Friday, December 31, 2021
Anak yatim jualan tepi jalan kerana ibunya sakit.
Perlindungan pelarian: Indonesia contoh terbaik kepada negara lain -PBB
Antara pelarian Rohingya yang terkandas dalam bot usang di perairan Indonesia da di bawa ke Pelabuhan Krueng Geukueh di Lhokseumawe, Aceh. -Foto AFP
Indonesia tunda bot Rohingya ke pelabuhan terdekat
LHOKSEUMAWE: Indonesia membenarkan bot membawa lebih 100 pelarian Rohingya berlabuh di Pelabuhan Kruengkeukuh, Kota Lhokseumawe, dekat Aceh.
Semalam, kapal tentera laut Indonesia menunda bot usang yang membawa mereka ke Pelabuhan Kruengkeukuh di Kota Lhokseumawe, dekat wilayah Aceh, selepas tekanan daripada penduduk setempat supaya mereka diselamatkan.
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
Bot usang dan sesak itu hanyut selama beberapa hari selepas enjinnya rosak dan air mula memasuki bot di kedudukan kira-kira 85 kilometer (km) di luar pantai Bireuen.
Misi menunda bot itu bermula pada jam 6 pagi waktu tempatan dan dijangka selesai pada pukul 6.30 petang di tengah-tengah keadaan laut yang bergelora, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pertama Julius Widjojono dalam satu kenyataan.
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pada Selasa lalu, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), menggesa kumpulan pelarian yang berada dalam keadaan genting di atas bot itu segera diselamatkan.
"Bagi mengelakkan kehilangan nyawa, kami menggesa kerajaan Indonesia membenarkan pendaratan selamat dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lagi, Indonesia menjadi contoh kepada negara lain di rantau ini dalam menyediakan perlindungan pelarian pada masa depan.
Petugas UNHCR kini berada di lapangan, bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam bersiap bagi membantu kerajaan dan masyarakat setempat menyelamatkan kumpulan pelarian itu.
Mereka juga sedang menyelaraskan usaha dengan rakan kongsi kemanusiaan untuk menyediakan bantuan menyeluruh, termasuk proses kuarantin yang selaras dengan piawaian antarabangsa dan protokol kesihatan awam. - BERNAMA
105 Rohingya yang terdampar di perairan Bireuen kini telah dievakuasi melalui Pelabuhan Asean, Krueng Geukuh, Kecamatan Dewantara, Kabupaten Aceh Utara, pada Jumat (31/12/2021) sekitar pukul 00.00 WIB.
"Pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), Mitra Salima, mengucapkan terima kasih atas izin pendaratan bagi kapal berpenumpang pengungsi Rohinya di Aceh.
Badan PBB untuk urusan pengungsi, memuji pemerintah Indonesia atas izin pendaratan kemarin malam, yang diberikan kepada 105 orang (8 pria, 50 wanita, 47 anak-anak)." -Serambinews.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam, kapal tentera laut Indonesia menunda bot usang yang membawa mereka ke Pelabuhan Kruengkeukuh di Kota Lhokseumawe, dekat wilayah Aceh. Hal ini berlaku selepas tekanan daripada penduduk setempat supaya mereka diselamatkan.
Al-hamdulillah, semuanya berlaku atas dasar Islam dan ukhuwah Islamiah. Allahu 'akbar!
Krismas/Tahun baru: Artis ditahan kerana pelacuran, serbu di hotel mewah.
Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.
Sambut Krismas, Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
HALAMAN HIBURAN
Masuk Campur Urusan Orang Islam, Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
PENDAKWAH dan aktivis terkenal tanah air, Firdaus Wong muat naik kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, Sashi Kumar di akaun Instagram nya menarik perhatian orang ramai.
Sashi yang menganggap pesanan dari penceramah bebas terkemuka dunia Dr Zakir Naik, yang melarang umat Islam dari menyambut perayaan Krismas sebagai tanda memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia.
Anggap Sashi Kumar Batu Api
Melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Shashi di laman Facebook nya, pendakwah ini bangkit bersuara bagi membidas semula tuduhan yang di lemparkan terhadap Dr Zakir Naik di Instagram nya.
“Kesian saya melihat media memetik individu seperti Sashi Kumar sebagai sumber berita. Kenapa?
Kalaulah page original dan page bukan original pun tak dapat dibezakan dan lalu disamakan, apa lagi boleh diharapkan dari Sashi Kumar?
Golongan ini tiada kerja lain ke selain dari fokus pada para pendakwah Islam atau apa-apa sehaja yang berkaitan dengan Islam?
Sashi Kumar ini patutnya ditahan dan didakwa kerana masuk campur dalam urusan orang Islam. Apa hak Sashi Kumar dan geng masuk campur dalam urusan orang Islam?
Ada kami Muslim mempertikaikan perintah agamawan agama lain? Ada kami Muslim pertikaikan keengganan anda memakan daging lembu sebagai Hindu?
Ada kami sebagai Muslim memaksa penganut agama Hindu untuk menyertai upacara korban dan menyembelih daging lembu setiap tahun untuk menunjukkan semangat Keluarga Malaysia? Tidak! Kami tak paksa kerana kami sebagai Muslim faham.
Sashi Kumar memang tak faham atau buat-buat tak faham isu untuk ‘test water’? Atau Sashi Kumar ini ejen RSS dan Hindutva di Malaysia? Tanya je. Jangan marah nanti kena jual bak dialog dalam filem P. Ramlee…. Ke Sashi Kumar ni batu api?” tulisnya
Netizen Setuju Dengan Jawapan Firdaus Wong
Isu ini membuatkan ramai orang Muslim berkongsi pandangan dan bersuara di ruangan komen di Instagram pendakwah ini, rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Firdaus Wong apatah lagi pesanan yang diberi Dr Zakir Naik adalah untuk orang Islam sahaja.
“Perpaduan disandarkan kepada ucapan hari perayaan? Really? Come on. Your religion is your religion, my religion is mine. Jus enjoy the holiday”
“Islam tidak pernah memaksa agama lain. Tetapi mereka tetap tidak puas hati. Dalam Al Quran dah terangkan. Mereka akan terus menerus memusuhi Islam”
“Si Kumar ni ingat Dr pesan kat Malaysia je ke? Statement Dr tu general, means globally spread. Ingat satu dunia ni banjir ke sampai tak nampak daratan langsung? Bodoh-bodoh lah”
“Jangankan Sashi Kumar…. Yang melayu-melayu lain pun sokong statement Sashi ni.. Sedih! Pada saya, statement Zakir Naik tu simple je.. Tak ada sebab nak wish tak payah lah wish.. Tu je.. Lagipun tu memang perayaan keagamaan kan.. So, tak payah lah terlibat” komen mereka. (Pelbagai sumber)
Thursday, December 30, 2021
Cikgu rogol murid, abah rogol anak, Lwn rasuah ambil rasuah! Curi duit RM25 juta -SPRM
MACAM CIKGU ROGOL MURID KAH KAH KAH
MACAM ABAH ROGOL ANAK..KAH KAH KAH
KHALAS..
Curi duit RM25 juta, pegawai SPRM ditahan di penjara
PETALING JAYA: Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan duit RM25 juta yang disita badan itu sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai berusia 40 tahun itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
“Siasatan dilakukan mengikut Akta LLPK dan pegawai berkenaan sedang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah,” kata beliau ringkas.
Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, seorang daripada tiga kakitangan SPRM tersebut disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selepas memperoleh keterangan beberapa orang saksi.
Siasatan lanjut kemudian dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman bagi mengenal pasti punca bekalan dadah berkenaan diperoleh.
Siasatan awal polis mendapati, pegawai SPRM terlibat disyaki berperanan sebagai tokan namun rangkaiannya tidak terlalu besar.
Sebelum pembongkaran itu, pegawai kanan SPRM gered 44 itu dan dua lagi kakitangan lain ditahan berhubung kehilangan duit barang kes bernilai RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Ujian air kencing mendapati pegawai terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo. (Utusan)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Haa susah, bila harap pagar, pagar itu sendiri yang kerkah padi.. Nampaknya, pihak pusat kena belajar dari Kelantan, bagaimana PAS mentarbiah anak buahnya di Kelantan hingga boleh wujud 'Kelantan 0 rasuah', yang tak pernah berlaku sebelumnya di negara ini.
Kita tunggu pula keputusan kes rasuah terowong bawah laut di Pulau Pinang, sehingga melibatkan saksi terbunuh pula... Sudah sepatutnya pengganas-pengganas perasuah itu di beri pengajaran dan dihukum!
'Usrah dan tamrin ‘underground’ PAS di Jepun?
Skirt Malaysia, tarbiyah Jepun
SAYA ambil SPM pada tahun 1996. Sementara menunggu keputusan, saya memohon kerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya The Store, Jalan Kampar, Ipoh.
Semasa membaca surat tawaran bekerja, ada disebut terma dan syarat mengenai etika pemakaian di tempat bekerja.
Antara yang menarik perhatian saya hingga menyebabkan saya masih mengingatinya walaupun selepas 25 tahun, adalah dinyatakan pekerja wanita perlu memakai alat solek dan digalakkan berkasut tumit tinggi.
Kemudian ditunjukkan pula gambar lakaran pakaian seorang pekerja yang berbaju lengan pendek dan memakai skirt. Saya masih ingat lakaran itu.
Sebagai budak yang baru habis zaman sekolah, itu terma dan syarat yang sangat bercanggah dengan ‘amalan’ di sekolah.
Etika di sekolah, pelajar dilarang memakai kasut tumit tinggi. Kalau solek berlipstik merah menyala ke kelas, tentu akan didenda guru disiplin. Apatah lagi pakai skirt!
Saya rasa itulah titik permulaan saya sedar ada yang tidak kena pada ‘masyarakat’ ini. Namun, saya tidak mampu lihat apa yang tidak kena itu.
Waktu itu, saya belum jumpa lagi istilah ‘Sekularisme’, ‘Liberalisme’ dan ‘Dualisme pendidikan’. Saya tidak tahu yang ia ada kaitan dengan pentadbiran, pemerintahan dan politik.
Saya tidak tahu ada pemikiran-pemikiran lain, atau ideologi-ideologi lain yang sedang bergolak dan merebut pengaruh dalam masyarakat. Saya tidak tahu mengenai istilah ‘hak asasi manusia’, apatah lagi ‘hak asasi Muslim’.
Malah saya tidak dapat mendefinasikan apakah ideologi atau pemikiran yang saya sedang anuti waktu itu. Maka saya terima sahaja terma dan syarat di tempat kerja itu.
Saya lihat para pekerja pun seperti akur tanpa ada yang membantah. Ia menjadi arus ‘normal dalam abnormaliti’ yang begitu deras sehingga saya turut hanyut bersamanya.
Saya mula tersedar apabila muncul semangat mendalami semula Islam semasa tahun pertama pengajian di Jepun, iaitu pada tahun 1999. Saya menganggap tahun 1999 adalah tahun ‘turning point’ dalam hidup saya.
Al-Quran terjemahan Bahasa Melayu yang saya bawa ke Jepun itu saya baca dari kulit ke kulit. Khatam berkali-kali. Dari situ, saya mula berjinak dengan kuliah-kuliah agama, ‘keluar 3 hari di jalan Allah’ bersama kumpulan Tabligh, dan termasuklah mengikuti usrah dan tamrin ‘underground’ PAS di Jepun.
Dari situ saya sedar rupa-rupanya pertembungan hak dan batil yang dinyatakan dalam al-Quran yang berusia 1,400 tahun itu benar-benar wujud hingga hari ini.
Rupa-rupanya terma dan syarat bersolek dan berkasut tumit tinggi di tempat kerja itu hanyalah ‘tip of the iceberg’ kepada pertembungan dan pergolakan antara hak dan batil yang begitu panjang, sengit dan perit.
Pertembungan yang paling sengit yang saya pernah saksikan adalah di Parlimen yang mana medannya adalah Pilihan Raya!
Satu pihak memperjuangkan Islam, pihak lain memperjuangkan kebebasan nafsu yang dilapik dengan nama hak asasi manusia dan ‘isme-isme’ yang sarat dengan kebatilan.
Setelah belajar, berfikir dan mengkaji, barulah saya faham bahawa selama ini, walaupun dilahirkan Muslim, masih banyak pemikiran, kefahaman dan kesungguhan saya yang tidak selari dengan Islam.
Seolah-olah Islam di satu tempat, saya pula hanyut di tempat lain, memburu sesuatu yang bakal menjadi penyesalan di akhirat kelak.
Adakah hari ini saya sudah sedar dan insaf atau masih hanyut? Adakah fikrah saya sudah selari dengan kemahuan agama? Adakah solat, ibadat, hidup dan mati saya sudah benar-benar untuk Tuhan sekalian alam? Mampukah saya istiqamah?
Saya tidak ada jawapannya sekarang. Selepas mati nanti barulah saya dapat menemui jawapannya yang pasti.
BASRI DIN KAMAR
Penulis merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Labis Johor – HARAKAHDAILY 29/12/2021
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5029102897108320&id=100000259785486
Indo: Kerana Rakyat Miskin, Risma Buang Direktorat Jeneral..
Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.
Pencuri wanita diarak berbogel, berduaan X bermoral mandi longkang.
Empat orang wanita dibogelkan dan diarak di sebatang jalan selepas didapati mencuri dari sebuah kedai tempatan di Faisalabad, Pakistan. - Jam Press
1. Wanita pencuri diarak sambil berbogel
ISLAMABAD – Satu rakaman video menunjukkan empat wanita dibogelkan dan diarak di sepanjang jalan selepas didakwa mencuri daripada sebuah kedai di Pakistan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Kumpulan wanita itu dituduh mencuri di Faisalabad, dalam wilayah Punjab dan dikatakan telah diserang oleh penduduk tempatan.
Dalam video itu, keempat-empat wanita tersebut dilihat memasuki sebuah kedai ketika seorang pekerja berada di premis tersebut. Mereka dirakam mengambil beberapa barang dari rak kedai sama.
Pekerja tersebut kemudiannya meninggalkan premis itu, manakala wanita-wanita terbabit turut beredar.
Dalam satu klip video lain, salah seorang daripada wanita tersebut dilihat menangis sambil membongkok di atas lantai dengan kamera difokuskan kepadanya.
Seorang lagi wanita diseret oleh tiga lelaki sebelum dicampakkan ke lantai berhampiran wanita pertama itu.
Sementara itu, wanita ketiga pula berbogel daripada paras pinggang ke bawah, manakala wanita keempat juga berbogel dan dipukul dengan senjata yang kelihatan seperti kayu.
Kesemua mereka dilaporkan ‘diarak’ di jalanan dalam keadaan bogel selama satu jam sebelum polis Punjab dimaklumkan tentang kejadian itu dan campur tangan.
Seramai lima individu ditahan dalam kejadian itu. – AGENSI
2. Pasangan kekasih dihukum ‘mandi’ dalam longkang kerana berdua-duaan
Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.
Bintang pop China Antarabangsa nyanyi lagu orang Melayu M'sia..
G.E.M menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong serta penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik. - Foto IG G.E.M
HALAMAN HIBURAN
Bintang pop China rakam semula lagu ciptaan Faizal
KUALA LUMPUR: Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You ciptaan Faizal Tahir, Ja'a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii dirakamkan semula dalam versi bahasa Mandarin dinyanyikan oleh bintang pop sensasi dari China dan Hong Kong, G.E.M dengan judul I'll Be Missing You.
Kolaborasi antara Faithful Publishing selaku penerbit dengan G.E.M sekali gus membuktikan lagu dendangan asal Faizal bersama Dayang Nurfaizah, Tuju dan Yonnyboii mempunyai kualiti tersendiri.
Dalam masa sama, kerjasama Faithful Publishing dan G.E.M dilihat sebagai pembuka jalan karya tempatan meningkatkan eksport lagu ke luar negara, seterusnya memperkenalkan identiti penciptaan karya Malaysia.
Penyanyi dan komposer lagu, Faizal berkata, dia tidak pernah menjangkakan lagu ciptaannya dinyanyikan semula bintang antarabangsa.
"Alhamdulillah, sebagai komposer dan penerbit sudah semestinya saya mahu pendengar menerima karya dengan baik. Tetapi, untuk dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa bukan sesuatu yang dijangkakan. Jadi, saya menerima tawaran dengan penuh teruja ketika diberitahu.
"Lebih lagi, jika mampu membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan seperti saya dapat berkongsi idea serta bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa, sekali gus menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia untuk turut mengikut jejak sama," katanya kepada BH Online.
Berkongsi keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata, ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter berbeza dalam lagu ini.
"Menerusi nyanyian Dayang, Yonnyboi, Tuju dan saya sendiri, ini adalah kekuatan dan keunikan lagu ini. Setiap penyanyi membawa karakter tersendiri dengan penyampaian yang baik.
"Saya berpendapat itulah yang menjadi nadi kepada lagu ini sehingga ada penyanyi antarabangsa berminat menyanyikannya semula dalam versi bahasa Mandarin," katanya.
Sementara itu, Pengarah Penerbitan Faithful Publishing, Karim Karam berkata, adaptasi lagu X Missing You kepada I'll Be Missing You nyanyian G.E.M adalah satu penghargaan buat karya dan pencipta lagu tempatan.
"Proses rundingan ini mengambil masa lima bulan. Apabila ia berhasil, perkara ini dilihat mampu meningkatkan nilai eksport lagu tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Ini adalah langkah kecil pertama dalam usaha Faithful Publishing meningkatkan eksport lagu tempatan ke pasaran antarabangsa. Dalam dunia digital hari ini, pencipta lagu dan syarikat penerbitan harus mempunyai pandangan lebih luas dan karya ciptaan mampu untuk bersaing di peringkat global," katanya.
Untuk rekod, lagu I'll Be Missing You nyanyian G.E.M yang baru sahaja dilancarkan sudah berada di kedudukan ketiga lagu baharu di China, tersenarai dalam playlist Music 163 China yang mempunyai 2.4 billion penstriman dan berada kedudukan ketiga carta trending YouTube di Taiwan dan tangga 18 di Hong Kong.
G.E.M atau nama sebenarnya, Gloria Tang Tsz-kei, menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong. Dia juga penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik.
G.E.M juga satu-satunya bintang pop China dalam senarai BBC 100 Women dan Forbes 30 Under 30.