Sebahagian pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual meredah banjir termenung di Kampung Jejulok, di sini untuk menyerahkan sumbangan kepada penduduk. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
TUMPAT: Kira-kira 50 pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual di sini, meredah air dengan pacuan empat roda dan bot untuk mengagihkan bantuan kepada 200 penduduk Kampung Jejulok yang terperangkap akibat banjir termenung.
Sebanyak 10 pacuan empat roda digunakan untuk membawa keperluan asas termasuk makanan dan kit kebersihan.
Mereka juga terpaksa berjalan kaki mengharung air sehingga paras 0.5 meter dari rumah ke rumah untuk menyerahkan bantuan.
Pengasas yang juga mudir madrasah, Abu Aswad Yah, berkata sumbangan itu sudah bermula sejak banjir gelombang pertama di beberapa lokasi terjejas.
"Kami sendiri mengagihkannya kepada penerima walaupun terpaksa meredah air dengan pacuan empat roda, berjalan kaki ke laluan sempit, malah menaiki bot jika air agak dalam.
"Kami sudah mengagihkan 5,000 pek sumbangan di beberapa kampung di sini dan Rantau Panjang, selain lima lokasi di Pahang," katanya.
Abu Aswad berkata, pihaknya juga akan ke beberapa lokasi lagi termasuk sekitar delta Sungai Kelantan dikenal pasti terputus bekalan makanan kerana penduduk tidak berani meredah sungai disebabkan arus kuat.
Sementara itu, penduduk, Marlina Che Musa, 50, berkata banjir termenung itu akibat hujan dan limpahan Sungai Golok.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan air bergenang di sekitar kampung yang mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk surut sepenuhnya, sekali gus memberi kesan kepada penduduk dalam menjalankan rutin harian.
"Dalam banjir gelombang ketiga ini, air naik sejak Jumaat lalu mencecah 0.8 meter hingga menyebabkan perkakas elektrik dan perabot terpaksa diletakkan di tempat tinggi.
"Kami juga menyiapkan sedikit bekalan makanan seperti beras, telur dan sardin kerana lazimnya laluan memang terputus dan hanya boleh bergerak dengan bot atau perahu," katanya.
IHtv
2 comments:
Yang compose FITNAH kononnya Najib MEMBUNUH Analtunya adalah pemimpin2 sebuah parti chauvinist, yang percaya dan menyebarluaskan fitnah ini dengan menggunakan networking2 canggih mereka adalah orang2 Melayu terutamanya!
Salam simpati dan takziah kepada semua mangsa2 COVID-19 dan mangsa2 banjir. Harap semua tabah menghadapi ujian!
Yaa..termasuk kes fitnah liwat anwar ibrahim!
Post a Comment