Saturday, August 29, 2020

BN pertahan DUN Slim, majoriti 10,945 undi

Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

SLIM RIVER : Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.

Mohd Zaidi yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu memperoleh majoriti 10,945 undi berikutan 68.4 peratus keluar mengundi daripada 23,094 pengundi keseluruhan, dengan 327 kertas undi pula ditolak.

Keputusan penuh PRK DUN Slim itu diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, sebentar tadi.

Turut mengiringi kemenangan calon BN malam ini adalah pemimpin utama parti termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

Selain Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Kemenangan itu menyaksikan BN berjaya menambah majoriti undi yang mereka peroleh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pada PRU-14, Mohd Khusairi mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Suhu kemenangan calon BN dirasai sejak lewat petang tadi selepas bilik gerakan utama BN mula bergema dengan laungan sorakan kemenangan calon mereka.

Berdasarkan perjalanan sepanjang hari mengundi hari ini, tidak ada sebarang kekecohan berlaku di 12 pusat mengundi, dengan sebahagian besar pengundi keluar mengikut waktu mengundi digalakkan.

SPR sebelum ini menasihatkan 22,749 pengundi biasa PRK DUN Slim supaya keluar mengundi mengikut waktu digalakkan, bertujuan mengelakkan pengundi berkumpul dalam jumlah ramai dan seterusnya memastikan penjarakan fizikal ketika berada di pusat mengundi.

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN SLIM :

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi : 2,115 undi

Mohd Zaidi Aziz : 13,060 undi

Santhara Sekaran Subramaniam : 276 undi

Majoriti : 10,945 undi

% keluar mengundi : 68.4 peratus

Undi ditolak : 327

Di Jerman Guru Menang Kes Pakai Tudung

 Di Jerman Guru Menang Kes Pakai Tudung

Pengadilan Jerman memutuskan bahawa guru, yang tidak dibenarkan bekerja dengan alasan dia memakai tudung, didiskriminasi kerana kepercayaan agamanya.


Di Jerman, pengadilan memutuskan bahawa guru, yang tidak dibenarkan bekerja dengan alasan dia memakai tudung, didiskriminasi kerana kepercayaan agamanya.

Dalam rayuan di Mahkamah Buruh Federal Erfurt, memandangkan bahawa 'larangan umum tudung' yang terkandung dalam Undang-Undang Berkecuali Negara Berlin pada tahun 2005 adalah tidak berperlembagaan, keputusan pampasan Mahkamah Negeri, yang merupakan mahkamah rendah, ditegakkan.

"Dalam masyarakat berbilang agama, seseorang harus mementingkan apa yang ada di dalam kepalanya, bukan dengan apa yang ada di atas kepalanya. Ini adalah keputusan yang diharapkan. Sekarang, dalam periode perundangan ini, Undang-Undang Berkecuali harus diubah dan perselisihan mengenai undang-undang itu tidak lagi harus dilakukan melalui wanita. Berlin tidak lagi dapat melakukan diskriminasi terhadap guru yang berkelayakan." Kata Senator Keadilan Negeri Berlin Dirk Behrendt, yang membuat kenyataan menerusi media sosial selepas keputusan itu.

Keputusan Mahkamah Buruh Persekutuan juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Perlembagaan pada tahun 2015.

Pada tahun 2015, Mahkamah Perlembagaan Jerman meluluskan bahawa dua guru wanita boleh memakai tudung di kelas mereka, dan dalam keputusan ini, diputuskan bahawa kebebasan beragama tidak dapat dibatasi kerana "bahaya abstrak" dan larangan tudung hanya dapat dikenakan jika terdapat "bahaya konkrit yang cukup" dalam gangguan keamanan sekolah.

Mahkamah Buruh Berlin menolak kes yang difailkan oleh seorang guru terhadap negara Berlin untuk mengajar dengan tudung, dengan menyebut Undang-Undang Berkecuali pada tahun 2005.

Oleh itu, Mahkamah Buruh Negeri mendapati keputusan mahkamah tempatan tidak benar dan memutuskan untuk membayar pampasan sebanyak 5 ribu 159 euro kepada calon guru itu.

Mahkamah Negeri Berlin kemudian merayu kes itu ke Mahkamah Buruh Persekutuan. (IH)


Hibur Hibur Sikit

Selepas 2 Jam Di Bukit Aman, 'Saya tidak akan letak jawatan' - Dr Khairuddin.

 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada sidang media selepas hadir ke Program Jom MSPO Perak di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, hari ini. - Foto NSTP Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada sidang media selepas hadir ke Program Jom MSPO Perak di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, hari ini. - Foto NSTP

Lawatan rasmi membincang eksport minyak sawit Malaysia-Turki.

TANJUNG MALIM: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan tiada keperluan untuk beliau meletak jawatan susulan isu melanggar arahan kuarantin wajib yang dihadapinya ketika ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, berkata beliau tidak akan melayan desakan segelintir pihak supaya berundur daripada Kabinet memandangkan isu yang dihadapinya bukan melibatkan salah laku kerja.

"Saya tidak buat salah yang melibatkan kerja saya, tapi kekhilafan dalam isu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan saya serahkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas program Jom Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MPSO) di pekan Slim River dekat sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berdepan kritikan ramai, malah terdapat desakan agar beliau meletakkan jawatan kerana gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada Julai lepas.

Semalam, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap menteri berkenaan dan sebanyak 27 laporan polis diterima berhubung perkara itu dari seluruh negara setakat ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin mengesahkan beliau bersama tiga ahli keluarga yang lain telah hadir ke Bukit Aman semalam, untuk memberi keterangan selama dua jam bermula 8.45 malam berhubung isu berkenaan.

"Semalam (Khamis) saya ke Bukit Aman, itu kali pertama beri keterangan, bukan dua kali seperti yang dilaporkan sesetengah media. Saya memberi keterangan sebagai saksi berhubung isu yang dibangkitkan sekarang," katanya.

Mohd Khairuddin berkata, dalam keterangannya kepada pihak polis beliau turut memaklumkan bahawa kunjungannya ke Turki adalah lawatan rasmi untuk membincangkan beberapa isu antaranya berkaitan eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu, selain projek membabitkan kerajaan negeri Terengganu.

"Saya telah memohon maaf atas kekhilafan saya dan telah pulangkan gaji untuk bulan Mei hingga Ogos untuk rakyat, untuk Tabung COVID-19," katanya sambil menambah perkara itu tidak menjejaskan tumpuan kerjanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Friday, August 28, 2020

BERSATU Terima B/Melayu, UMNO Diminta Undur Dari Kabinet PN. -Ku Li.

 Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li gesa pemimpin UMNO undur segera dari Kabinet

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengeluarkan kenyataan menggemparkan, apabila meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata pengumuman BERSATU dengan sendirinya menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung Muafakat Nasional.

"Kita, UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, hanya kita memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

"Dengan berlakunya perubahan diumumkan oleh BERSATU, wajar ahli-ahli UMNO yang menganggotai Kabinet sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan PN sekarang ditubuhkan pada 29 Februari lalu, atas dasar sokongan beberapa parti politik iaitu BERSATU, UMNO dan PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), MCA dan MIC.

Penubuhan kerajaan itu berlaku apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, BERSATU dan Parti Amanah Negara (AMANAH) hilang sokongan suara dalam Parlimen berikutan tindakan BERSATU keluar daripada PH.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac dan membentuk kabinetnya pada 10 Mac.

BERSATU diterima masuk Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan PAS pada 13 Ogos dan Muhyiddin menyatakan persetujuan menyertai gabungan itu pada 18 Ogos.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, Tengku Razaleigh berkata, ahli-ahli UMNO berkenaan perlu bertindak cepat (keluar daripada Kabinet) bagi membolehkan UMNO menumpukan perhatiannya kepada penyelesaian masalah golongan muda mencari pekerjaan dalam keadaan negara menghadapi pandemik COVID-19.

Seramai sembilan Ahli Parlimen dari UMNO berada dalam Kabinet PN sekarang iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Turut menjadi anggota pentadbiran kerajaan ialah tujuh anggota Parlimen dari UMNO iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Mutalib; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Kurang Ajar Perlekeh B/Melayu. Sokong Nor Syamimi. K'jaan Perlu Bertindak!

 

Surat terbuka buat Netflix Malaysia: Lawak sangatkah? Tak perlu kurang ajar perlekeh bahasa Melayu apatah lagi di bulan merdeka

KEPADA kurator akaun Twitter Netflix Malaysia, warkah ini ditulis dalam tempoh tiga hari sebelum negara kita menyambut Hari Kebangsaan ke-63.

Di saat seluruh rakyat Malaysia berdukacita dengan kejadian gantung bendera terbalik, ada lagi yang masih tidak sensitif dengan perkara yang sudah menjadi identiti negara.

Dalam hal ini, saya merujuk kepada soal bahasa kebangsaan: Bahasa Melayu.

24 Ogos 2020, akaun Twitter rasmi Netflix Malaysia menghantar satu ciapan: “Real talk, what are some of the funniest show titles, kalau we translate to Malay? We’ll start: Bird Box -> Kotak Burung.”

Pautan: https://twitter.com/NetflixMY/status/1297896448068026371?s=19

Ciapan tersebut bertujuan mengajak pengikut untuk menterjemah tajuk filem/drama kepada bahasa Melayu dan kedengaran kelakar. Sudahlah begitu, ciapan tersebut turut menggunakan bahasa rojak. Kelakarkah kalian berbuat begitu wahai Netflix Malaysia? 

Dalam warkah ini saya ingin mengingatkan kurator Netflix  Malaysia tentang beberapa perkara.

1. Jangan mempersendakan bahasa kebangsaan dengan menterjemah secara langsung bahasa asing. Kerja penterjemahan mempunyai disiplinnya sendiri. 

Terjemahan bukan kerja mengalih maksud perkataan sahaja, tetapi memerlukan pengertian makna menyeluruh.

Pemilik akaun Twitter @karimmohd_ membalas ciapan tersebut dengan berkata bahawa terjemahan yang tidak cukup bijak akan menyebabkannya jadi bahan ketawa.

Terjemahan tidak seharusnya dilakukan secara literal.

2. Bahasa merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perlembagaan tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa apa sekali pun. Tetapi, tidak perlu kurang ajar memperlekeh bahasa Melayu. Maaf, saya terpaksa terus terang.

3. Dalam salah satu ciapan balas, kurator Netflix Malaysia mempersendakan karya sastera negara dengan mengatakan bahawa terjemahan kepada Jane Si Anak Dara seperti pelajaran Komsas tingkatan empat.

Adakah kuratornya cuba mengatakan bahawa tajuk-tajuk komponen sastera pelajar sekolah sesuatu yang kelakar?

Hal ini amat tidak wajar. Karya sastera dan kreatif merupakan khazanah yang dihasilkan dengan keringat penulis.

Jika anda membaca karya atau menonton filem Inggeris, silakan. Cuma, hormat karya sastera negara kita.

5. Apabila menyentuh soal bahasa, saya selalu cemburu dengan negara jiran. Cuba lihat akaun Netflix Indonesia. Mereka menggunakan bahasa Indonesia dalam ciapan di Twitter. Hal ini wajar dicontohi.

6. Selepas empat hari, ciapan tersebut masih kekal walaupun ramai yang sudah menegur secara terus tetapi, ciapan tersebut tidak dipadam dan tiada permohonan maaf.

Ini menggambarkan sikap tidak sensitif pihak Netflix Malaysia. Oleh kerana itu, surat ini juga ditulis secara terbuka.

Harapan saya, Netflix Malaysia tampil memohon maaf dan memadam siaran tersebut. Kita sudah 63 tahun merdeka.

Sepatutnya tiada lagi keterlanjuran seperti ini. Jika T Alias Taib dalam madahnya dalam Di Sisi Pelita Minyak Tanah mengibaratkan tulisan jawi seperti cincin di jari si anak dara.

Bahasa kebangsaan pula boleh diibaratkan seperti cincin di jari manis sebagai tanda dia milik seseorang, bahasa Melayu ibarat cincin yang menjadi tanda kepada identiti bangsa dan negara.

Sempena bulan kemerdekaan ini, mari kita perelokkan penggunaan bahasa Melayu kita baik dalam penulisan mahupun pertuturan.

Salam merdeka.

Nor Syamimi binti Musa
AJK Seni dan Budaya
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber artikel: FB Mimi Mizisya

Komen Weblog Ibnu HasyimPihak berwajib, sila ambil tindakan segera!

Hibur Hibur Sikit

Motosilkal Ini, harga RM6,617.76 dijual RM85,000, 'zalim'kah penjualnya?

 LAPORAN portal Harian Metro

Hebat, Betapa Rincinya Hukum Islam..

Ini Jawab Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman. 

"TIDAK salah jual sesuatu barangan itu dengan harga berlipat kali ganda tinggi daripada harga asal, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju," kata Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Harian Metro mengenai penjualan motosikal Yamaha 125zr Go! dengan harga RM85,000, nilainya berlipat kali ganda daripada harga sebenarnya RM6,617.76.                           

Yamaha 125zr Go! keluaran khas model Valentino Rossi pada 2003 itu dijual tunai oleh Mohamad Azehar Mat Siam, 29, kepada seorang peminat model berkenaan dari Vietnam dan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Ahadi berkata, penjualan barangan yang bukan berbentuk barangan keperluan asasi seperti makanan tidak salah sekiranya dijual dengan harga yang tinggi kerana ia adalah pilihan pembeli.

"Jika pembeli sanggup membayarnya tiada masalah dan paling penting tiada paksaan dalam proses jual beli yang dijalankan kerana perbuatan memaksa pembeli membeli barangan dengan harga yang tinggi adalah batil dan tidak sah di sisi Islam.

"Cuma jika barangan berbentuk makanan asasi seperti nasi yang menjadi keperluan manusia mesti dijual pada harga pasaran dan tidak boleh dijual terlalu mahal sehingga menzalimi pengguna.

"Barangan lain yang dirasakan mempunyai 'nilai sentimental' tersendiri diharuskan untuk dijual pada harga yang dirasakan relevan oleh pemiliknya dan ia tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau berkata, jualan barangan bukan keperluan itu bergantung kepada kesanggupan pembeli atau pengguna ketika berurus niaga.

"Sesetengah orang yang mempunyai wang, dia tidak mempunyai masalah untuk membeli barangan yang diminati biarpun dengan harga yang mahal.

"Minat dan hobi setiap orang berbeza, sebelum ini pernah heboh duit syiling lama yang bernilai beberapa sen dijual dengan harga ribuan ringgit, tiada masalah berjual beli dengan harga tinggi asalkan dipersetujui kedua-dua pihak," katanya.

Berita berkaitan

• Yamaha 125zr edisi Valentino Rossi berharga RM85,000 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 3:01 PM.


Hibur Hibur Sikit

Ini Bukti, Politik PH Jijik, Kejam, Khianat!

 Terbukti Tun M Pengkhianat Yang Amat Jijik Kepada PH dan Rakyat Malaysia –  INFO TERKINI POLITIK, SOSIAL DAN TEKNOLOGI.

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui PH Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka.


Dalam satu program online baru-baru ini, mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan.

Mat Tisu dedahkan, Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya telah merancang untuk memansuhkan dan mengurangkan subsidi serta bantuan kepada rakyat dalam tempoh 2 tahun pertama sebelum kembali memberikannya semula kepada rakyat bagi 3 tahun berikutnya (penggal pemerintahan).

Ini adalah satu perancangan kepetingan politik yang paling jijik, kejam dan khianat.

Huraiannya begini :

Tahun pertama dan kedua, subsidi dan bantuan dikurangkan. 

Rakyat disuruh ikat perut, berkorban dan bantu kerajaan kerana kononnya negara sudah bankrap di bawah Barisan Nasional dan Najib.

Rakyat perlu tolong bayar hutang negara kononnya RM1 trilion yang ditinggalkan Barisan Nasional dan Najib, pada hal sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan, hutang negara tidak pernah dikurangkan oleh Pakatan Harapan.

Malah, Pakatan Harapan telah  menaikkan hutang negara sebanyak RM140 bilion iaitu pada kadar paling laju dalam sejarah. Jauh lebih laju berbanding zaman Barisan Nasional dibawah pentadbiran DS Najib.

Selepas menyiksa dan mendera rakyat, maka Pakatan Harapan akan mula mengembalikan bantuan dan juga subsidi yang telah ditahan dalam 2 tahun pertama pemerintahan mereka.
Bukan Mat Tisu sahaja yang mengakui strategi zalim Pakatan Harapan, mantan Timbalan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr Lee Boon Chye juga mengakuinya. 

Lalu negara dikatakan telah 'diselamatkan' hasil dari kebijaksanaan Pakatan Haarapan dalam menguruskan ekonomi negara. Maka dengan itu, kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan akan semakin kukuh dan rakyat akan mengundi mereka sekali lagi pada PRU15.

Maksudnya apa?
Rakyat sengaja ditipu, disusahkan, ditekan dan dikorbankan oleh Pakatan Harapan selama 2 tahun.

Demi apa?
Demi kepentingan dan strategi politik Pakatan Harapan untuk mengekalkan kuasa dan memburukkan Barisan Nasional.

Begitulah jijik dan zalimnya Pakatan Harapan. Demi kelangsungan kuasa, mereka sanggup melihat puluhan juta rakyat Malaysia menderita!!!

Manusia jenis apakah mereka ini?
Hanya orang berhati hitam yang paling jahat mampu hasilkan strategi zalim seperti ini.
Siapa yang bertanggung jawab untuk menghasilkan strategi politik yang sengaja menipu dan menderitakan puluhan juta rakyat ini perlu dijahanamkan buat selama-lamanya.

Kredit :

Bukan Turki Timbulkan 'Tidakstabil' Di Mediterranean Timur. -Erdogen

 Erdoğan: ''Turki akan Mengambil Haknya Sahaja''

Erdoğan Ingatkan Trump Bahawa Bukan Turki yang Timbulkan Ketidakstabilan di Mediterranean Timur

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah melakukan perbincangan melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut kenyataan dari Direktorat Komunikasi, isu-isu dua hala dan juga perkembangan serantau, terutamanya Mediterranean Timur, telah dibincangkan dalam pertemuan itu.

Erdoğan Ingatkan Trump Bahawa Bukan Turki yang Timbulkan Ketidakstabilan di Mediterranean Timur

Presiden Erdoğan mengingatkan kepada Trump bahawa bukan Turki yang menimbulkan ketidakstabilan di Mediterranean Timur, dan menekankan bahawa Turki telah membuktikan dengan langkah konkrit yang diambilnya bahawa ia berpihak pada dialog dan pengurangan ketegangan. (IH)


Hibur Hibur Sikit

Ibnu Hasyim Sambut Baik Hukuman Ke Atas Pengganas Brenton Tarrant.

 Turki Menyambut Baik Hukuman Ke Atas Brenton Tarrant

IBNU HASYIM menyambut baik hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atas Brenton Tarrant, pengganas yang membunuh 51 orang dan mencederakan 49 orang dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch, New Zealand.


Blog Ibnu Hasyim menyokong kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Turki mengenai keputusan itu, diingatkan bahawa 51 orang, termasuk warganegara Turki, Zekeriya Tuyan, meninggal dalam serangan di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019, dan 40 orang, termasuk warga Turki Mustafa Böztaş dan Temel Ataçocuğu, cedera. 


''Kami menyambut dengan senang hati bahawa "pengganas telah dinyatakan dijatuhkan hukuman terberat di New Zealand, penjara seumur hidup yang tidak dapat memperoleh pengampunan. Keputusan mahkamah yang dipersoalkan sekali lagi mengingatkan perlunya perjuangan bersama masyarakat antarabangsa menentang semua ideologi dan tindakan yang berasal dari Islamofobia, xenofobia, rasisme dan kebencian.'' Kata Kementrian.


Blog ini juga bersetuju dengan kenyataan itu. (IH)

  Pengganas kulit putih, Brenton Tarrant 

Anak Perempuan Mukhriz Antara 27 ditahan di kelab malam.

 Mukhriz pada sidang media selepas program sepetang bersama Tun Mahathir Mohamad di Pusat Bandar Felda Besout 3, Slim River, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam  Mukhriz pada sidang media selepas program sepetang bersama Tun Mahathir Mohamad di Pusat Bandar Felda Besout 3, Slim River, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Mukhriz akui anak, menantu langgar PKPP

SLIM RIVER: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab malam di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara, Ahad lalu.

Mukhriz berkata, anak dan menantunya masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 mengikut kesalahan yang dilakukan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Memang benar anak dan menantu saya dibawa ke balai polis bersama 27 orang yang lain atas kesalahan melanggar PKPP.

"Mengikut undang-undang berkaitan, mereka dikompaun RM1,000 dan semua sudah bayar (kompaun) termasuk anak dan menantu saya," katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Tun Mahathir Mohamad di Pusat Bandar Felda Besout 3, Slim River, hari ini.

Mukhriz berkata, anak dan menantunya wajar dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah kecewa kerana pelanggaran itu berlaku juga.

"Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mukhriz turut berterima kasih kepada pihak keselamatan khususnya PDRM Kuala Lumpur yang tegas dan mengambil tindakan secara adil dan saksama dalam pematuhan PKPP tanpa memilih kasih kepada mana-mana pihak.

Sebelum ini media melaporkan seorang anak kenamaan (VIP) antara pengunjung yang ditahan berada di premis yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP. (BH)

Hibur Hibur Sikit

Thursday, August 27, 2020

Cucu Dr M Anak Mukhriz Di Tangkap, Lagi Mabuk Punya Hal. Semoga Tak Betui Berita Ini?

 

Cucu Dr Mahathir, Anak Kepada Mukhriz, Di tangkap Langgar PKP,Dan Dalam Keadaan MABUK!!!


Posted by The Unspinners Kembali 


Kalau admin sebut nama Meera Alyanna, mungkin ramai yang tidak tahu siapa budak perempuan tu. Tapi kalau disebut nama penuh Meera Alyanna binti Mukhriz bin Mahathir bin Mohammad, tentu kita boleh agak siapa budak perempuan itu.

Ya, Meera Alyanna ialah anak kepada Mukhriz aka Boboi dan cucu kepada Dr Mahathir aka Atok. Apa istimewanya budak perempuan nie, sampai admin terpanggil untuk menulis tentang dia?

Tidak ada apa yang istimewa tentang budak perempuan nie tapi ada berita panas mengenainya yang admin dapat lewat malam tadi.
Cucu Dr Mahathir dan anak kepada Mukhriz telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan ke atas sebuah premis hiburan di ibukota. Beliau telah dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 1.20 pagi untuk tindakan lanjut.

Memetik kenyataan sumber, "Ya, beliau telah ditahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKP dan ketika ditahan beliau dalam keadaan mabuk."

"Seramai 30 pelanggan telah dibawa ke balai untuk pelbagai kesalahan PKPP dan siasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit."
Dr Mahathir menubuhkan parti Pejuang selepas menubuhkan parti PPBM kerana kononnya beliau mahu menyelamatkan maruah Agama Islam dan bangsa Melayu.

Tetapi ironiknya, cucu beliau sendiri GAGAL beliau selamatkan dari menjadi seorang wanita Melayu yang sopan dan kukuh akidahnya.
Jadi di manakah kekuatan perjuangan Dr Mahathir dan Mukhriz dalam memperjuangkan maruah Agama Islam dan bangsa Melayu.

Selamatkanlah anak cucu sendiri dahulu sebelum bercita-cita mahu menyelamatkan anak bangsa. Bukankah perjuangan yang sebenar itu bermula dari keluarga sendiri dan di dalam rumah sendiri!!!

Sumber :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails