Saturday, August 22, 2020

PAS.. rakan baik? -Dr Kamarul Zaman.








PAS adalah rakan sefahaman yang baik

DI SEBALIK pelbagai tuduhan di sebaliknya, kajian saya ke atas PAS mendapati bahawa PAS dalam sejarah panjangnya sebagai sebuah parti politik adalah rakan sefahaman yang baik.

Satu contoh yang boleh ditunjukkan mengenai kebaikan PAS ini ialah bila ia bekerjasama dengan PMS46 di dalam PRU 1995 tatkala PMS46 sudah tidak lagi bekerjasama dengan DAP.

Selepas PRU 1990, yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen ialah Lim Kit Siang setelah DAP menguasai 20 kerusi berbanding lapan dan tujuh kerusi yang dimenangi oleh PMS46 dan PAS.

Di dalam PRU 1995 pula, kerusi DAP menurun menjadi hanya sembilan kerusi berbanding 13 kerusi yang dimenangi oleh pakatan PMS46 dan PAS (7 kerusi PMS46 dan 6 kerusi PAS).

Disebabkan Presiden PMS46, Tengku Razaleigh Hamzah, menolak untuk menjadi Ketua Pembangkang, PAS pun mencalonkan, pada 6 Jun 1995, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Begitupun, keputusan Majlis Tertinggi PMS46 untuk bersikap neutral ke atasnya dan tidak menyokong pencalonan PAS membolehkan Lim Kit Siang terus kekal di dalam jawatan itu.

Ekoran sikap tidak lunak PMS46 terhadap PAS ini, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 18 Jun 1995 pun terus membincangkan status hubungan PAS dengan PMS46.

Begitupun, mesyuarat ini kemudiannya bersetuju bahawa apa juga keputusan yang membawa kepada perpecahan di antara PAS dan PMS46 hendaklah tidak dimulakan oleh PAS.

Turut dipersetujui adalah satu perkiraan politik jangka panjang bahawa jika PMS46 tidak bekerjasama dengan PAS maka sudah tentu ia akan kembali semula kepada Umno.

Disebabkan itulah maka PAS terus bertahan dengan PMS46 sehinggalah ke saat PMS46 menyokong calon BN di dalam Pilihan Raya Kecil N.8 Bukit Asahan pada 22 Jun 1996.

Begitu juga dengan kenyataan terbuka Tengku Razaleigh Hamzah bahawa PMS46 bersedia untuk menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan pada 5 Julai 1996.

Dalam kes-kes lain pun, pemutusan hubungan kerjasama PAS dengan rakan pakatannya selalunya adalah berpunca daripada pengkhianatan rakan pakatannya terlebih dahulu.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 22/8/2020

Hibur Hibur Sikit

Begitulah sikap menteri di bawah pimpinan baru PM ke 8. Al-hamdulillah!

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari berdepan kritikan pelbagai lapisan masyarakat, akhirnya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, memohon maaf kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). 
 
Mengambil tanggungjawab itu, Mohd Khairuddin juga memulangkan gajinya sebagai Menteri, bermula Mei hingga bulan ini, untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19). Beliau berkata, langkah itu adalah tanda memohon maaf dan sebagai bertanggungjawab atas kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib bulan lalu, yang menyebabkan beliau dikompaun RM1,000. 

 "Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). 
 "Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya akan memulangkan semua gaji sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung COVID-19 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 "Gaji Mac dan April juga telah disumbangkan ke tabung itu seperti yang diputuskan Kabinet sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, memberi jaminan akan bekerja keras dan menggandakan usaha untuk menjalankan tugasnya sebagai menteri. 

"Saya akan memastikan rakyat yang terbabit dalam bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan kebajikan mereka terbela," katanya. 

Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Khairuddin sudah dikompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai. Kompaun itu dikenakan kerana Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan beliau juga sudah membayar kompaun berkenaan. 

KKM turut memaklumkan, ujian pengambilan sampel 'nasopharyngeal swab' kali pertama pada hari yang sama serta ujian saringan susulan kedua dan ketigadidapati negatif. Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai tidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd Khairuddin. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, begitulah sikap seorang menteri di bawah kerajaan pimpinan baru PM ke 8. Teringat kita kepada kisah PAS mula di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan puluhan tahun yang lalu.. Ramai orang-orang luar Kelantan pergi ziarah ke Kota Bharu masa itu tersalah letak kereta dan susah membuat bayaran.  

Seorang pegawai PAS memberi tahu masa itu, bayar saja denda kemudian nanti, kerana ianya adalah untuk derma Tabung Serambi Mekah Kelantan. Ramai yang memilih cara berderma begitu, walaupun nilainya lebih berganda-ganda dari harga parking sebenar. Apakah begitu juga sikap Menteri PAS di atas ini? 

Al-hamdulillah, semoga Allah SWT curahkan kurniaan yang melimpah kepada rakyat negara ini.. Allahu Akbar! Bukan seperti ada sebuah parti poliitk yang pemimpinnya diseret ke mahkamah  kes rasuah, tiba-tiba rakyat dan orang ramai yang dikerah mengutip derma untuknya.

Tuesday, August 18, 2020

Wanita Ini, Cantik Tapi Ganas. 13 Tahun Dijel. Serangan Seksual &...

 ELENA Povelyaikina. - FOTO Agensi

MOSCOW: Seorang wanita cantik dari wilayah Omsk, Russia didapati bersalah di mahkamah negara ini atas pertuduhan membunuh dua lelaki.

Malah, dalam kejadian pertama, tertuduh melakukan serangan seksual dengan menyula lelaki itu menggunakan batang penyodok tanah.

Akibat daripada perbuatan terbabit, Elena Povelyaikina, 22, yang dikatakan peminat sukan gusti itu dihukum penjara 13 tahun.

Daily Mirror melaporkan dalam kejadian pertama, wanita itu membelasah seorang lelaki mabuk berusia 37 tahun yang enggan meninggalkan rumah keluarganya di kampung di Mikhailovka.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia berkata, tertuduh pada awalnya dikatakan menyerang lelaki itu

Tertuduh kemudian mengambil batang penyodok tanah sebelum menyula lelaki berkenaan.

Susulan kejadian, mangsa meninggal dunia dan wanita itu membawa mayat lelaki itu ke pagar sebelum mencampaknya ke atas jalan raya.

Namun, polis tidak berjaya mengesan perbuatan suspek.

Dua bulan selepas itu, dia membunuh seorang lelaki tempatan, Evgeny Grebenkov, 31, ketika mereka minum bersama-sama.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian selepas lelaki itu dikatakan menghina bapa wanita terbabit.

"Dia melompat sebelum membelasah lelaki berkenaan. Lelaki itu yang parah meninggal dunia keesokan harinya," kata jawatankuasa berkenaan.

Dalam pada itu, media melaporkan bahawa meskipun bertubuh kecil, wanita itu sangat kuat dan gemarkan sukan gusti.

Bagaimanapun, ketika kes itu dibicarakan, wanita terbabit enggan memberi keterangan.

Media tempatan juga melaporkan sebelum hukuman dijatuhkan, Povelyaikina meminta maaf terhadap ahli keluarga mangsa.

Tetapi, dia tetap tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Agensi


Hibur Hibur Sikit

Tahfiz Ittifaqiyah: Remaja lelaki bersalah, dipenjara, Al-hamdulillah..

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas remaja itu yang kini berumur 19 tahun selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah atas 23 pertuduhan dengan sengaja membunuh 23 individu tersebut.

Remaja itu berusia 16 tahun ketika kejadian.

“Selepas mendengar keterangan semua pihak, mahkamah mendapati penama pertama (remaja itu) dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat membunuh,” kata Azman.

Hakim itu berkata oleh kerana remaja tersebut masih di bawah umur semasa kejadian, beliau telah mengguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 dalam menjatuhkan hukuman tersebut.

“Terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan syarat-syarat tahanan dari semasa ke semasa,” katanya.

Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja itu dalam mitigasi berkata anak guamnya memohon maaf kepada semua yang terlibat dan berkata pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman hari ini.

Pada 28 Januari 2020, Azman mengarahkan remaja itu membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
 
Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4:15 pagi dan 6:45 pagi, pada 14 September 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1)  Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.

Hibur Hibur Sikit

Monday, August 17, 2020

Bekas ahli Al-Maunah dibebaskan, dapat pengampunan Agong

 Awie memeluk kakak dan anak saudaranya sebaik sampai di rumah. - NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli Awie memeluk kakak dan anak saudaranya sebaik sampai di rumah. - NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli

KUALA BERANG: "Sejak semalam saya tidak dapat tidur kerana terlalu gembira kerana mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan," kata Awie, 49, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, di sini, hari ini.

Anak kelahiran Kuala Berang itu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Ma'unah pada 2000.

Awie mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekali gus dibenarkan bebas kira-kira jam 10.30 pagi dan dijemput ahli keluarga terdekatnya.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya perkenankan doa saya sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara. Lapan tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang dan 12 tahun di Penjara Marang.

"Hukuman ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan bersyukur banyak ilmu agama dan kemahiran yang dipelajari sepanjang menjalani hukuman di penjara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam urusan pembebasannya.

"Jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan dan membolehkan saya keluar daripada penjara. Banyak perubahan yang berlaku, saya sekarang sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang banyak berubah.

"Seperti kejutan budaya pun ada apabila melihat perubahan dan pembangunan di negeri ini sekarang maklumlah 20 tahun terkurung di penjara," katanya.

Selain itu, beliau juga akan tetap meneruskan rutin membaca al-Quran seperti di penjara kerana itu amalan yang memberi ketenangan kepadanya.

"Rutin harian saya membaca al-Quran pada setiap hari, paling kurang dua kali sebulan khatam. Saya akan cuba bahagikan masa untuk meneruskan amalan harian saya dipenjara itu seperti biasa," katanya.

Sebelum ini media pernah melaporkan Awie menjalani hukuman penjara seumur hidup mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.

Awie berkata, dia reda dengan ketentuan Tuhan dan mengambilnya secara positif dan penuh hikmah.

"Pada mulanya tertekan juga sehingga boleh menjadi gila cuma bernasib baik kerana masih mengamal agama, solat dan membaca al-Quran. Amalan agama saja yang boleh membuatkan hati saya tenang dan menerima segala takdir yang ditetapkan Allah dengan hati yang terbuka.

"Selama 20 tahun dia terpaksa beraya di penjara dan berkemungkinan akan beraya di penjara sepanjang hayat sekiranya tidak mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong. (BH)

H2S Pilihan: 30 -Iranian & Shia Nasheed

 

Beautiful Iranian nasheed about irans revolution ! peace be with imam khomeini and the ahlulbayt and imam al hujja ..

Pilihanraya Sabah pada 26 September

  Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September depan sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Jom Mendaki Jabal Noor (Gua Hiro)

  Sambungan dari..


Mendaki Jabal Noor (Gua Hiro) tempat Wahyu pertama diturunkan!




Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Hasil carian imej untuk gua Hira'
Gua Hira ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 2 mi dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 ft panjang dan 5 ft 3 in lebar. Tinggi gua itu ialah 270 m dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga.  Alamat جبل نور, Jabal An Nur, Mecca 24238, Arab Saudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails