Saturday, January 02, 2021

Adakah tragedi 9 kematian ini kerana dosa PH?

 

PH batal bina jambatan di lokasi 9 mati lemas di Sarawak – Najib

SEBUAH jambatan telah dirancang untuk dibina lokasi sembilan sekeluarga lemas selepas pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, semalam. 

Menurut bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak projek tersebut telah dibatalkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

“Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi feri Triso di Sarawak.

“Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Ya. Dulu Jambatan Batang Lupar dipersetujui oleh saya agar dibiayai secara perkongsian antara Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) dan Kerajaan Sarawak dengan konsep 50:50.

“Namun pembinaan dibatalkan (bersama beberapa lagi jambatan Sarawak) oleh kerajaan pusat PH bawah Menteri Kewayangan selepas PRU14. Sedih,” kata Najib.

Media melaporkan, semua sembilan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam kenderaan dikeluarkan oleh orang awam namun semuanya sudah lemas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.05 petang membabitkan lima lelaki dan empat perempuan. Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso.

Selain di Batang Lupar, PH juga didakwa membatalkan pembinaan jambatan di Rambungan dan Batang Igan.

Sementara itu Najib berkata, ketika dia menjadi perdana menteri visi padang ke Borneo menjadi antara impian beliau.

“Masa saya PM, kita luluskan dan kita siapkan jambatan Batang Samarahan pada tahun 2018, jambatan Batang Sadong pada tahun 2016 dan jambatan Pandaruan yang mengubungkan Sarawak dengan negara Brunei pada tahun 2013.

“Akibatnya, perkhidmatan feri terhenti terus di ketiga-tiga sungai tersebut. Kita juga luluskan dan mula membina jambatan Batang Lupar, jambatan Rambungan serta jambatan Batang Igan tapi dihentikan Gagalkrasi PH selepas PRU-14,” jelas Najib.

Selain itu di bawah kepimpinannya, dia memulakan projek mega Pan Borneo Highway yang bebas tol.

“Akhirnya kita berjaya mencapai matlamat Sarawak menjadi negeri bebas tol sepenuhnya pada tahun 2016 apabila kita mansuhkan beberapa tol legasi ketinggalan zaman PM4.

“Tidak benar bahawa saya tak pentingkan Sabah dan Sarawak sebab visi padang ke Borneo memang antara impian saya.
“Sebab itu, saya fokus pada infrastruktur-infrastruktur asas sebelum kita boleh menimbangkan projek-projek lebih maju seperti keretapi laju yang memerlukan kepadatan penduduk yang lebih tinggi,” kata Najib.-SM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah tragedi 9 mati ini kerana dosa PH?

IHtv


9 comments:

Anonymous said...

Check le dlu klau ye pun sbb apa projek dibatalkan. Kerajaan PH bukan kerajaan perasuah atau penipu...

Tuan x sepatutnya kaitkan tragedi ni dfn politik. X kena batng sendiri bleh la heboh2kan jadi isu...

Cuba tanya ramai pelajar Sarawak masih mundur dan ramai yang x pandai sbb projek solar masuk kocek tu salah siapa...

Ingatan. Janhgan berkawan dengan amano penyamun.

Anonymous said...

Oii ni zaman PN la,
jangan la mabuk...

Zaman PN memerintah
semua bawah kuasa dia la....

Pi la mabukkkkk

Anonymous said...

PETIKAN YANG SILAP.

Kes di atas berlaku BUKAN dalam jajaran L/raya Pan-Borneo
TAPI jajaran lama, tak de kaitan pun dengan Pan-Borneo.

Nasihat saya Kat IBNU Mabuk,
semak betul-betul sumber....

Zul said...

Ibnu nk mengutuk pun agak agakla..

Anonymous said...

Tq tuan ibnu. Share maklumat penting. Semoga jadi pengajaran kepada seluruh rakyat.

Anonymous said...

Apa benda ni Pak Asim....ajal maut adalah ketentuan Allah swt. Tak kan benda basic mcm tu pun nak jadikan modal politik

Kata tahun 2021 ni nak terapkan dakwah....
Dakwah apa mcm ni.....hampeh

Anonymous said...

Dah lah bodoh kena tipu dgn jl .jangan lah jadi lebih bodoh. Ini ke matan pm. Jaga dignity sikit bukan lulusan darjah 6

Anonymous said...

Ini blog asalkan nak burukkan PH, fitnah pun jadi halal.

Anehnya, puak2 yg melaungkan islam dan melayu inilah menjadikan fitnah amalan hidup.

Anonymous said...

Bila sorng gantong diri, guna aqal bengong, Allah izinkan dan Allah cabut nyawanya. Bila ph bengong, batal bina jambatan, ada orng dapat musibah termasuk nyawa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails