang dituduh mengeluarkan kata-kata kufur terhadap tuhan (Allah SWT) ditembak mati pada Rabu semasa perbicaraan kes itu di sebuah mahkamah di barat laut Pakistan, menurut polis dan media tempatan lapor agensi berita Anadolu.


Insiden itu berlaku di sebuah kompleks kehakiman di Peshawar dekat sempadan Afghanistan, apabila plaintif melepaskan tembakan kepada tertuduh semasa perbicaraan. 
Ketua Polis Mohammad Ali Gandapur memberitahu wartawan, penembak itu yang merupakan rakan Facebook mangsa, sudahpun ditahan. 
Mengeluarkan kata-kata kufur terhadap tuhan (Allah SWT) merupakan satu kesalahan jenayah di Pakistan yang boleh membawa hukuman mati. 
Walaupun negara itu tidak pernah mensabitkan mana-mana individu di bawah undang-undang itu, kes berkenaan telah menimbulkan protes besar-besaran dan keganasan.
Terdapat hampir 600 kes berkaitan ditangguhkan di mahkamah, dua pertiga daripadanya melibatkan orang Islam, menurut media tempatan. – BERNAMA

DUN Sabah bubar: SPR tunggu pemakluman rasmi.

DUN Sabah bubar: SPR tunggu pemakluman rasmi
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat pihaknya.

"Kami masih belum terima pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Selepas pemakluman rasmi, kami akan mengadakan mesyuarat dan akan menentukan perjalanan proses pilihan raya," katanya ringkas.

Menurut beliau, kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh SPR selepas pemakluman rasmi tersebut diterima pihaknya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah.

Katanya, pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Pendirian terbaharu, UMNO tidak sertai PN,...- Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO tidak sertai PN, BERSATU mohon sertai Muafakat Nasional - Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
Pendirian terbaharu itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.


Beliau berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.
Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen BN semalam menyatakan hasrat membawa partinya menyertai MN.
"Hasrat BERSATU ini akan diperbincangkan dengan PAS untuk diperhalusi.
"Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.
"Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat BERSATU sekiranya berkemampuan memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.(BH)

PN goyang atau PH yang bakal ‘karam’? -Syahirah Salleh.



SETELAH empat bulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara, akhirnya pada Julai, Dewan Rakyat mula bersidang setelah beberapa kali ditangguhkan akibat daripada pandemik Covid-19.

Sepanjang empat bulan itu juga kita mendengar PH yang kini berada di kerusi pembangkang berzikir ‘kerajaan pintu belakang’, ‘pengkhianat’, ‘undi tidak percaya’ dan sebagainya.

Pada 13 Julai, akhirnya Dewan Rakyat dibenarkan bersidang dengan ketetapan-ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan serta amalan norma-norma baharu memandangkan Covid-19 belum diusir sepenuhnya dari bumi Malaysia.

Siapa sangka ini akan menjadi sidang yang paling ditunggu-tunggu Pakatan Harapan yang rindu akan Dewan Rakyat yang ‘sejuk’.



Hari pertama, cukup panas dengan dendam kesumat yang tersimpan selama empat bulan setelah takhta mereka hilang dalam sekelip mata sehinggakan persidangan terpaksa ditangguh lebih awal.
Ia susulan kekecohan disebabkan perkataan ‘gelap’ oleh Dato’ Seri Abdul Aziz Abdul Rahim (BN-Baling) ketika pencelahan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang disifatkan rasis dan seksis.
Bagaimanapun, hari pertama bersidang sudah pastinya memberi tamparan buat PH apabila usul bagi mengosongkan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan, yang mana sekaligus membuktikan PN dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti.
Walaupun tipis dengan 111 menyaksikan 109, ia pastinya memberi rasa tidak yakin PH terhadap Usul Undi Tidak Percaya yang akan dibawa mereka nanti yang dijangka akan dibentangkan dalam sesi kali ini juga.
PN tidak perlu khuatir, ini kerana, sekiranya diteliti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11, kubu kuat PAS iaitu di Kelantan telah bertahan selama lebih setahun berbekalkan lebihan dua kerusi mengatasi Umno.
Lebih genting, dua kerusi ini kemudian menjadi satu kerusi iaitu 23-22 apabila Dato’ Hanafi Mamat (Umno) menang dengan majoriti 134 undi ke atas Dato’ Hanifa Ahmad (PAS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N12 Pengkalan Pasir ekoran kematian ADUN-nya, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar.
Perbezaan yang sangat tipis, namun PAS kekal sehingga ke hari ini. Oleh itu, PN tidak perlu khuatir untuk membawa Usul Undi Percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang ini.
Meneliti perbahasan di dalam Dewan Rakyat, PH nampaknya masih menggunakan strategi yang sama, ‘play victim’ seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, mereka dalam mata rakyat nampak begitu kasihan, dikhianati, dimalukan di Dewan Rakyat dan tidak diberi peluang untuk bersuara di Parlimen.
Sedangkan apa yang mereka mahu bersuara jelas tidak berkaitan dengan perbincangan yang bernas.
Mungkin kerana rakyat Malaysia sangat terkenal dengan hati yang lembut, kalau tidak tak keluarlah Tabung Harapan yang khas untuk membayar hutang negara. Sehingga kini wang tersebut entah kemana dan tidak digunakan untuk membayar hutang negara. Ini adalah kesempatan di dalam kesempitan.
Strategi hutang negara bertambah juga nampaknya masih dimainkan oleh segelintir pihak seolah-olah amat dengki wang-wang negara dibahagikan kepada rakyat.
Sepatutnya negara tidak mempunyai hutang dan rakyat dibiarkan merana, begitukah gambarannya? Atau kecewa kerana tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?
Melayu mudah lupa, inilah yang selalu disebut bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkin benar, itu hanya bakal ditebak sekiranya PRU diadakan sekali lagi, sama ada benar kita rakyat Malaysia lupa sengsara yang dibawa PH 22 bulan itu.
Namun, khabar mengenai Tun Dr Mahathir yang secara rasmi keluar dari PH Plus baru-baru ini, menjadikan laluan PH lebih samar. Malah, beliau secara jelas memaklumkan bahawa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mampukah PH bertahan tanpa Tun Dr Mahathir?



Bersatu dan kem Azmin lah yang dalam dilema ketika ini, namun mereka selesa dengan PN kerana tiada desakan dalaman seumpamanya seperti yang dihadapi mereka ketika didalam PH. Mampukah jiwa mereka dibeli semula oleh PH sekali lagi?
Sementara itu, walaupun jumlah penduduk lelaki di Malaysia lebih ramai berbanding perempuan iaitu dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan, namun PH mempunyai suara wanita yang kuat didalam dewan berbanding PN.
Bukanlah PN tidak mempunyai suara wanita, tetapi PH mempunyai Ahli Parlimen wanita yang bersuara lebih lantang walaupun ada segelintir yang tin kosong.
Tapi perbezaan jumlah penduduk wanita dan lelaki tidak terlalu ketara dengan lelaki berjumlah 16.86 juta dan wanita 15.80 juta. Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan Ahli Parlimen wanita juga memainkan peranan penting dalam memancing undi penduduk perempuan.
Hanya itu sahaja kelemahan PN ketika ini yang mungkin boleh ditambah baik dimasa akan datang kerana kualiti Ahli Parlimen yang dilahirkan baik PAS mahupun Umno bukan tin kosong dan tidak bertengkar perkara tidak penting diluar bidang parlimen.
Tidak guna juga kuantiti yang banyak tapi tidak mempunyai kualiti untuk membahaskan hal-hal rakyat.
SYAHIRAH SALLEH- HARAKAHDAILY 29/7/2020
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com