Friday, January 01, 2021

5 strategi pulihkan M'sia 2021 - PM

 

Muhyiddin ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung malam ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memaklumkan kerajaan akan menggembleng usaha memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, untuk itu, lima keutamaan akan diberikan perhatian oleh kerajaan pada 2021 sebagai strategi bersepadu pemulihan negara pasca COVID-19.

Katanya, strategi pertama adalah mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara.

"Kedua, memperkukuh ekonomi prihatin rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

"Ketiga, memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi mampan;

"Keempat, menjamin kedaulatan negara terpelihara dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa diperhebat dan..

kelima, memperkukuh hubungan antara kaum serta agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu menentang sebarang ancaman," katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Tahun Baharu 2021

Perutusan itu disiarkan di saluran televisyen RTM dan platform media sosial rasmi Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan akan berikhtiar untuk terus meningkatkan tahap kesihatan awam di negara ini berasaskan prinsip 'mencegah adalah lebih baik daripada mengubati'.

Katanya, pencegahan awal adalah penting dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus dipatuhi, bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan.

Kerajaan akan berikhtiar untuk terus meningkatkan tahap kesihatan awam di negara ini berasaskan prinsip ‘mencegah adalah lebih baik daripada mengubati’. - NSTP/Asyraf Hamzah

IHtv

1 comment:

  1. Aku telah mengikuti perkembangan politik tanahair sejak 1990 yg mana peralihan kuasa kerajaan negeri kelantan dari parti umno ke parti pas yg diterajui oleh ATGNA aku ikuti melalui harakah.

    Sezaman dgn itu juga laungan wawasan 2020 oleh PM4.

    Keinginan aku utk melihat pentadbiran negara dikuasai oleh para pendukung agama begitu kuat.

    30 tahun telah berlalu masih gagal impian aku utk melihat pentadbiran islamik menguasai pemerintahan kerajaan pusat.

    Hakikanya corak pemerintahan islam telah berjalan tanpa disedari malahan semakin menunjukkan dirinya.

    Dgn wujudnya perbankan islam yg semakin merata pengaruhnya membuatkan aku semakin yakin pentadbiran negara akan dikuasai oleh system islam mengikut rancangan hukum2 alam yg telah termaktub.

    ReplyDelete