Saturday, November 07, 2020

Sekolah Islam: Bebaskan lesbian, gay, biseksual, transgender...

 

Anggota masyarakat transgender sedang membaca al-Quran di Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa di Dhaka, Bangladesh. - Foto AFP

Sekolah Islam pertama untuk transgender dibuka di Bangladesh.

DHAKA: Bangladesh membuka sekolah Islam pertama untuk transgender Muslim dengan ulama menyifatkannya sebagai langkah pertama untuk mengintegrasikan minoriti yang ditindas itu kembali dalam masyarakat.

Madrasah itu adalah antara rangkaian gerakan terbaru di Bangladesh untuk memudahkan kehidupan hampir 1.5 juta orang transgender di negara majoriti Islam itu.

Kira-kira 50 pelajar transgender dilihat membaca ayat-ayat al-Quran untuk menandakan pembukaan Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa atau Islamic Gender School, di pinggir ibu kota kelmarin.

Seorang pelajar berusia 33 tahun, Shakila Akhter, berkata beliau gembira dan berterima kasih kepada ulama kerana melakukan perubahan itu.

"Kami beragama Islam, namun kami tidak boleh pergi ke masjid, bahkan kami tidak dapat bergaul dengan anggota masyarakat lain," katanya kepada AFP.

Akhter dilahirkan sebagai gadis dan berhasrat menjadi doktor atau peguam tetapi cita-citanya tidak tercapai selepas dia meninggalkan rumah ketika masih kanak-kanak untuk menyertai masyarakat transgender.

Sekumpulan ulama diketuai Abdur Rahman Azad mengubah tingkat atas sebuah bangunan tiga tingkat menjadi sekolah dengan bantuan dana badan amal tempatan.

Pasukan Azad, yang mengajar al-Quran kepada tujuh kumpulan transgender di Dhaka, berkata madrasah semakin berkembang dan menjadi tapak asas bagi integrasi masyarakat.

Sehingga 150 pelajar dewasa mendapat pelajaran yang sama di madrasah tradisional, di mana al-Quran diajarkan bersama dengan falsafah Islam, Benggali, bahasa Inggeris, matematik dan sains sosial.

Azad berkata, transgender yang dikenali sebagai hijra di Bangladesh, sudah banyak menderita.

"Sudah terlalu lama mereka menjalani kehidupan yang sengsara kerana tidak dapat pergi ke sekolah, madrasah atau masjid.

"Mereka menjadi mangsa penindasan dan kita, masyarakat dan negara harus dipersalahkan atas perkara ini.

"Kami ingin mengakhiri penindasan ini kerana Allah tidak membeza-bezakan antara manusia. Islam memperlakukan semua orang sebagai manusia dan hijra harus menikmati semua hak seperti manusia lain," katanya.

Tahun lalu, transgender diizinkan mendaftar untuk memilih keadaan fizikal mereka sebagai jantina ketiga dan jumlah mereka akan dihitung dalam bancian tahun depan di seluruh negara dengan 168 juta penduduk itu.

Masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menghadapi penindasan hebat di negara Asia Selatan itu, di mana undang-undang era penjajah masih digunakan untuk memenjarakan individu gay, walaupun jarang dikuatkuasa. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "...di mana undang-undang era penjajah masih digunakan untuk memenjarakan individu gay, walaupun jarang dikuatkuasa." 

Maaf, ayat ini atau tuduhan dalam ayat ini, perlu diteliti lagi atau dibetulkan.

Sebenarnya, Islam datang membebaskan "..masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).."  dalam menghadapi penindasan hebat di seluruh dunia. Islam mengawasinya sejak didikan awal lagi. Lihat peraturan-peraturan dalam syariat Islam..

Hanya negara-negara yang bertopengkan 'bebas (tapi terbabas)', hak asasi manusia dan barua-baruanya yang masih mempertahankan.

Hibur Hibur Sikit:

Penjawat awam, tentera, polis dan pesara sewajarnya disanjung..

 

Belanjawan 2021: Sikap berbeza Kerajaan PN-PH 

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 telah menyaksikan sanjungan tinggi Kerajaan Persekutuan diterajui Perikatan Nasional (PN) terhadap para penjawat awam, tentera, polis dan pesara.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara tersebut amat berbeza semasa Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menghargai golongan tersebut.

Bahkan katanya, semasa negara ditadbir PH, para penjawat awam, tentera, polis dan pesara sentiasa dicurigai dan diposisikan seolah-olah musuh di mana sentiasa sahaja mahu menghukum mereka.

Sebaliknya ujar beliau, menerusi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, Kerajaan PN menzahirkan keprihatinan terhadap pengorbanan golongan tersebut dengan peruntukan yang dikhususkan.

“YB Menteri Kewangan (Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) semasa pembentangan Belanjawan di Parlimen semalam beberapa kali mengulangi penghargaan Kerajaan Persekutuan kepada golongan ini,” ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ini turut menyatakan bahawa para penjawat awam, tentera, polis dan pesara sewajarnya disanjung kerana menjadi tulang belakang dan penggerak kerajaan.

Malah puji beliau, jentera terpenting kerajaan kepada rakyat ini adalah barisan hadapan yang cekal dan komited ketika negara dan seluruh dunia kini sedang berhadapan cabaran berisiko yakni pandemik COVID-19. – HARAKAHDAILY 7/11/2020

Hibur Hibur Sikit:
Album 1

30 gerai di medan selera Tanjung Bungah musnah terbakar

 

KIRA-KIRA 30 gerai makanan di Medan Selera Mutiara Jalan Sungai Kerian, Jalan Tanjung Bungah, di sini, terbakar jam 10.19 pagi tadi yang menyebabkan 70 peratus kemusnahan.NSTP/FB Pembaca

GEORGETOWN: Kira-kira 30 gerai makanan di Medan Selera Mutiara Jalan Sungai Kerian, Jalan Tanjung Bungah, di sini, terbakar jam 10.19 pagi tadi yang menyebabkan 70 peratus kemusnahan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata kerja memadamkan kebakaran dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, BBP, Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.

"Ketika tiba di lokasi, didapati api marak dengan cepat dan memusnahkan kira-kira 30 gerai di situ.

"Struktur bumbung yang dibina menggunakan kayu juga menyebabkan api marak dengan cepat dan hanya berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian," katanya lagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Petani lega nuu! Subsidi harga padi, baja, insentif tanaman...

 

Pemberian subsidi harga padi, baja mahupun insentif tanaman padi serta Insentif Pengeluaran Getah (IPG) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam memberi kelegaan kepada golongan petani. FOTO/ARKIB NSTP

Belanjawan 2021 beri kelegaan kepada petani

ALOR SETAR: Pemberian subsidi harga padi, baja mahupun insentif tanaman padi serta Insentif Pengeluaran Getah (IPG) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam memberi kelegaan kepada golongan petani.

Pesawah, Mohd Syahrul Nizam Mehad, 33, berkata ketidaktentuan pasaran, impak pandemik COVID-19 selain faktor serangan perosak dan bencana malam mendedahkan petani dengan pelbagai risiko.

"Walupun usahakan tiga hektar sawah, bukan setiap musim berhasil kerana modalnya tinggi merangkumi bayaran membajak, meracun, membaja dan menuai.

"Tanpa subsidi kerajaan, lagi tinggi modal yang kami terpaksa keluarkan apatah lagi jika tanaman tidak menjadi, modal akan hangus begitu saja dan kami terpaksa berhutang untuk memulakan musim seterusnya.

"Jadi saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan kepada pesawah," katanya yang mengusahakan sawah di Yan sejak 10 tahun lalu.

Bagi penoreh getah pula, Zahir Aris, 41, berkata Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang ditambah sekali ganda akan membantu menambah pendapatan penoreh getah berikutan harga pasaran komoditi itu tidak stabil.

"Harga getah baru-baru ini naik kepada lebih RM3 tetapi sekarang musim hujan pula, menyebabkan kami tak dapat keluar menoreh, hidup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Saya yakin insentif ini ditambah kerana keprihatinan kerajaan sekarang mendengar keluh kesah rakyat terutama ketika penularan COVID-19, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan," katanya.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimBelanjawan2021, 3 Matlamat Utama. Bertujuan melindungi, memulih dan menjamin:
(i) Kesejahteraan Rakyat
(ii) Kelangsungan Perniagaan dan
(iii) Ketahanan Ekonomi.
Petani lega nuu..

Hibur Hibur Sikit:
Album 1

Jom Imbas Kembali Bajet 2020 PH...

 

'...tidak mengikut peratusan population.'
-Kata MINDARAKYAT 

Tahniah Dari K'tan. ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

 

Belanjawan peruntuk agenda pembangunan Islam

KERAJAAN Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan di atas pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

Belanjawan yang bersifat inklusif atau menyeluruh tersebut akan menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar akibat kesan pandemik COVID-19.

Turut diberi perhatian adalah agenda pembangunan Islam yang menerima peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi memartabatkan syiar Islam. Selain itu, Peningkatan RM3.1 bilion kepada RM11.1 bilion dalam agenda pemerkasaan Bumiputera menunjukkan usaha kerajaan untuk menyokong pembangunan Bumiputera.

Bagi Negeri Kelantan, fokus Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan Pembangunan infrastruktur pengangkutan khususnya melibatkan penerusan pembinaan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dan pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu di bawah ECER bakal memberi impak sosio ekonomi kepada rakyat Negeri Kelantan. Saya yakin kerjasama dan hubungan baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua projek yang diperuntukkan bagi Negeri Kelantan dapat direalisasikan.

Oleh itu, secara keseluruhan Belanjawan 2021 telah menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Berkat Perpaduan, Kelantan Sejahtera”
“Merakyat Membangun Bersama Islam”

DATO’ BENTARA KANAN
USTAZ DATO’ HJ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
20 Rabiul Awwal 1442/ 06 November 2020 – HARAKAHDAILY 6/11/2020

Hibur Hibur Sikit:

Friday, November 06, 2020

Menjurus kesejahteraan rakyat yang menyeluruh.. -Naib Presiden PAS

 

PAS sokong penuh Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menyokong penuh Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Ustaz Idris berpandangan bahawa pembentangan ini menjurus kesejahteraan rakyat yang menyeluruh bagi semua peringkat lapisan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Pembentangan amat menyeluruh dan menarik apabila telah membuat perbincangan bersama 14 buah negeri yang melibatkan sebanyak 38 sesi dialog.

“Ia turut menyentuh dan memberi manfaat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), nelayan, pekebun getah dan juga aspek kesihatan awam,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini untuk mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2021.

Pun begitu katanya, manfaat turut diperolehi oleh peneroka Felda yang sebelum ini menanggung beban hutang apabila kerajaan mengumumkan peruntukan RM400 juta penghapusan faedah hutang peneroka.

Belanjawan 2021 mencatatkan sejarah sebagai belanjawan terbesar, dengan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan juga katanya turut mengutamakan pendidikan anak bangsa apabila sejumlah peruntukan besar diagihkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita tahu pembelajaran merupakan satu pelaburan untuk jangka masa panjang dan ia merupakan bahan komoditi untuk melahirkan modal insan yang akan datang.

“Soal keselesaan dalam konsep pembelajaran akan memberi impak yang baik kepada generasi akan datang,” katanya

Bagaimanapun katanya, Belanjawan 2021 ini dapat dilihat ianya untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi untuk disalurkan dengan baik bagi menentukan negara terus berkembang maju. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

Hibur Hibur Sikit:

Indonesia Henti Jual Produk Perancis &Eksport Buah-sayur Turki Meningkat.

 

1. Pasaran di Indonesia Berhenti Menjual Produk Perancis


Di Indonesia, beberapa rantai barang runcit berhenti menjual barang-barang Perancis sebagai tindak balas terhadap sokongan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengenai karikatur yang mensasarkan Nabi Muhammad dan sikapnya yang anti-Islam.

Rangkaian pasar "Basmalah Shop", yang berafiliasi dengan Koperasi Asrama Islam Sidogiri, mengeluarkan produk Perancis dari rak di 180 pasar yang meliputi Jawa Timur dan Kalimantan Barat.

Timbalan Pengurus Besar Kedai Basmalah Ahmad Edy Ami dalam satu kenyataan berkata,

"Kami menghentikan penjualan barang-barang Perancis sebagai tindak balas kepada pernyataan Macron yang menyakitkan perasaan umat Islam. Walaupun hilang secara ekonomi, apa yang kami lakukan adalah tanda solidariti Muslim." katanya.

Muhammad Hiday Hanis, presiden 212 Koperasi Syariah di negeri Sulawesi Selatan, menyatakan bahawa mereka mengeluarkan produk Perancis seperti air bungkus dan kosmetik dari pasar yang berafiliasi dengan mereka di wilayah mereka.

Menggariskan bahawa mereka memposting pengumuman mengenai boikot di pintu masuk dan di dalam pasar mereka dan bahawa mereka tidak boleh tawar-menawar dalam hal-hal kepercayaan, Hanis, menyatakan bahawa mereka mula meletakkan produk tempatan di rak yang masih kosong dari barang Perancis.

Pasar bernama Indragiri di wilayah Indragiri Hulu di provinsi Riau mengeluarkan produk Perancis dari rak dan mengakhiri penjualannya.

Sebaliknya, beratus-ratus orang yang memprotes sikap anti-Islam Perancis di kota Bandung meminta boikot untuk produk Perancis.

Sikap anti Islam Perancis, wajarkah dibalas hanya dengan boikot barangannya saja? Mana lagi boikot negara-negara umat Islam yang lain?


2. Eksport Buah dan Sayur Segar Turki, pada Bulan Oktober Meningkat

Eksport buah dan sayur segar Turki meningkat 18 peratus pada bulan Oktober.

Nejdat Sin, Ketua Persatuan Pengeksport Buah dan Sayuran Segar Mediterranean, menyatakan bahawa pada bulan Oktober, eksport buah dan sayur segar meningkat sebanyak 18 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya dan mencapai 264.6 juta dolar.

Dalam pernyataan bertulisnya, Sin menyatakan bahawa eksport dibuat ke 148 negara dalam 10 bulan pertama tahun ini, dan 264 juta 604 ribu dolar input mata wang asing diberikan dari 498 ribu 398 tan produk.

Menyatakan bahawa Rusia menduduki tempat pertama di antara negara-negara di mana buah-buahan dan sayur-sayuran segar dieksport pada bulan tersebut dengan nilai 77.3 juta dolar, 

Sin berkata,

"Selepas negara ini diikuti oleh Iraq dengan 27,7 juta dolar dan Ukraina dengan 15,3 juta dolar. Negara dengan peningkatan eksport tertinggi adalah Bangladesh, India dan Israel. Selain negara-negara ini, Jerman, Romania, Bulgaria, Syria, United Kingdom dan Czechia juga merupakan pasar yang penting. kami mencapai peningkatan. " menggunakan ungkapan tersebut.

Menyatakan bahawa tiga produk teratas yang dieksport pada bulan Oktober adalah lemon, mandarin dan anggur, Sin berkata,

"peach, plum dan teh adalah antara produk yang kami capai peningkatan eksport tertinggi bulan ini. Tomato, pir, ara, lada dan bawang merah adalah produk lain yang kami mencatat peningkatan eksport." katanya.

(IH)


Hibur Hibur Sikit:

Siapa Sebenarnya Pengganas, Presiden Perancis?

 

Orang ramai berkumpul di Place du Capitole di Toulouse, Perancis bagi memberi penghormatan kepada guru sejarah, Samuel Paty, yang menjadi mangsa pengganas. - Foto AFP

Remaja sokong kepala guru dipenggal didakwa

MARSEILLE: Seorang remaja di bandar Marseille, selatan Perancis didakwa di mahkamah kerana menyokong keganasan dalam kenyataan memberi penghormatan kepada Samuel Paty, guru yang mati dipenggal kepalanya oleh pengganas.

Pihak pendakwa raya berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun warga Afghanistan itu secara terbuka berkata akan melakukan pembunuhan sama di dalam kelasnya, lapor akhbar La Provence.

Dia dibebaskan selepas diambil keterangan, namun tetap di bawah pengawasan, kata pendakwa raya, Dominique Laurens, kepada AFP.

Pihak berkuasa pendidikan wilayah, Bernard Beignier, memberitahu La Provence bahawa pihak berkuasa Marseille setakat ini sudah menahan tujuh murid ekoran kejadian terbabit minggu lalu.

Tiga daripada mereka dipercayai akan disabitkan dengan 'cubaan menghalalkan perbuatan pengganas'.

Paty dipenggal kepalanya berdekatan sekolahnya di luar Paris oleh remaja berusia 18 yang berasal dari Chechnya selepas kempen dalam talian menegur guru itu kerana menunjukkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW dalam kelasnya.

Bagaimanapun, sebahagian pihak termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempertahankan perbuatan Paty sebagai sebagai kebebasan bersuara.

Selasa lalu, pendakwa raya di kota timur Strasbourg membuka siasatan ke atas dua remaja berusia 12 tahun mengenai komen yang dibuat ketika memberi penghormatan kepada Paty, mendakwa guru itu layak menerima 'hukuman' terhadapnya.

Tambah mereka, dua kejadian sama turut dilaporkan membabitkan kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun, yang mendorong siasatan berhubung kesejahteraan sosial.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, memberitahu Parlimen minggu ini bahawa 66 penyelidikan mengenai dakwaan menyokong pengganas sudah dibuka sejak kematian Paty, yang membabitkan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa yang memulakan siri-siri penghinaan kepada agama lain dari agama mereka? Yakni menghina agama Islam melalui menghina Nabi Muhammad SAW? 

Merekalah sebenarnya yang memulakan keganasan! Memulakan dengan membenarkan dan menyokong penghinaan melalui percetakan kartun kepada Nabi orang Islam. Bahkan memaksakan fahaman ganasnya kepada kanak-kanak sekolah? Presiden Perancis sebenarnya yang patut dihukum...

Komen Rakyat: 22 bulan bajet vs bajet 8 bulan

DAP akui Dr Mahathir kuda tunggangannya - HarakahDaily

AnonymousAnonymous said...(Komen dalam blog ini)

22 bulan bajet vs bajet 8 bulan

Bajet 2020 bajet kerajaan Melayu Islam. Rakyat tahu dan merasai bagaimana pemerintahan PH selama 22 bulan.

Sebab Itu sebab takde seorang pun yang berguling guling, terjerit jerit di jalan raya memberontak akan kejatuhan kerajaan PH.

Hari ini, kepada MP Melayu/Islam mempunyai ruang seluas membuktikan kerajaan PH dahulu adalah kerajaan tunggangngan DAP.

Kerajaan PH sebagai kerajaan yang rasis, membelakang kan Perlembagaan dan tidak peka kepada sosio budaya dan adat resam negara.


Dulu, selama 22 bulan kerajaan PH mentadbir kerajaan macam macam rakyat dapat.

1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya.

2. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL. Tun, Daim dan kroni dalam Council of Eminent Persons (CEP) berebut habuan.

3. Rencana blueprint kilang kereta nasional ke-3 sama seperti Proton awal-awal dengan penguasaan syarikat kroni kerana Proton tidak lagi dikawal oleh kerajaan.

4. Rencana kroni ambil alih PLUS dengan tawaran berbillion (kroni sama seperti Perwaja yang akhirnya dapat bailout daripada Kerajaan) tetapi tidak dipersetujui oleh Kementerian Kewangan (DAP) sebab mereka juga mahu kuasai pulangan.

5. Kontrak Opcom - Hari ke 5 dilantik jadi PM Boboi dapat ratus juta kontrak Opcom

6. Tender berbilion fiberoptic pada OPCOM dan stimulus package.

7. Rancang airport baru

8. Projek Bandar Malaysia diberi kepada pemaju kroni.

9. Jarah wang Petronas 82 Biliion.

10. Hutang baru 120 bilion dalam masa 22 bulan
10 GST tukar kepada SST dengan negara menerima kurang pendapatan dan peniaga mudah untuk lari dari membayar cukai.

11. Runding 101 projek direct-nego dan tukar penerima dan syarikat kepada kroni kerana mereka daripada zaman BN

12. Harta Tabung Haji dilelong murah.

13. Kedai Roti dibailout.

14. Sebagai ganjaran bailout kedai roti the loft, Taikun Cina ini dapat projek Bandar Malaysia ratus juta. Hebattt..!!



Untuk Rakyat:

1. Jangan iri hati kepada org kaya.

2. Jangan asyik minta bantuan kerajaan. Rakyat kena Ikat perut.

3. Setiap hari zikir wajib 'salahkan Dato' Sri Najib dan UMNO'.

4. 7 juta penerima BR1M ditukar kepada BSH dengan hanya 4 juta penerima dan pemberian dikurangkan.

5. Pembuangan kerja 40,000 kakitangan awam dan kontrak

6. MoF Lim Guan Eng umum beri duit percuma utk berbelanja RM30.00 sahaja

7. Janji harga minyak turun RM1.50 dicapati. "Hari pertama ke Putar Jaya esok serta merta harga minyak turunnn.." Saya ulanggg...!


Lihat, komen atas komen...

25 Mac 2018 — Tun-lah sebagaimana diakuinya sendiri adalah kuda tunggangan DAP bagi memungkinkan DAP berkuasa. “Tunggang Tun Mah untuk ...
28 Mac 2018 — DAP Akui Dr Mahathir Kuda Tunggangannya. AIDCNews · Roslan SMS – DAP sedang menyusun bala tenteranya untuk merampas Putrajaya ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails