Saturday, November 28, 2020

Gadis ini, kalau dia seorang Muslimah..

 

Do Thi Ha melakukan pelbagai pekerjaan secara separuh masa, antaranya sebagai pelayan restoran, selain membantu orang tuanya di kandang lembu. - Foto/Instagram/@doha_20.07

Dari seorang buruh ladang, gadis ini kini ditabalkan Miss World Vietnam


JIKA sebelum ini dia banyak menghabiskan masa membantu kedua orang tuanya di kandang lembu, seorang gadis kini perlu meninggalkan seketika kerja itu kerana dia bakal mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World tidak lama lagi.
Do Thi Ha, 20 tahun, dimahkotakan sebagai Miss Vietnam hujung minggu lalu, namun latar belakangnya yang penuh kesederhanaan membuatkan namanya disebut-sebut di media sosial.
Media Vietnam melaporkan Ha, yang berasal dari wilayah Thanh Hoa, menewaskan 34 peserta lain untuk pemahkotaan itu.
Dia yang merupakan pelajar tahun kedua di National Economics University, Hanoi, melakukan pelbagai pekerjaan secara separuh masa, antaranya sebagai pelayan restoran, selain membantu orang tuanya di ladang ternakan lembu.
Kedua-dua ibu bapanya merupakan buruh ladang, dan mereka menyokong Ha dalam misinya di pertandingan ratu cantik..

Dalam jawapan kepada soalan yang membawa kepada kemenangannya, Ha menegaskan dia bukan mahu menjadi role model, sebaliknya hanya mahu memberi inspirasi.
"Saya mewakili gadis-gadis biasa di Vietnam. Saya tidak berharap untuk menjadi role model, tetapi lebih penting, saya mahu menjadi orang yang memberi inspirasi kepada orang lain," katanya.
Selain mahkota, Ha turut membawa pulang wang tunai VND350 juta (kira-kira RM61,000) sebagai hadiah kemenangan. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mutahil kalau gadis Do Thi Ha ini boleh menjadi seorang Muslimah. Kuasa Allah, tiada siapa boleh menghalang.. Sila lihat kisah-kisah dalam E-buku di bawah ini..
Sebelum ini..
Lihat juga..

Ya, mereka PKR-DAP sudah ketinggalan berfikir, asyik 'gigit' sama sendiri..

 

MP-MP PAS jauh matang, terkehadapan dari PKR-DAP

SELAMA tiga tahun berturut-turut sebelum ini Ahli-ahli Parlimen PAS dikecam hebat kerana tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018.

Ahli-ahli Parlimen PAS tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016 kerana, mengikut Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ‘dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat’ selain kerana Ahli-ahli Parlimen PAS ‘bersetuju secara dasarnya dengan bantuan-bantuan yang diberi oleh kerajaan terhadap rakyat’. (1)

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini memarahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang berkata keengganan tolak Bajet 2016 menunjukkan PAS mahu bersama BN (2) malah Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, Ketua Whip DAP, Anthony Loke dan Ketua Whip PAN, Khalid Samad, mengeluarkan kenyataan khas bagi membedal pendirian PAS itu (3).

Ahli-ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2017 kerana, mengikut Ahli Parlimen Temerloh, ‘kita tidak mahu maksudnya menolak keseluruhan Bajet 2017 sebab ada juga dalam Bajet itu perkara-perkara yang baik dan perlu sampai kepada rakyat seperti bahagian emolumen sebagai contohnya’ (4).

Ahli-ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2018 kerana, mengikut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, ‘PAS sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan’ dan ‘Kebenaran ialah rakan PAS walaupun yang membawa kebenaran itu ialah musuh’ (5).

Bandingkan pula kenyataan Ahli-ahli Parlimen PAS di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018 ini dengan penjelasan Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2021.

Jelas Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim: ‘Pertimbangan kita adalah untuk memastikan projek pro-rakyat seperti petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja, penganggur, pekerja kilang itu ditingkatkan dan sebahagiannya diambil kira dalam Bajet 2021’ dan ‘keputusan-keputusannya itu nampak memberikan sedikit response… maka saya dapati agak sukar untuk kita memberikan penolakan keras pada peringkat awal (ke atas Bajet 2021). (6)’

Jelas Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke: ‘Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan Belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat. (7)’

Bukankah hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR sekarang sama dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen PAS sebelum ini?

Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR kini sudah mengakui kesilapan mereka dan kebenaran pendirian Ahli-ahli Parlimen PAS sebelum ini?

Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa pemikiran Ahli-ahli Parlimen PAS jauh lebih matang dan jauh lebih terkehadapan berbanding pemikiran Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/11/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, mereka PKR-DAP sudah ketinggalan berfikir, asyik 'gigit' (politiking) sama sendiri.. tak pedulikan nasib rakyat. Lihat saja 22 bulan pegang kerajaan.. huru-hara, hingga Agung terpaksa campur tangan....

Hibur Hibur Sikit

3 askar India terbunuh dalam serangan dilancarkan Pakistan

 

Anggota tentera India berkawal di Kashmir. - Foto EPA

SRINAGAR : Sekurang-kurangnya tiga askar India terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan bedilan bom mortar dengan askar Pakistan.

Jurucakap tentera India, Lt Kol Devender Anand, berkata pertempuran berlaku semalam di kawasan Kashmir yang dikuasai India.

"Dua askar terbunuh apabila tentera Pakistan melakukan pelanggaran tanpa provokasi ke atas perjanjian gencatan senjata 2003, di daerah Rajouri selatan.

"Seorang lagi pegawai tentera India terbunuh dalam kes tembakan oleh tentera Pakistan di daerah jiran, Poonch, kelmarin

"Tentera India turut bertindak membalas serangan dengan melepaskan tembakan terhadap musuh," katanya.

Susulan kejadian itu, Pakistan belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada masa lalu, kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain berkenaan siapa yang memulakan pertempuran di sempadan dekat wilayah Himalaya yang dituntut India dan Pakistan secara keseluruhan.

Pada 13 November lalu, sembilan orang awam selain enam askar terbunuh di Kashmir apabila tentera India dan Pakistan berbalas tembakan meriam artileri di beberapa lokasi sepanjang sempadan kawalan negara berkenaan.

Tragedi itu mencatatkan kematian paling tinggi dilaporkan dalam tempoh sehari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AGENSI

Hibur Hibur Sikit

Private party' Ditemui dalam bilik rahsia di premis berkenaan..

 Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah (dua dari kiri) menunjukkan foto serbuan di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, Serdang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah (dua dari kiri) menunjukkan foto serbuan di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, Serdang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Wanita warga asing, lelaki tempatan ditahan berparti

SERDANG: Seramai 11 wanita warga asing dan lapan lelaki tempatan ditahan disyaki terbabit dalam 'private party' di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, di sini, awal pagi tadi.

Semua mereka yang ditahan dalam serbuan berakhir 2.30 pagi itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan ditemui bersembunyi di dalam sebuah bilik rahsia di dalam premis berkenaan, yang dipercayai tidak lagi beroperasi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah, berkata premis berkenaan dalam keadaan gelap ketika pihaknya tiba, dipercayai disebabkan fius elektrik dicabut bagi memudahkan mereka melarikan diri melalui sebuah lubang di dinding yang menghala ke bilik rahsia itu.

"Pasukan yang membuat serbuan pada mulanya tidak menemui suspek, tetapi disebabkan bunyi percakapan mereka, polis menemui pintu rahsia yang membawa kepada mereka yang bersembunyi di bahagian bawah tangga," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini, pagi ini.

Beliau berkata polis turut menemui sejumlah kondom dan minuman keras yang masih sejuk.

Katanya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39(b)Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan turut akan dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: Album 2

Pangsapuri 'call center' judi online di Butterworth diserbu polis

 

Polis turut merampas peralatan komputer, sejumlah telefon bimbit, kad sim, kalkulator, buku mengandungi catitan perjudian dalam talian, router dan wayar kabel. - Foto ihsan PDRM

Pangsapuri 'call center' judi online di Butterworth diserbu polis
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu sebuah pangsapuri yang dijadikan sebagai pusat operasi dan panggilan di Butterworth.
Dalam serbuan jam 3.30 petang Khamis itu, seramai empat lelaki ditahan dalam Ops Dadu Khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata siasatan mendapati premis yang disewa sindiket berkenaan dijadikan 'call center' atau pusat panggilan untuk pertaruhan sejak september lepas.
Kesemua suspek berusia diantara 25 hingga 29 tahun itu disyaki terlibat dengan kes judi dalam talian dengan menjalankan aktiviti urus niaga menerusi panggilan.
Katannya, siasatan mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan sehingga RM10,000 hingga RM20,000 setiap hari.
Sindiket berkenaan menggunakan Modus Operandi iaitu menghantar mesej melalui aplikasi "WhatsApp" secara rambang kepada semua nombor telefon tanpa mengira sasaran pelanggan.
"Penerima hanya perlu membalas SETUJU dengan tawaran iklan tersebut dan mereka perlu membuat bayaran ke dalam akaun bank sindiket.
"Apabila pelanggan membuat bayaran mereka diberikan ID pengguna seterusnya (pelanggan) memuat naik jenis permainan judi online yang mereka mahu terlebih dahulu dan kemudian masuk menggunakan ID yang diberi untuk menerima point (mata) dalam bentuk kredit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noorzainy berkata siasatan mendapati sindiket itu mensasarkan rakyat negara ini sebagai pelanggan dan premis itu juga didapati beroperasi 24 jam sehari dengan pekerja akan mengawal komputer utama serta telefon pintar.
"Empat lelaki yang ditahan itu mendakwa mereka baru bekerja dengan sindiket tersebut dan menerima bayaran gaji bulanan antara RM2,000 hingga RM4,000 setiap bulan," katanya.
Noorzainy berkata polis kini giat mengesan dalang utama sindiket tersebut.
Polis turut merampas peralatan komputer, sejumlah telefon bimbit, kad sim, kalkulator, buku mengandungi catitan perjudian dalam talian, router dan wayar kabel.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Dalam itu, Noorzainy berkata orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti perjudian haram melalui sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) ataupun menghubungi pihak polis IPD SPU ditalian 04-5762222.
Komen Weblog Ibnu HasyimMasalah judi dalam talian atau ‘online’ adalah lebih berat berbanding kewujudan premis perjudian haram yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya.  
Ini kerana ‘judi online’ mudah diakses melalui telefon pintar menyebabkan masalah tersebut berleluasa terutama ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
Malah promosi terhadap ‘judi online’ juga menjadi-jadi apabila pengendalinya menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Hibur Hibur Sikit: Album 2

      Terbukti PAS Terap K'tan tanpa rasuah selama lebih 30 tahun.

       

      Belanjawan diharap terhindar rasuah dengan adanya PAS

      KUALA LUMPUR: Keberadaan PAS dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat menghindarkan pemerintahan ini daripada rasuah dan segala elemennya, demikian kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar.

      Sekali gus juga katanya, memberi jaminan kepada perbelanjaan negara dari sebarang ketirisan dan pembaziran di mana ia diyakini dapat dijayakan sebagaimana kemampuan PAS menerapkan kerajaan tanpa rasuah di Kelantan selama lebih 30 tahun.

      “(Selama tempoh itu) tidak seorang pun pemimpin PAS terpalit dengan rasuah. Dengan rating dari Jabatan Audit Negara pada taraf 5 bintang,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada HarakahDaily, hari ini.

      Beliau juga menyifatkan kementerian di bawah Ahli Parlimen PAS adalah antara paling mendapat pencapaian ketika ini di mana seharusnya mengekalkan momentum untuk menjadi lebih baik lagi ke hadapan.

      Kerana menurutnya, segala kesungguhan yang diserlahkan tersebut adalah semata-mata kerana PAS mencari keberkatan dan keredhaan Allah menerusi pemerintahan ini sebagai matlamat di mana juga mendatangkan manfaat untuk semua.

      Beliau mewakili PAS Negeri Sembilan turut merakamkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kelulusan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

      “Sekarang tiba masanya Kerajaan Perikatan Nasional berkhidmat sebaik mungkin dan berbelanja sehemah mungkin dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu dengan situasi pandemik COVID-19 kini.

      “Cabaran ekonomi mendatang dilihat lebih sulit dengan pasaran tempatan dan dunia tidak menentu serta kadar pertumbuhan ekonomi juga sangat perlahan. Bagaimana untuk menarik pelabur luar juga harus menjadi agenda dalam setiap kementerian.

      “Fokus juga harus diberikan kepada segmen pembuatan untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar, bukan hanya pengguna. Penerokaan segmen kesihatan harus kita pelopori bersama negara kuasa kesihatan baharu,” ujarnya.

      Beliau merujuk pencapaian Turki dan Rusia serta China dan Taiwan yang berjaya muncul serta berada sebagai kuasa kesihatan baharu dunia pada masa kini dan menjadi pelopor penerokaan segmen bidang penting tersebut.

      Menyentuh tindakan 13 Ahli Parlimen Pembangkang menolak Belanjawan itu, Badzli berkata bahawa rakyat boleh menilai mereka dan agenda dibawa iaitu sebenarnya mengkhianati amanah rakyat dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. – HARAKAHDAILY 27/11/2020

      Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami bersetuju dengan kenyataan tegas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar, yang menyentuh tindakan 13 Ahli Parlimen Pembangkang menolak Belanjawan 2021 itu. 

      Kami bersetuju dengan Badzli, bahawa rakyat boleh menilai mereka dan agenda yang dibawa, iaitu sebenarnya mengkhianati amanah rakyat dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Rakyat akan menolak mereka dalam PRU 15 yang akan datang inya Allah! 

      SUMBERIZWAN ABDUL HALIM

      Hibur Hibur Sikit: Album 2

      Friday, November 27, 2020

      Berdegar dentum di langit, setitik pun hujan tak turun..

       

      Angkara Belanjawan, PH runtuh

      PERISTIWA Belanjawan 2021 lulus peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam terus hangat diulas dan dibahaskan. Setelah berdegar-degar sebelum ini pihak pembangkang menyerang untuk menolak dan menggagalkannya namun rupanya sekadar berdentum di langit sahaja hujan setitik pun tidak turun.

      Apa pencapaian dari peristiwa ini? Suka tak suka Kerajaan PN di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin kekal berkuasa didukung parti-parti kawan khasnya MN. Ia telah dengan ini disahkan dan bakal kekal berkuasa sehinggalah PRU ke-15 nanti.

      Ia juga menandakan pembangkang di Parlimen gagal bersatu. Blok mereka berpecah dan sesama mereka berbalah dan syak wasangka. Buktinya AJK DAP Pusat yang juga EXCO Selangor Teng Chang Khim boleh buat posting di Facebook-nya:

      “Kalau kamu tidak berdiri di Parlimen untuk membantah jangan kata di FB kamu membantah. Malu”

      Dan hari ini Teng tidak keseorangan. Ramai kalangan pimpinan PH khasnya dari PKR dan PAN bertelagah angkara kegagalan mereka semalam. Retak menunggu belah. Begitulah nampaknya apabila kepentingan dan agenda peribadi mengatasi kepentingan rakyat dan negara.

      ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/11/2020

      Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berdegar-degar dentum di langit, setitik pun hujan tak turun. Kokoknya saja berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi. Nasib pembangkang masa kini..

      Hibur Hibur Sikit: Album 2

      Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat -KPN

       

      Buka semula kes ‘sejuk beku’ JSJK – Ketua Polis Negara. 
       
      Kesemua kes-kes ‘sejuk beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lepas akan diteruskan semula siasatan dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

      Beliau berkata antara kes berkenaan ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.

      “Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini.

      Menurut Abdul Hamid, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

      “Kes-kes sejuk beku ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes,” katanya.

      “Judi dalam talian memang saya lawan habis-habisan, saya tidak bagi peluang dan saya haramkan mana-mana tauke judi datang untuk berjumpa dan berbaik dengan saya,” katanya.

      Beliau turut menegaskan tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan, termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.

      “Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat.

      “Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut sehingga bil mencecah ribuan ringgit, siapa hendak bayar semua itu?  Budaya sedemikian saya hendak buang dan tidak mahu ada dalam PDRM." katanya. -BERNAMA

      Hibur Hibur Sikit: Album 2


      Bajet 2021 diluluskan melalui undian.


      KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2021 melalui undian suara apabila lebihan suara yang menyokong.

      Sebelum itu, pada sesi pengundian itu dewan bergema dengan suara pihak pembangkang yang mempertikai belanjawan berkenaan.

      Begitupun semasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dato’ Azhar Azizan mengumumkan agar ahli Parlimen menyatakan sama ada menyokong atau sebaliknya.

      Dewan Rakyat akhirnya meluluskan belanjawan itu walau diganggu oleh ahli Parlimen pembangkang dari PAN dan DAP.

      Terdapat cubaan ahli Parlimen PAN yang bangkit meminta untuk dibuat undian belah bahagi, antaranya Mahfuz Omar [PH-Pokok Sena], Hanipa Maidin [PH-Sepang], namun cubaan mereka tidak berjaya.

      “Hanya 13 sahaja ahli Parlimen yang bangun meminta undi belah bahagi, maka lebih suara yang bersetuju, usul menteri Kewangan dipersetujukan,” kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat disambut laungan kegembiraan seluruh ahli yang berhormat PN.

      Terdahulu, sikap jelik pembangkang bertambah jelas semasa Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menghabiskan ucapan penggulungannya.

      Bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan Rakyat menegur keras sikap yang ditonjolkan ahli Parlimen.

      “Yang berhormat semua, ini kelakuan yang memalukan!

      “Kita sedang berbahas bajet, dan ini perangai kita dan rakyat nampak perangai kita semua,” kata Azizan.

      “Tak payah ceramah politik lah.”

      “Kamu tak ada mandat rakyat kamu senator sahaja.”

      Itu antara celahan herdikan yang kedengaran dalam sidang Dewan Rakyat tadi.

      – HARAKAHDAILY 26/11/2020

      Hibur Hibur Sikit: Album 2

      "Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi ..."

       

      Anggota Batalion 3 PGA, Lans Koperal Bob Rizan Jang, 27, yang hampir terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand dalam kejadian pertama 12 November lalu.

      'Tindak balas menanti jika lepasi sempadan negara'

      BUKIT KAYU HITAM: "Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi berasa sangat geram!," luah Lans Koperal Muhammad Amirul Amir, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini petang semalam.

      Anggota berusia 26 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor, yang cedera ringan di bahagian perut akibat terkena peluru bebola besi itu, berkata ketika kejadian dia langsung tidak berasa panik, sebaliknya segera ke pos kawalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.

      "Sebelum kejadian saya sedang melakukan rondaan dengan motosikal, tiba-tiba rasa pedih di perut, mula tu saya ingat kena sengat serangga berbisa.

      "Tapi bila selak jaket kalis peluru, ada peluru bebola besi terselit dan spontan saya berpaling ke arah sempadan negara jiran dan nampak kelibat seorang individu berpakaian gelap," katanya ketika ditemui di pos kawalan sempadan, M16 di sini, hari ini.

      Selepas mendapatkan bantuan rakan sepasukan dan kembali ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari pos kawalan itu, kelibat individu berkenaan sudah tidak kelihatan.

      "Masa tu rasa geram sungguh sebab dia buat macam tu dari dalam negara dia, kalau dia masuk ke negara kita, ada la tindakan boleh ambil," katanya yang telah berkhidmat sebagai anggota PGA hampir lapan tahun.

      Muhammad Amirul berkata, kejadian yang menimpanya itu langsung tidak melemahkan semangatnya untuk menjaga keselamatan negara dan terus menyambung tugas di pos kawalan tersebut seperti biasa.

      "Semangat rasa lebih kuat lagi dan kawan-kawan pun banyak bagi sokongan dan nasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak sesekali terleka atau cuai ketika bertugas," katanya.

      Bapa kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun itu, berkata tugas sebagai anggota keselamatan akan terus digalas dengan bangga dan akan sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaannya berada pada tahap optimum.

      Dalam kejadian pada 6.15 petang semalam, Muhammad Amirul mengalami kecederaan ringan di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin yang dilepaskan dari kawasan negara jiran.

      Sebelum ini, Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan itu adalah penyeludup memandangkan lokasi kejadian adalah antara laluan kegiatan jenayah itu.

      – BERNAMA

      Hibur Hibur Sikit: Album 2

      Taksub! Jangan baling rumah orang dengan batu...

       

      Penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan ekoran pembunuhan Samuel Paty di Paris bulan lalu. - Foto AFP

      4 lagi pelajar didakwa kes penggal guru Perancis

      PARIS: Empat lagi pelajar remaja didakwa hari ini di Perancis berhubung pembunuhan Samuel Paty, tiga daripadanya dituduh menunjukkan guru itu kepada pembunuhnya.

      Pada awal November, tiga pelajar didakwa terbabit membantu dalam pembunuhan Paty yang dipenggal kepalanya selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajar sebagai sebahagian daripada pelajaran kebebasan bersuara.

      Menurut sumber kehakiman, tiga daripada empat pelajar yang didakwa hari ini disyaki mengenal pasti Paty kepada pembunuhnya, Abdullakh Anzorov, 18, yang kemudian mengejar dan memenggal kepalanya di jalan berhampiran sekolah.

      Menurut sumber berkenaan, mereka yang berusia antara 13 dan 14 tahun, dituduh 'terbabit dalam pembunuhan oleh pengganas'.

      Tertuduh keempat pula adalah anak perempuan Brahim Chnina, individu yang melancarkan kempen ganas dalam talian terhadap Paty dengan mengecam penggunaan kartun yang diterbitkan penerbitan satira mingguan Charlie Hebdo.

      Remaja itu didakwa dengan 'tuduhan fitnah' terhadap Paty selepas menceritakan berhubung kejadian di dalam kelas, walaupun beliau sebenarnya tidak menghadiri pelajaran sivik terbabit.

      Pembunuhan Paty mencetuskan kemarahan yang mendorong Presiden Emmanuel Macron untuk membanteras ekstremisme dan keganasan Islam di negara itu yang dilanda gelombang serangan jihad sejak 2015, yang sehingga kini membunuh lebih daripada 250 orang. - AFP

      Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah akibat dari sebuah kerajaan yang taksub dan fanatik berlebihan kepada agamanya sehingga membenarkan kelompoknya menghina agama orang lain melalui kartun dan sebagainya.

      Jangan baling rumah orang dengan batu, kalau rumah sendiri dibuat dari kaca!

      Hibur Hibur Sikit: Album 2

      Thursday, November 26, 2020

      Harga Sawit Melonjak 77.17%, Bukan me'reban-runtuh'kan seperti bawah PH.

       


      Peningkatan ketara harga minyak sawit mentah

      KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) menunjukkan trend peningkatan yang begitu ketara.

      Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK), Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, harga MSM telah melonjak kepada RM3,581.50 per tan pada 19 November 2020 berbanding paras terendahnya, iaitu RM2,021.50 per tan pada 12 Mei 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM1,560.00 atau 77.17 peratus.

      Malah katanya, peningkatan harga MSM ini telah menyebabkan harga buah tandan segar (BTS) sawit turut meningkat kepada RM760 per tan pada 19 November 2020 berbanding RM408 per tan pada 12 Mei 2020.

      Kata Mohd Khairuddin ketika sesi pergulungan Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

      Ini memperlihatkan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meningkatkan harga minyak sawit.

      “Kementerian juga akan terus memberi tumpuan terhadap semua agrikomoditi lain di bawah bidang kuasa kementerian seperti getah, koko, lada, kayu dan kenaf.

      “Sehubungan itu, pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban pendapatan pekebun kecil serta menstabilkan harga agrikomoditi di pasaran telah dilaksanakan.

      “Antara langkahnya adalah pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebagai satu mekanisme sokongan harga bagi menggalakkan penoreh untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

      “Manakala, sebanyak RM150 juta juga telah diperuntukkan pada tahun ini (2020) dan sebanyak RM300 juta akan diperuntukkan pada tahun 2021 akan datang,” ujar Mohd Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.

      Selain itu, pihak kementerian juga terus bekerjasama dengan negara pengeluar utama getah seperti Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bagi memperkukuhkan harga pasaran getah.

      Di samping itu, kementerian menyediakan bantuan insentif melalui program pembangunan rantaian kluster Koko dan program peningkatan produktiviti bagi membantu petani meningkatkan pengeluaran koko serta meluaskan tanaman koko.

      Ini katanya, bagi menggalakkan petani koko untuk menjadi ahli Koperasi Kluster Koko bertujuan untuk memperoleh pendapatan tambahan sebagai ahli koperasi.

      KPPK juga katanya mempergiatkan penghasilan produk-produk lada bernilai tambah tinggi, menggalakkan pengeluaran lada premium dan menjalankan promosi jualan dengan lebih proaktif serta melaksanakan pengkomersialan dan penjenamaan semula produk lada.

      Bagaimanapun katanya, di bawah Belanjawan 2021 yang dicadangkan, KPPK diperuntukkan sebanyak RM729.39 juta iaitu RM476.67 juta untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM252.73 juta.

      Katanya, KPPK menerima peningkatan sebanyak 8.8 peratus berbanding peruntukan pada tahun 2020 yang lalu. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

      Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harga MSM telah melonjak kepada RM3,581.50 per tan pada 19 November 2020 berbanding paras terendahnya, iaitu RM2,021.50 per tan pada 12 Mei 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM1,560.00 atau 77.17 peratus.

      Hal ini membuktikan kebijaksanaan dan kesungguhan pimimpin baru PN mentadbir negara, bukan macam PH yang hanya me'reban-runtuh'kan negara, walau memerintah baru 22 bulan. 

      Hibur Hibur Sikit: Album 2