Saturday, December 12, 2020

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chenel Youtube..

 

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?


As-salamu'alaikum, & salam sejahtera.
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja.

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. Hidup IHtv! Hidup IHttv!

share: https://youtu.be/QLRPwCJkGkM

Nga ditentang terbuka, DAP Perak mulai berpecah -Dr Kamarul Zaman.

 

BERDASARKAN rekod awam, sehingga hari ini sudah dua ADUN DAP Perak menunjukkan penentangan terbuka terhadap hasrat DAP untuk bekerjasama dengan Umno di Perak.

Tentangan pertama dibuat oleh ADUN DAP Pokok Asam, Leow Thye Yih, yang menyebut: “Saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada Umno sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya”.

Tentangan kedua pula dibuat oleh ADUN DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu, yang menyebut: “Pakatan Harapan tidak seharusnya bekerjasama dengan Umno dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Perak ini”.

Jika agenda DAP adalah untuk memecahkan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, kelihatannya seperti DAP sendiri yang akan berpecah ekoran hasratnya untuk bekerjasama dengan Umno di Perak ini.

Kenyataan Media ADUN DAP Pokok Asam, Leow Thye Yih

Saya selaku ADUN POKOK ASAM ingin menyatakan pendirian saya seperti berikut:

Saya mula-mula membuat keputusan menyertai DAP pada tahun 2009 kerana pada ketika itu, Barisan Nasional diketuai oleh Umno telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. Peristiwa tersebut merupakan sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan oleh saya.

Negara kita telah mencipta sejarah pada PRU ke-14 tahun 2018 di mana atas sokongan padu rakyat Pakatan Harapan telah menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dan buat kali pertamanya membentuk Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri di Malaysia.

Akan tetapi, Umno sekali lagi pada tahun ini telah merampas Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak serta beberapa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang lain, tindakan Umno sedemikian telah jelas menderhakakan mandat rakyat.

Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada Umno sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya.

Saya berharap dan menyeru rakan-rakan seperjuangan DAP khasnya ADUN-ADUN DAP Negeri Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada Umno sebagai Menteri Besar Perak berikut.

Sekian terima kasih.

Kenyataan Media ADUN DAP Pokok Asam, Leow Thye Yih

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak mewakili Pasir Bedamar, saya ingin membuat penjelasan serta pendirian saya di sebalik pergolakan kuasa antara Umno dan BERSATU di Perak berdasarkan pertanyaan yang sering ditujukan kepada saya daripada akar umbi

Parti DAP sudah lama berjuang di atas prinsip untuk keadilan untuk rakyat dan asas demokrasi yang adil dan saksama tanpa mengira kaum. Melawan korupsi dan salah guna kuasa adalah satu pendirian kami di dalam DAP tidak akan gadaikan.

Membela rakyat yang ditindas adalah salah satu tanda ciri DAP yang sudah lama dikenali. Malahan pemimpin parti DAP pernah disumbat masuk ke penjara hanya kerana membela hak seorang anak gadis Melayu yang mendakwa telah diperkosa seorang ahli politik di Melaka.

Menyuara dan menuntut keadilan untuk rakyat serta melawan salah guna kuasa dan korupsi adalah antara beberapa sebab saya menyertai parti DAP. Dan DAP telah memberi saya peluang untuk berkhidmat di kawasan saya dan Negeri Perak yang saya cintai.

Melihat perkembangan politik di Perak kini dan pergolakan kuasa pada 2009, di sebalik semua krisis ini adalah mainan parti Umno dan pemimpin tertinggi Umno sendiri.

Semenjak dipilih rakyat pada Pilihan Raya 2018, Pakatan Harapan telah mendedahkan banyak kes-kes korupsi dan salah guna kuasa yang melibatkan bekas Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri yang kini menghadapi tuduhan tersebut di dalam mahkamah. Ramai yang terpalit dalam kes-kes ini adalah daripada pemimpin atasan Umno.

Saya rasa amat risau dan cemas apabila timbul kenyataan yang dilapor di media masa utama bahawa DAP di Perak bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, terutamanya parti Umno, untuk ‘menamatkan’ krisis pergolakan kuasa yang sedang berlaku di Perak. Sekiranya ‘bekerjasama’ bermakna menyokong sebuah pembentangan pembelanjawan yang memanfaatkan rakyat di kala gejala penyakit COVID-19 ini merebak, sudah pasti sebagai ADUN yang bertanggungjawab, saya akan menyokong usul sebegini demi kemajuan Negeri Perak. Tetapi bukan jenis kerjasama membabi buta yang akan menyokong mana-mana salah guna kuasa dan korupsi

Sekiranya semua parti komponen Pakatan Harapan telah memutuskan pendirian menyokong Kerajaan Perpaduan ini, sudah pasti pucuk pimpinan parti sebulat suara menyarankannya. Akan tetapi, apa yang berlaku di Parlimen pada 27 Oktober lepas berkenaan kerjasama Umno dalam penerimaan Belanjawan 2021 memberi gambaran Umno tidak jujur.

Kita harus ingat bahawa sebuah Kerajaan Pakatan Harapan sah yang dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 telah ditamatkan riwayatnya oleh pengkhianatan segelintir bekas pemimpin PH dengan bantuan Umno.

Kini kita lihat Kerajaan Perikatan Nasional, yang sering mengubah dasar kerajaan sehingga menyusahkan rakyat hanya kerana hendak memenuhi nafsu beberapa pemimpin Umno, adalah sebuah kerajaan yang tidak sahih, dan hanya satu ‘marriage of convenience’ antara individu-individu yang tamak kuasa dan pemimpin yang ingin membebaskan diri daripada tuduhan kesalahan mereka.

Malahan dalam persepsi sebahagian rakyat, salah guna kuasa dan korupsi sudah sebati dengan Umno. Tidak semestinya semua ahli dan pemimpin di dalam Umno bersifat sedemikian tetapi malangnya masih ada pemimpin atasan Umno yang sedang menghadapi pertuduhan salah guna kuasa di mahkamah dan telah disabitkan kesalahan dan masih mempunyai pengaruh dan kuasa di dalam Umno hari ini.

Sepatutnya sebagai parti yang berprinsip, kita tidak patut berganjak daripada pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang tidak berprinsip. Sebaliknya kita boleh bekerjasama dengan individu yang berprinsip.

Kita tidak harus lupa, bahawa pencaturan terkini adalah hanya untuk ‘menukar’ MB bagi manfaat mereka sendiri! Sekiranya mereka hanya ingin MB dari Umno sahaja, maka Perikatan Nasional akan kekal menerajui kerajaan negeri. Kalau tidak, mengapa turunkan MB dari BERSATU?

Akhir kata, pendirian saya, Pakatan Harapan tidak seharusnya bekerjasama dengan Umno dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Perak ini kerana pertukaran Menteri Besar dan EXCO Negeri Perak ini hanyalah permainan politik pemimpin atasan Umno untuk menukar Menteri Besar Perak. Rakyat akan menghukumi Pakatan Harapan di PRU akan datang kerana bersekongkol dalam permainan ini.

Saya sedar yang kini kita berada dalam kebuntuan dalam situasi politik di Negeri Perak sekarang dan ramai rakyat risau tentang tiadanya kerajaan negeri yang berfungsi sekarang di Perak. Saya percaya yang Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan membuat segala keputusan yang dikiranya baik dan mendahulukan rakyat negeri Perak demi kebaikan kerajaan Tuanku. Saya akan menjunjung segala titah Tuanku dalam perihal ini. 

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 9/12/2020


share: https://youtu.be/QLRPwCJkGkM

Jadikan tapak bersejarah, bukan tugu peringatan. Berfikirlah cara Islam..

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan  seperti dilaporkan media.

“Hasrat mengindahkan itu bagi memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Disember 1993 yang juga telah melakar sejarah hitam buat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Zuraida memberitahu kawasan di Highland Towers perlu diberi nafas baharu kerana sebelum ini mengundang rasa kurang senang penduduk setempat kerana masalah sosial yang didakwa berlaku di kawasan itu.

Justeru katanya kawasan dengan bangunan terbiar selama 27 tahun itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah serta dalam masa sama dapat menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan Highland Towers.

Media sebelum ini melaporkan KPKT merancang bina tugu peringatan di tapak Kondominium Highland Towers.

Tragedi Highland Towers pada tahun pada 11 Disember 1993 menggemparkan negara apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan meragut 48 nyawa. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa faedahnya membina tugu peringatan atau tapak bersejarah bagi mengingati Tragedi Highland Towers berbanding keperluan-keperluan untuk rakyat miskin yang begitu mendesak masa kini?

Belajarlah berfikir cara Islam, bagaimana mengingati sesuatu peristwa penting mengikut ajaran Islam? Bagaimana mengingati perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW dalam Islam? Bukan dengan membina patung berhala seperti kaum-kaun musyrik? 

Menyintai perjuangan Rasulullah bukan dengan membina patungnya? Berfikir waraslah gaya orang Islam.. Wallahu 'akalam.

X selari dengan perlembagaan, &satu bentuk diskriminasi..

 

Mahkamah Austria batal undang-undang melarang pelajar perempuan berusia bawah 10 tahun memakai tudung. - Foto AFP

Mahkamah Austria batal undang-undang larang bertudung

VIENNA: Mahkamah Austria membatalkan undang-undang melarang pemakaian tudung di sekolah yang menyifatkan peraturan itu tidak selari dengan perlembagaan dan satu bentuk diskriminasi.

Bagi menjelaskan keputusan itu, mahkamah dalam satu kenyataan semalam berkata, undang-undang itu bertentangan dengan prinsip kesaksamaan mengamalkan ajaran agama, kepercayaan dan pegangan hidup.

Mahkamah turut mendapati, undang-undang berkenaan hanya mensasarkan ajaran Islam dalam pemakaian bertudung.

Peraturan itu turut didakwa bukan saja tidak mempromosikan integrasi, malah mewujudkan diskriminasi kerana akan menyulitkan pelajar perempuan Islam mendapat pendidikan selain menyebabkan mereka terasing.

Kerajaan gabungan OeVP-FPOe bagaimanapun menjelaskan pemakaian patka oleh pelajar Sikh atau kippa bagi pelajar lelaki Yahudi dibenarkan.

Namun, parti baharu yang menjadi kerajaan pada Januari lalu pula merancang untuk melarang pemakaian tudung kepada pelajar sekolah berusia bawah 14 tahun.

Menteri Pendidikan, Heinz Fassman berkata, kementeriannya akan meneliti keputusan dan hujah dijelaskan mahkamah.

"Saya kecewa pelajar perempuan tidak berpeluang untuk membuat keputusan sendiri dalam kebebasan sistem pendidikan," katanya.

Sementara itu, Komuniti Penganut Agama Islam (IGGOe), pertubuhan rasmi mewakili masyarakat Islam di Austria, menyambut baik keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya sebagai berakhirnya 'larangan politik bersifat populis'. - AFP

Hibur Hibur Sikit

Isu Exco Perak, 'Tidak timbul soal ‘durhaka’.. -Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Isu pelantikan Exco Kerajaan Negeri Perak

ISU kemelut politik di Perak berjaya diredakan bila PAS, BERSATU dan Umno bersetuju mengekalkan muafakat dan menyokong pelantikan YAB Dato’ Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar (MB).

Pelantikan lima Exco membolehkan Kerajaan Negeri Perak berfungsi dan pentadbiran berjalan. Tentunya akan ada pertambahan Exco bagi melengkapkan urus tadbir kerajaan negeri. Ini kita serah sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan. 

PAS melihat isu yang paling utama selesai hasil muafakat bersama. Soal ADUN PAS dilantik sebagai Exco atau tidak adalah hak Tuanku Sultan Perak. PAS akur apa sahaja yang baik pada pandangan Tuanku kerana yakin kestabilan kerajaan adalah keutamaan Tuanku. 

Tidak timbul soal ‘durhaka’ atau tidak, kerana sesuatu kemelut politik harus dilihat secara menyeluruh bukan hanya sesuatu juzuk untuk membuat penilaian. Maka kita yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat. Dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham, silap maklumat dan tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan. 

Apa pun dengan kesabaran semua pihak dan jiwa besar akhirnya ia berjaya diselesaikan.  Alhamdulillah  kemelut ini tidak mengambil masa yang lama.

Kini masa untuk melihat ke hadapan bagi meneruskan pembangunan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan muafakat politik. 

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Timbalan Presiden PAS – HARAKAHDAILY 11/12/2020

Mereka ketakutan dan tiba-tiba menghilangkan diri. -Noore Kasi

 

Kira-kira 40 Orang Asli dari Kampung Orang Asli Simpang Arang, melarikan diri ke hutan selepas mendengar khabar angin mengenai guru agama di kampung itu dijangkiti COVID-19. - Foto NSTP/Farid Noh

40 Orang Asli lari ke hutan, akibat diserang khabar angin COVID-19.

ISKANDAR PUTERI: Akibat khabar angin kononnya guru agama di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah di sini dijangkiti COVID-19, kira-kira 40 penduduk melarikan diri ke hutan sejak Isnin lalu.

Mereka daripada 15 keluarga yang ada membawa bersama bayi itu, bimbang dijangkiti wabak COVID-19.

Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang, Noore Kasi, berkata khabar angin itu menyebabkan mereka ketakutan dan tiba-tiba menghilangkan diri.

"Saya mendapat maklumat mereka lari bersembunyi di kawasan hutan kira-kira lapan kilometer dari Kampung Simpang Arang di kawasan muara sungai.

"Saya ada memujuk mereka pulang semula ke kampung kerana ujian saringan guru agama disahkan negatif, tetapi mereka tetap tidak mahu pulang.

"Saya memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar, Pandak Ahmad bagi memohon bantuan kerana risau keselamatan mereka termasuk daripada haiwan buas kerana hanya tinggal di bawah khemah sahaja," katanya.

Terdahulu, tinjauan di hutan berkenaan mendapati kawasan muara sungai sudah dibersihkan dengan penduduk dilihat membawa kelengkapan termasuk dapur dan tong gas untuk memasak.

Bagaimanapun, setiap keluarga hanya berlindung di khemah kanvas atau pun atap zink semata-mata yang tidak menjamin keselamatan mereka.

Mengulas lanjut, Noore berkata, terdapat kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang dengan majoriti penduduk tidak ikut berpindah selepas mendengar penjelasannya mengenai perkara sebenar.

Sementara itu, Pandak yang juga Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata, beliau akan memaklumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengenai isu berkenaan, esok.

"Hari ini, saya datang meninjau kawasan hutan yang dijadikan tempat tinggal sementara kira-kira 15 keluarga Orang Asli suku Seletar dari Kampung Simpang Arang.

"Keadaan tempat tinggal mereka tidak sempurna kerana kebanyakan keluarga hanya menggunakan khemah kanvas sahaja dan mendedahkan mereka kepada ancaman haiwan buas dan cuaca buruk apatah lagi terdapat bayi dibawa bersama.

"Saya akan dapatkan surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai pengesahan bahawa guru agama berkenaan bukan sahaja negatif COVID-19, malah khabar angin yang mereka dengar juga tidak tepat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus berusaha memujuk mereka pulang semula ke kediaman di Kampung Simpang Arang yang lebih sempurna yang dibina kerajaan," katanya.

Penangan khabar angin COVID-19, 40 Orang Asli lari ke hutan

ISKANDAR PUTERI

Sila lihat.. 

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

FINAS rangka mekanisme bantu waris Seniman P Ramlee...


Antara babak filem lakonan P Ramlee.

HALAMAN HIBURAN

Bantu waris jana pendapatan 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang merangka mekanisme membantu waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan tokoh perfileman Melayu lain meraih pendapatan daripada tayangan semula filem dihasilkan bintang legenda sama ada di kaca televisyen (TV) atau pawagam.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, berkata, kertas kerja sedang dirangka untuk membawa cadangan membantu waris tokoh perfileman termasuk P Ramlee mendapat manfaat kewangan daripada tayangan karya lama.

"Kita semua tahu semua pemilikan hak cipta filem Melayu lama termasuk karya arahan Allahyarham P Ramlee dipegang Shaw Brothers Hong Kong.

"Semua pemilikan ini bagaimanapun sudah melepasi tempoh tamat iaitu 50 tahun daripada tarikh karya diterbitkan, Jun lalu.

Zakaria menjelaskan FINAS komited untuk membantu penggiat seni yang banyak berjasa kepada industri hiburan tempatan. - NSTP/Rohanis Shukri

"Justeru, FINAS sedang mencari formula bagaimana hendak mengutip sumbangan hasil daripada tayangan semula filem hitam putih ini untuk membantu waris bintang legenda terbabit," katanya kepada BH Online.

Zakaria berkata, timbalannya, Datuk Norman Abdul Halim sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah bagi mendapatkan kelulusan.

Zakaria berkata, inisiatif terbaru itu sejajar dengan program Ziarah FINAS Prihatin 2.0 yang memberi bantuan kepada penggiat seni termasuk seniman dan seniwati yang pernah menabur jasa dalam dunia hiburan.

Terbaru, program amal digerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS itu menyaksikan Zakaria menziarah anak P Ramlee, Sazali di Semenyih.

"Melalui program kebajikan ini, kita cuba membantu meringankan beban penggiat seni. Pada masa akan datang, kita mahu memperluaskannya dengan menziarah waris pelakon lama.

"Kita ada data mengenai waris setiap tokoh filem Melayu lama. Ada dalam kalangan mereka memerlukan bantuan.

"Jika inisiatif ini berhasil, program ini akan menjadi sesuatu kejayaan yang besar buat FINAS," katanya.

Sazali mendakwa jumlah royalti diterima bagi lagu arwah bapanya, tahun ini, merosot 90 peratus. - NSTP/Hazreen Mohamad

Zakaria bagaimanapun berkata, sumbangan kewangan kepada waris tokoh perfileman di mana karyanya ditayangkan semula, tidak dianggap royalti.

"Wang itu lebih kepada sumbangan dan kumpulan yang disasarkan adalah stesen penyiaran swasta serta pawagam.

"Ini sesuai dengan bidang kuasa FINAS yang lebih menjurus kepada kedua-dua pihak itu," katanya.

Zakaria menambah, perbincangan lanjut bersama stesen penyiaran dan pawagam berhubung projek istimewa itu akan dilakukan selepas cadangan itu mendapat kelulusan menteri.

"Kita yakin pihak terbabit tidak ada masalah untuk memberi sumbangan.

"Jika mereka boleh membayar RM100,000 setahun kepada Shaw Brothers ketika syarikat itu masih memegang hak cipta, takkanlah mereka tidak boleh sumbangkan RM10,000 atau RM20,000.

"Semua wang ini adalah untuk tabung yang objektifnya mahu membantu waris seniman yang banyak berjasa pada industri perfileman negara," katanya.

Zakaria berkata, filem Allahyarham P Ramlee tidak pernah lapuk dek zaman.

"Walaupun berulang kali ditayangkan, filem Seniman Agung tetap mendapat sambutan penonton.

"Mesej dalam karya P Ramlee sangat relevan dengan masyarakat hari ini," katanya.

Baru-baru ini, waris kepada P Ramlee, Sazali meluahkan rasa kecewa apabila jumlah royalti yang diterima, sebagai antara sumber pendapatan sampingan keluarga, merosot 90 peratus.

Mengakui terkejut dengan jumlah yang diterima, Sazali tidak menolak kemelut yang melanda badan kutipan royalti memberi tempias kepada pengurangan jumlah kutipan ketika ini. (BH)

HIBUR HIBUR SIKIT: 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails