Saturday, December 05, 2020

Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak bersama semua Ahli Majlis Mesyuarat

 

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ahmad Faizal, yang gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata beliau menyembahkan warkah peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta di sini, pada 3 petang ini.

"Alhamdulillah jam 3 petang, hari ini saya diperkenankan untuk menghadap Sultan Perak. Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Sultan dan di kesempatan berkenaan saya menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan," katanya pada sidang media di Laman Seri Ridzuan, di sini hari ini.

Ahmad Faizal Azumu umum telah sembah surat letak jawatan sebagai MB Perak, barisan Exco kepada Sultan Nazrin. - Foto BERNAMA

Beliau menyampaikan rasa penghargaan kepada kepada seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, semua warga pentadbiran kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan di negeri itu.

"Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran. Bagi pihak seluruh pentadbiran kerajaan negeri yang saya pimpin, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan ataupun setiap satu perkara yang tidak disenangi.

"Saya cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf dari saya.

"Saya mendoakan agar Perak sentiasa dirahmati Allah SWT, dijauhi dari segala bala dan bencana, dan rakyatnya dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Perjalanan ini masih jauh dan panjang. Jika berselisih bahu, tersinggung siku, tegur-tegurlah mantan Menteri Besar anda ini kerana tentunya saya menganggap setiap orang sebagai saudara saya di dunia dan akhirat.

"Kita akan berjumpa kembali tidak berapa lama lagi. Demi rakyat kerana Allah." katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit

Album 3

Sukan Ikut Syariat, Pemimpin K'jaan U/Islam M'sia Masih Pengecut?

 

SUKAN

Gandingan Dhabitah, Yan Yee menang acara 3 meter

KUALA LUMPUR: Nur Dhabitah Sabri menyifatkan dirinya agak janggal untuk Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia yang buat kali pertamanya dianjurkan secara atas talian dan tanpa kehadiran penonton.

Mujur kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu masih dikelilingi rakan seperjuangan dan mampu bertindak sebagai 'pasukan sorak' sekali gus memeriahkan suasana serta memberikan sokongan.

"Sangat sunyi tetapi ia satu pengalaman yang baharu," kata Nur Dhabitah yang bergandingan bersama Ng Yan Yee untuk memenangi acara 3 meter seirama wanita di kejohanan yang membabitkan penyertaan lima buah negara itu.

Gandingan ini meraih mata tertinggi 298.98 mata untuk meraih tempat pertama di saingan final manakala Zara Tullipan-Milly Puckeridge dari Australia berada di tangga kedua dengan 239.43 mata. Berada di tempat ketiga adalah rakan senegara Tullipan-Puckeridge, Harriet Kaan-Ellie Cole yang meraih 219.15 mata.

"Namun di sini kita ada rakan sepasukan yang memberikan sokongan jadi setidak-tidaknya ada juga penyokong dan tak begitu sunyi dan pelik sangat," kata atlet terjun yang berusia 21 tahun itu.

Rakan gandingannya, Yan Yee dalam pada itu menyifatkan kejohanan ini sebagai satu persiapan untuk dirinya menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Jepun, April tahun depan.

"Saya berpuashati dan kami juga agak janggal kerana hanya kita saja yang melakukan terjunan (di Pusat Akuatik Nasional) manakala negara lain juga melakukan terjunan (di venue masing-masing). Sesuatu yang diluar kebiasaan tetapi kami gembira kerana dapat melakukan terjunan sebegini.

"Bagi saya, ia satu pengalaman sebab tak pernah ada (kejohanan) atas talian seperti ini. Ini kali pertama dan satu pengalaman baharu dan ia bagus sebelum kami ke Piala Dunia," kata Yan Yee.

Tze Liang menyerlah saingan Terjun Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Ooi Tze Liang memenangi acara 3 meter papan anjal individu di Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia yang dianjurkan secara atas talian dengan penerjun negara itu menganggap ia sebagai satu pengalaman baharu.

Penerjun berusia 27 tahun itu meraih mata keseluruhan tertinggi, 408.05 mata dan menewaskan rakan senegara, Chew Yiwei yang berada di tangga kedua dengan 365.60 mata manakala wakil dari Jepun, Reo Sakata di tangga ketiga (342.10 mata).

"Satu pengalaman yang baharu, saya tak pernah bertanding seperti ini... jadi bagi saya, ia satu pengalaman dan menarik juga," katanya selepas beraksi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

"Daripada sudut prestasi, saya boleh katakan sederhana. Ada beberapa kesilapan dilakukan tapi secara keseluruhannya okey, normal. Tidak begitu bagus dan tidak begitu teruk sangat. (Perasaan bertanding secara atas talian) ini satu idea baharu dan bagus untuk kita mengekalkan perasaan seperti dalam kejohanan."

Kejohanan yang membabitkan penyertaan daripada lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Jepun itu berlangsung selama dua hari dan mampu menarik minat kira-kira 47 penerjun.

Kejohanan mempertandingkan acara Sukan Olimpik dengan hanya acara 3m papan anjal dan 10m bagi plaftorm individu dan platform seirama dipertandingkan, membabitkan atlet terjun lelaki dan wanita.

Selain itu, kejohanan yang dianjurkan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) ini juga adalah satu pentas buat skuad terjun negara untuk mengukur kemampuan mereka dan sebagai langkah bagi memastikan skuad terjun negara kekal kompetitif.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi negara umat Islam Malaysia mampu melaksanakan aktiviti sukan mengikut syariat? Ikut saja negeri Kelantan, apa pemimpin umat Islam kerajaan Pusat masih pengecut?


PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan... walau 1 ayat.
Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Penghargaan kepada 4 ADUN BERSATU, 3 ADUN PAS, 1 ADUN UMNO, 2 ADUN Bebas.

 

BERSATU kesal isu Menteri Besar Perak

BUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menzahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya terhadapnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata BERSATU akan memantau situasi semasa dan pada masa sama akan terus bersama PAS dan rakan parti Perikatan Nasional (PN) yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya.

"BERSATU ambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar Perak sudah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan.

"BERSATU sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti kerajaan PN sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Biro Politik BERSATU bermesyuarat berikutan isu terbaru di Perak itu.

Hamzah berkata BERSATU juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat ADUN BERSATU, tiga ADUN PAS, satu ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang menyokong usul percaya kepada Ahmad Faizal.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin, petang tadi memanggil beberapa pemimpin utama parti termasuk menteri dari BERSATU di pejabatnya di Putrajaya, petang ini. (BH)


PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan... walau 1 ayat.
Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Presiden PAS Dedah Cerita Hingga Mengalirkan Air Mata

 Presiden PAS Dedah Cerita Hingga Mengalirkan Air Mata

WATCH LATER
ADD TO QUEUE




Kerajaan akan terbit terjemahan Sahih Bukhari -Dr Zulkifli Menteri JPM.

 

SAYA telah nyatakan semalam yang Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bakal menerbitkan sebuah terjemahan Sahih Bukhari dalam Bahasa Melayu. 

Sebentar tadi, saya berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling untuk bertemu dengan Maulana Hamid Chin bagi membincangkan perihal proses bacaan pruf (proof reading) bersama para Maulana dan asatizah Jamaah Tabligh. 

Untuk makluman, terjemahan Sahih al-Bukhari ini telah siap disemak sepenuhnya beberapa kali dan semakan terakhir ini diharapkan dapat memfokuskan kepada tanda diakritik (tashkil) di samping beberapa pengistilahan yang memerlukan perbincangan lanjut. 

Alhamdulillah, Maulana Hamid Chin bersama asatizah Jamaah Tabligh yang berkepakaran bidang Hadis bersetuju untuk menghulurkan kerjasama dalam membaca pruf terjemahan Sahih al-Bukhari ini. Insya-Allah, 7,275 buah Hadis bakal dibacakan secara satu persatu dan disemak dengan penuh penelitian.

Saya katakan, proses semakannya minggu hadapan yang dianggotai oleh para Maulana dan asatizah Jamaah Tabligh, dengan kerjasama para pegawai penyelidik daripada JPM (Hal Ehwal Agama) seakan bakal menjadi satu Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari yang menjadi tradisi para Ulamak Hadis dalam Dunia Islam.

Semoga berjalan lancar, Amin.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 4/12/202

Hibur Hibur Sikit

Album 3

Friday, December 04, 2020

Setelah khianat PN Perak, kini Umno ‘pujuk’ PAS, minta terus bersama di Perak

 

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, mahukan PAS dan PPBM terus bersama Umno menerajui Perak setelah Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terpaksa berundur sebagai menteri besar.

Ahmad berkata walaupun Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, terpaksa meletak jawatan, barisan exco kerajaan negeri harus dikekalkan bawah pimpinan menteri besar baharu.

“Umno juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya.

Ahmad berkata demikian setelah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelas Ahmad, usul undi percaya di DUN Perak hanya melibatkan jawatan menteri besar dan tidak mengubah status kerajaan negeri pimpinan PN bawah teraju bersama Umno, PPBM dan PAS.

Sejumlah 24 daripada 25 ADUN Umno menolak Faizal dalam undi percaya belah bahagi manakala semua tiga Adun PAS menyokong beliau.

Dengan jumlah Adun paling ramai dalam DUN, kerajaan baharu Perak dijangka dipimpin oleh Umno.


PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan... walau 1 ayat.
Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

MB Perak gagal dapat sokongan majoriti

 


Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Ketika membahaskan usul berkenaan, Abdul Manaf berkata, tujuan usul undi percaya itu adalah bagi menentukan keabsahan (kewibawaan) kepimpinan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.

Katanya, ia sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri yang ada sekarang menggunakan pendekatan pintu belakang.

"Kita lihat ini (Sidang DUN) menjadi medan terbaik untuk selesaikan masalah ini kerana dalam situasi pandemik Covid-19 tidak sesuai diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sebagainya.

"Ada juga dakwaan yang mengatakan UMNO bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan kerajaan. Maka cara ini (melalui undi percaya) tentukan samada ADUN Chenderiang ada majoriti atau tidak dalam dewan ini," katanya.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), Pas (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Pada sesi pagi tadi, usul undi percaya Menteri Besar Perak itu diminta untuk dibahaskan lebih awal berbanding usul lain termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu Bajet Negeri Perak.

Perkara itu diusulkan oleh Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee (DAP-Pasir Pinji) atas alasan bahawa Dewan perlu membuktikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai keyakinan majoriti agar keraguan terhadap pemimpin kerajaan itu dapat dipadamkan.

Mohammad Zahir berpuas hati dengan perbahasan Salbiah kerana perkara itu dijelaskan secaa spesifik serta mempunyai sokongan 37 ADUN untuk membawa usul tersebut.

Beliau kemudiannya meminta Abd Manaf membacakan usul tersebut yang turut disokong Datuk Mohd Tarmizi Idris.

Sesi DUN kemudiannya dibuka untuk perbahasan oleh wakil kerajaan dan pembangkang dengan Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol) menjadi wakil kerajaan tunggal berbahas menyokong usul tersebut.

Selepas tamat perbahasan, Mohammad Zahir mengumumkan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas dicadangkan oleh Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) dengan sokongan Maslin Sham Razman (BN-Bukit Chandan).

Semua ADUN diberikan kertas undi khas untuk ditandakan sama ada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali berserta tanda tangan.

Selepas undian dibuat, proses kiraan undi turut disaksikan wakil kerajaan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) dan wakil pembangkang, Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai.

Speaker DUN kemudiannya menangguhkan persidangan DUN Perak pada Rabu.


PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan... walau 1 ayat.
Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Kenapa berita selebriti agama sering disensasikan? -Prof Dr Mohd Ridhuan Tee

 

APA niat ultra kiasu mensensasi berita selebriti agama ini? Belum reda lagi berita sensasi selebriti agama didakwa dan dituduh rogol, tiba-tiba muncul pula berita seorang lagi selebriti agama, didakwa terlibat dalam berkaitan seks, kes cabul. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa. Namanya masih belum diketahui setakat ini.

Apapun seseorang itu yang dituduh itu, tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Peliknya, kenapa media ultra kiasu yang sama, suka sangat mensensasikan berita-berita berkaitan dengan ‘orang agama’, sedangkan orang bukan bidang agama, selebriti bukan-Islam, tidak kurang banyaknya terlibat dalam perlakuan sensasi ini.

Seolah-olah ada perancangan untuk memburukkan imej Islam dengan mensensasikan berita-berita yang ada kaitan dengan selebriti yang kononnya ada agama. Secara tidak langsung, ini akan merosakkan orang Islam yang lain, bila ada yang berfikir, ‘kalau orang agama pun buat macam, aku yang kurang agama, lagilah boleh buat’.

Jika mereka ‘ada agama’, sudah tentu mereka tidak akan buat benda-benda macam itu. Sebab ‘tidak ada agamalah’, mereka terjebak, walaupun bergelar orang agama atau ustaz atau ustazah atau ada berlatar belakangnya agama.

Pada hal, tidak kurang, kadangkala, saban hari, orang agama yang bergelar paderi, ada sahaja yang ditangkap dan didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral berkaitan seks, terutama liwat. Itu baru betul ‘orang agama’. Kenapa media ultra kiasu buat diam sahaja?

Bila ada kaitan dengan agama mereka, berita disenyapkan. Tidak disensasikan. Tetapi bila berkaitan dengan ‘keburukan’ yang ditimbulkan oleh orang agama (Islam), disensasikan. Kena faham, selebriti yang terlibat dalam program realiti agama atau ustaz segera, tidak semesti mereka itu orang agama.

Definisi selebriti agama, perlu diberikan makna yang jelas. Bila masuk TV, bertanding dalam program realiti ‘agama’, boleh bawa ayat Quran dan Hadis sikit, maka sudah ada label selebriti agama. Wajah agama diberikan. Sedangkan, itu bukan medan sebenar untuk mencari orang agama.

Tidak dinafikan ada selebriti agama yang benar-benar beragama hasil daripada program realiti agama. Tetapi yang tidak menghayati agama, itu bukan orang agama. Label agama (Islam) terlalu mahal untuk diberikan kepada selebriti agama, atau dikenali dengan istilah, Budak Baru Nak Up (BBNU).

Lebih malang lagi, jika label Dai’ itu diberikan. Kalau label biasa-biasa, tidak mengapa lagi. Tetapi bila label atau disebut Dai’, itu ada masalah. Dai’ bermaksud pendakwah. Perkataan Dai’ dan dakwah, amat besar erti dan harga yang perlu dibayar.

Sudah sampainya masa program realiti agama diteliti oleh JAKIM atau Jabatan Agama, dengan mendalam selepas ini. Label-label seperti Dai’, eloklah tidak dipakai kepada seseorang itu. Cukup dengan nama individu sahaja.

Bukan apa, bila label yang berbunyi ‘Islamik’ digunakan, ditakuti akan mencemarkan imej Islam. Individu pada saya tidak penting, tetapi agama itu jauh lebih penting. Misalnya, jika saya bersalah, cukup dengan saya disabitkan, jangan dikaitkan dengan agama (Islam).

Jika seseorang individu, meskipun bergelar ustaz atau selebriti agama, terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, individu itulah kena bertanggungjawab. Jangan dipalitkan agama bersama. Rosak imej agama kita.

Kepada media ultra kiasu yang selalu mensensasikan berita-berita selebriti agama, hentikanlah. Saya yakin pemberitanya majoriti orang Islam, tetapi bos atasnya adalah ultra kiasu. Saya cukup bimbang, perancangan ultra kiasu untuk merosakkan imej Islam, dengan mensensasikan berita yang ada kaitan dengan ‘orang agama’ atau selebriti agama.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 1/12/2020

Hibur Hibur Sikit

Album 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails