Saturday, August 08, 2020

Ikat jamin Guan Eng pun kutip derma?

 

DAP minta derma ikat jamin Guan Eng walaupun akaun, aset tidak dibekukan 

Walaupun akaun parti DAP tidak dibekukan seperti apa yang kerajaan sebelum ini buat kepada akaun dan segala aset-aset parti UMNO, parti itu melancarkan kempen meraih dana daripada orang ramai selama satu minggu bagi membantu pembayaran ikat jamin setiausaha agungnya, Lim Guan Eng yang dihadapkan pertuduhan meminta suapan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memaklumkan, selain bagi melunaskan bayaran jaminan berjumlah RM1 juta untuk Lim, tabung “Solidariti untuk Lim Guang Eng” juga dapat membantu membayar semula wang yang dipinjam parti itu daripada penyokongnya pada Jumaat lalu.

“Pihak pendakwaan meminta jaminan RM2 juta, dan mahkamah tetapkan sebanyak RM1 juta. Kami sudah bayar RM500,000 dengan wang yang dipinjam daripada para penyokong dan perlu bayar lagi RM500,000 kepada mahkamah Isnin ini.

“Sebarang lebihan daripada derma ini akan disalurkan untuk pilihan raya umum bagi melawan kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat rakyat yang mengundi untuk melakukan perubahan pada 2018,” kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut berkenaan yang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia juga dijangka berdepan lagi dua pertuduhan pada 10 dan 11 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Sementara itu, isterinya Betty Chew juga dijangka turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth minggu depan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Dalam pada itu, Pua mendakwa ini bukanlah kali pertama Lim terpaksa berdepan pertuduhan palsu di mahkamah.

“Dia sekarang dituduh ‘meminta’ 10 peratus daripada keuntungan projek terowong dasar laut yang berikan melalui tender terbuka dan dinilai oleh penjawat-penjawat awam paling kanan dalam kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan pusat.

“Kami seru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan menentang pendakwaan politik ke atas Lim. Kami percaya rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran bagi memastikan keadilan ditegakkan,” kata ahli parlimen Damansara itu lagi. – Tun Carlos

Lihat Sebelum ini..

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

Bunuh diri ke 4 di Bollywood dalam 5 bulan.

 Aktor Bollywood, Samir Sharma, ditemui tergantung dipercayai bunuh diri Samir merupakan kes bunuh diri keempat di Bollywood dalam tempoh lima bulan. - Foto/Instagram

HALAMAN HIBURAN

Aktor Bollywood, Samir Sharma, ditemui tergantung dipercayai bunuh diri

 MUMBAI: Pelakon Bollywood, Samir Sharma, yang pernah membintangi filem Hindi "Hasee Toh Phasee" selain rancangan televisyen popular, "Kahani Ghar Ghar Ki" dan "Woh Rehne Wali Mehlon Ki", ditemui mati di rumahnya di Barat Malad, Mumbai, pada Rabu.

Laporan polis menyebut Samir, 44, ditemui tergantung di kipas siling dapurnya. Dia yang telah berpisah dengan isterinya dan tinggal sendirian, tidak meninggalkan sebarang catatan.

"Nampaknya ini adalah kes bunuh diri. Kami syak dia sudah meninggal dunia sejak dua hari yang lalu,” kata Inspektor Kanan, George Fernandes seperti yang dipetik portal The Times of India.

Berdasarkan maklumat, kematian Samir didaftarkan sebagai kemalangan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat Samir ditemui oleh penjaga bangunan yang melakukan pemeriksaan, sebelum menghubungi polis.

Ini merupakan kes bunuh diri keempat di Bollywood dalam tempoh lima bulan, selepas pelakon Sushant Singh Rajput, Manmeet Grewal dan Preksha Mehta.

BACA: Aktor Bollywood meninggal dunia, disyaki bunuh diri

Ia sekaligus membawa tumpuan terhadap isu kesihatan mental. Pakar kesihatan mental menyatakan ia mungkin berpunca daripada situasi semasa ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.

Ini termasuk tekanan kewangan, kekurangan pilihan pekerjaan, perubahan besar dalam gaya hidup dan kesunyian ditambah dengan ketakutan untuk menghadapi masa depan.

BACA: Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah nasib artis yang 'tak tentu hala' tuju.. Di Malaysia mungkin tidak ada begitu..

Di Sini Rumah Dan Makam Isteri Rasulullah Khadijah di Mekkah (Video)

LETAK RUMAH ISTRI ROSULULLAH SITI KHADIJAH DI SEKITAR MASJIDIL HARAM


MAKAM ISTRI PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW SITI KHODIJAH



Sambungan dari..

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Friday, August 07, 2020

Bahana aplikasi cari pasangan atau ‘jodoh online’

 Hasil carian imej untuk bunga raya

LAMBAKAN laman cari jodoh di internet pada hari ini sedikit sebanyak mampu membantu golongan yang masih belum bertemu pasangan hidup masing-masing. Namun persoalannya, adakah media sosial merupakan platform yang terbaik untuk mencari jodoh? Atau mungkin ada kesan di sebaliknya?

Tidak dinafikan, ramai juga antara kita yang bertemu jodoh di laman sosial, malah ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin. 

Banyak aplikasi telah melancarkan serta menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih dan tidak terkecuali yang menjadikan ianya sebagai jodoh online yang ‘berstatus halal’. 

Ianya direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna laman sosial yang belum berpunya dan semakin mendapat tempat juga dalam kalangan pengguna Muslim.

Lebih 200 juta netizen yang berstatus masih ‘single’ menjadikan platform media sosial sebagai kaedah mencari pasangan di seluruh dunia. 

Pembekal aplikasi ‘online dating’ pula berkeyakinan bahawa perkhidmatan ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk berseronok.

Kalau ianya digunakan ke jalan yang betul dan selamat serta mempunyai adab serta sikap bertanggungjawab, rasanya mereka yang betul-betul bujang, bapa tunggal, ibu tunggal dan ikhlas, akan dapat bertemu jodoh suatu masa nanti.

Kerana setiap aplikasi membenarkan pengguna mencari pasangan ideal mereka dan menghantar mesej perkenalan. Di mana setiap aplikasi itu mempunyai kelebihannya yang dikatakan boleh menyaingi aplikasi ‘dating’ di antara satu sama lain seperti Tinder, Wechat, Bee Talk, Jaumo, Zoosk dan aplikasi ‘halal dating’ yang terkenal oleh pengguna di Malaysia seperti Muslima, MalaysianCupid, SweetRing, Badoo dan banyak lagi. 

Buka ‘peluang’ curang

Ada sesetengah aplikasi yang sangat tidak relevan bagi mereka yang sudah berpasangan atau berkahwin. Ianya hanya akan mengundang malapetaka kepada keharmonian rumahtangga yang terbina. Dalam erti kata lain, buka peluang untuk curang.

Sudah banyak aplikasi dicipta dalam mencari jodoh yang sama seperti ini. Malah, mereka mengetahui perkhidmatan aplikasi ini akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan. 

Ia akan disalahgunakan oleh kaum lelaki terutamanya yang sudah berkeluarga. Menurut kajian pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Agama, hanya sedikit peratusnya melibatkan golongan wanita menyalahgunakan aplikasi ini. 

Ini kerana ianya akan membuka lebih luas peluang berlakunya perkara-perkara berikut:

(1) Keretakan dalam keluarga.
(2) Porak peranda rumahtangga.
(3) Penipuan kewangan. 
(4) pemalsuan identiti.
(5) Pemerasan atau ugutan jenayah.
(6) Dendam.
(7) Tekanan emosi.
(8) Gangguan seksual.
(9) Kecurangan.
(10) Jenayah kekerasan.

Mencari keseronokan atau komitmen?

Tidak dinafikan, ramai di antaranya yang berakhir dengan kebahagiaan hingga ke jinjang pelamin. Tetapi, ada aplikasi yang agak keterlaluan atau merbahaya, di mana aplikasi ini mempunyai tema khusus iaitu ‘chat, flirt & dating’. Kesimpulannya secara terang hanya untuk berseronok dan tidak mahu sebarang komitmen. 

Ramai juga yang terpedaya apabila sanggup berkongsi gambar peribadi serta tidak bermoral apabila pasangan masing-masing memujuk untuk tujuan tatapan atau simpanan. Namun akhirnya perhubungan tersebut gagal. Gambar tersebut pula boleh tersebar untuk tujuan tertentu. 

Antara kebaikan boleh disenaraikan pada aplikasi ini pula adalah:

(1) Pelbagai rakan serta pilihan mengikut kesesuaian apabila kita menggunakan aplikasi temu janji dalam talian (online dating). Kita dapat menentukan jarak persahabatan atau perhubungan hingga ke luar negara. Mungkin dikatakan perhubungan lebih selamat atau percintaan jarak jauh. 

(2) Jimat masa, kos dan tenaga. Ianya boleh menjadi satu penyelesaian agar anda dapat terus menjalankan aktiviti dengan baik kerana penggunaannya tidak akan memakan banyak masa, usaha dan kos.

(3) Boleh menentukan kriteria anda sendiri. Beberapa aplikasi temu janji dalam talian mempunyai kelebihan dari menu tetapan yang memudahkan pengguna menentukan kriteria sesuai dengan keperluan mereka.

(4) Selamat apabila digunakan dengan betul dan bijak. Tentunya aplikasi tersebut akan memudahkan anda dan dapat membawa faedah. 

(5) Jika anda menggunakannya mengikut petunjuk yang ada dan tidak melanggarnya, mungkin anda boleh mendapatkan pasangan yang anda inginkan.

Namun, ianya menjadi satu keburukan sekiranya aplikasi ini digunakan secara:

(1) Berkomunikasi dalam talian tidak membolehkan anda melihat pelbagai komunikasi bukan lisan, sehingga keakraban akan menjadi kurang jika dibandingkan dengan bercakap secara bersemuka. 

(2) Komunikasi dalam talian juga boleh menyukarkan anda untuk mengetahui siapa dirinya sebenarnya. 

(3) Tidak semuanya dapat berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan dan bagi mereka yang mencari pasangan hidup melalui temujanji dalam talian akan menghadapi sejumlah besar maklumat palsu, penipu, love scammer atau motif tersembunyi dalam proses perkenalan tersebut. 

(4) Hampir separuh pengguna hanya menggunakan aplikasi ini untuk bersenang-senang dan selebihnya lebih cenderung untuk kepuasan seksual.

(5) Kebanyakan pengguna tidak akan memberikan data sebenar diri mereka kerana mereka juga takut untuk menyiarkan dan berkongsi maklumat peribadi mereka secara meluas di laman sosial. 

(6) Malah ada juga memberikan data palsu kerana mereka ingin memberikan tanggapan yang tinggi terhadap pengguna lain contohnya kerjaya yang hebat, berpendapatan tinggi serta alamat kawasan kediaman.

Kesimpulan

(1) Kesedaran sangat penting di dalam memuat turun (download) aplikasi temu janji di dalam talian. Perlu peka kepada keperluan aplikasi tersebut. Buat kajian kebaikan dan keburukan sesuatu aplikasi tersebut.

(2) Sentiasa mencegah daripada menjadi mangsa. Dapatkan tips keselamatan online dating dari pihak SKMM, pihak polis dan NGO yang berkaitan seperti Pertubuhan Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur (KLCPPA).

(3) Jika terdapat perkara mencurigakan yang terjadi semasa temu janji dalam talian atau secara bersemuka, cuba elakkan dari meneruskan perbualan atau menuruti arahan atau ajakan pasangan maya anda. Mungkin mereka berniat untuk melakukan perkara yang buruk atau anda akan diugut untuk sesuatu yang berbentuk seksual. 

(4) Apabila anda telah terpedaya atau tertipu dan dijadikan mangsa oleh pasangan ‘online dating’, jangan sesekali berdiam diri atau berahsia. Sila berkongsi maklumat dengan rakan yang anda percayai sebelum ianya menjadi lebih parah. 

(5) Perlu buat laporan polis atau kepada SKMM apabila ianya melibatkan data peribadi, gambar peribadi yang boleh disebarkan untuk tujuan tertentu, ancaman nyawa, tekanan emosi yang mungkin boleh menyebabkan berlaku perkara yang buruk sama ada kepada anda sebagai mangsa atau keluarga anda. 

SAIFUL HAMIRUZZAMAN MOHD HAZIR
Exco
Pertubuhan Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur (KLCPPA) – HARAKAHDAILY 3/8/2020

KLCPPA merupakan NGO yang ditubuhkan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di dalam pencegahan jenayah dan pelencongan sosial melalui pendekatan pendidikan. KLCPPA juga berhasrat melahirkan masyarakat yang terarah kepada budaya menghormati undang-undang. Keterangan lanjut atau sebarang perkhidmatan, boleh mengikuti di FB: KLCPPA dan rakan strategik kami melalui FB: Kickstart-Academy.

Hibur Hibur Sikit

Guan Eng dakwa bermotif politik .. Jangan main kad simpati - KJ

 

Kes Guan Eng: Usah main 'kad simpati', kemukakan hujah dan bukti - KJ Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, Pakatan Harapan (PH) dan DAP tidak perlu bermain kad simpati dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sekiranya yakin diri tidak bersalah, kemukakan hujah dan bukti di mahkamah, bukannya menghina keputusan mahkamah dan mendakwa tuduhan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bermotifkan politik.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, Pakatan Harapan (PH) dan DAP tidak perlu bermain ‘kad simpati’ dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas.

“Dalam tempoh kurang 24 jam yang lalu, telah banyak penghinaan serta herdikan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan PH yang menyatakan proses undang-undang yang dihadapi Guan Eng ketika ini adalah suatu bentuk pendakwaan bersifat politik.

“Malah dalam saluran media rasmi DAP sendiri telah menyatakan kononnya “tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan” oleh pihak pendakwaan.

“Ini sangat pelik sebab perbicaraan belum lagi bermula, baru di peringkat bacaan dakwaan,” katanya di blognya khairykj.com pada Jumaat.

Hibur Hibur Sikit


Tommy nafi setuju terima AS$1.75 bilion

 Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto hiasan NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. - Foto hiasan NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan bersetuju menerima AS$1.75 bilion daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Thomas dalam satu kenyataan media yang ditulis sendiri, memberitahu tiada penyelesaian membabitkan sebarang terma dicapai dengan Goldman Sachs, ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari 2020.

Katanya, beliau tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana tidak memiliki semua salinan surat berhubung Goldman Sachs kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bukan niat saya untuk memanjangkan perkara yang tidak perlu dengan Menteri Kewangan.

"Sebaliknya, beliau harus memberikan sepenuh usaha dan tenaga dalam menguruskan ekonomi negara yang dilanda COVID-19," katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mendedahkan kerajaan pada Februari lalu berhasrat membuat penyelesaian di luar mahkamah, berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Cadangan itu dikemuka menerusi syor daripada Thomas kepada Perdana Menteri ketika itu, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020. (BH)

Hibur Hibur Sikit


Isteri Guan Eng ke pejabat SPRM Pulau Pinang

  Gek Cheng (kiri) ditemani peguam Lee Khai tiba di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown. - NSTP Gek Cheng (kiri) ditemani peguam Lee Khai tiba di Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown. - NSTP

GEORGETOWN: Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kira-kira 10.45 pagi tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna ditemani peguam, Lee Khai dan adik perempuan Guan Eng, Hui Ying.

Pihak media belum mendapat penjelasan daripada SPRM tujuan Gek Cheng dipanggil kepada pejabat SPRM Pulau Pinang.

Pagi tadi Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng juga dijadual dituduh di mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

Beliau bertugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018. (BH)

Hibur Hibur Sikit


Guan Eng didakwa minta suapan 10 peratus

LIM Guan Eng ketika hadir di mahkamah, pagi ini. FOTO NSTP

BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

BERNAMA


Lihat Sebelum ini..

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

Penang Tolak Tambak: Perjuangan belum selesai?


KESETANAN itu hanya mampu dilihat dengan perincian yang teliti. Pernyataan ini disebut oleh ahli Falsafah dan Penyair Jerman, Friedrich Wilhelm Nietzsche.

Penyataan ini dalam Bahasa asalnya adalah ‘Der Teufel stecktim Detail’. Difahami secara tersohor dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘The Devil is in the detail’.

Bercakap mengenai Penang South Reclaimation (PSR), ianya juga mempunyai ciri-ciri kesetanan yang hanya mampu difahami oleh orang mengikuti isu ini secara dekat dan terlibat memberi maklum balas terhadap hitam putih yang ada dalam perinciannya.

The Devil is in the detail

Suatu perkara yang masih gagal difahami secara lojik dalam unjuran populasi Pulau Pinang 2030 sebagai justifikasi mewujudkan PSR. Dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030) telah diwartakan bersama 3 pulau tambak PSR berkeluasan 4,500 ekar.

RSNPP2030 mengunjurkan pertambahan populasi menjadi 2.45 juta pada tahun 2030. Unjuran yang tak masuk akal telah tersasar jauh daripada unjuran rasmi yang dibuat oleh Jabatan Statistik hanyalah 1.98 juta.

Maka, apakah asasnya pertambahan lebih 450 ribu apabila kadar jumlah kelahiran (Total Fertality Rate-TFR) di Pulau Pinang hanya 1.3 bayi bagi setiap wanita?

TFR 1.3 adalah angka yang terendah di Malaysia berbanding negeri lain, dan disifatkan teramat rendah oleh Pengarah Jabatan Statistik Pulau Pinang, Mohd Uzir Mahidin dalam sidang media pada 29 Julai 2020. 1.3 adalah dengan 1.0 menggantikan si ibu, mana 0.3 untuk si bapa. Ini adalah rendah berbanding kadar penggantian generasi adalah 2.1.

Kadar kematian kasar semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Jumlah hartanah tak terjual terus bertambah apabila penyediaan rumah mahal berlebihan. Seiring dengan manipulasi istilah ‘rumah mampu milik’ yang tak selaras dengan tahap pendapatan rakyat kelas pertengahan Pulau Pinang.

Ini mendedahkan realiti bahawa masih ramai rakyat tak mampu beli ‘rumah mampu milik’ versi manipulasi ala Pulau Pinang. Apa yang lebih parah apabila rumah kos rendah yang dibuat terlalu sedikit, tak sepadan dengan permintaan penduduk B40.

Rakyat Pulau Pinang di kalangan Bumiputera membeli rumah di luar pulau telah menjadi norma tersohor yang diketahui ramai. Bahkan ada yang berpindah negeri ke sempadan Pulau Pinang bukanlah pelik. Demi semata-mata untuk mendapatkan rumah yang mampu milik dan selesa untuk membina kehidupan.

Jadi, siapakah sebahagian daripada 450 ribu yang mampu tinggal di 3 pulau PSR tersebut? Rakyat Pulau Pinang? Rakyat Malaysia? Atau barangkali orang asing yang kaya raya?

Keadaan ekonomi meleset di era COVID-19 ini tak wajar untuk terlalu berharap untuk orang asing sesuka hati membeli segala lambakan rumah mahal tersebut.

Inilah yang dikatakan, apabila dirungkaikan secara terperinci, terserlah kesetanan acuan pembangunan dengan justifikasi karut yang datang bersama pakej PSR yang dibanggakan itu.

Sorotan perjuangan bantah PSR

Kesetanan projek PSR ini dapat diukur melalui kerasnya tindakan bantahan di kalangan kumpulan nelayan yang bakal terjejas. Kumpulan-kumpulan NGO aktif memainkan peranan memberi kesedaran sehingga masyarakat sivil turut bersama bangkit menyokong dan menyatakan solidariti.

“Nelayan bukannya menentang pembangunan, sebenarnya kami menyokong pembangunan di Pulau Pinang, tetapi apa yang kami tentang adalah kemusnahan yang bakal dilaksanakan atas nama pembangunan, itulah yang kita tentang.”

Begitulah kobaran ucapan Encik Nazri Ahmad, kini bekas Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara), pada 4 November 2019 dalam Himpunan Solidariti Nelayan bersempena hari pertama Sidang DUN Pulau Pinang.

Beliau membuktikan komitmen yang jitu sehinggalah beliau digugurkan keahlian. Kedengaran cakap-cakap sumbang yang tak adil terhadap beliau oleh pihak yang tidak berada di posisi sebagai pemimpin nelayan yang memikul amanah. Tekanan daripada pihak berkuasa bukan sebarang.

Sesiapa sahaja boleh cakap apa pun selagi tiada tanggungjawab yang perlu ditertibkan dengan cermat. Hakikatnya kini, bukan murah harga yang perlu beliau bayar demi prinsip juangnya untuk mempertahankan masyarakat nelayan.

Perhimpunan Hari Solidariti Nelayan tersebut adalah kesinambungan kejayaan beliau memimpin gerakan protes bersejarah masyarakat nelayan bersama Gerakan Penang Tolak Tambak di Parlimen pada 11 Julai 2019. Delegasi pemimpin nelayan dan NGO ke Parlimen akhirnya berjaya menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertanian pada ketika itu.

Di antara 2 himpunan penting tersebut, terdapat satu lagi himpunan yang memberi cabaran kuat terhadap pelobi tambakan 3 pulau PSR. Himpunan ini berlangsung pada 8 September 2019 di Permatang Damar Laut. Himpunan Selamatkan Pulau Pinang – Penang Tolak Tambak PSR ini dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pulau Pinang dan gabungan 40 NGO.

“Perhimpunan hari ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membangkitkan mengenai kesedaran impak negatif daripada projek PSR selepas peserta yang hadir melebihi sasaran.”

Ujar Encik Mohd Akhir Che Mat, Pengerusi Ummah Pulau Pinang setelah kehadiran dicapai melebihi 5,000 orang peserta.

Gerakan Penang Tolak Tambak adalah paduan penting Penang Forum, NGO TEROKA dan masyarakat sivil dalam memugar siri-siri program untuk kesedaran rakyat berkenaan isu PSR pada tahun 2019 sebagai fasa kemuncak yang mencetuskan gelombang demi gelombang penentangan.

Selain itu, suatu fakta yang tak dapat dinafikan terdapat beberapa pihak lagi termasuk penggerak parti politik yang terlibat mencetus fasa-fasa awal penentangan terhadap ini yang tak dapat diungkapkan secara panjang lebar dalam ruangan tulisan kali ini.

Perkembangan semasa isu PSR

Lensa perjuangan Penang Tolak Tambak tidak terlepas daripada membicarakan satu tokoh pemimpin akar umbi nelayan tidak pernah putus asa membantah kerosakan yang bakal dibawa oleh PSR.

Nama tokoh ini disebut oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang Parlimen pada 23 Julai 2020 yang lalu ketika Sesi Jawapan Menteri (MQT) untuk menjawab soalan mengenai apakah langkah-langkah strategik yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengelakkan Projek Tambak Laut PSR yang memberi impak besar alam sekitar.

Seperti apa yang dijelaskan oleh Menteri, tokoh tersebut kini telah memfailkan rayuan 29 Julai 2019 kepada Lembaga Rayuan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia yang meluluskan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi PSR pada 25 Jun 2019.

Menurut sisipan Tambahan Perundangan Persekutuan AKAS 1974 (Akta 127) dalam Peraturan-peraturan KAS (Lembaga Rayuan) 2003, Peraturan 5 Perintah Lembaga Rayuan menyatakan;

“Lembaga Rayuan boleh, selepas menimbangkan apa-apa rayuan, membuat perintah sebagaimana yang difikirkannya adil dan patut.”

Ini bermakna kelulusan EIA bagi PSR masih ada ruang untuk ditarik balik atau dibatalkan.

Maka itulah harapan besar tokoh ini yang merupakan perayu yang mencabar keputusan tergesa-gesa yang dibuat oleh bekas Ketua Pengarah JAS Malaysia. Kelulusan disifatkan pelik apabila dibuat hanya dalam masa 2 hari bekerja selepas menerima daripada pihak Konsultan EIA.

Bermakna dalam masa 2 hari sahaja pegawai JAS mampu membaca semua penilaian Jawatankuasa Ulasan Teknikal EIA (EIA Technical Review Committee) dan segala maklum balas daripada khalayak awam yang memberi komentar.

Kepelikan dan ketergesaan itu menjadi lebih dicurigai apabila bekas Ketua Pengarah menurunkan tandatangan kelulusan pada hari akhir berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JAS Malaysia. Apakah beliau mendapat tekanan untuk berbuat demikian masih menjadi tanda tanya yang besar sehingga sekarang?

Perjuangan belum selesai

Tokoh ini pernah ditanya kawan-kawan kedai kopi beliau, apakah benar PSR ini telah sah dibatalkan melalui kenyataan Menteri KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) dalam Parlimen baru-baru ini.

Beliau menjawab ringkas berkata “Perjuangan belum selesai. Selagi tidak ada hitam putih yang jelas menyatakan projek ini dibatalkan secara rasmi, kita tak boleh bersuka ria lagi.”

Jawapan beliau adalah benar dan itulah kehebatan gerak hati beliau. Beberapa fakta teknikal penting yang perlu difahami berkaitan status terkini projek PSR ini adalah;

(1) PSR adalah projek milik kerajaan negeri dan kawasan yang terlibat PSR adalah dalam kuasa negeri. Maka kuasa membatal hanyalah negeri. Kebenaran Merancang bagi projek PSR adalah dalam kawalan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) peringkat Negeri Pulau Pinang.

(2) Bidangkuasa kementerian peringkat Persekutuan hanya setakat boleh menghalang kelulusan EIA (bawah skop KASA) dan Rancangan Struktur Negeri yang mewartakan kewujudan 3 Pulau PSR melalui Majlis Perancang Fizikal Negara (bawah skop KPKT – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Walaupun 2 fakta di atas kelihatan menyebelahi Kerajaan Negeri yang terus degil untuk meneruskan projek ini, 3 fakta di lain yang akan membantutkan pelaksanaan projek tersebut sekiranya rayuan terhadap kelulusan EIA dimenangi oleh tokoh ini yang mewakili 185 nelayan Sg Batu di Selatan Pulau Pinang.

(1) Kerajaan negeri sekarang perlukan kelulusan EIA untuk yakinkan pelabur. Pelabur penting untuk mengelakkan projek terbengkalai.

(2) Cubaan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Bon peringkat negeri seolah-olah menjadi jalan buntu apabila ianya dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan.

Idea Bon ini terbit semula peringkat negeri apabila cubaan pertama memperkenalkan Bon peringkat Persekutuan telah gagal sama sekali sejurus tumbangnya Kerajaan Malaysia pimpinan koalisi politik Pakatan Harapan (PH).

Sekutu besar pihak berkuasa negeri Pulau Pinang yang merencana untuk kelulusan Bon Persekutuan yang menjadi Menteri Kewangan telah kuasa sekelip mata.

Selain Bon, bekas Menteri Kewangan tersebut juga membuat cubaan luar biasa bagi mendapatkan dana permulaan projek PSR melalui rundingan pindah milik konsesi 4 Lebuhraya milik Gamuda kepada Kerajaan Persekutuan. Rundingan ini bakal memberi margin keuntungan kepada Gamuda.

Untuk rekod, Gamuda adalah pemegang 60 peratus share daripada Konsortium SRS yang merupakan ‘Project Delivery Partner’ kepada kerajaan negeri yang melaksana projek PSR ini.

(3) Kemelesetan ekonomi di era wabak COVID-19 tak memungkinkan cita-cita pelaksanaan projek mega seperti PSR. Pelabur-pelabur pasti tak akan ambil risiko yang tinggi semata-mata untuk memenuhi angan-angan melangit pihak pelaksana projek. Selain itu, kontraktor-kontraktor yang bakal terlibat dalam projek ini nanti pasti memerlukan khidmat pekerja asing yang ramai. Apakah semudah itu projek ini dapat dilaksanakan sekarang?

Soal siapa menang dan siapa kalah dalam persaingan meneruskan atau menghalang projek Mega PSR ini masih menjadi rahsia Tuhan. Apa yang pasti perbandingan antara fakta-fakta yang dibentang di atas telah memberi sedikit kelegaan yang membuatkan senyuman manis kembali terukir di wajah tokoh ini. Beliau iaitu Zakaria Ismail tersenyum kerana doanya dan munajatnya menyerlahkan situasi hari ini yang memberi sinar.

Sinar hari ini bukan kerana kehebatan sesiapa. Ini kerana sebelum ini tidak siapa tahu Penang Tolak Tambak: Perjuangan belum selesai? perubahan kerajaan dan kehadiran wabak COVID-19 ini memberi kelebihan untuk membantutkan PSR. Ia mungkin sinar di sebalik musibah. Inilah berkat doa masyarakat tertindas ‘Doa Seorang Nelayan’.

ZIKRULLAH ISMAIL
Gerakan Penang Tolak Tambak
Mantan Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah & Teroka Bandar – TEROKA
Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam – LEKAS
Naib Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 4/8/2020

P/S:

‘Doa Seorang Nelayan’ adalah dokumentari yang mengisahkan mengenai penentangan kelas, pertembungan antara tradisi dan moden, dan campur tangan ala Machiavelli oleh orang politik – Zakaria berserah kepada Tuhan agar beliau diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk berdepan salah satu projek paling besar di bawah Malaysia Baharu. Filem ini diarahkan oleh Andrew Han yang juga merupakan aktivis Penang Tolak Tambak.

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails